About Me

Tuesday, June 30, 2015

BUKA PUASA DAY 12 - 2015

Ahad haritu balik Shah Alam nak celebrate birthday Amaani sekali ;)

Mak dah siap masak, tengahari kitorang sampai dah takde apa nak buat.. Pak Radie dah jeling-jeling suh tolong masak.. Nak masak apa? Mak dah siap masak hahahahahha... 

Cuma nak masak nasi briyani je lagi.. so tengoklah Mak masak nasi tu.. oooo senang je masak nasi briyani ni.. Mak kalau balik Johor je mesti beli rempah briyani tu..senang je jadikan dia paste macam masak kari tu.. tumis dengan minyak sapi nyammmmsss.. 

So petang tu gi jalan-jalan bazar ramadhan sebab anak buah si Syasya tu teringin nak makan roti john dengan air soya bean.. nasi briyani dengan kari daging pon dia teringin.. Huih macam aku masa kecik-kecik puasa semua benda nak hahahhaha..

malas nak gi bersemak-semak kat bazaar stadium tu.. so kitorang pegi bazar ramadhan kecik je kat Section 2 tu.. Tengok Leecha kemain gigih lagi dia sibuk nak bawak roti john ;)

ada pakcik tegur, berat sangat ke roti john tu dik? hahahahah

Ni lauk untuk nasi briyani

Kari daging nenek yang empuk gila daging dia.. siap tapaukan bawak balik, sahur pon makan ni dengan nasi panas-panas.. sambil pejam mata mengantuk tapi nasi habis sepinggan caner tu?


Tq mama yatie belikan cake oreo untuk Amaani ;)

Tengok Leecha tu, dia tu mana boleh tengok Amaani lebih hahahhaha.. sesi merampas pisau nak potong cake jugak.. perasan je macam birthday dia hehehehe..

So itu sahaja update buka puasa rumah mertuaku..

Eh, anak buah i Azhar tu dah bujang ok.. suara garau pastu tetiba dah tinggi macam galah.. pastu tanya dia "Wah Azhar suara dah besar la".. "Saya dah matang" omg tak leh blah jawapan hahahahah..


Love, 
Filla.

BUKA PUASA DAY 11 - 2015

Masa kejadian ni hari Sabtu.. Memang dah plan tak nak masak sebab tak sempat.. So beramai-ramai hantar Kasih gi tuition dan balik tu amik dia terus pecut ke Mahbub Bangsar.. Eh ke Mahbob? ntah hehehe... 

Kita tapau nasi beriyani je.. Pastu hamek kau ramai gila orang beratur.. Oklah tak pe, kita beratur jugak.. nasib pekerja dia ramai dan pantas ;)

dah settle terus pecut balik umah dan hidang.. 

Agak tamak sikit hahah.. tapi takpe, simpan dalam fridge esoknya Leecha makan nasi tu banyak gila.. sebab dia memang suka nasi beriyani atau nasi minyak.. tapi tak leh campur apa-apa dia nak nasi je..

yang macam kari tu telur ikan.. banyak kot tu.. dia charge rm5 je.. murah kan?  kalau bungkus lauk kat pasar ramadhan aduii hai.. sejemput je rm5, kalau tekak aku sorang boleh lah.. kalau 5-6 orang nak makan takkan satu lauk nak spend sampai RM20?

Lepas ni gigihlah masak sendiri lebih jimat dan berkhasiat ;)


Love, 
Filla.

Monday, June 29, 2015

BUKA PUASA DAY 10 -2015

First time tak masak untuk berbuka hahaha.. Sabtu hantar Kasih gi tuition so memang tak sempatlah.. Lagipun tekak teringin nak makan nasi beriyani Mahbub kat Bangsar tu.. So mari tapau je lah.. Ramai gila kot orang kat sana.. beratur panjang tapi sistematik lah.. siap amik order tulis nama.. dah kau berdiri kat sana sampai dia panggil nama.. Sampai rumah lagi 20 minit nak berbuka.. 

Kasih tak nak briyani dia nak nasi putih.. So belikan dia kari telur ikan dengan nasi RM5.. Eh apa murah sangat? Banyak kot telur ikan tu.. 

Aleesya paling suka nasi beriyani ni.. dia tu segala nasi briyani ke nasi minyak ke memang favourite dia hehehe

Sahur aku ngan Pak Radie makan burger.. Sedapnya burger buat sendiri siap balut dengan telur tabur white pepper sikit letak salad, pastu letak mayo dengan cili sos.. roti tu sapu majerin bakar sikit ngappp.. 

Kasih nak mee goreng Sedappp..

Pastu esoknya dia nak burger sebab tak leh tahan tengok mama ngan papa makan burger hehehe

Korang try lah buat burger untuk sahur.. mata ngantuk takpe tutup je, tapi mulut kunyah heheheh..



Love, 
Filla.

RESEPI PUDING ROTI BERKUAH KASTARD

Ini pertama kali buat Pudirng Roti hahaha.. tau yang buat ni senang tapi tak pernah nak buat.. Cuma haritu rasa teringin nak makan so mari google dan buat.. 

Untuk Roti
10 keping roti
3 cawan susu rendah lemak
4 biji telur
4 sudu gula
1 sudu teh esen vanilla
4 sudu kismis / 1 kotak kecil kismis
sedikit majerin

Kuah Kastard
2 cawan susu rendah lemak
2 sudu gula
1 suduh teh esen vanilla
2 sudu besar tepung castard

Cara-cara
Sapukan majerin dengan rata di loyang.. Koyakkan roti kepada 2 atau 3 bahagian dan susun di dalam loyang.. setiap lapis di selang-seli dengan kismis.  Kemudian ambil satu mangkuk besar dan campurkan 3 cawan susu rendah lemak, 4 biji telur, 4 sudu gula dan 1 sudu teh esen vanilla.  Kacau rata kemudian tuang di atas adunan roti di dalam loyang tadi.. make sure semua roti basah dan terendam dalam susu... Kemudian bakar dalam oven dengan suhu 200c selama lebih kurang 45 minit.

Cara-cara membuat kuah castard
Tuangkan 2 cawan susu rendah lemak, 2 sudu gula, 1 sudu teh esen vanilla dan 2 sudu tepung castard kedalam periuk.. Kacau rata dan masak di atas api perlahan.. kacau tanpa henti sehingga kuah memekat.. 

Apabila siap boleh siramkan kuah castard ke atas roti yang telah siap dibakar.. 

Sapukan loyang dengan majerin

Koyak-koyakkan roti dan susun di dalam loyang berselang-seli dengan kismis.


tuang 3 cawan lowfat milk dalam mangkuk besar

tuang 1 sudu teh esen vanilla

masuk sekali 4 sudu gula dan 4 biji telur.. kacau hingga sebati.

Tuangkan ke dalam loyang sehingga rata dan terkena semua bahagian roti.

Masukkan ke dalam oven dan bakar sehingga 45 minit atau lebih dengan suhu 200c.

Untuk kuah kastard, tuangkan 2 cawan susu lowfat

1 sudu teh esen vanilla dan 2 sudu gula pasir

2 sudu tepung castard

kacau dengan api perlahan hingga pekat.

Siap dibakar ;)

Tuangkan dan ngapppp!!!

Selamat Mencuba :)


Love, 
Filla.

BUKA PUASA DAY 9 - 2015

Tengahari tu ada whatsapp Pak Radie tanya dia nak makan apa.. Tapi dia cakap sukati awaklah apa-apa pun boleh.. Pastu cakaplah kat dia nak buat sambal telur hancur lah.. Tetiba dia cakap "Ok cantekkkkk.. buat telur rebus sambal"

Eh tadi kata sukati awak.. tetiba nak telur rebus sambal.. No no noo..

Ni antara lauk favourite makan dengan roti sedap, makan dengan nasi lagi sodap hehehe

Haritu masa amik Kasih dari tuition ada jual lala masak lemak ni.. kitorang beli sikit.. rupanya Kasih suka.. so beli lala dan buat sendiri pulak..

Bubur Lambuk Kg. Baru ni setiap kali bulan puasa, at least sekali mesti Pak Radie bawak balik.. sedap!! Aleesya pun suka ni..

So itu je lauk buka puasa saya.. Yang beli tanak letak sini hahahaha




Love, 
Filla.

Friday, June 26, 2015

BUKA PUASA DAY 8 - 2015

Bila idea dah takde, jom kita masak lauk yang jarang kita masak... Bibik kata selama dia duduk sini, ini kali kedua kot aku masak kurma hahahaha... Sesekali sedap gak makan kurma..

Buat kurma senang je.. Tumbuk / blend bawang putih, bawang merah, halia.. panaskan minyak tumis bahan blend dan campakkan bunga lawang, sedikit kayu manis dan bunga cengkih.. kacau hingga wangi, kemudian masukkan bancuhan kurma daging.. kacau hingga pecah minyak.. kemudian masukkan daging dan kentang, masuk air dan biar hingga sedikit empuk, letak garam sikit.. Lepas tu masukkan santan, masukkan bawang besar yang dibelah empat, tomato, lada besar dibelah-belah.. dah siap ;)

Ni lauk buka semalam.. simple-simple je, elakkan pembaziran..


Love, 
Filla.

Thursday, June 25, 2015

"ROSABELLE" new collection from Corelle and Corningware.

 Aku sendiri tak pasti sejak bila aku dah mula suka collect pinggan-pinggan mangkuk ni semua.. Kalau dulu belasah je.. beli ubat gigi dapat pinggan free pon boleh je janji pinggan ahahha..

Mungkin juga sebab umur dah meningkat ni.. Minat pon dah lebih ke arah pinggan mangkuk, masak memasak.. al maklumlah anak pun dah 3 orang.. Kalau makan tu penuh satu meja dengan pinggan.. Buruk pulak rupa kalau pinggan main campur-campur caca marba.. Terbantut selera nak makan hahaha..

Eh tapi ada orang cakap bila pinggan cantik, boleh menambah selera makan.. dan yang penting lauk yang biasa-biasa pon boleh jadi sedap.. Betul!! hahahahah kita ada satu perasaan best je walaupun bukan ada siapa-siapa yang datang menjamu selera kat rumah pun.. kita je anak beranak pun mestilah nak lawa-lawa jugak ;)

Ni pengalaman Kak Pilla sendiri ye.. Meh lah baca orang nak citer ni hehehehe... Dulu langsung tak reti pasal pinggan dan brand apa bagus apa tak bagus.. Serious tak tau!  Tapi kawan office ni ramai yang ajar.. diorang asyik sebut Corelle je.. best sangat ke???? Jalan-jalan haritu ternampak Corelle ni dengan pantas tengok collection dia.. Patutlah orang dok cakap lawa, memang lawa pun.. Tapi paling suka sebab dia ringan dan nipis.. Pastu geram tengok ada banyak collection.. Ada bunga warna lembut, ada macam bunga orchid purple sikit.. Ada yang daun-daun hijau.. Macam tu rupanya perasaan orang yang kumpul set-set Corelle ikut bunga ni kan?  Sebenarnya berapa tahun sudah Kak Pilla ada beli pinggan makan Corelle yang bulat plain warna putih.. beli 6 kot pinggan je.. sejak dari tu terus jatuh hati ;)

Harini Kak Pilla nak share collection terbaru dari Corelle.. Sila jangan jealous muahhahahahaha

 Corelle Dinnerware ni diberi nama Rosabelle.  Sebagai pemilik Corelle ni, Kak Pilla memang percayakan jenama ni dari dulu sebab Corelle ni memang berkualiti.. diperbuat dari 3 lapisan thermally laminated glass.. Nilah yang membuatkan set Corelle ni lebih tahan lama, sangat berkualiti, nipis, ringan dan tidak mudah pecah!

Bagi meraikan ulang tahun ke-45 Corelle, World Kitchen memperkenalkan koleksi terbaru Rosabelle yang serba baharu.  Jadi Kak Pilla antara yang bertuah sebab dah ada dah set Corelle Rosabelle ni.. Rosabelle bermaksud bunga ros yang cantik dalam bahasa Perancis.  Auwwww suka!!!! heheehe

Yang bestnya Corelle ni memang direka untuk tahan sejuk dan panas.. Boleh masuk microwave oven.. Kita yang jenis pemalas nak tenggek balik atas dapur memang bagus lah guna Corelle ni.. sumbat je dalam micowave dan reheat je.. 

Lagi satu Kak Pilla suka sebab Corelle ni menjimatkan ruang sebab kita boleh stack je susun dia.. contohnya pinggan makan tu.. kalau ada 8 pon kita stack kan tak tinggi pun sebab dia very nipis dan ringan.. Budak-budak kat rumah ni nak basuh pon tak takut sangat sebab dia ringan dan tahan lasak.. 

 Haritu masak paprik.. masa nak hidang tu senyum sorang-sorang sebab sukaaaaaa design baru Rosabelle ni lembut je.. Pastu mengimbau corak bunga pinggan dulu-dulu tu.. macam kat rumah arwah nenek ;)

 Kak Pilla ada mangkuk besar untuk lauk ni jugak.. Suka ;) hahahahah sorry over excited kalau masuk hal pinggan mangkuk ;)

ni pun kite suka jugak.. Sesuai untuk hidang ulam-ulaman sebab dia nipis lebar dan memanjang..Kalau hidang mee goreng pon sesuai jugak ni.. 

Tapi pinggan makan ada 2 je.. Lepas ni nak tambah beli lagi 4 pinggan makan, baru sesuai hidangan untuk 6 orang.. 

Ni lagi satu nak cerita.. Memula Kak Pilla tak faham perbezaan Corelle dan Corningware.. Kak Pilla ingatkan dia dua jenama yang berlainan.. Tapi kenapa bunga sama?????? Bila Wan bagitau baru paham hahaha.. Al-maklumlah baru nak berjinak-jinak kumpul pinggan hehehe.. 

 Corningware ni untuk set memasak.. nak bake / membakar pun boleh.. Sebelum ni Kak Pilla dah ada set Corningware ni 3 tingkat tu.. besar, sedang, kecik.. Tapi untuk collection Rosabelle ni, ini yang paling besar sekali heheheheh... Banyak kegunaan dia ni sebenarnya.. 

Kenapa Corningware best?

1. Hygienic kerana diperbuat dari glass ceramic yang dipanggil Pyroceram, which is non-porous dan tidak meninggalkan kesan makanan, bau atau stain ke atas nya..

2. Versatile.. Kalau corningware ni ada dalam freezer, just keluarkan dan terus masuk ke dalam oven untuk dipanaskan.. Kalau nak terus letak atas stovetop dan panaskan dengan api pun boleh.. dahlah boleh masak terus, lepas tu terus hidang.. tak yah transfer bekas lain sebab dah cantik dah ;)

3.  Energy saving kerana lauk di dalam Corningware akan panas dalam tempoh yang lama berbanding cookware dari jenama lain.. 

4.  Made in USA & France.

 Corningware ni memang ada penutup untuk memudahkan kita nak masak lauk.. macam nak empukkan daging atau kentang ke.. 

 Nampak tu.. memang puas hati sebab besar dan lebar.. Nak isi lauk yang banyak pun boleh.. tak lama lagi nak raya boleh lah isi nasi impit ke banyak-banyak, atau isi kuah lodeh ke.. eh nak isi nasi tomato pon macam best.. 


 Semangat nak berbuka puasa bila pinggan sweet-sweet je.. Eh? Sapa letak popiah tu macam tu je? cisss cacat terus hahahaha

If korang berkenan boleh lah beli.. banyak kelebihan guna set ni.. Ahkak happy ;)

Now sangat teruja dengan set pinggan mangkuk Corelle dan Corningware.. Tak nak membazir dah beli segala benda yang tak perlu ni hahahahah.. beli pinggan mangkuk lagi best.. 

Kalau korang berkenan boleh beli kat any leading departmental stores.  Boleh visit https://www.facebook.com/worldkitchenAP untuk maklumat lanjut.. 


Love, 
Filla.

BUKA PUASA DAY 7 - 2015

Sepanjang ramadhan dah masuk hari ke-7 berbuka puasa baru teringat belum pernah lagi masak Ayam Berlada.. So marilah kita masak lauk tu pulak.

 Borak dengan Elly cemana dia masak sambal berlada sambal dia banyak.. Elly cakap kene letak cili kering blend tu banyak.. Ha aku dah letak banyak gila tapi still kering hahaha.. tapi takpe.. sambal berlada kering-kering macam ni pon sodap slurpppp..

 Lawan dia pulak mestilah kobis masak lemak putih letak udang sikit.. 

 Pak Radie gi beli cakoi dengan karipap je.. Walaupon aku dah jeling je sebab tiap-tiap kali berbuka cakoi ni dah jadi makanan wajib.. diorang cicah dengan kaya yang sapu roti tu.. Ingatkan membazir, tapi bagus sebab habis licin hehehee

Dua mangkuk kecik tu saja nak rasa.. yang kiri tu ikan bilis belimbing, Kak Pilla beli.. yang kanan tu sambal hitam ada reader bagi.. sedap.. sahur tadi pon makan tu jugak.. terima kasih ye ;)



Love, 
Filla.

Wednesday, June 24, 2015

BUKA PUASA DAY 6 - 2015

Lauk buka puasa so far masih masak lagi.. Kali ni masak lemak cili padi ikan jenahak letak peria.. Orang kata nak elakkan pahit sangat, boleh rendam dulu peria dalam air garam dalam 10 minit macam tu.. It works! hehehe.. pahitlah tapi takde la pahit gilaaaa.. 


 Check dalam fridge ada sayur ni.. Bagus, boleh buat masak oyster dengan bawang putih.. If ada yang tak tau cara dia senang je, celur sayur ni sepokok-sepokok je masa celur.. pastu asingkan.. potong dan buang hujung sayur dan susun sayur dalam pinggan.

Guna sesudu minyak masak tu panaskan kat kuali, tumis bawang putih yang dipotong dadu.. tumis sampai perang baru masuk sos tiram dalam 3 sudu.. kemudian masukkan air.. kacau lagi.. last sekali tuangkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.. tak perlu letak garam.. tutup api dan siram atas sayuran.

 sardin

 
 goreng karipap buatan sendiri.. tu last batch alhamdulilah settle semua.

Sahur Kasih request nak telur camni sebab dia tak nak makan cereal.. Tapi on the way nak gi sekolah tadi dia cakap lepas ni dia nak makan cereal balik.. tak nak roti dengan telur.. Eh memacam budak kecik nie.. Tapi masa puasa ni lah kene ikut sikit tekak dia.. sian budak-budak kalau puasa.. Kalau yang senang-senang dia nak tu masak je lah ;)

Sekian, bertemu lagi dengan lauk seterusnya.. Gila asik gambar lauk je ni.


Love, 
Filla.