About Me

Tuesday, November 17, 2015

MACAM-MACAM CERITA.

Wowwwwww Kak Pilla buat #ootd.

Aku memang kagum orang yang rajin buat ootd ni.. bukan senang.. kalau confident diri adalah tinggi then selamba lah.. kalau macam aku ni memang tak kuasa hahaha.. kadang dah pakai elok-elok tapi langsung tak snap gambar, caner tu?

Kita bagi chance lah kat orang-orang muda nak ootd kannnnnn.. 

 Sesekali buat ootd memang woww poyo nya.. lantak kau lah sana hahahah.. sebenarnya nak promote baju Kak Pilla pakai ni.. from ig @lovetulippe woi cantik-cantik collection dia.. tolong jangan bukak booth dekat-dekat dengan booth Ellfie please.. habis duit ahkak shopping kat sana huarghhhhhhh.. untuk plussize pon ado.. dah tengok skirt @lovetulippe Peej pakai? sila pergi stalk ig @peejburhan.. meletop terus nampak slim ai likeeee..

 Actually ni saja kumpul-kumpul gi tengok rumah Pak Long sewakan kat Cyber.. Last sebelum serah kat penyewa, kitorang datanglah nak tengok langsir yang Wan tempah kat Hughes Globe masa sale anjuran Moon haritu.. dah lah lawa...murah boleh pitam.. memang sesuai lah kita letak kat rumah ni, jimat belanja sikit heheheh..

Woww romantik laki ai hihihihi.. Pak Radie ni sebenarnya nampak je garang.. tapi hati dia lembut je dan sangat protective kat aku ngan anak-anak.. berani korang buat hal, memang kena dengan dia.. aku takut gak ngan dia.. tapi takut-takut berani sebab dia suka acah-acah garang.. so aku pon acah-acah garang gak hehehehe.. dia baru lepas buat bekam kat kepala.. for the first time in his life berkepala botak.. aku memula kenal dia rambut sampai pinggang.. pastu pendek sikit sampai ketiak.. pastu pendek lagi sampai bahu.. pastu pendek macam lelaki normal.. now botak.. hehehehe

 Eh kenapa Mak Long tido? ngantuk eh? korang ni duduk atas kaki mak long tu dah lah halus.. kang roboh kang hehehe..

Pak Long ni jarang jumpa.. bila jumpa kita snap lah gambar sikit.. 

 Mak Long pi naik kereta sana.. kita nak pinjam abang kita jap heheh.. Dekat je gi minum sat kat Starbucks.

Leecha ni senang bela sikit.. sumbat air apa pon dia ok.. tapi dia ni kene kawal sikit.. dah lah suka air gas.. kalau dia sedut air gas nanti buat muka terkejut dia cakap pedas.. tapi tangan tak nak lepas.. sedut lagi.. grrrr.. coffee ke latte ke semua dia bedal huhu..

Ni cerita lain ye.. dah tukar bab ni hehehe.. Team Ellfie dah jarang dapat keluar gi makan ramai-ramai dengan laki masing-masing.. so semua berpakat sempena birthday Kak Pilla jom celebrate makan kat Majestic.. semua pun suka sebab makanan kat sana lazat.. bukan sebab birthday pon tapi sebab saja nak pegi. duit lebih gi bercuti kat PD ada kat aku.. kira-kira, eh cukup kita gi makan.. so mari ;)

 Siapa suka seafood sila pergi majestic.. berbaloi duit kita bayar udang besar giler.. oyster semua pun ada.. 


 Kat sana ada pasta.. just letak kat pinggan dan cakap nak suruh dia masak apa.. Aglio Olio ke, Carbonara ke.. semua dia boleh buat.. nak extra spicy pon boleh ;)

 Penutup makan ice cream.. Aku tak makan banyak malam tu sebab dah kenyang makan sushi petang tu.. ciss membaziaq la pi tempat macam ni tapi tak makan banyak..

 Sejak botak ni perangai pon lain macam.. Macam budak jahat aku tengok.. punk oi oi oi? boleh blah.

 Ben, Win, Radie.

 Wow kemain tinggi kasut Kak Elly.. Sian Elly demam makan pon asyik tak lalu.. asal keluar makan time dia demam tu.. confirm kak pilla tolong habiskan makanan dia.. hahah aku tak boleh tengok makanan membazir.. kesian tau tak? pastu gemok nangis.. tampa diri sendiri.

 Ni masak kat rumah.. Aku ni balik-balik pusing-pusing itu je lauk aku.. Sebab budak-budak kat rumah ni mengada lebih.. itu je lauk aku selalu masak sebab Kasih suka.. Kasih tu sangat sangat fussy bab makan.. Ada sekali aku geram je.. dia tanya "Mama masak apa harini?" sambil lari-lari kat meja makan dengan ceria.. Dia tau kot aku masak kari masa tu.. tapi dia saja buat muka excited.. "Kari".. terus dia buat muka kecewa "Takpelah, Kasih tak nak makan, kasih tak suka kari".. Laju aku jawab "Tanak makan sudah".

Dengan anak pun boleh bergaduh.. Sentap tau! penat mak kau masak suka-suka je tanak makan.. Pastu pelan-pelan dia datang jugak.. "Tak pelah, Kasih nak makan nasi dengan kicap je".. aku tak tengok muka dia aku terus hulur kicap.. dua-dua saiko.. dia nak sakitkan hati aku.. aku pun nak sakitkan hati dia.. pastu dia cakap "Kasih nak ikan dia je.. tak nak kuah kari tu".. ek elehhh ego.. sebenarnya dia makan yeee.... dia ingat aku tak nampak dia cedok gak kuah kari tu.. last-last makan dua pinggan!!! 

Siapa budak tak suka kari tu? sila angkat tangan.. #mamasenyumsinis #yessssmamamenang

 Siakap Berlada pun kegemaran seisi rumah.. Apa je yang melibatkan sambal macam ni diorang suka.. tak kisah lah ikan ke ayam ke.. Pak Radie pon suka.. tapi malam tu dia banyak kerja dia cakap maybe balik lambat or maybe tak balik..

Makan lah kitorang 4 beranak tanpa papa.. snap gambar ni send kat Pak Radie hehehe.. Eish tengok Leecha tu sekarang dia dah jadi minah kuat membebel.. bising betol mulut dia.. Amaani pulak dah jadi pendiam sikit.. sebab Aleesya dah overshadow dia sekarang.. sentap je Amaani sebab Aleesya suka jealous dengan dia.. tapi kalau baik dia memang boleh ngam berdua tu.. Kasih pulak dah besar.. so dia suka menyakat.. dia pun suka gaduh dengan Amaani.. nanti kalau gaduh dengan Amaani dia saja buat baik dengan Aleesya.. so Amaani terus takde gang.. hahaha kesian betul Amaani jadi mangsa buli.. Tapi kalau dia buat hal boleh tahan gak.. berebut phone or ipad ke.. dia sakit hati memang dia campak je kat Aleesya pastu dia cakap "Amaani tak suka Aleesya!!! Nah lah".. Pastu Aleesya pandang dia pakai ekor mata jeeee.. Aleesya kadang tak suka menjawab tapi dia suka tengok pakai ekor mata sambil jeling.. tapi dia memang confirm menang lah.. Amaani berlalu pergi sambil melalak.. hahahah.. 

Mana lah tak meriah rumah ni dengan ragam diorang nie.. Kadang terhibur kadang aku boleh naik hangin habis semua ni kena.. 

Love love loveeee anak-anak mama.. #ciomsikit

Love, 
Filla.

11 comments:

  1. ceria rumah kak pilla...

    ReplyDelete
  2. ootd tu mmg cun filla.....

    ReplyDelete
  3. tang air gas 'pedas' tu sama ngan dak qaleef anak saya.. pedas kata nya.. ngeeee...

    ReplyDelete
  4. saya pun geram cam nak picit jer leecha tu tau.hihihihi.

    FAD

    ReplyDelete
  5. macam-macam ragam anak2 kan...

    ReplyDelete
  6. Ok.. Nanti nak skodeng ig @lovetulippe

    ReplyDelete
  7. lawa laa Amani ni, suka sangat tengok dia. heee

    ReplyDelete
  8. Sama la 3 anak dara kat rumah ni kak pilla. Memang meriah sangat haha

    ReplyDelete
  9. Terus google buffet @ majestic...memang nampak best...

    ReplyDelete
  10. ahahah comel je hashtag mama menang tu

    ReplyDelete