About Me

Friday, January 30, 2015

SUNGLASSES...

Ingat nak publish semalam tapi lupa.. hari ni nak cerita pasal kegilaan Kak Pilla dari dulu sampai sekarang... Yang dah lama baca blog confirm dah tau Kak Pilla suka collect sunglasses kannnn..

Tapi kebanyakan yang Kak Pilla collect tu jenama RayBan.. Dulu Kak Pilla suka rayban wayfarer sebab dulu trend kan? pastu macam spek tu melambangkan character seseorang.. Kak Pilla akan avoid sunglasses yang bahagian tepi tu nahhhhh CD besar gedabak.. takpun GUCCI sebatu dah nampak.. hahahah mungkin orang lain sesuai, tapi Kak Pilla tak sesuai ye.. i kekal dengan imej rawk walaupun dah pakai tudung hahahahah... 

Lagi takde tulis brand lagi Kak Pilla suka.. Eh now nak share pulak sejak dah pakai tudung ni, pemilihan sunglasses pon dah lain.. Orang yang pakai tudung mesti tau apa masalah dia kannn hahaha.. Bila pakai tudung kene carik frame yang halus kat telinga, atau jenis nipis supaya tak terkembang terkepak tudung tu bila pakai spek.. Haih mengadalah sangat.

Amacam? rawk tak berdiri camni? heheheh.. Ini kedai spek kegemaran Kak Pilla, terletak di Hartamas.. Kalau korang nak datang silakan.. sebab dia jual banyak brand dan latest sangat.. carik je dekat area Pelita, belah belakang-belakang sikit yang ada guardian tu.. Eh ye ye je, betul ke ah? hahahah.. Harga pon boleh dapat murah ;) Yang Kak Pilla try ni Marc Jacobs ke MBMJ.. tapi murah lah.. tapi bila send gambar ni kat Pak Radie dia tak suka sebab frame tu macam warna cincau.

Ni lah cincau.. nampak???? 

Masa ni datang dengan Elly.. so Elly kene layan cakap yes or no.

Last sekali ini pilihan hati Kak Pilla.. TomFord.. hahahah memang blom pernah ada brand ni, so saja try sebab bosan asyik aviator je kan.. 

So kalau korang jenis suka ber sunglasses jom kita kawan ;)
_________________________________________________________________________________
UPDATE THEKASIHSSHAWL

Nak check apa lagi shawl-shawl menarik yang available boleh click kat link bawah ni yer..

(New) Rainbow Printed Shawl : Click HERE
Printed Shawl : Click HERE
Plain Chiffon Shawl : Click HERE
Satin Silk Shawl : Click HERE


Love, 
Filla.

Wednesday, January 28, 2015

SAHABAT.

Lama gila tak keluar dengan Anny.. Jumpa masa Anny bersalin je pastu dia berpantang memang lah tak jumpa.. Lepas pantang pon pernah jumpa sekali je dia singgah umah Peej masa aku ada kat sana.. kelam kabut singgah kejap pastu nak gerak dah.. Nyampah tau.

So kali ni dapatlah jumpa walaupun tak lama sangat sebab lunch time hari jumaat je dapat jumpa.. Nak jumpa kat Madam Kwan pastu Anny cakap dia nak makan Fish Soup.. Ada ke kat Madam Kwan??? 

Inilah rupa dia.. memang sedap ;) 

Lama tak jumpa kesayangan ni. Dah berimej baru sekarang.. tahniah anny ;)

dan Moon, pon kesayangan jugak.. asal jumpa mesti kita gi Madam Kwan kan? rasa selesa dan privacy sikit kononnya, lagipon food sedap :)



Moon dengan Anny pon pakai skincare yang kitorang bakal keluarkan soon.. Dua-dua pon bagi good feedback, sebab tu lah hati sedikit gembira sebab diorang pon happy dengan result skincare tu.. Nanti ye, Kak Pilla sharekan dengan korang testimoni Moon and Anny..

Kitorang cuba nak keluarkan end of Jan.. tapi kalau tak sempat, kitorang akan keluarkan early Feb ye.. so harap bersabarlah menanti :)

Buat Moon dan Anny, terima kasih sebab setia bersama duku kini dan selamanya.. semoga persahabatan ini akan terus terjalin hingga ke hujung nyawa..

I lap u.

_________________________________________________________________________________
UPDATE THEKASIHSSHAWL

Nak check apa lagi shawl-shawl menarik yang available boleh click kat link bawah ni yer..

(New) Rainbow Printed Shawl : Click HERE
Printed Shawl : Click HERE
Plain Chiffon Shawl : Click HERE
Satin Silk Shawl : Click HERE


Love, 
Filla.

Tuesday, January 27, 2015

HOME DECO...

Rumahku Syurgaku.. Tak kiralah rumah kita jenis cemana pun.. besar ke kecik ke.. janji dapat duduk satu keluarga dah syukur alhamdulilah.. 

Kak Pilla malas nak carik picture before so korang tengok yang after je ok? 

Actually ni kat hall rumah.. Rumah ni dulu sebelum masuk lagi Pak Radie tetiba nak buat tiang terkeluar 3 macam tu sebab dia dah memang plan nak buat rack kat situ.. dia buat tanpa pengetahuan Kak Pilla yer.. so kita pun senyap je lah.. kang bantah boleh perang kang.. hahahhaa... Memula dia kata nak buat sendiri rack ni Kak Pilla bersoal jawab jugak.. Nak buat apa? Nak buat macamana? pastu bila dia cakap Kak Pilla rasa nak bantah, tapi tak leh bantah banyak-banyak.. bantah dalam hati je lagi banyak dari bantah kat mulut hahahah.. Tapi yelah, rumah kan tinggal bersama, so kene ada tolak ansur.. dia ada taste dia, Kak Pilla ada taste Kak Pilla.. so tak mau lah gaduh-gaduh.. ada orang laki jenis tak kisah, ada orang bini jenis tak kisah.. macam hal kitorang ni dua-dua memasing nak tunjuk pandai hahahahah tak lawak.

Ada yang tanya tiang tu memang nak biarkan macam tu je ke? Yes memang macam tu je.. Pak Radie suka konsep cozy-cozy macam rumah tak berapa nak siap sebab dia kata itulah seni.. ok lah yang tu Kak Pilla pon bersetuju jugak.. Ada banyak lagi nak letak kat rack ni tapi tak buat lagi.. ingat nak beli frame pelbagai size black and white pastu letak gambar candid sekeluarga dan letak sepah-sepah dari atas sampai ke bawah.. kebanyakan benda yang ktorang letak kat sini semua ada kenangan masing-masing.. tiap kali visit memana negara kitorang akan beli satu benda untuk kenangan.. Frame atas warna merah tu Hong Kong Disneyland.. gila, gambar pon tak letak lagi.. dasar pemalas masing-masing hahah.. belah kanan tu bear Hard Rock.. ada Bali, Phuket, Hong Kong, Singapore.. camtu jelah.. tapi dengar macam Hard Rock dah stop keluaran dia dah.. ai is sad.

Bantal dua ketul dengan sarung dia tu beli kat H&M.. Saja Kak Pilla pilih black and red untuk bagi ceria sikit ;)

Kak Pilla tak sure kat mana lagi ada H&M Home nie.. ini kat ioi city Mall Putrajaya.. masuk sini terus cuci mata.. syoknyaaaaa!!! Kak Pilla boleh spend masa berjam-jam just tengok-tengok benda merepek untuk rumah.. tengok baju pon tak lama macam tu ;)

cushion cover.. tapi jenis baldu macam ni kiter tak berapa suka hahaha.. 

table cloth ni terpaling suka!! nampak je terus nangis.. yes i wan't this, i wan't this.. merata Kak Pilla carik.. rupanya ada tinggal sehelai je lagi kat rack tu.. phewww selamat.. memang rezeki Kak Pilla hahaha.. taktau lah sekarang ada lagi ke tak yang ni.. kalau tak silap harga dia RM59.90.. Kak Zue Tia Mia pon gila tablecloth jugak.. sama lah kita :) lawa-lawa tablecloth Kak Zue.. geram je nengoknya... hahahahha..

Kalau ada peluang visit negara orang yang banyak jual barang-barang unik-unik nie.. memang nak beli dan kumpul.. pakai ke tak belakang cerita :)

Ni setelah dirasmikan.. Kak Pilla memang dari dulu nak letak tempered glass supaya tak risau table cloth kotor tertumpah kuah.. Tapi Pak Radie tak nak.. sebab dia tak nak.. so tiap kali makan Kak Pilla dah macam akak pengawas.. siapa nak cedok lauk kene hati-hati masuk kat pinggan.. sapa tumpah siapppp!!! hahahah... lagi-lagi kalau lauk kari ke, masak lomak ke.. siap laaaaaaa... semua stress dengan mama hahaha.. 

Ok sambung balik cuci mata kat H&M.. 

bawah tu table runner kot.. 

Aaaaa suka semua tapi tak tau nak letak mana hahah.. saiko sangat ni.

Kak Pilla geram dengan alas kaki tu.. rasa nak beli, tapi dah ada dah kat pintu masuk tu.. Ish camne ni?
box kayu atas tu pon geram.. rasa nak letak shower gel kecik-kecik susun dalam tu letak atas sinki tapi macam takut tak muat plak atas sinki tu.. 

Dan plan seterusnya yang ntah bila dapat jadi kenyataan ialah feature wall untuk hang tv.. Kak Pilla dah cakap kat Pak Radie yang Kak Pilla nak wood please.

Yes like this.. Nak buat panjang terus sampai ke siling.. pastu nak letak tv kat tengah-tengah.. dah usha haritu kat Viva.. Harga agak melampau tapi memanglah sebab wood kan? setelah berbincang dengan Pak Radie, macam biasa dia cakap biar dia buat.. hahaha aku nak suka ke nak takut ni? Dia cakap dia boleh buat, jangan risau.. dan boleh cut cost banyak gila.. Ok kali ni Kak Pilla percaya jelah dengan dia.. cuma bila dia nak buat tu jangan tanya.. kalau tanya, tu carik pasal namanya.

Hari-hari Kak Pilla tengok gambar-gambar ni semua sebab terlalu suka.. 

Huwaaaa cantik gila kan?? Kak Pilla tau kita masing-masing ada taste.. so Kak Pilla lebih kepada semula jadi, classic dan tak berapa modern.. Kak Pilla suka macam resort-resort sikit mungkin sebab jiwa Kak Pilla ni lebih kepada jiwa kampung.. tapi tulah, kayu-kayu ni semua mahal, nyampah giler.

Ok now terbayang ulam-ulam sambal belacan, duduk makan atas batu sebelah air terjun.. ada ikan masin pastu dengan daging salai masak lomak cili api letak belimbing buluh.. tutup mata, terdengar kicauan burung dan deruan air terjun yang deras..suap nasi dalam mulut.. ui mak aiii.. podeh bedosing.. bak air sikit.. podeh naaaa ni.. 

Jangan layan Kak Pilla, sebab Kak Pilla nak sambung berangan ni.. Bye.

_________________________________________________________________________________

UPDATE THEKASIHSSHAWL

Nak check apa lagi yang available boleh click kat link bawah ni yer..

(New) Rainbow Printed Shawl : Click HERE
Printed Shawl : Click HERE
Plain Chiffon Shawl : Click HERE
Satin Silk Shawl : Click HERE


Love, 
Filla.

POPIAH KETAM UNTUK KASIH.

Semalam sampai je rumah terus sinsing lengan baju nak masak ayam masak lemak cili padi je.. senang pantas.. aku kalau masak lemak dah tak pedas, kadang guna cili padi dalam 4 bijik je sebab Amaani dah ok makan pedas-pedas sikit.. tapi takleh lah pedas sangat.. Amaani dia kalau kata dia nak makan, confirm dia akan makan.. kalau dia tak nak, jangan lah paksa.. pastu Amaani pandai je makan ayam, kentang dan apa-apa pun dia boleh try lah.. Tapi Kasih tak ye.. Kasih selalunya akan makan nasi dengan kuah je.. kesian tengok dia hahahaha.. tapi dia makan banyak kalau dia suka kuah tu.. dia tak makan sangat ayam-ayam ni.. dia prefer ikan.. Eish ragam anak-anak ni macam-macam kan.. 

Dah berapa lama Kasih sebut nak makan popiah crab nie.. balik sekolah je dia mesti tanya "Mama, pandai tak buat yang popiah tu dalam dia ada isi ketam tu? sedapnyaaaa.. kasih teringin teringin teringin sangat nak makan".

Kalau ko jadi aku sanggup??? Layankan jugaklah haritu pegi beli kulit popiah ;)

Crab Stick ni panjang so kerat dua.


bungkus je macam buat popiah biasa tu.

Kasih tolong mama kat dapur.. Ni pun aktiviti dengan anak-anak jugak.. Tapi aku ni tak leh lama-lama keje lembab-lembab ni.. Hoih menguji keimanan betul.. "Cepat sikit kasih, apa yang lambat sangat?"

Lelama Kasih dah makin pantas buat ni hahahha.. Tapi dah janji dengan dia.. nak makan ni kene makan nasi dulu.. lepas makan nasi baru boleh makan ni ;)

Semua popiah ni Kasih yang buat.. Kak Pilla buat 2 ketul je.. 

Ni lauk semalam.. Aku tak kuasa nak masak lauk berjenis-jenis.. hahaha.. Tapi ini pun bertambah makan sebab ada ikan kering rangup tu dapnyeeeee... 

Nilah hasil popiah crab Cik Kasih kiter.. 

Korang pon boleh try buat ni dengan anak-anak.. suruh je diorang yang buat, korang perati je..

Selamat Mencuba.
_________________________________________________________________________________

UPDATE THEKASIHSSHAWL

Nak check apa lagi yang available boleh click kat link bawah ni yer..

(New) Rainbow Printed Shawl : Click HERE
Printed Shawl : Click HERE
Plain Chiffon Shawl : Click HERE
Satin Silk Shawl : Click HERE

Love, 
Filla.

Monday, January 26, 2015

THEKASIHSSHAWL: PRINTED SHAWL RAINBOW

 Lama dah TheKasihsShawl tak keluar shawl baru kan? Adaaa bukan takde, cuma masa tu agak limited sikit... Shawl semua dah ready untuk pos ok? Kali ni pening jugak nak buat jenis yang printed sebab kebanyakannya tak berapa nak berkenan kat mata.. 

Tapi 5 warna ni memang lawa.. Kalau korang pon sependapat dengan Kak Pilla jom dapatkan!!! Pilih warna apa yang berkenan di hati.. 

Warna slightly lain sikit indoor dengan outdoor shoot.. Sebab tu Kak Pilla letakkan gambar bila pakai tu pencahayaan luar ye.. So itulah the real colour.. Fabric ialah chiffon tapi chiffon ni lain sikit dari plain chiffon thekasihsshawl yang korang selalu beli tu.. yang printed ni kalau orang baru nak belajar pakai shawl memang elok sebab dia tak terlalu lembut.. eh tapi dia tak kasar atau keras tau.. material ni still sejuk dan comfortable.. nak tau sila try sehelai ;)

Ukuran 180x80cm tu actually memang wide/lebar dan panjang... Cuma cara korang pakai tu, kalau nak labuhkan boleh, nak pendekkan pon boleh.. pepandai lah yer ;) Kak Pilla suka printed shawl rainbow ni sebab tak yah gosok sangat.. tak nampak pon bekedut.. so nak jalan, capai je pakai hehehe.. 
CHIFFON PRINTED SHAWL
High quality chiffon
Size: 180 cm x 80 cm

PRICE: RM45
(including postage)
Sabah/Sarawak: please add RM5

HOW TO PURCHASE
Email : framekasih@yahoo.com
or
Whatsapp (Peej): 012-2758575


"Happy Shopping"
_______________________________________________________________________________

UPDATE THEKASIHSSHAWL

Nak check apa lagi yang available boleh click kat link bawah ni yer..

Printed Shawl : Click HERE
Plain Chiffon Shawl : Click HERE
Satin Silk Shawl : Click HERE


Love, 
Filla.

Thursday, January 22, 2015

LORI SAYUR.

Zaman aku kecik dulu, tak tau nak kata aku manja ke tak sebenarnya.. Maybe sebab aku anak perempuan sorang so aku manja.. Tapi dulu cara aku berfikir lain, yelah masa tu remaja, bila remaja, kita selalu rasa apa kita fikir tu betul.. Masa zaman belajar ramai kata "Untunglah anak perempuan sorang, anak manja".. Yes, aku akui aku manja.. Tapi bukan sebab aku anak perempuan sorang so aku manja kot.. Bila kita ni satu-satunya anak perempuan dalam keluarga, aku rasa, aku lah orang paling rapat dengan mak aku.. sebab dia takde kawan nak bercerita.. yelah citer pompuan-pompuan ni takkan nak borak ngan anak lelaki kan? So aku ni lah kawan dia, dan aku nilah jugak yang selaluuuu jadi teman bergaduh dan merajuk dia.. hahaha.. Masa tu kadang rasa seronok, tapi aku selalu merungut dalam hati sebab semua kerja rumah aku jeeee kena buat!!! Basuh pinggan muka aku, sapu rumah muka aku, iron baju muka aku, masak muka aku! Grrrr masa tu tensi.. dalam hati memberontak, why me? why me? Masa tu bila tengok kengkawan yang ada ramai adik-beradik perempuan aku jadi jealous.. Untunglah, sorang masak, sorang lipat kain, sorang kemas rumah.. Padahal takde pon teruk sangat aku kene buat kerja rumah.. Tapi manja kan? So haruslah aku rasa aku paling teruk kena..

Masa tu terus rasa bestnya laaa kalau aku jadi lelaki.. Lalu bertukar menjadi lasak macam jantan.. hahahah.. Tapi dulu aku takde lah terror sangat kerja rumah atau memasak.. Aku biasa je, teruk sangat tu tak, pandai sangat pun tak. Sebab aku kategori manja jugak.. Selalu mama yang buatkan.. Cakap je teringin nak makan apa, mesti dia marah-marah pon akan buat jugak.. Pastu aku amik kesempatan hahahaha.. Tapi aku dari kecik memang kena duduk kat dapur.. mak aku kata, orang perempuan celik mata kene ke dapur.. capai penyapu sapu lantai dulu.. pastu jerang air.. so sambil menguap pon kene buat.. ko hentak kaki ko siap.. pastu bila dia masak aku tak tolong pon tapi still aku kene ada.. Hishh masa ni tensi gak.. Masak pon nak berteman ke? Terpaksa lah aku buat-buat busy padahal tolong tengok je.. Pastu mak aku lari-lari basuh pinggan ke apa, aku tolong kacau-kacau tumisan kat kuali ke apa.. kang aku sambil kacau sambil cekak pinggang, mak aku mesti tampar tangan aku, "Masak tak payah nak cekak pinggang sangat".. Eh?? cekak pinggang pon salah.. terus aku bawak diri gi sinki tolong cuci pinggan pulak.. So kesimpulannya, aku belajar masak dari pemerhatian.. Benda ko dok mengadap hari-hari so lama-lama tau lah sikit basic tu ada.. Wan tu kalau dia masak dia rimas kalau aku ada.. selalu belanggar-langgar kat dapur.. bila aku takde marah pulak.. Wan kalau kerja memang teratur dan pantas.. memang dia langgar-langgar je aku yang bediri macam tiang kat dapur..

Siapa anak perempuan sorang dan masih remaja, tak payah lah berfikiran negatif macam Kak Pilla dulu.. Sebenarnya korang lah paling untung nanti.. Bila dah kahwin nanti, semua korang kene buat sendiri.. Masak, cuci kain, iron baju, kemas rumah, jaga anak.. takde orang nak tolong.. Jadi bila zaman remaja dah ada basic sikit-sikit takde lah korang rasa omg matiklah langsung tak tau buat semua ni.. hahahaha..

Aku dulu macam lelaki.. suka kawan dengan lelaki sebab kawan dengan pompuan bosan.. pompuan suka merajuk, malas aku nak pujuk hahahah.. tapi bila dah kawin, anak dah ramai, cemana pun kita masa bujang dulu, confirm akan bertukar ke perangai makcik-makcik.. kene pegi pasar.. kene beli ikan, ayam, sayur.. tak leh imagine kot aku kene buat semua tu.. Tapi aku sukaaaaa!!! hahahahha.. cuma kadang malasssss nye laaa nak pegi pasar.. sebab bila pegi pasar, rasa semua benda aku nak beli.. pastu kang banyak terbuang dari pakai.. tak pun beli ikan berminggu-minggu baru habis.. so ikan macam tak berapa fresh.. sebab muka aku ni pemalas nak gi pasar tiap-tiap minggu..

Baru-baru ni bibik cakap kat aku ada lori jual sayur-sayur lalu depan rumah.. Haa??? Biar betul?? dia kata haritu dia nampak hari Ahad, tapi sebab aku tido lagi hahahaha.. jadi bibik tengok je lah dari jauh.. Eh aku suka nya dalam hatiiii... Kadang tengok drama melayu yang makcik-makcik berkumpul kat lori macam ni pastu sambil beli sambil mengumpat.. Wow hebat sangat, sempat lagi mengumpat. hahaha..

Tapi aku suka konsep pasar mini bergerak macam nie.. Seronoknya!! beli depan pagar rumah je, pastu bawak masuk dalam terus masak.. Aku pun tak pasti apa dia jual.. Gambar ni pon Pak Radie snap hantar kat aku, dia cakap lori ni tiap-tiap pagi kot ada sekarang nie.. Aku ni awal pagi dah gi kerja so camne? 

So start hari ni aku tinggal kan duit sikit kat bibik.. Cakap kat dia, kalau lori sayur ni lalu, gi lah tengok boleh beli-beli benda yang dah nak habis macam serai ke, halia, telur.. sayur-sayur ke.. ada tauhu ngan taugeh gak tu.. sebab kalau nak harap aku ni nak singgah pasar beli benda-benda macam tu, eh malas.. aku dengan nak terkejar amik Kasih lagi balik sekolah.. malam tuition lagi.. nak masak lagi.. Bibik happy lah sebab dia memang suka makan taugeh ngan tauhu hahaha.. pastu pagi tadi call dia..

Aku: Bik ada tak lori sayur tu tadi?

Bibik: Ntah, saya lagi nyuci baju tadi.. tak de pulak lalu. lagipun depan rumah jiran sebelah ada pasang khemah, mungkin lori tu tak dapat lalu tadi.

Aku: La ye ke? Takpe lah, kalau ada esok beli esok je lah.

Hish aku yang excited pasal lori sayur nie... Lepas ni hari Sabtu/Ahad nak bangun awal lah.. Nak jugak feeling-feeling macam drama, beli sayur ramai-ramai dengan jiran.. Tapi jangan mengumpat.. Berdosa tauuuuu!!! ;)


UPDATE THEKASIHSSHAWL

Nak check apa lagi yang available boleh click kat link bawah ni yer..

Printed Shawl : Click HERE
Plain Chiffon Shawl : Click HERE
Satin Silk Shawl : Click HERE



Love, 
Filla.

Wednesday, January 21, 2015

CERITA MALAM TADI.

Malam tadi tak masak sebab malas.  Hahah bagus betul alasan ;) Yelah memang malas pon so awal-awal whatsapp Pak Radie cakap kat dia "Jom makan kat luar malam ni nak?" Dia reply ok jer.. so aku melompat keriangan.. Eh over sangat.

So balik je rumah rehat jap... mandi apa semua pastu ajak Aleesya lepak bilik tengok dia main masak-masak.. Pastu tak habis-habis datang suap.. "Mamaaaa mamaaaaa, mamam".. pastu tanya pulak "Dap???" Penat tau nak belakon kunyah-kunyah.. kang tak buat, sentap pulak.. Pastu borak ngan dia.. "Leecha mamam apa tadi?".. Nanti dia buat-buat fikir sambil mata dia ke atas pastu dia jawab "Ayam, Ayam, Ayam, Ayammmm"... Hahahahah itu je dia tau.. Tapi cara dia sebut ayam tu macam "ayam, sayur, ikan, nasi, telur".. macam banyak lah yang dia makan.. tapi sebenarnya ayam je.. muka mesti confident.. takleh blah la Leecha.

Tengah seronok-seronok layan dia sembang.. Tetiba Pak Radie naik atas.. Sambil bongkok-bongkok pegang perot.. Eh dah kenapa pulak dia nie.. "Awak kenapa ni?" Dia cakap sakit perot.. dah berpeluh-peluh satu badan.. masuk rumah pon lempar je glove, helmet, kasut semua.. Haish ada-ada je dia ni... "Awak tak makan ke apa ni? Masuk angin ke?" "Tak tau, makan mee goreng je tengahari tadi".. Syabas sangat.  Merasalah aku membebel lepas tu.. Degil tau, dah cakap banyak kali, jangan sampai tak makan... apa ni? makan pon boleh lupa ke apa? 

"Ada benda boleh makan tak kat bawah? roti ke apa ke?" pastu aku pon turun bawah jap, roti takde.. yang ada biskut kering je.. ok lah dari takde.. Terus bancuhkan milo panas, amikkan biskut 4-5 keping.. Lepas mandi dia baring jap.. "Eh gi lah turun, ma buatkan milo panas tu alas perot".. "Napa tak bawakkan naik atas".. Eiiiiii mengada tau dia nie.. pegi lah turun bawah tak kuasa tau nak makan dalam bilik bagai... Datang Aleesya terus lompat kat dia.. padan muka.

Dah tu nampak Pak Radie ok sikit.. So tanya lah dia "Jadi ke nak makan kat luar?" Dia cakap jomlah sebab dia lapar pulak... Ok, laju je Kak Pilla bersiap.. Pastu tanya askar wataniah ni siapa nak ikut siapa nak tinggal.. Macam biasa lah.. Kasih sekarang dah malas nak ikut.. dia nak tengok tv je.. pastu toleh tengok Amaani, eh? dah hilang.. rupanya gi salin baju... pantas sangat dia ni.. kakak tanak ikut lagi dia suka.. hahahahah.. Aleesya? dia pun pantas jugak tekedek-kedek carik selipar.. 

Sampai tempat makan, tanya Amaani nak makan apa? Laju jawab "satay" hehehe.. dia kan tak perlu fikir panjang apa dia nak makan.. memang totally jauh menyimpang dari mak dia.. Aku? lamaaaa gila kot amik masa nak pikir makan apa.. Yang Aleesya adoiyaiiiiii dari mula sampai nampak kucing dia punya excited.. Pastu kalau bawak Leecha memang jangan harap lah nak keluar lama.. dia memang tak nak duduk kat baby chair sebab dia perasan dia bukan baby kot.. kerusi biasa pon tak nak duduk.. Haih aku memang angin betul tau.. duduk je lah bila orang suruh duduk.. dok sibuk jerit panggil Meow Meow.. air sampai mengamuk nak air.. pegang gelas tak boleh.. dia nak pegang sendiri.. pendek kata dari mula sampai, sampai lah nak balik memang dia akan buat hal punya lah.. Eh jomlah balik.

Amaani gak cool.. duduk diam, berapa batang satay dia habiskan senyap je hahahhaha... Pastu nak balik Leecha sibuk nak pegang cat.. so ok lah aku dukung dia... bawak gi kat cat yang tengah duduk diam kat atas tembok tinggi.. Pastu Leecha excited.. bersinar-sinar mata dia dapat cat.. Terus dia gedik "Meoow Meowww" halus je suara dia panggil cat.. Then aku cakap "peganglah".. Laju je tangan kecik dia tu tarik misai cat.. hahahah.. tekejut cat tu... nasib dia tak gigit ko Leecha.. Pastu dia picit-picit belakang cat tu.. Kasih penggeli sikit.. dia tengok cat berbulu badan lembik-lembik tu dia macam geli.. Kalau Amaani pulak penakut boleh tahan.. Cat lalu bawah kaki terus muka pucat lesi.. Aleesya je buat masa ni berani.. Pastu sibuk tanak balik nak main cat.. Eishhhh budak nie.. nasib lepas tu ada kucing begaduh.. semua orang kat situ tekejut hahaha.. Tapi Leecha gembira ok tengok kucing tu begaduh.. dia ingat kucing bergurau kot? Kucing yang Leecha tarik misai dia tadi pon dah menggelupur lari.. apa lagi, lelaju Kak Pilla dukung dia masuk dalam kereta... 

Begitulah cerita malam tadi.. cerita pagi tadi pulak, hantar Kasih gi sekolah.. pastu nak turun kereta aku tanya "Kasih, bukan harini baju sukan ke?" Terus terbeliak bijik mata dia.. "Alamakk Kasih lupa".. "Ah takde, dah lupa takkan mama nak balik? jauh tu kasih, masuk je lah cakap kat cikgu kasih lupa".. 
Rupanya dia call jugak aku kul 7:30 tadi mintak no telepon papa sebab nak papa hantar baju sukan.. Grrrrrrrrrrr anak oh anak.. Memacam ragam.. Nasib papa dia nak layan hantarkan baju.. kalau aku, ah nasiblah, sendiri lupa sendiri tanggung.

Chow.

Love, 
Filla.

Tuesday, January 20, 2015

JOM LEPAK FIKCLES CAFE TAMAN TUN.

Sabtu hari tu Kak Pilla and Kak Elly dah ada appointment makan-makan dengan Suraya Sulatin nie.. Dia ni kalau ko tengok dia start cerita pasal makanan, memang rasa nak tikam diri sendiri je.. Rasa masa tu jugak kene try.. Ko tak sedap ko kene ya Sue.. I don't care friend-friend or not friend, kene tetap kene..

So mari kita percaya cakap dia... Kali ni dia ajak makan kat Fikcles Cafe, Taman Tun Dr. Ismail.. Aku hantar Kasih gi tuition then tumpang kereta Elly and gerak pergi sana terus.. Elly eksyen, tak bagi pakai waze.. dia cakap nanti dah sampai Taman Tun baru waze.. Amboi sambil lalu kat Pasar Tmn. Tun... Elly pon tunjuk "Ni lah pasar aku selalu singgah kalau sampai office awal".. eh aku bayangkan dia gi pasar balik kerja.. ini sebelum masuk office? lupa nak tanya mana dia sumbat segala ikan, ayam sayur dia.. hahah.. Mesti Kak Elly ada fridge khas untuk barang dapur dia.. kelas sangat Kak Elly.. 

Bagi budak Su ni glamour sikit letak gambar no 1 muka dia.. mesti dia suka ni hahah.. Dah lah siap cakap 'amik gambar aku candid ye'.. Ye ye ye.. aku layankan je Sue ni.. 

Tetiba menu sampai.. Wow menarik sebab breakfast ni takde time limit.. all day breakfast gitu.. so kalau ko teringin nak makan set breakfast ni time petang-petang pon boleh.. Nanti nak ajak Peej lah makan breakfast set.. Baru leh feeling mat salleh skit.

Harga memang ok sangat.. Takdelah mahal sangat dan takde lah murah sangat.. Tak pe kita tengok dulu berbaloi ke tidak.. Korang bukan nak tengok menu pon kan? korang nak tengok food kan? Ok jom..

Kak Pilla tak berani minum ais sebab tekak lom baik lagi.. So order Hot Latte.. Nyamsss.. 

Kak Elly order Gamberi Aglio e Olio nie.. Harga RM18.90.  Terus macam nak gaduh.. sapa suruh ko order ni? aku nak order ni jugak.. eh mana boleh sama.. eh sukatilah.. nasib tak bertumbuk.. pastu masing-masing setuju kita order lebih tapi share ramai-ramai ;) Korang should try this sebab Kak Pilla suka dia ada letak cili padi halus-halus je dia slice.. spicy tekak melayu!!! sukaaaa!!!

Ahhhh nangissss.. ni sedap gila kottttt... ni nama dia Mushroom Junkie (RM12.50) mushroom dia dengan creamy sauce macam tu.. tak muak sebab kepekatan dia tu just nice.. makan ni sambil pejam-pejam mata.. omg sedap kot... so mushroom atas tu memang licin Kak Pilla and Kak Elly makan.. 

Husband Sue order linguini carbonara (RM15.90) ke apa tah nama.. Pon begini *thumbsupemoticon* hahahahha.. 


Yang best nya kat Fikcles Cafe ni siap ada Kids Menu.. Memahami betul tau cafe nie.. Kak Pilla selalu nyampah kalau gi makan pastu cafe tak mesra kanak-kanak.. food untuk kids takde.. Ko ingat anak aku tak nak makan? hahah amboi garang.. So Sue orderkan fish and chips for kids untuk Shein Dong yang berharga RM12.90. 

Shein tak yah nak buat muka tak tau apa-apa ya.. mommy awak dah order baekk punye untuk awak.. Auntie Pilla dok sebelah awak boleh lah mengecek sikit.. nak uwettt.. 

Jap, citer Shein tak abis lagi nie.. Nampak tu daddy dia pegang mango juice? tu air daddy dia.. pastu lek je aku nampak shein amik sudu, cedok tartar sauce pastu pelepuk masuk dalam juice tu.. hahahaha.. tebeliak mata Kak Pilla sebab terkejut.. bapak dia pon redho je... tak cukup ngan tu.. Shein campak sekali wedges dan fries.. Yummeh sedapnya mango juice Shein.. nak sket oleh? Eceh ceh aunty tipu je.. tak nak tak nak.. hahahahah

Ini pon rasa sorang sikit.. Sedapnyaaa pejam-pejam mata.. Salted Egg Squid Sandwich dibalut salad dan roti pita (RM17.90) side dishes nya ada wedges yang creamy dan salad yang segar.. 

Ini baru mula.. gigih lagi... pasatu rasa nak terbaring sebab kekenyangan..  

First sekali kitorang rasa yang mushroom tu.. Oih tu memang sedap lah.. tak terkata.. Cuma dengar Elly je kejap-kejap bisik.. Sedap ok mushroom ni.. pastu aku sambung "aku tau cemana nak masak ni" hahahahahah

Kitorang try Braised BBQ Short Ribs ni pulak.. RM35.90 .. Aku rasa ribs macam ni confirm kegemaran Pak Radie.. Aku tengok aku dah tau mesti lembut gila daging nie.. Amboi malu Chef Wan kalau dengar nie.. terror sangat, belum rasa, baru tengok dah tau ni.. 

Nampak??? So juicy ok daging dia.. berasap-asap masa potong tu.. ai like.. Tapi aku takut pitam makan banyak sangat daging.. so ajak semua orang share makan ni habiskan.. aku rasa Chef Fikcles ni memang terror lah masak.. ko nampak bahagian luar dia tu dimasak sempurna.. bila potong tu perghhh lembut je.. ntah cemana dia jadikan daging selembut tu.. syabas Chef... Mashed Potato bawah ribs tu pon sedap.. lemak dan halus texture dia.. Sayur pon perfectly cooked.. Eh over Kak Pilla memang suka bagi komen macam Chef.. Dah korang pon nak tau gak kan sedap ke tak?

Ini Duck.. Itik.. Ada orang tak makan itik??? Hoi rugi woiii tak reti makan itik.. Itik ler sedappp.. Ini pon isi dia lembut gila.. dihidangkan bersama risotto tapi Kak Pilla orang kampung, tak reti sangat risotto-risotto nie, maybe if dia hidang dengan nasik, Kak Pilla akan lebih berselera.. buat ala-ala Nasi Ayam kan? Tapi tukar Duck Rice.. Pergh sedap tu.. Eh memandai je haku.. heheheh.. 

Mini burger ni nama dia Sliders (RM19.90) aku dah tak larat nak telan.. 

Hah kau... Sorang makan ni boleh terduduk kekenyangan hahahaha..

Disebabkan tak larat nak makan, so dari membazir mari kita takeaway.. Bagus jugak sebab lepas ni nak amik Kasih balik tuition.. Aku nak seketul je, diorang pack kan 2 ketul pulak.. Oklah boleh lah.. Dalam kereta, kemain selera lagi Kasih makan.. "Mama makan kat mana ni?" "Kat Taman Tun tadi dengan Aunty Elly, sedap ke?" "Sedap gilerrrr.. walaupun dia kecik, lama nya nak habiskan ni mama".. hahah membebel je, telan jelah.. nasib aku driving, kalau tak dah lama mintak hahahaha.. 

Pastu cakap kat dia nanti kita pegi ngan Papa ngan adik-adik ye? Amaani mesti suka sebab ada spaghetti, ada carbonara, Kasih mesti suka sebab ada fish and chips.. Papa lagi lah.. banyak western food, papa mesti ok punya.. 

Ini dah nak meletop perot aku nak makan hahahaha.. dalam tu ada banana and chocolate.. ni nama dia Banana Nutella Grilled Sandwich.. minum petang terbaek... aku rasa jugak segigit..sedap nak mampos okay.

Udah-udah lah citer makan tu.. Meh tengok deco kedai ni sikit.. Cozy sangat.. i like ;) 





Sebelah Kak Pilla tu is Huda, owner Fikcles Cafe nie.. lawa je orang dia.. suka tengok.. pastu kejap kang tanya how's the food?.. Eh sedap sangat tak terkata ok.. hahahah

Ni Elis, pon sweet sangat, dah 2 kali jumpa Elis.. 

Eh sapa nak datang sini couple-couple pon ok..

Ni nak habaq skit.. Kalau korang kerja kat area-area Taman Tun ni untunglah.. sebab ni tengah Promo nie.. 
untuk Business Set Lunch: Choices of Main Course with Desserts (weekdays only) pukul 12.00pm - 2.00pm for only RM12.90.. 

So lunch time gi serang ya.. confirm tak menyesal sebab food dia sedap sangat.. Elly mesti akan datang balik sebab dia dekat je.. ai yang jauh, nyampah tau. 

Untuk High-tea discount 20% on dessert dari pukul 3-6pm with any purchase on hot beverage only.

Ni rupa luar kedai.. Sekarang kan orang suka buat small-small event kat cafe? Fikcles ada sediakan package untuk korang nak buat event:
-Hi tea buffet package
-Buffet dinner package
-Set menu dinner package
-Catering
-Birthday celebrations
-Seminar/meeting

Alamat Fikcles Cafe:
11, Jalan Wan Kadir 2, 
Taman Tun Dr Ismail
60000 Kuala Lumpur 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel: 03-77324885

Operation Hours:  
Tuesday - Sunday 
(8.00am - 11.00pm)
Close on Monday

Boleh jugak usha kat instagram : @fikcles

Lagi satu nak bagitau.. kalau korang datang makan kat Fikcles Cafe nie, jangan lupa update ig, check in dan tunjukkan bukti dah update tu.. korang akan dapat 10% discount.. 

Percayalah cakap Kak Pilla nie, food dia terbaekkkk! Berbaloi-baloi ;) 




Love, 
Filla.