About Me

Friday, November 06, 2015

BAGAIMANA MENGATASI KESEDIHAN KEHILANGAN ORANG TERSAYANG?

Kesedihan boleh diatasi, tetapi kenangan tak mungkin hilang :(

Hari ni 6 November.. Selamat hari jadi adikku Shafiq.



  



Bila rindu itu datang, hanya gambar yang boleh kutatap dan hanya kenangan yang datang satu persatu kuulang-ulang di dalam minda kerana aku takut aku akan lupa kepada kenangan bersama.

Mula-mula semasa arwah pergi aku tak boleh hadapi langsung.  Aku menangis hari-hari.. Ada kala aku kuat, ada kala aku lemah.. Sepanjang dua minggu tu aku nangis dan rindu.. Tapi tak menangis yang teruk.. Bila aku mula sedih aku cepat-cepat sibukkan diri supaya tak sedih.  Bila boss panggil tanya aku ok? Macamana kejadia tu.. Mulalah aku tak kuat.. tangan menggigil, cakap bergetar, suara tak keluar, sampai aku nangis macam budak kecik tapi tak boleh bercakap.. so aku diam.. dada bagai nak pecah.. 

Sampai satu tahap selepas 2 minggu macam tu.. Aku terlalu sedih sampai menangis berlagu-lagu.. Masa tu aku kat office.. Aku lari pergi kat tangga office sebab kat situ takde orang.. Aku nangis sepuas-puas hati.. Dalam hati terdetik.. Aku tak redho? Kenapa dalam berjuta manusia kat dunia ni, kenapa Ya Allah? Kenapa kau ambik adik aku? Apa salah aku dan keluarga sampai kena terima hakikat dia dah takde lagi? Dia sihat, kenapa pilih dia? Kenapa kau buat mama dan ayah sedih? Aku teringat Ayah aku terduduk kat kereta arwah sambil menangis berlagu-lagu.. Teringat waktu arwah terbaring kaku, Ayah duduk tersandar kat dinding dan tak dapat kawal perasaan sambil menangis Ayah kata "ambik aku Ya Allah, aku dah tua, aku yang patut pergi" Aku peluk ayah kuat-kuat sambil suruh dia beristighfar dan jangan buat aku takut.. Mama orang dia tenang masa tu..Mama mandikan arwah anak dia sendiri.. Tapi aku tau, mama orang paling terseksa dan paling merana kehilangan arwah.. bertahun-tahun dah berlalu sampai sekarang mama masih terasa.

Masa kat tangga tu aku menangis teruk.. Aku tak tau nak mengadu dengan siapa.. Aku tak nak call mama sebab tak nak buat dia sedih.  Aku tak de pilihan aku call Abang aku.. Dia panik tanya aku dah kenapa menangis macam budak kecik.. Aku dah tak boleh tanggung kesedihan ni tolonglah aku.  Abang banyak bagi nasihat kat aku... Aku luah apa aku rasa.. aku menangis puas-puas masa cakap dengan dia kat telefon.. Bila aku dah berhenti menangis baru dia nasihatkan aku.. Redho! Menangis puas-puas supaya lepas ni aku bertambah kuat sebab aku dah luah habis-habis.. dah puas aku menangis.. Abang cakap, kita adik beradik kena kuat.. Abang tak pernah menangis depan mama dengan ayah.. diorang nampak abang macam relax je.. Perlu ke menangis depan mama ayah? Nak tambah kesedihan diorang lagi?  dan macam-macam dia naikkan balik semangat aku.

 Selepas episode sedih di tangga tu.. Aku pulih sikit demi sedikit.. Aku mula redho dan terima semua ni dengan tenang.. Aku semakin rapat dengan penciptaku sebab aku tahu ini ujian yang Dia nak berikan.  Dia ambil adik aku bila-bila masa yang Dia mahu kerana kita adalah haknya.. Siapa kita untuk tidak redho? Adik aku hanya pinjaman.. Sampai masa aku harus pulangkan.. Dan siapa kita nak pertikaikan kenapa Dia ambil semula haknya? Adik aku hak Dia, bukan hak aku.. Kenapa Allah uji kita hambaNya ni? supaya kita sedar semula kelemahan kita.. perbaiki diri kita.. Allah berkuasa. kita  pun sama.. bila-bila masa yang Dia mahukan kita kembali, kita akan kembali.. Aku takut sebab aku belum bersedia... Allah nak tunjuk kalau tiba masa, takde amaran pun.. Aku takut.  Aku mula rapat kepada penciptaKu.. selama ni aku lalai... Ini kah petunjuk yang Dia nak berikan kepada aku?  Aku semakin terbuka mata menerima ini semua sebagai hikmah.. Allah jentik sikit je hati aku untuk beri sedikit kesedaran.. 

Aku ubah diri aku sedikit demi sedikit sementara aku masih dipinjamkan di dunia ni.. Aku sayang kat arwah adik aku.. Aku jarang tunjuk kasih sayang sebab aku bukan orang yang pandai tunjukkan apa aku rasa.. Aku belajar terima hakikat dan aku belajar untuk redho.. Kehilangan orang tersayang memang sangat sangat melumpuhkan jiwa.  Tapi percayalah setiap yang terjadi pasti ada yang mahu Dia sampaikan kepada kita.  

Kak Yang doakan Apit selalu... Tak pernah Apit tak ada dalam hati ni.  Semoga Allah ampunkan dosa-dosamu.. Suatu hari nanti kami semua akan menyusul.. 

Selamat Hari Jadi adikku Shafiq.



Love, 
Filla.

31 comments:

  1. al fatihah..semoga arwah adik Filla tenang di 'sana' dan ditempattkan dikalangan org2 yg soleh..akak fhm perasaan kehilangan org yg kita syg...same as me..walaupun arwah ayh dh 3 tahun meninggal ,setiap kali teringat sendu itu dtg..bkn tak redha tapi rindu...

    ReplyDelete
  2. Anonymous9:33 AM

    Al-Fatihah.

    Kak pilla buat kita nangis pagi2 depan PC. Tapi betul kan kak, kita semua milik Allah. Sampai masa kita akan kembali juga pada Dia. Kirim salam kat Wan ye kak. Salam Jumaat.

    ReplyDelete
  3. Filla birthday arwah sama ngan husband aku la Filla..sedih aku baca..Al-Fatihah utk arwah adik ko Filla.. =(

    ReplyDelete
  4. Dan...air mata mengalir...
    takziah dan Alfatihah sis..

    Blogwalking dan terjumpa post ni..
    Sis kuat.

    ReplyDelete
  5. salam kakfila, maaf xleh habiskan baca entry ni..hati terus rasa syahdu dada berombak, mula mata nak bergenang aimata....
    sis, saya pn rasa dan lalui satu "KEHILANGAN ABADI" iaitu pemergian bonda tercinta..tatkala masih memerlukan dia di sisi allah pilih dia pergi dahulu...
    sampai harini hati masih hiba...
    ya saya redho pemergian mama, tp sesungguhnya dunia ni sunyi sangt tanpa sorang ibu !!!

    sesekali rindu datang mengetok jiwa, siapa kita nak lawan segalanya pasti aimata peneman jiwa..

    saya doakan moga ARWAH ADIK KAKFILA DI letakan di kalangan para solihin..in sha allah

    -ALFATIHAH

    ReplyDelete
  6. innalillahi wainnailaihi raajiun.

    memang sukar bila kehilangan orang yang kita sayang terutama pernah hidup bersama

    ReplyDelete
  7. kak filla.. sedih bc entry ni.. kita pun pernah rasa kehilangan org tersayang... kita sama2 doakan arwah tenang di sana yer.. Alfatihah

    ReplyDelete
  8. Anonymous10:05 AM

    Alfatihah...

    ReplyDelete
  9. saya tak pernah komen kat sini..sekadar silent reader..tapi kak filla dah buat saya nangis sama nie..

    ReplyDelete
  10. Ya Allah Pilla...aku yg bc pun sedey apatah lagi org yg menanggungnya..smg arwah bersama org2 yg disayangi Allah.

    ReplyDelete
  11. Assalam
    menitis air mata baca walaupun dah bertahun2 baca pemergian adik filla. seakan terasa juga sebab dah bertahun follow blog filla macam dah jadi keluarga sendiri pula.
    Alfatihah untuk adik filla.

    ReplyDelete
  12. betul filla..semua yang jadi sebab allah sayang
    kesedihan dan kehandcuran hati tue akan buat kita dekat dgn allah
    kita akan jadi lebih baik dari semalam
    kita akan sedar hidup nie pinjaman
    kita akan sedar.. di sebelah sana ada kehidupan yg lebih abadi
    allah beri pilihan ... nak bahagia disini sahaja atau disana juga bahagia...
    buatla pilihan yg tepat
    pastikan apa yg kita buat di dunia bersambung2 di akhirat
    ila doakan fila berjaya dlm perniagaan dan bahagia dengan keluarga
    insya allah.amin

    ReplyDelete
  13. Sebak baca entri kak pilla. be strong. aku pernah rasa kehilangan. aku kehilangan ayah aku semasa aku dalam tahun pertama pengajian yakni setahun yg lepas. aku betul2 give up. aku rasa benda ni berhenti berputar. aku hilang tempat bergantung. smpai hari ini aku menangis. tapi aku dh reda dh relakan. cuma kalau rindu ya tuhan seksa betul. cuma mampu doakan yg terbaik buat mereka di atas sna ;)

    ReplyDelete
  14. ok,mata masuk habuk plak baca entry kak pila ni..haisshhh..keep strong kak pila!!Happy birthday to arwah..smoga dia tenang disana..

    ReplyDelete
  15. sedih..sayu..pilu...dapat rasakan apa yg filla rasa...akak doakan arwah adikmu ditempatkan dikalangan ahli2 syurga...aamiin...

    ReplyDelete
  16. mata masuk habuk.. :-(

    ReplyDelete
  17. First time saya baca...mmg masuk habuk... semoga arwah di tempat org2 yg beriman... Aaminn

    ReplyDelete
  18. touchingnya. semoga akak tabah. Al-Fatihah untuk arwah

    ReplyDelete
  19. nangis jugak la kita baca entri ni kakpilla...

    ReplyDelete
  20. Birthday Arwah Afiq sama dengan Abang saya. Rupa pon nak iras2 (tang mata sepet tu) Al-fatihah. Semoga k.pilla & family terus kuat. :(

    ReplyDelete
  21. Hi kak pilla.. sy silent reader sejak taun lepas.. selama ni sy baca blog kak pilla byk buat sy gelak.. sy suka gaya penulisan kak pilla ni.. tp hari ni kak pilla buat sy nangis... huhuhu..
    Sakit sgt bila org yg kita syg tibe2 'hilang'... hilang yg kite tau dia xkn ade lg kat cc kita.. kosong.. sy pon penah rasa hilang tu.. Allah pinjamkan sy seorg suami untuk 11 bulan je. Smpi sy tertanya sendri knp sy org yg Allah pilih untuk diuji secepat ini.. Tapi betullah setiap perancangan DIA xpenah silap.. Ujian ni 1 peringatan untuk sy.. Berubah untuk jadik lebih baik..

    ReplyDelete
  22. Anonymous6:34 PM

    Salam, saya 'silent reader' tapi untuk entri ini nak share pula, kehilangan orang2 dikasihi bukan perkara mudah dihadapi. Saya juga pernah kehilangan anak-anak yang diambilNya kembali setelah seketika dipinjamkan. Serasa ingin ikut bersama, seperti hilang semangat hidup, bertahun mengambil masa mencari2 jawapan, akhirnya REDHA adalah penawar, bahawa tiada milik mutlak kita. Ingatlah Allah tidak menzalimi hambaNya, hikmah REDHA mengembalikan semangat kita.

    ReplyDelete
  23. Anonymous11:09 AM

    (T_T) SEBAK SEDIH..
    SAYA LALUI HAL YG SMA..
    KEHILANGAN ARWAH ABG NGAH DALAM KEMALANGAN JLN RAYA..
    MCM MN MAK SAYA HADAP DUKA HATI DIA..
    YA ALLAH..MEMANG SEKSA ..DADA MACAM NAK PECAH..
    ALLAH SAYANGKAN DIA..
    AL FATIHAH UTK SHAFIQ
    UTK ARWAH ABENGAH SAYA..

    ReplyDelete
  24. akak tertinggal posting ini... berkaca mata.. semoga arwah damai di sana..

    ReplyDelete
  25. Anonymous12:20 PM

    Assalamualaikum Kak filla

    Mmg betul tentang kenangan tidak boleh hilang. Kesedihan tetap Ada tapi kurang as time passes by. The greatest loss I ve been through is losing my dear infant son. He fell ill and died soon after. No words can describe how sad it was to lose ur baby unless u experience it urself. Saya cukup memahami perasaan kehilangan seorang yg amat dicintai. But alhamdulillah mmg betul semua nye cuma pinjaman. Qadr Allah mesti redha. Hugs may ur brother be among the righteous. Tc Kak.

    Nura

    ReplyDelete
  26. Anonymous1:08 PM

    MasyaAllah Filla. Terima kasih for this entry.
    Mengingatkan saya semula dunia ini hanya pinjaman dan ia tidak kekal selamanya.
    Al-Fatihah utk arwah.

    ReplyDelete
  27. aku dh xnmpk skrin dah kak bace entry kau yg ni. sedih,,sakit,,boleh rse even aku cume bace.. hope kau tabah dan jgn tangisi die lagi.. dia tgh bahagia kat sane kak.. Al-fatihah..

    ReplyDelete
  28. Anonymous4:40 PM

    berkaca pulak baca entry Pila yang ni....

    Al-Fatihah untuk arwah...

    ReplyDelete
  29. i feel u sis.sedey.... Al-Fatihah

    ReplyDelete
  30. ASSALAM SIS...SEBENARNYA APE YANG SIS RASAKAN SAMA SEPERTI SAYA RASAKAN...SY JUGA KEHILANGAN ADIK TERSAYANG, ADIK PEREMPUAN..DIA LAH ADIK, DIALAH RAKAN, DIALAH SAHABAT,DIALAH TEMPAT SY MENGADU, DIALAH TEMPAT SY BERGURAU SENDA..SETIAP HARI SY AKAN WASAP DIA TENTANG CERITA HIDUP SY SAMADA CERITA YG SEDIH, CERITA YG KELAKAR DAN LAIN-LAIN LAGI.. DIA SIHAT SEBENARNYA.. TP SY TAK TAU MASA BILA DIA BOLEH ADA SEVERE PNUEMONIA TU.. MMG DIA SELALU DEMAM TP LEPAS MKN PANADOL DIA OK SEMULA BIASANYA. TP KALINI SAMPAI KE ICU DIA DI RAWAT..SETIAP HARI X DE LANGSUNG BERITA YG BAIK MENYEBABKAN SY SEMAKIN PUTUS ASA.. SI ADIK MASA TU MASIH BOLEH BERCAKAP DAN MINTAK BALIK RUMAH, MINTA MINUM TP DOKTOR X BG LANGSUNG DIA MINUM SIKIT PN MENYEBABKAN SY LAGI KECEWA SBB X DAPAT NK TUNAIKAN PERMINTAAN DIA SAAT AKHIR..TIBALAH MASA DIA DI MASUKKAN TIUB PERNAFASAN DAN KALI TERAKHIR KAMI BERCAKAP..MASA SY BERPESAN KAT DIA MENGUCAP 2 KALI MASYHADAH DAN BACA AL FATIHAH SY RASA NAK MENJERIT KUAT2 SUPAYA ALLAH DGR, ''JGN AMEK DIA YA ALLAH, AKU BELUM BERSEDIA!!''..
    TP KEESOKKAN HARINYA ADIK SY PERGI SELAMANYA, MENINGGALKAN SY DAN MAK SY.. SEHINGGA SEKARANG PN SY MASIH TAK TENANG DAN SENTIASA SEDIH, RASA HIDUP NI KOSONG SERTA SUNYI..SY MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH DAN MUNGKIN INI SEBAB NYA ALLAH UJI SAYA, SY LEKA, SY LUPA ALLAH... APE YG SIS ALAMI SY FAHAM SGT KERANA SY JUGA MENGALAMI NYA.. SETIAP HARI SY CUBA NK TENANG KAN HATI TP SEMAKIN HARI SEMAKIN SEDIH.. SEMOGA ALLAH AMPUN KAN DOSA SY.. SMOGA ALLAH AMPUNKAN DOSA ADIK SY DAN DI TEMPATKAN DALAM GOLONGAN ORG YG BERIMAN..AMIN YARABBALALAMIN

    ReplyDelete