About Me

Thursday, June 25, 2015

"ROSABELLE" new collection from Corelle and Corningware.

 Aku sendiri tak pasti sejak bila aku dah mula suka collect pinggan-pinggan mangkuk ni semua.. Kalau dulu belasah je.. beli ubat gigi dapat pinggan free pon boleh je janji pinggan ahahha..

Mungkin juga sebab umur dah meningkat ni.. Minat pon dah lebih ke arah pinggan mangkuk, masak memasak.. al maklumlah anak pun dah 3 orang.. Kalau makan tu penuh satu meja dengan pinggan.. Buruk pulak rupa kalau pinggan main campur-campur caca marba.. Terbantut selera nak makan hahaha..

Eh tapi ada orang cakap bila pinggan cantik, boleh menambah selera makan.. dan yang penting lauk yang biasa-biasa pon boleh jadi sedap.. Betul!! hahahahah kita ada satu perasaan best je walaupun bukan ada siapa-siapa yang datang menjamu selera kat rumah pun.. kita je anak beranak pun mestilah nak lawa-lawa jugak ;)

Ni pengalaman Kak Pilla sendiri ye.. Meh lah baca orang nak citer ni hehehehe... Dulu langsung tak reti pasal pinggan dan brand apa bagus apa tak bagus.. Serious tak tau!  Tapi kawan office ni ramai yang ajar.. diorang asyik sebut Corelle je.. best sangat ke???? Jalan-jalan haritu ternampak Corelle ni dengan pantas tengok collection dia.. Patutlah orang dok cakap lawa, memang lawa pun.. Tapi paling suka sebab dia ringan dan nipis.. Pastu geram tengok ada banyak collection.. Ada bunga warna lembut, ada macam bunga orchid purple sikit.. Ada yang daun-daun hijau.. Macam tu rupanya perasaan orang yang kumpul set-set Corelle ikut bunga ni kan?  Sebenarnya berapa tahun sudah Kak Pilla ada beli pinggan makan Corelle yang bulat plain warna putih.. beli 6 kot pinggan je.. sejak dari tu terus jatuh hati ;)

Harini Kak Pilla nak share collection terbaru dari Corelle.. Sila jangan jealous muahhahahahaha

 Corelle Dinnerware ni diberi nama Rosabelle.  Sebagai pemilik Corelle ni, Kak Pilla memang percayakan jenama ni dari dulu sebab Corelle ni memang berkualiti.. diperbuat dari 3 lapisan thermally laminated glass.. Nilah yang membuatkan set Corelle ni lebih tahan lama, sangat berkualiti, nipis, ringan dan tidak mudah pecah!

Bagi meraikan ulang tahun ke-45 Corelle, World Kitchen memperkenalkan koleksi terbaru Rosabelle yang serba baharu.  Jadi Kak Pilla antara yang bertuah sebab dah ada dah set Corelle Rosabelle ni.. Rosabelle bermaksud bunga ros yang cantik dalam bahasa Perancis.  Auwwww suka!!!! heheehe

Yang bestnya Corelle ni memang direka untuk tahan sejuk dan panas.. Boleh masuk microwave oven.. Kita yang jenis pemalas nak tenggek balik atas dapur memang bagus lah guna Corelle ni.. sumbat je dalam micowave dan reheat je.. 

Lagi satu Kak Pilla suka sebab Corelle ni menjimatkan ruang sebab kita boleh stack je susun dia.. contohnya pinggan makan tu.. kalau ada 8 pon kita stack kan tak tinggi pun sebab dia very nipis dan ringan.. Budak-budak kat rumah ni nak basuh pon tak takut sangat sebab dia ringan dan tahan lasak.. 

 Haritu masak paprik.. masa nak hidang tu senyum sorang-sorang sebab sukaaaaaa design baru Rosabelle ni lembut je.. Pastu mengimbau corak bunga pinggan dulu-dulu tu.. macam kat rumah arwah nenek ;)

 Kak Pilla ada mangkuk besar untuk lauk ni jugak.. Suka ;) hahahahah sorry over excited kalau masuk hal pinggan mangkuk ;)

ni pun kite suka jugak.. Sesuai untuk hidang ulam-ulaman sebab dia nipis lebar dan memanjang..Kalau hidang mee goreng pon sesuai jugak ni.. 

Tapi pinggan makan ada 2 je.. Lepas ni nak tambah beli lagi 4 pinggan makan, baru sesuai hidangan untuk 6 orang.. 

Ni lagi satu nak cerita.. Memula Kak Pilla tak faham perbezaan Corelle dan Corningware.. Kak Pilla ingatkan dia dua jenama yang berlainan.. Tapi kenapa bunga sama?????? Bila Wan bagitau baru paham hahaha.. Al-maklumlah baru nak berjinak-jinak kumpul pinggan hehehe.. 

 Corningware ni untuk set memasak.. nak bake / membakar pun boleh.. Sebelum ni Kak Pilla dah ada set Corningware ni 3 tingkat tu.. besar, sedang, kecik.. Tapi untuk collection Rosabelle ni, ini yang paling besar sekali heheheheh... Banyak kegunaan dia ni sebenarnya.. 

Kenapa Corningware best?

1. Hygienic kerana diperbuat dari glass ceramic yang dipanggil Pyroceram, which is non-porous dan tidak meninggalkan kesan makanan, bau atau stain ke atas nya..

2. Versatile.. Kalau corningware ni ada dalam freezer, just keluarkan dan terus masuk ke dalam oven untuk dipanaskan.. Kalau nak terus letak atas stovetop dan panaskan dengan api pun boleh.. dahlah boleh masak terus, lepas tu terus hidang.. tak yah transfer bekas lain sebab dah cantik dah ;)

3.  Energy saving kerana lauk di dalam Corningware akan panas dalam tempoh yang lama berbanding cookware dari jenama lain.. 

4.  Made in USA & France.

 Corningware ni memang ada penutup untuk memudahkan kita nak masak lauk.. macam nak empukkan daging atau kentang ke.. 

 Nampak tu.. memang puas hati sebab besar dan lebar.. Nak isi lauk yang banyak pun boleh.. tak lama lagi nak raya boleh lah isi nasi impit ke banyak-banyak, atau isi kuah lodeh ke.. eh nak isi nasi tomato pon macam best.. 


 Semangat nak berbuka puasa bila pinggan sweet-sweet je.. Eh? Sapa letak popiah tu macam tu je? cisss cacat terus hahahaha

If korang berkenan boleh lah beli.. banyak kelebihan guna set ni.. Ahkak happy ;)

Now sangat teruja dengan set pinggan mangkuk Corelle dan Corningware.. Tak nak membazir dah beli segala benda yang tak perlu ni hahahahah.. beli pinggan mangkuk lagi best.. 

Kalau korang berkenan boleh beli kat any leading departmental stores.  Boleh visit https://www.facebook.com/worldkitchenAP untuk maklumat lanjut.. 


Love, 
Filla.

9 comments:

  1. kak pilla beli dgn siapa eh? saya sgt2 berminat nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adiba2:04 AM

      Sy baru je COD 1 set Corelle dgn 1 set Corningware minggu lepas dgn seller ig qaswashop. Memang murah & boleh percaya. So far alhamdulilah dah 3x membeli dgn dia.

      Delete
  2. ME BELI KAT LANGKAWI SESANGAT MURAHNYA BANDING KAT TANAH BESAR. SEKSANYA NAK MENGANGKUT LER.

    ReplyDelete
  3. salam k.pilla..Nak cite kelebihannya corningware tu..sy pernah masak air dlm periuk tu nk wat air kopi minum mlm2..masa tu kettle rosak jd trpaksa masak air pki periuk..hihihi..sy masak dlm kul 9.. nk jd cite trlupa..sy trus tdo..pg esoknya dlm kul4 sy trjaga trus g bilik air..dlm bilik air sy mcm trfikir, mlm td rsa mcm nk wat sesuatu tp nk buat ape ye..pastu barula teringat..yaAllah, sy masak air..rsa nk trcabut jantung masa tu...terus g dapur tgok periuk elok ke atas dapur dgn api dapur still menyala..tp air kering dh la..nk cite, periuk tu alhamdulillah, xapa2.. retak pn tidak hitam pun tidak..bersyukur sgt2..
    Eh trpanjang lak..hahaha..tp mmg xtrbayang la kalau sy masak dlm periuk cap buaya jd cmne selama 7 jam atas api tu..

    ReplyDelete
  4. samalah kita kak pilla..
    kegilaan baru dan terkini.sbb baru setahun kawen.
    p lgkawi, x pndang dah cekelat2 ni.
    tuju terus kat cooking ware ni semer.
    tp sy masih dgn taste PLUM..taste lama but remain sweet forever gitu.
    sbb dulu2 p umh kawan2 yg kaya2, mak doang hidang lauk guna plum set ni,rasa alahai..tertib teratur nyaaa food2 tu semer.
    skrang dah ada 2 set...plum and sakura.
    rosabelle will be my 3rd.. :)

    ReplyDelete
  5. kalau mcm saya ni mmg jauhlah nak ke langkawi tu.so kne tgk2 kat ig plk.kak pilla beli kat mane ek..ke free? hehehee adoii syoknye kalau dpt free

    ReplyDelete
  6. Best kan Correll ni. Akak kalau beli mesti 2 set sekali sbb Mak kata kalau tetamu datang, campur kita suami isteri mesti lebih dari 6 org.

    At the moment akak ada set plum, country rose (4 set), elegant city (susah gila cari design ni sbb design lama yg dah x keluar lagi), camelia, white lily n provincial blue.

    Idaman : tulip - design lama, pastel bouquet - design lama, freesia, emma jane n enchanted

    ReplyDelete
  7. Correle blh masuk oven X?

    ReplyDelete
  8. Anonymous9:23 PM

    Corningware tu mmg penutup nya Pyrex ke mcm mn. Tgk tulis Pyrex pd penutupnya

    ReplyDelete