About Me

Monday, November 30, 2015

MEE TARIK.

Nasib lah korang mengadap autopublished entry hahahaha.. ni pun sebab aku sayang gambar dah ada.. tulis je lah.. 

Kat area Presint 8 tu ada shoplots baru bukak.. Kasih tu kalau aku singgah 7E je mesti cakap kawan dia dah makan dengan parents dia kat restoran chinese muslim ni.. aku lupa nama dia.. dia cakap nak makan jugak.. Kebetulan sehari sebelum cuti sekolah tu Papa ada.. papa amik balik sekolah jomlah kita gi makan..

 Ok aku tak berapa suka hahaha.. sebab dia ni mee tarik tapi dia ada satu bau yang aku tak suka.. aku rasa macam bau ubat ke bau herba ke bau akar kayu? 

Tapi ni korang boleh try.. sedap sebab dia dah perap dengan spice macam-macam kot.. tapi dia takde cicah-cicah kuah kacang ye.. dia rasa macam kebab.. makan camtu je..

Walaupun aku cakap rasa dia aku kurang suka.. tapi alhamdulilah selamat dalam perut.. aku kan tak suka pembaziran.. hehehhe

Menu-menu macam ni memang langsung bukan untuk tekak Pak Radie.. Tapi aku cakap belajar lah makan.. so dia pilihlah beef apa ntah nie makan dengan nasi.. tapi aku pon tak leh terima hahahahah.. kuah tu macam air asam.. cair-cair asam..

Sudahnya tak habis.. terpaksa ahkak jugak meratah daging-daging tu.. balik rumah Pak Radie cakap dia loya rasa nak muntah.. Pak Radie dia memang tekak dia camtu.. aku dah paham sangat.. so buat bodoh je hahahaha..

Ada sesetengah orang suka jenis masakan macam nie.. tapi aku tak berapa suka sebab ada bau rempah-rempah tu hehehehe.. untuk experience ok jer mencuba ;)





Love, 
Filla.

Thursday, November 26, 2015

SUBWAY PUNYA HAL.

Kisah dua orang anak dara tersayang ni..

Hari Jumaat last day sekolah tu takde kelas KAFA.. so aku gi amik kasih tengahari kat sekolah terus bawak dia gi Alamanda.. Pening tak tau nak makan apa.. Kasih nak makan sizzling yee mee tapi ergghh malas nak gi food court tu kang lagi lambat.. aku nak masuk office balik kang tak sempat pulak..

Dia suka subway, so oklah kita gi subway..

Amik gambar Kasih ni terus send kat whatsapp papa.. 

Pastu hari Sabtu malam Amaani belek telefon aku.. Terus tunjuk gambar kakak.. 

"Mama, bila mama gi makan subway dengan kakak??"

"Oh haritu masa balik sekolah"

"Kenapa mama boleh pergi subway dengan kakak je berdua? Dengan Amaani tak de pun?"

"Amaani nak makan subway ke?"

"Nakkk, Amaani dah lama tak makan subway, tapi Amaani nak pegi berdua je macam mama dengan kakak"

Hmmmmmmmmmmm... Pak Radie jeling je dari tepi..

Bangun pagi Ahad tu dia terus meluru pegi bilik..

"Mama, jom makan subway"

Oi baru pukul 8 pagi mana bukak lagi subway.. Ishhh dia ni kalau dah berjanji memang berzikir kat telinga selagi tak dapat..

"Ok petang kita pegi ye? pagi ni breakfast lain dulu"

Benda-benda macam ni Pak Radie lagi alert.. Masa Amaani takde terus dia cakap "petang ni awak pegi lah berdua dengan Amaani, sian dia.. banyak kali dia cakap nak keluar dengan awak je berdua"

Ye tau, aku lagi lah jenis cepat tersentuh.. baru anak cakap macam tu terus terharu.. 

Akhirnya.. amik chicken slice dengan tomato sauce je.. banyak gak dia makan.. kesian pulak sebab Amaani sekarang ni dah tak kuat makan.. diet ke apa ni? hehehe

Kemain lagi lentok hahahha.. Amaani ni ayat dia agak 'membunuh' sikit.. Haritu Pak Radie ada belikan Kasih kasut nike sebab Kasih kan main netball.. asyiklah pakai kasut aku je.. Amaani tengok je tapi tak cakap apa-apa..

Sampai lah ada satu hari dia jalan berdua dengan Pak Radie gi Jusco kot.. Tetiba dia cakap..

Amaani: Papa, kenapa papa belikan kakak kasut? 

Papa: Kenapa?

Amaani: Taklah Amaani tanya je kenapa kakak dapat kasut.

Papa: Oh, papa beli sebab Kakak kan main netball.

Amaani: Hmmmm..

Papa: Amaani nak kasut ke?

Amaani: Nakkk..

So papa dia pun belikan kasut kat booth2 tu.. buat belasahan je.. RM20.. Pastu dia punya happy.. sepanjang jalan tu dia peluk je kasut tu rapat-rapat ke dada.. Ni Pak Radie cerita..

I cannot ok.. benda macam tu pun aku rasa mata berkaca-kaca.. kenapa suka buat cerita sedih???? 

Tapaukan jugak untuk Kakak dengan Papa.. Rasanya sesekali kena buat camni lah.. dating berdua dengan setiap anak-anak tu.. baru dia rasa diri dia tu dihargai.. Sebab kita rasa kita adil.. tapi kita tak tau apa yang ada dalam hati setiap anak-anak.. kita tak tau pon if dalam hati dia ada rasa cemburu, dia rasa parents lebihkan orang tu.. orang ni.. Rasanya bila keluar sorang-sorang je macam ni (ikut turn) masing-masing akan rasa diri diorang tu special dalam hati ibu bapa dia sendiri..

Sambil jalan tu kejap-kejap dia peluk tangan mama, "Amaani sayang mama"..

Eh cair tau hati ni.

*amiktisulapairmatahembushingus*

*auto publish entry*



Love, 
Filla.

Tuesday, November 24, 2015

Tiada lagi diarrhoea! SMECTA sesuai untuk bayi dari umur 1 bulan ke atas.

 Walaupun dah lama jadi seorang ibu kepada 3 orang anak, tapi Kak Pilla still belajar.. Setiap kali pregnant, Kak Pilla akan belek balik buku tentang pregnancy dari first until third trimester.. Kita ni cepat lupa so kena baca balik... Bila anak lahir, belajar balik macam-macam untuk menambahkan pengetahuan macamana nak menghadapi saat-saat cemas.. cari balik info makanan apa yang sesuai dan tak sesuai untuk bayi.

Macam tulah kehidupan kita sebagai ibu, sentiasa belajar tak kira lah anak keberapa pun.. Bagi aku benda tu normal, sebab sebagai ibu dah tentu kita nak yang terbaik untuk anak-anak.. Takut kalau ada komplikasi atas kelalaian kita sendiri. 

Anak-anak Kak Pilla semua berbeza cara nak besarkan diorang nie.. Anak pertama, Kasih Aleeya, dia tak de banyak masalah, tapi sebab dia anak pertama, so kita jadi over protective dan banyak tanya doktor dan pendapat orang yang lebih berpengetahuan.. Pastu Kasih tu manja sangat.. Dulu masa kecik kalau dia jatuh sikit je, tak luka sangat pun, terus tak boleh berjalan hahahah tertempang-tempang kaki dia.. Dia tak boleh nervous, kalau dia nervous dia akan muntah.. 

Anak kedua, Amaani.. haaa dia ni paling mencabar sekali nak jaga especially masa baby.. Dia sorang je ada eczema.. dia tak boleh pakai sebarang body wash untuk baby.. dia ada sabun khas.  Kulit dia sangat kering, kena sapu lotion khas untuk kulit eczema.. Lepas tu mata dia tumbuh ketumbit besar masa dia 7 bulan kot.. Pastu masa dia baby dia selalu selsema sampai doktor nasihatkan jangan hantar kat nursery yang ada aircond, kalau boleh hantar kat babysitter yang jaga anak kat rumah dan tak ramai baby.. Dia selsema non stop sampai telinga dia bernanah... Ke sana sini bawak dia pergi pakar.. Akhirnya dia sembuh jugak.. 

Anak ketiga paling senang jaga.. Alhamdulilah Aleesya takde masalah kesihatan sangat.. But still Kak Pilla jaga semua anak-anak ni dengan cara paling baik.. Mana ada ibu kat dunia ni ambil sambil lewa kesihatan anak-anak.. 

Paling risau sekali bila pergi bercuti dengan anak-anak.. Kalau bercuti tanpa anak kepala tak pening.. Last minute pack pun boleh.. campak-campak je semua pastu boleh jalan dah.. Tapi kalau holiday bawak anak-anak memang kena buat checklist.  Pack kain baju anak-anak biar berlebih, jangan terkurang.. mosquito patch pun wajib takut anak kene gigit nyamuk.. dan paling WAJIB ialah ubat-ubatan.  Paling takut kalau anak-anak sakit waktu kat tempat orang.. Masa travel ke Australia dulu Amaani demam, Aleesya pun demam.. Pastu kaki Amaani cracked teruk kelam kabut cari pharmacy sebab tak bawak cream huhu.. Nasib baik ada pharmacy dekat dengan area hotel, kalau tak memang menangis je lah kaki dia tak leh jalan sebab cracked sampai luka.. Kat tempat orang pulak tu.. punya lah mahal.. 1 cream tu je dekat RM80..  

 Ni Amaani masa dia baby.. Gambar ni masa bercuti kat Penang.. Memula sampai dia happy dan sihat je.. Tapi lepas tu dia kena diarrhoea teruk.. Kak Pilla panik masa ni tak tau nak bagi ubat apa.. Habis diapers dia sebab kejap-kejap dia 'membuang'.. stressnya bercuti kalau anak tak sihat :(

Ingatkan biasa-biasa je.. So takde lah nak meredah carik pharmacy kat sana.. pempahamlah kalau duduk kat Ferenggi tu punyalah jam gila nak turun ke town sana.. so takde buat apa.. redho je tukar diapers selalu.. 

Rasa serik nak bawak anak-anak kecik pergi holiday.. kejap-kejap kena cari public toilet.. baru salin diaper, tak sampai 5 minit kena tukar lagi.. stressssssss!!!! Bukan setakat stress, terus rasa sedih tengok anak sakit macam tu.. kadang sampai melecet-lecet punggung sebab diarrhoea tu.  Mulalah asyik menangis je baby.. ishhhhh kita holiday nak bergembira.. ni jadi cerita stress dan sedih pulak :( tak sampai hati tengok badan dia lemah je.. 

Selalu bercuti Kak Pilla bawak ubat demam dan apa-apa balm yang sesuai untuk baby je takut hidung tersumbat.. tak pernah terlintas nak bawak ubat yang sesuai untuk diarrhoea sebab tak tau ubat apa yang sesuai untuk baby... Selalunya pil sakit perut untuk orang dewasa kita tau lahh.. pon Kak Pilla pernah bagi budak-budak ni tapi main agak-agak je.. Now rasa menyesal sebab cara tu salah sebenarnya!! Ubat dewasa mana boleh bagi budak kecik walaupun kita kurangkan dosage dia.. huhu.. Everybody makes mistakes, maafkan mama huhu..

Pastu ada sekali dulu pegi Bandung, Indonesia sana.. Amaani jugak yang kena cirit birit nie.. Adoi sama jugak tak bawak ubat.. Sebenarnya bukan tak nak bawak, tapi kadang tak terlintas pulak dia akan kena diarrhoea.  Selalu kita panik kalau demam je.. Semua tu dah jadi pengajaran sekarang.

Kak Pilla dah jumpa ubat sesuai untuk anak-anak.. Hari tu pegi pharmacy sebab nak siap-siap pack barang untuk Kasih dengan Amaani pergi bercuti.. Kali ni pergi dengan Atok and Wan.. Lagi aku rasa bertanggung jawab untuk siapkan keperluan diorang kat negara orang.. Supaya Wan dengan Atok tak perlu panik kalau diorang tak sihat.. Ubat demam, ubat nyamuk, ubat untuk diarrhoea semua kena siapkan dalam bag.  Pharmacist recommend smecta ni bagus untuk kanak-kanak.  At least bawaklah dalam 10-15 sachets masa gi travel nanti.. Happy sangat sebab dah jumpa ubat sesuai.. Boleh beli Smecta di semua pharmacy berhampiran..

Kak Pilla dah tak nak pergi bercuti dengan tak buat persiapan yang sepatutnya.. Dah cirit-birit baru nak kelam-kabut cari pharmacy beli ubat.. No tanak dah macam tu.. Sebelum bercuti kena siapkan dulu apa yang penting untuk dibawa.. Dah rasa dah dulu cemana mengadap anak tak happy, lemah dan meragam sebab diarrhoea masa kat negara orang.  Sedih!

Smecta ni mampu merawat diarrhoea, membuang toxin dan membekalkan mucoprotection kepada anak-anak.  Smecta ni akan menyerap bakteria, virus dan toxin untuk dikeluarkan dari badan kita. Kemudian Smecta akan melindungi intestinal mucosa layer di dalam badan supaya nutrien yang diserap akan kurang affected. 

Smecta ialah French Product which prescribed by doctors untuk merawat masalah diarrhoea dan terbukti berkesan untuk menyembuhkan diarrhoea dengan pantas.  Rasa pun sedap sebab dari Orange - Vanilla Flavour.. Habis semua Kak Pilla baca depan belakang sachet ni..

 Smecta selamat untuk baby seawal usia 1 bulan hingga ke usia orang dewasa :) Pastu Kak Pilla suka sebab packaging dia dalam bentuk sachet.  Memudahkan parents yang nak travel with kids.. jimat ruang bila letak dalam bag.

Kak Pilla bertambah yakin bila baby dari umur 1 bulan pun dah boleh consume.. Itu maksudnya smecta ni sangat sesuai lah untuk anak-anak.. 

 Jom Aleesya ajarkan cara nak guna Smecta ;)

Campurkan powder Smecta ke dalam 50ml air / susu untuk diminum oleh baby / anak kita... Kalau nak campur dalam semi - liquid baby food pun boleh.

 Nak gunakan berapa hari Smecta ni kalau diserang diarrhoea?

Gunakan untuk tempoh 3 hari.

1-12 months old - 2 sachets / day (total 6 sachets)
Above 1 year old - 4 sachets / day (total 12 sachets)

Sebaiknya dapatkan advice dari parmacist terlebih dahulu macam Kak Pilla supaya kita lebih faham lagi ubat yang sesuai dan tak sesuai untuk kanak-kanak.. 

Kak Pilla perasan bila kita pergi travel selalu masalah diarrhoea ni datang.  Ni mesti berpunca dari makanan dan minuman yang kita consume.  Especially bila ke negara luar tu air minum kita tak pasti bersih atau tidak.. Better beli jelah drinking water yang ber'seal' rasanya lebih selamat.. Nak makan pun cari restoran yang proper dan bersih...

Lega dah siap pack baju anak-anak dan dah siap ubat-ubatan termasuk Smecta ni.  Buat check list keperluan anak-anak ketika travel.  Sekiranya tak sembuh jangan tangguh-tangguh, terus pergi jumpa doktor ok?

You all boleh check website smecta.com.my untuk more infos.

Bye ;)



Love, 
Filla.

Monday, November 23, 2015

BLOG TUTUP SEMENTARA TAPI ADA AUTOPUBLISH ENTRY HIHIHI..

InshaAllah Rabu, Kak Pilla ngan Pak Radie akan bercuti..  Bercuti berdua je, Kasih dengan Amaani ikut Atok, Wan, Paklong, Maklong gi bercuti kat tempat lain.. Aleesya pulak bercuti jugak dengan Nenek Shah Alam.. Eishhh risau jugak sebab Aleesya tu jenis tido bawah ketiak apak dia.. 

Percutian ni dah lama rancang, tiket flight pon dah lama beli sebelum matawang jatuh lagi.. bila duit kita jatuh tu wahhh sentap hati huhu.. InshaAllah akan jumpa Kak Elly kat Amsterdam.. Semua hotel and apartment pon kitorang dah booked.. Makanan pun semua dah prepare tapi ni hah Kak Elly whatsapp kata bekalan makanan dia dah tinggal sikit hahahahhaha.. dia cakap nak pitam diorang asyik lapar je.. habis tu camno? stok makanan mana boleh nak bertahan kalau camni.. 

Tadi aku gi tambah lagi beli chicken curry adabi, beli sardin 6 tin, beli maggi.. tapi dah cakap kat dia, kalau nak sila beli.. jual murah je.. maggi 1 bungkus RM5.. sardin 1 tin RM10 muahahahahaha... mau tak mau? saje usik sebab win suka kacau radie pasal nak meniaga makanan masing2 kat sana nanti.. 

Bukan tak seram nak gi Europe bila dah jadi hal serang-menyerang ni.. Tapi tawakal je lah.. ajal maut di tangan tuhan.. kita doa je semoga semuanya ok.. preparation untuk anak-anak pun dah siap.. dah packed semua sekali.. aku ngan Pak Radie pon dalam 85% dah siap packed.. 

Kat sana nanti Kasih dah macam-macam dia listkan apa dia nak.. tapi kebanyakannya alatulis je.. dia kan gila alatulis segala pen, pensil, pensil box, bag... ngan dia hantu keychain jugak.. Amaani kirim toys.. dia tengok kat youtube siap tunjuk.. ada 4 ketul princess macam teko air tu.. pastu boleh tuang air hahahah.. dia tanya, "mama kat sana ada macam ni tak? kalau takde takpelah.. tapi kalau mama jumpa, belikan Amaani ye? Tapi kalau mahal tak payah beli, kalau murah je baru mama beli".. muahahahha ni nak gelak ke nak sedih ni?  

Semoga semuanya dipermudahkan.. doakan kami pergi dan balik dengan selamat :)

Eh rindu #thekasihs camne ni?



Love, 
Filla.

WEDDING SHUKRI AND TYA.

Baru-baru ni gi wedding Shukri dengan Tya.. Eh best pulak majlis dia buat kat A-Park masuk dari Puchong tu.. Siapa yang suka garden wedding ala-ala romantik memang sesuai lah buat kat sini.. siapa ada tasik, ada jambatan, ada rumah ala-ala omputeh.. suasana pun automatically jadi sangat romantik.. 


Amik gambar dengan Cik Nani mak Shukri.. Cik Nani dengan kitorang ni kira sedara macam tu.. Aku sekali-sekala jer dapat jumpa.. Wan ngan Atok lah rapat dengan Cik Nani and Pakcik Rahim ni.. 

Dapatlah snap dari kejauhan.. ramai nau reporter ngan peminat nak amik gambo..

Kasih dok cakap budak lelaki ni pelakon.. pastu aku cakap nak amik gambar ke? Kasih tak nak tak nak.. Eleh memalu pulak.. Lek je aku panggil.. "Dik, meh amik gambar dengan anak auntie kejap boleh?"
Laju je dia cakap "Eh boleh boleh".. dia dengan mak dia masa tu..

Amaani dengan Aleesya bukan tau apa.. ok je amik gambar hehehe

Ni hah Kasih memalu pulak.. 

Disebabkan tak dapat nak snap gambar pengantin.. Kita share ig shukriyahaya je lah ye.. Kak Pilla pilih gambar yang paling suka je ;)



Wan ngan Atok datang masa hari nikah tu buat kan masjid besi Putrajaya.. 


Overall suka pengantin ni sebab comel.. Tya pun lawa.. macam pinang dibelah dua.. ramai nau yang merana bila shukri kawin.. hahah tak paham aku budak-budak sekarang siap boleh type kat ig, merana lah putus cinta la.. itu ini.. adoi selamba sangat ni.. 

Kepada Tya semoga tabah bersuamikan jejaka idaman malaya.. hehehe.. Tapi overall aku memang suka konsep wedding dia.. simple je.. tak de hotel-hotel.. buat kat tempat macam ni lagi cantikkkk gila kot.. Tahniah buat pengantin dan semoga bahagia melayari alam rumah tangga, semoga kekal hingga ke Jannah ;)



Love, 
Filla.

Friday, November 20, 2015

PERIHAL MATTE LIP CREAM (2ND PROJECT)

 Alhamdulilah Ellfie Team maju setapak lagi ke hadapan.. Sebelum kita merancang untuk buat project baru, kita dah betul-betul pastikan Ellfie Beauty kukuh.. Alhamdulilah Ellfie Beauty dengan dua product (Ellfie Essence) dan (Ellfie Gold Serum) mendapat sambutan di luar jangkaan bila kita menerima order yang tak putus-putus dari regular customer dan customer baru.  

Now kita dah hire staff baru untuk handle orders dan buat packaging.. Selepas ni Team Ellfie boleh focus on marketing and promotion product-product kami.. Itu yang sepatutnya dari dulu, tapi kami bermula dari bawah.. Buat bertiga (aku, elly and peej) je dulu.. sampai kita dah ada office dan dah ada staff sekarang.. Alhamdulilah agents dan dropship kita pun sangat memberangsangkan.  Bila semua dah ada on track dan boleh buat macam apa yang kita nak baru perlahan-lahan kita boleh 'lepaskan' kerja ni kepada staff tapi still kena monitor dan ajar mana yang patut.

Project kedua kita ialah Matte Lip Cream!! Yeay kitorang bertiga sangat excited untuk mengeluarkan product cosmetics sebab kita tahu pasaran cosmetics ni sangat besar tapi takpe, kita mula dengan satu product dulu iaitu Matte Lip Cream.. Kenapa kita pilih untuk bermula dengan Matte Lip Cream? Pertama sebab kita akan jual dengan harga mampu milik.. Kedua kami bertiga memang pencinta lipstick hehehehe... Semua perempuan pon suka kot??? lipstick banyak gila walaupun yang favourite cuma 3-4 colour je.. hehe (aku lah tu).

Selepas berbincang dan mendapatkan feedback di social media kita decide akan keluarkan jenis Matte sebab jenis glossy ramai yang kurang berminat termasuk lah aku sendiri.. Bibir Kak Pilla jenis lipstick cepat tanggal.. Pakai pagi, pastu breakfast makan minum semua.. memang bye kau lipstick.. dan aku memang jenis tak suka re-apply balik.. Aku akan pakai pagi je masa nak pegi kerja tu.. aku tak reti lepas makan nak apply lagi.. tak kuasaaaaaa.. kalau aku pakai balik pun maybe lepas solat zohor tu hahah.. tu pun kalau rajin.. 

Ini 5 warna matte lip cream yang kita setuju.. Masing-masing mewakili kesukaan kami bertiga.. Aku suka dari no.3 ke bawah.. Peej suka no. 1 dan no 2 tu.. Elly suka no.1, no.2 dan segala yang pink-pink tu dia suka.. Kitorang dah test pakai seharian dan dia lasting!!! hoooorayyyyyyy suka!!

 Mata mana mata? Sian pakai eyeliner pon tak nampak T__T

Apa yang bestnya Matte Lip Cream ni compared to lipstick biasa? 

Ok ni pengalaman aku pakai lipstick jenis matte ya.. Kalau lipstick agak susah nak apply sebab texture dia yang matte tu.. dia tak smooth so kadang aku kena apply vaseline dulu bagi licin baru boleh apply matte lipstick.. tapi tak berapa suka sebab nanti dia dah tak berapa matte, dia akan jadi glossy sikit.. so kene tekap pulak dengan tissue dulu.. 

Kalau Matte Lip Cream yang kita bakal keluarkan ni.. packaging dia ialah dalam botol dan guna stick tu ye.. senang gila nak apply sebab masa apply texture dia basah dan licin nak apply.. x de kesat-kesat.. tunggu dalam berapa saat, dia akan terus jadi matte.. amik tissue tekap, tadaaaaa tissue bersih takde tinggalkan stain langsung.. Dan lagi yang best sebab lipstick ni apply pagi.. ko makan ke minum ke, dia kekal jugak kat situ.. Aku pakai pagi nak gi kerja.. by petang macam tu pudar sikit lah tapi still ada :)  beza dengan lipstick biasa pakai pagi.. lepas makan lipstick hilang T_____T

 Final discussion with the professor.

Alhamdulilah settle kerja-kerja untuk 2nd project (Matte Lip Cream) nie sebelum aku dengan Elly bercuti.

By the way Matte Lip Cream ni nanti bukan under Ellfie Beauty ye.. Ini kita buka satu lagi syarikat lain untuk cosmetics.. InshaAllah kalau ada product lain selain Matte Lip Cream semua kita akan kumpulkan di bawah syarikat cosmetics ni.. Soon kita akan bagi tau ok?  Sebab kita tak nak semua benda bercampur aduk.. Biar lebih sistematik.. Belum apa-apa ramai dah nak apply nak jadi agent Matte Lip Cream ni.. Sabar ye, keluar pun belum lagi ni hahahhaha.. Thank you for your support! InshaAllah kita boleh.. tengok Elly post quote dari Dr. Azizan:

"Kita berniaga jangan sekadar cukup-cukup makan, kita berniaga sebab nak bagi ramai orang lain makan"

Dalam maksudnya.. Semoga kita semua sentiasa bersemangat, sentiasa kuat dari segi mental dan fizikal, sentiasa teguh bersama.

Doakan kami berjaya supaya kami dapat menyumbangkan sesuatu kepada orang lain juga :)

Tunggu keluaran Matte Lip Cream kami :)



Love, 
Filla.

Tuesday, November 17, 2015

MACAM-MACAM CERITA.

Wowwwwww Kak Pilla buat #ootd.

Aku memang kagum orang yang rajin buat ootd ni.. bukan senang.. kalau confident diri adalah tinggi then selamba lah.. kalau macam aku ni memang tak kuasa hahaha.. kadang dah pakai elok-elok tapi langsung tak snap gambar, caner tu?

Kita bagi chance lah kat orang-orang muda nak ootd kannnnnn.. 

 Sesekali buat ootd memang woww poyo nya.. lantak kau lah sana hahahah.. sebenarnya nak promote baju Kak Pilla pakai ni.. from ig @lovetulippe woi cantik-cantik collection dia.. tolong jangan bukak booth dekat-dekat dengan booth Ellfie please.. habis duit ahkak shopping kat sana huarghhhhhhh.. untuk plussize pon ado.. dah tengok skirt @lovetulippe Peej pakai? sila pergi stalk ig @peejburhan.. meletop terus nampak slim ai likeeee..

 Actually ni saja kumpul-kumpul gi tengok rumah Pak Long sewakan kat Cyber.. Last sebelum serah kat penyewa, kitorang datanglah nak tengok langsir yang Wan tempah kat Hughes Globe masa sale anjuran Moon haritu.. dah lah lawa...murah boleh pitam.. memang sesuai lah kita letak kat rumah ni, jimat belanja sikit heheheh..

Woww romantik laki ai hihihihi.. Pak Radie ni sebenarnya nampak je garang.. tapi hati dia lembut je dan sangat protective kat aku ngan anak-anak.. berani korang buat hal, memang kena dengan dia.. aku takut gak ngan dia.. tapi takut-takut berani sebab dia suka acah-acah garang.. so aku pon acah-acah garang gak hehehehe.. dia baru lepas buat bekam kat kepala.. for the first time in his life berkepala botak.. aku memula kenal dia rambut sampai pinggang.. pastu pendek sikit sampai ketiak.. pastu pendek lagi sampai bahu.. pastu pendek macam lelaki normal.. now botak.. hehehehe

 Eh kenapa Mak Long tido? ngantuk eh? korang ni duduk atas kaki mak long tu dah lah halus.. kang roboh kang hehehe..

Pak Long ni jarang jumpa.. bila jumpa kita snap lah gambar sikit.. 

 Mak Long pi naik kereta sana.. kita nak pinjam abang kita jap heheh.. Dekat je gi minum sat kat Starbucks.

Leecha ni senang bela sikit.. sumbat air apa pon dia ok.. tapi dia ni kene kawal sikit.. dah lah suka air gas.. kalau dia sedut air gas nanti buat muka terkejut dia cakap pedas.. tapi tangan tak nak lepas.. sedut lagi.. grrrr.. coffee ke latte ke semua dia bedal huhu..

Ni cerita lain ye.. dah tukar bab ni hehehe.. Team Ellfie dah jarang dapat keluar gi makan ramai-ramai dengan laki masing-masing.. so semua berpakat sempena birthday Kak Pilla jom celebrate makan kat Majestic.. semua pun suka sebab makanan kat sana lazat.. bukan sebab birthday pon tapi sebab saja nak pegi. duit lebih gi bercuti kat PD ada kat aku.. kira-kira, eh cukup kita gi makan.. so mari ;)

 Siapa suka seafood sila pergi majestic.. berbaloi duit kita bayar udang besar giler.. oyster semua pun ada.. 


 Kat sana ada pasta.. just letak kat pinggan dan cakap nak suruh dia masak apa.. Aglio Olio ke, Carbonara ke.. semua dia boleh buat.. nak extra spicy pon boleh ;)

 Penutup makan ice cream.. Aku tak makan banyak malam tu sebab dah kenyang makan sushi petang tu.. ciss membaziaq la pi tempat macam ni tapi tak makan banyak..

 Sejak botak ni perangai pon lain macam.. Macam budak jahat aku tengok.. punk oi oi oi? boleh blah.

 Ben, Win, Radie.

 Wow kemain tinggi kasut Kak Elly.. Sian Elly demam makan pon asyik tak lalu.. asal keluar makan time dia demam tu.. confirm kak pilla tolong habiskan makanan dia.. hahah aku tak boleh tengok makanan membazir.. kesian tau tak? pastu gemok nangis.. tampa diri sendiri.

 Ni masak kat rumah.. Aku ni balik-balik pusing-pusing itu je lauk aku.. Sebab budak-budak kat rumah ni mengada lebih.. itu je lauk aku selalu masak sebab Kasih suka.. Kasih tu sangat sangat fussy bab makan.. Ada sekali aku geram je.. dia tanya "Mama masak apa harini?" sambil lari-lari kat meja makan dengan ceria.. Dia tau kot aku masak kari masa tu.. tapi dia saja buat muka excited.. "Kari".. terus dia buat muka kecewa "Takpelah, Kasih tak nak makan, kasih tak suka kari".. Laju aku jawab "Tanak makan sudah".

Dengan anak pun boleh bergaduh.. Sentap tau! penat mak kau masak suka-suka je tanak makan.. Pastu pelan-pelan dia datang jugak.. "Tak pelah, Kasih nak makan nasi dengan kicap je".. aku tak tengok muka dia aku terus hulur kicap.. dua-dua saiko.. dia nak sakitkan hati aku.. aku pun nak sakitkan hati dia.. pastu dia cakap "Kasih nak ikan dia je.. tak nak kuah kari tu".. ek elehhh ego.. sebenarnya dia makan yeee.... dia ingat aku tak nampak dia cedok gak kuah kari tu.. last-last makan dua pinggan!!! 

Siapa budak tak suka kari tu? sila angkat tangan.. #mamasenyumsinis #yessssmamamenang

 Siakap Berlada pun kegemaran seisi rumah.. Apa je yang melibatkan sambal macam ni diorang suka.. tak kisah lah ikan ke ayam ke.. Pak Radie pon suka.. tapi malam tu dia banyak kerja dia cakap maybe balik lambat or maybe tak balik..

Makan lah kitorang 4 beranak tanpa papa.. snap gambar ni send kat Pak Radie hehehe.. Eish tengok Leecha tu sekarang dia dah jadi minah kuat membebel.. bising betol mulut dia.. Amaani pulak dah jadi pendiam sikit.. sebab Aleesya dah overshadow dia sekarang.. sentap je Amaani sebab Aleesya suka jealous dengan dia.. tapi kalau baik dia memang boleh ngam berdua tu.. Kasih pulak dah besar.. so dia suka menyakat.. dia pun suka gaduh dengan Amaani.. nanti kalau gaduh dengan Amaani dia saja buat baik dengan Aleesya.. so Amaani terus takde gang.. hahaha kesian betul Amaani jadi mangsa buli.. Tapi kalau dia buat hal boleh tahan gak.. berebut phone or ipad ke.. dia sakit hati memang dia campak je kat Aleesya pastu dia cakap "Amaani tak suka Aleesya!!! Nah lah".. Pastu Aleesya pandang dia pakai ekor mata jeeee.. Aleesya kadang tak suka menjawab tapi dia suka tengok pakai ekor mata sambil jeling.. tapi dia memang confirm menang lah.. Amaani berlalu pergi sambil melalak.. hahahah.. 

Mana lah tak meriah rumah ni dengan ragam diorang nie.. Kadang terhibur kadang aku boleh naik hangin habis semua ni kena.. 

Love love loveeee anak-anak mama.. #ciomsikit

Love, 
Filla.

Monday, November 16, 2015

KAMI NAK BAGI WANG TUNAI RM1,500.

Dah ready ke belum???


Pihak Ellfie nak bagi customers kesayangan kita ni wang tunai berjumlah RM1,500!!  

Terbuka untuk semua pengguna Ellfie Essence dan Ellfie Gold Serum.. Eleh kacang je kot buat video.. nak share kat ig boleh, kat fb pon boleh.. jangan lupa hashtag #iloveellfie ok?


Syarat peraduan:

1. Memegang produk Ellfie Beauty.

2. Nyatakan perubahan kepada kulit wajah anda selepas menggunakan Ellfie.

3. Video anda mestilah kreatif untuk dipilih sebagai pemenang.

4. Share video kreatif anda di instagram atau facebook dengan hashtag #iloveellfie 

5. Terbuka kepada semua pengguna produk Ellfie Beauty (Ellfie Essence atau Ellfie Gold Serum atau kedua-duanya sekali)

6. Pihak Ellfie berhak untuk menggunakan video-video penyertaan tersebut di rangkaian media sosial kami.

7. Setiap penyertaan akan mendapat hadiah Saguhati dari pihak Ellfie.

8. Hanya seorang pemenang akan dipilih untuk memenangi wang tunai RM1,500.

Peraduan berlangsung dari 16 November - 30 November 2015.




Good Luck!!!


Love, 
Filla.

Friday, November 13, 2015

10dayschallenge with HP.

 Kegilaan gadget zaman sekarang ni dah sampai ke tahap kronik kalau kita tak bendung.. Tak payah salahkan zaman yang serba canggih dan moden ni.. sebab Kak Pilla rasa semua masalah berpunca dari kita sendiri.. Macam Kak Pilla sendiri pun sama.. Korang percaya tak Kak Pilla ada 3 handphones hahahha... 1 personal handphone, 1 lagi untuk business Ellfie, 1 lagi saja-saja.. hahahha gila ke apa ni.. sekali 3 handphones angkut masuk dalam bag... 

Kasih memang akan pinjam satu untuk dia main game kalau dia bosan dalam kereta.. Amaani pun suka pinjam.. "Mama, pinjam handphone nak main game".. pastu bergaduh pulak dengan Aleesya sebab Aleesya nak tengok apps sebutan buah-buahan in English yang papa dia download kat handphone.. sudahnya semua tak bercakap sebab mengadap phone je.. tu belum termasuk segala ipad lagi.. kadang time makan pun tangan pegang gadget.. memang Kak Pilla strict kalau makan no handphone!!!! Kak Pilla tak pe sebab nak snap gambar food nak upload kat instagram and facebook.. huhhhh contoh yang baik ke tu? hahahhaha..

Menyedari kelalaian Kak Pilla untuk menghadkan penggunaan gadget kat anak-anak ni.. Kak Pilla sahut cabaran dari HP iaitu #10dayschallenge .. Apa tu? haaaaaa korang patut cuba ni jugak.. Ada satu apps ni nama dia HP Printables untuk korang print out apa yang korang suka.. Lepas tu boleh buat aktiviti bersama anak-anak ;) Tapi jangan tipu-tipu ya.. Kita kena betul-betul sahut cabaran 10 hari tu untuk spend quality time with the kids.. Masa tu diorang dah tak ingat pasal gadgets.. Semua sibuk nak buat aktiviti bersama mama yang tersayang *ehem* hehehe

Sebelum tu sila sign up dulu ye.. pastu korang akan nampak macam gambar kat atas ni.. Sila tengok kat Recommended Printables tu.. ada macam-macam yang boleh diprint.. Tapi Kak Pilla kan sahut cabaran 10dayschallenge .. so Kak Pilla pilih printables yang sesuai untuk budak-budak.. Eh korang boleh print resepi jugak hahahah ;)

 Selain tu, korang boleh print korang punya printables tu walau dimana korang berada.. Lebih cepat dan pantas.. dasyat kan? hehehe.. tapi download dulu Printables App ni kat smartphone ye ;)

 Tu diaaaaaa!!!! Kak Pilla suka tengok kat Family Activities tu.. ada banyak sangat yang sesuai untuk budak-budak.. 

 Ni contoh ye.. Kak Pilla click Disney under Family Activities tu.. pastu dah boleh print out apa yang you all pilih tu :) Nak main colour-colour dengan Aleesya :)

 Tadaaaaaaa Kak Pilla guna HP Deskjet 3630 All-in-One series ni.. Dasyat betul printer zaman sekarang ni siap wifi pulak tu... zaman dulu-dulu mana ada semua ni.. so i jadi a bit jakun muahahahhaa... sila maafkan Kak Pilla ye.. i dah tua.. benda canggih sikit terus excited ;)

Ok now jom Kak Pilla tunjuk apa yang Kak Pilla print untuk budak-budak ni..

 Nampak tu Aleesya dah tak sabar nak colour.. Sabarrrr dik.. tengah print lagi tu ;)

 My happy kids ;)

 Bermulalah #10dayschallenge kami hehehe... Amaani dengan Aleesya enjoy HP Printables yang Kak Pilla dah printkan untuk diorang.. 10 hari kita akan buat aktiviti dengan HP Printables je, no gadgets!!! no phones!! no ipad!! Tengok Aleesya punya teruja habis dia kaler comot hahahah... tapi tetaplah Kak Pilla akan puji dia warna paling cantik dalam dunia hahahha..

Sekarang hari-hari diorang yang remind "Mama bila nak colour lagi???" Ye sabarrrr sabarrrr bagi mama masak dulu nanti kita duduk colour sama-sama ye..

Kak Pilla nak ajak you all sahut cabaran #10dayschallenge ni jugak bersama anak-anak.

Kalau you all tak sempat nak complete full 10 days challenge tu takpe.. Jangan risau ok?  Kak Pilla faham kita ni semua ibu bapa yang bekerja dan sibuk.. dapat buat 2-3 hari challenge pun bagus dah.. tapi kalau dapat buat 10 days challenge lagi hebat!! Cuma jangan lupa share gambar anda dan anak-anak semasa challenge tu berlangsung kat HP Malaysia Facebook Page dan include sekali hashtag #10dayschallenge untuk berpeluang terpilih sebagai salah seorang lucky winners!

Pemenang akan dipilih oleh HP Malaysia dan anda akan dijemput untuk menghadiri Kids Day Out di GSC Signatures, The Gardens pada 28 November 2015.  Ada banyak aktiviti yang disediakan oleh HP Malaysia pada hari tersebut di antaranya ialah pihak HP Malaysia akan menyediakan feature print stations yang dilengkapi dengan HP Printables dimana parents boleh mencetak pelbagai 3D origami, spot the difference dan memory card games untuk anak-anak.  Photo printing stations juga disediakan supaya ibu-bapa boleh mencetak gambar anak-anak yang sedang melakukan pelbagai aktiviti di sana.

Semasa event berlangsung juga, ada aktiviti yang akan dijalankan.. Nak tau apa hadiah dia? Anda boleh memenangi HP DeskJet Ink Advantage 3635 All-in-One Printer atau HP H2800 Headset semasa event Kids Day Out nanti ;)

Jom sahut cabaran #10dayschallenge sekarang!

Layari HP Malaysia FB Page untuk maklumat lanjut ye.




Love, 
Filla.