About Me

Friday, November 13, 2015

10dayschallenge with HP.

 Kegilaan gadget zaman sekarang ni dah sampai ke tahap kronik kalau kita tak bendung.. Tak payah salahkan zaman yang serba canggih dan moden ni.. sebab Kak Pilla rasa semua masalah berpunca dari kita sendiri.. Macam Kak Pilla sendiri pun sama.. Korang percaya tak Kak Pilla ada 3 handphones hahahha... 1 personal handphone, 1 lagi untuk business Ellfie, 1 lagi saja-saja.. hahahha gila ke apa ni.. sekali 3 handphones angkut masuk dalam bag... 

Kasih memang akan pinjam satu untuk dia main game kalau dia bosan dalam kereta.. Amaani pun suka pinjam.. "Mama, pinjam handphone nak main game".. pastu bergaduh pulak dengan Aleesya sebab Aleesya nak tengok apps sebutan buah-buahan in English yang papa dia download kat handphone.. sudahnya semua tak bercakap sebab mengadap phone je.. tu belum termasuk segala ipad lagi.. kadang time makan pun tangan pegang gadget.. memang Kak Pilla strict kalau makan no handphone!!!! Kak Pilla tak pe sebab nak snap gambar food nak upload kat instagram and facebook.. huhhhh contoh yang baik ke tu? hahahhaha..

Menyedari kelalaian Kak Pilla untuk menghadkan penggunaan gadget kat anak-anak ni.. Kak Pilla sahut cabaran dari HP iaitu #10dayschallenge .. Apa tu? haaaaaa korang patut cuba ni jugak.. Ada satu apps ni nama dia HP Printables untuk korang print out apa yang korang suka.. Lepas tu boleh buat aktiviti bersama anak-anak ;) Tapi jangan tipu-tipu ya.. Kita kena betul-betul sahut cabaran 10 hari tu untuk spend quality time with the kids.. Masa tu diorang dah tak ingat pasal gadgets.. Semua sibuk nak buat aktiviti bersama mama yang tersayang *ehem* hehehe

Sebelum tu sila sign up dulu ye.. pastu korang akan nampak macam gambar kat atas ni.. Sila tengok kat Recommended Printables tu.. ada macam-macam yang boleh diprint.. Tapi Kak Pilla kan sahut cabaran 10dayschallenge .. so Kak Pilla pilih printables yang sesuai untuk budak-budak.. Eh korang boleh print resepi jugak hahahah ;)

 Selain tu, korang boleh print korang punya printables tu walau dimana korang berada.. Lebih cepat dan pantas.. dasyat kan? hehehe.. tapi download dulu Printables App ni kat smartphone ye ;)

 Tu diaaaaaa!!!! Kak Pilla suka tengok kat Family Activities tu.. ada banyak sangat yang sesuai untuk budak-budak.. 

 Ni contoh ye.. Kak Pilla click Disney under Family Activities tu.. pastu dah boleh print out apa yang you all pilih tu :) Nak main colour-colour dengan Aleesya :)

 Tadaaaaaaa Kak Pilla guna HP Deskjet 3630 All-in-One series ni.. Dasyat betul printer zaman sekarang ni siap wifi pulak tu... zaman dulu-dulu mana ada semua ni.. so i jadi a bit jakun muahahahhaa... sila maafkan Kak Pilla ye.. i dah tua.. benda canggih sikit terus excited ;)

Ok now jom Kak Pilla tunjuk apa yang Kak Pilla print untuk budak-budak ni..

 Nampak tu Aleesya dah tak sabar nak colour.. Sabarrrr dik.. tengah print lagi tu ;)

 My happy kids ;)

 Bermulalah #10dayschallenge kami hehehe... Amaani dengan Aleesya enjoy HP Printables yang Kak Pilla dah printkan untuk diorang.. 10 hari kita akan buat aktiviti dengan HP Printables je, no gadgets!!! no phones!! no ipad!! Tengok Aleesya punya teruja habis dia kaler comot hahahah... tapi tetaplah Kak Pilla akan puji dia warna paling cantik dalam dunia hahahha..

Sekarang hari-hari diorang yang remind "Mama bila nak colour lagi???" Ye sabarrrr sabarrrr bagi mama masak dulu nanti kita duduk colour sama-sama ye..

Kak Pilla nak ajak you all sahut cabaran #10dayschallenge ni jugak bersama anak-anak.

Kalau you all tak sempat nak complete full 10 days challenge tu takpe.. Jangan risau ok?  Kak Pilla faham kita ni semua ibu bapa yang bekerja dan sibuk.. dapat buat 2-3 hari challenge pun bagus dah.. tapi kalau dapat buat 10 days challenge lagi hebat!! Cuma jangan lupa share gambar anda dan anak-anak semasa challenge tu berlangsung kat HP Malaysia Facebook Page dan include sekali hashtag #10dayschallenge untuk berpeluang terpilih sebagai salah seorang lucky winners!

Pemenang akan dipilih oleh HP Malaysia dan anda akan dijemput untuk menghadiri Kids Day Out di GSC Signatures, The Gardens pada 28 November 2015.  Ada banyak aktiviti yang disediakan oleh HP Malaysia pada hari tersebut di antaranya ialah pihak HP Malaysia akan menyediakan feature print stations yang dilengkapi dengan HP Printables dimana parents boleh mencetak pelbagai 3D origami, spot the difference dan memory card games untuk anak-anak.  Photo printing stations juga disediakan supaya ibu-bapa boleh mencetak gambar anak-anak yang sedang melakukan pelbagai aktiviti di sana.

Semasa event berlangsung juga, ada aktiviti yang akan dijalankan.. Nak tau apa hadiah dia? Anda boleh memenangi HP DeskJet Ink Advantage 3635 All-in-One Printer atau HP H2800 Headset semasa event Kids Day Out nanti ;)

Jom sahut cabaran #10dayschallenge sekarang!

Layari HP Malaysia FB Page untuk maklumat lanjut ye.




Love, 
Filla.

7 comments:

  1. si lecha tue sebijik mcm muka mak fila

    ReplyDelete
  2. muka jelos lecha terpancar kat amani ....hahahhaha lecha oh lecha

    ReplyDelete
  3. comel je dua orang tu.. hihi..

    Jom follow saya

    ReplyDelete
  4. Suka sangat buat muka lecha ni. Comel jea.

    ReplyDelete
  5. Seronok aktiviti bersama anak2 kan.. Say rest to gadget.. Hehe

    ReplyDelete
  6. cantiknya dia print. definitely need to try one hahah

    ReplyDelete
  7. Aleesya sebijik muka Wan hehe

    ReplyDelete