Rumahku Syurgaku.. Tak kiralah rumah kita jenis cemana pun.. besar ke kecik ke.. janji dapat duduk satu keluarga dah syukur alhamdulilah..
Kak Pilla malas nak carik picture before so korang tengok yang after je ok?
Actually ni kat hall rumah.. Rumah ni dulu sebelum masuk lagi Pak Radie tetiba nak buat tiang terkeluar 3 macam tu sebab dia dah memang plan nak buat rack kat situ.. dia buat tanpa pengetahuan Kak Pilla yer.. so kita pun senyap je lah.. kang bantah boleh perang kang.. hahahhaa... Memula dia kata nak buat sendiri rack ni Kak Pilla bersoal jawab jugak.. Nak buat apa? Nak buat macamana? pastu bila dia cakap Kak Pilla rasa nak bantah, tapi tak leh bantah banyak-banyak.. bantah dalam hati je lagi banyak dari bantah kat mulut hahahah.. Tapi yelah, rumah kan tinggal bersama, so kene ada tolak ansur.. dia ada taste dia, Kak Pilla ada taste Kak Pilla.. so tak mau lah gaduh-gaduh.. ada orang laki jenis tak kisah, ada orang bini jenis tak kisah.. macam hal kitorang ni dua-dua memasing nak tunjuk pandai hahahahah tak lawak.
Ada yang tanya tiang tu memang nak biarkan macam tu je ke? Yes memang macam tu je.. Pak Radie suka konsep cozy-cozy macam rumah tak berapa nak siap sebab dia kata itulah seni.. ok lah yang tu Kak Pilla pon bersetuju jugak.. Ada banyak lagi nak letak kat rack ni tapi tak buat lagi.. ingat nak beli frame pelbagai size black and white pastu letak gambar candid sekeluarga dan letak sepah-sepah dari atas sampai ke bawah.. kebanyakan benda yang ktorang letak kat sini semua ada kenangan masing-masing.. tiap kali visit memana negara kitorang akan beli satu benda untuk kenangan.. Frame atas warna merah tu Hong Kong Disneyland.. gila, gambar pon tak letak lagi.. dasar pemalas masing-masing hahah.. belah kanan tu bear Hard Rock.. ada Bali, Phuket, Hong Kong, Singapore.. camtu jelah.. tapi dengar macam Hard Rock dah stop keluaran dia dah.. ai is sad.
Bantal dua ketul dengan sarung dia tu beli kat H&M.. Saja Kak Pilla pilih black and red untuk bagi ceria sikit ;)
Kak Pilla tak sure kat mana lagi ada H&M Home nie.. ini kat ioi city Mall Putrajaya.. masuk sini terus cuci mata.. syoknyaaaaa!!! Kak Pilla boleh spend masa berjam-jam just tengok-tengok benda merepek untuk rumah.. tengok baju pon tak lama macam tu ;)
cushion cover.. tapi jenis baldu macam ni kiter tak berapa suka hahaha..
table cloth ni terpaling suka!! nampak je terus nangis.. yes i wan't this, i wan't this.. merata Kak Pilla carik.. rupanya ada tinggal sehelai je lagi kat rack tu.. phewww selamat.. memang rezeki Kak Pilla hahaha.. taktau lah sekarang ada lagi ke tak yang ni.. kalau tak silap harga dia RM59.90.. Kak Zue Tia Mia pon gila tablecloth jugak.. sama lah kita :) lawa-lawa tablecloth Kak Zue.. geram je nengoknya... hahahahha..
Kalau ada peluang visit negara orang yang banyak jual barang-barang unik-unik nie.. memang nak beli dan kumpul.. pakai ke tak belakang cerita :)
Ni setelah dirasmikan.. Kak Pilla memang dari dulu nak letak tempered glass supaya tak risau table cloth kotor tertumpah kuah.. Tapi Pak Radie tak nak.. sebab dia tak nak.. so tiap kali makan Kak Pilla dah macam akak pengawas.. siapa nak cedok lauk kene hati-hati masuk kat pinggan.. sapa tumpah siapppp!!! hahahah... lagi-lagi kalau lauk kari ke, masak lomak ke.. siap laaaaaaa... semua stress dengan mama hahaha..
Ok sambung balik cuci mata kat H&M..
bawah tu table runner kot..
Aaaaa suka semua tapi tak tau nak letak mana hahah.. saiko sangat ni.
Kak Pilla geram dengan alas kaki tu.. rasa nak beli, tapi dah ada dah kat pintu masuk tu.. Ish camne ni?
box kayu atas tu pon geram.. rasa nak letak shower gel kecik-kecik susun dalam tu letak atas sinki tapi macam takut tak muat plak atas sinki tu..
Dan plan seterusnya yang ntah bila dapat jadi kenyataan ialah feature wall untuk hang tv.. Kak Pilla dah cakap kat Pak Radie yang Kak Pilla nak wood please.
Yes like this.. Nak buat panjang terus sampai ke siling.. pastu nak letak tv kat tengah-tengah.. dah usha haritu kat Viva.. Harga agak melampau tapi memanglah sebab wood kan? setelah berbincang dengan Pak Radie, macam biasa dia cakap biar dia buat.. hahaha aku nak suka ke nak takut ni? Dia cakap dia boleh buat, jangan risau.. dan boleh cut cost banyak gila.. Ok kali ni Kak Pilla percaya jelah dengan dia.. cuma bila dia nak buat tu jangan tanya.. kalau tanya, tu carik pasal namanya.
Hari-hari Kak Pilla tengok gambar-gambar ni semua sebab terlalu suka..
Huwaaaa cantik gila kan?? Kak Pilla tau kita masing-masing ada taste.. so Kak Pilla lebih kepada semula jadi, classic dan tak berapa modern.. Kak Pilla suka macam resort-resort sikit mungkin sebab jiwa Kak Pilla ni lebih kepada jiwa kampung.. tapi tulah, kayu-kayu ni semua mahal, nyampah giler.
Ok now terbayang ulam-ulam sambal belacan, duduk makan atas batu sebelah air terjun.. ada ikan masin pastu dengan daging salai masak lomak cili api letak belimbing buluh.. tutup mata, terdengar kicauan burung dan deruan air terjun yang deras..suap nasi dalam mulut.. ui mak aiii.. podeh bedosing.. bak air sikit.. podeh naaaa ni..
Jangan layan Kak Pilla, sebab Kak Pilla nak sambung berangan ni.. Bye.
_________________________________________________________________________________
UPDATE THEKASIHSSHAWL
Nak check apa lagi yang available boleh click kat link bawah ni yer..
(New) Rainbow Printed Shawl : Click HERE
Printed Shawl : Click HERE
Plain Chiffon Shawl : Click HERE
Satin Silk Shawl : Click HERE
Filla.
Baru nak tnya time makan camner nak jaga bila ada table cloth.meja makan i bogel je gitu.bukan budak jer makan sepah ,bapak budak pun kekadang sama ja.huhu
ReplyDeleteFAD
Npe ikut. Hobi K.pila LA kumpul table cloth ..sgt mnrik...x mbazir ;)
ReplyDeletekelas rumah kak pilla kita ni
ReplyDeleteHa ha Filla akak awal di sini sobab boleh bau tablecloth tu;) very nice i loike- nanti nak pi intai IOI tu jugak ler:) very nice deco you have there:) happy mengawas ye;):)
ReplyDeleteFila..share la area dapur u..lama dah tingin nak tgk..boleh la copy apa yg patut..hihihi..
ReplyDeletehihi sama la kita...dok kat uk memang byk benda2 rustic mcm tu boleh dpt dkt carboot or charity shops, kerusi lama, meja kecik yg unik...dah makin tua ni kalau tgk brg umah memang boleh makan berjam, aunty2 sgt kan LOL
ReplyDeletehai Kak Pilla! KIte pun suke deko2 ni. Hari tu pun perhi H&M Home tu berejam membelek barang2 dlm tu. gerammmm je nak beli tapi tak tau nak letak mane kat umah tu. Hihihi...Cantik rumah kak Pila!
ReplyDeletehai kak pilla... ade permintaan ni.. hehe
ReplyDeleteboleh tak kak pilla tunjuk betul2 area washing machine & toilet kak pilla tu? dr dulu kite tak paham & tak dpt nak bayang camne rupa the whole area yg kak pilla kata washing machine sembunyi balik dinding tu... harap kak pilla bole consider permintaan kite ni.. ahahaha =D
Hi k.filla,h&m home ada dekat avenue k,hehe moh pegiii
ReplyDeleteH & M ada untuk home...bestnye....mesti carik nnt
ReplyDeleteOwhhh.. situasi kita ngn asben lbh krg sama ngn akak. Bgang je.. meroyan dlm hati bila asben xsokong style kita.. cehh
ReplyDelete