Hari ni nak bagi u olls kecur-kecur ailio sikit hahaha.. Aku tengok balik gambar makanan ni terus rasa menggelupur balik perot ni.. saba je lah pon Kak Pilla ni tau..
Aku ni kalau nak makan ala-ala Seafood memang akan menuju ke Pla Pla Seafood, Equine Sri Kembangan je.. dah itu je pun paling dekat nak gi makan.. tak kuasa nak gi tempat jauh-jauh.. Rasanya dah few times jugak aku dinner kat sini dan setakat ni tak pernah mengecewakan lah..
Pertama aku suka restaurant ni bersih, cantik, luas dan banyak kerusi meja.. So takdelah macam certain-certain kedai makan yang terlalu crowded dan ko nak menunggu berjam-jam nak dapat food.. No no i don't like.
Dulu aku pegi takde Western Food.. Sekali baru ni pergi, Eh? dah ada western food lah.. Ok bagus ni.. Budak-budak ni suka makan chicken chop.. so mari kita try apa rasa dia..
Chicken Chop with black pepper sauce.. RM9.90 only...kalau order ni, korang boleh mintak dia seperate kan kuah black pepper tu dalam mangkuk.. aku lupa nak mintak asing.. so bila sampai dah siap macam nie.. Tapi Amaani ngan Kasih ok je.. tak pedas pon.. rasa pon sodap.. so boleh try lagi lain kali ;)
Kerabu Mangga ni pon resepi baru rasanya.. Terpaling suka ok.. Cuma RM6 je.. fresh sangat mangga dia dan aku suka sebab rangup dan tak de masam sangat.. dia macam lemak-lemak masam sikit je.. siap ada kekacang yeh? oiii sedapnyaaaaa.. separuh aku habiskan.. lagi separuh Pak Radie yang sapu bagi licin..
Ramai yang komen kata Siakap Stim Lemon ni paling favourite kalau datang Pla Pla Seafood.. aku dah try 2 kali.. Memang sedap pon cukup rasa pedas dan masam dia.. Tapi Pak Radie prefer siakap goreng garing masak 3 rasa atau masak sweet sour pon sodap.. Eh tapi aku suggest korang try yang atas ni.. sodap wa cakap lu.. *telanailio*
Ni aku tak ingat masak apa.. rasanya Lala masak pedas kot..
Tom Yam campur sedap, standard kedai Thai..
Sotong Goreng Tepung.. Dulu first time aku datang bentuk ala-ala ring.. this time dia buat panjang-panjang pulak.. belasah janji sodap.. lupa nak amik gambar sotong ni datang sekali ngan sos cicah dia tu..
Haaa ni susah nak jumpa.. Puyuh masak Black Pepper.. sekor ni share ngan Pak Radie.. manis daging puyuh ni.. rasanya kalau goreng pon sodap.. Eh kat menu, goreng pon ada.. so terpulanglah kalau korang nak jenis ni ke atau goreng ;)
Orderkan budak-budak ni keropok ikan jugak..
Digalakkan korang cuba ABC dia jugak.. sama macam ABC tempat lain jugak.. cuma aku suka sebab manis-manis buah je.. takde lah manis gila.. kalau manis gila i don't like..
Lai Chi Kang sedap... haus-haus ni sila lah order ni.. nyaman je masuk dalam tekak..
Dengar kata, Air Jagung ni antara favourite drinks kalau orang datang sini.. Ni baru sampai.. belum kacau lagi.. ko kena kacau dia bagi sebati baru slurpppp..
Air Belimbing
Tu diaaaa.. first sekali memang aku bantai kerabu mangga dulu.. aku tak berapa sangat kerabu mangga.. Pak Radie yang suka.. tapi sebab rasa dia tak masam sangat.. so aku boleh makan banyak ;)
Sambil makan.. budak-budak ni bagi dia main dulu kat playground kecik nie.. at least ada gak tempat nak bagi diorang leka dan tak kacau kitorang nak makan..
Bagus.. sedap sikit mak kau nak makan ;)
Pendengki tul Pak Radie.. hahahah..
Siakap tu besar ok.. nak makan dua orang je.. sengkak perot ahkak malam tu..
Anak Bapak.
Antara food-food lain yang ada.. macam biasa semuanya ada.. nak mee ke, kueyteow ke, nasi goreng ke.. semua ada..
Aku suggest kalau korang pegi sini bertiga, better korang amik Set RM49.90 ni.. Jimat ok.. Sekor Ikan Siakap godang.. sukati nak masak apa... ko cakap je lah nak 3 rasa ke, sweet sour ke atau yang macam Kak Pilla makan tu Siakap Stim Lemon.. ada Sayur Kailan atau apa-apa sayur korang nak, Tom Yam, Daging Masak Merah dan Nasi untuk 3 Orang..
Dulu aku pernah cerita jugak.. Nah baca kat SINI.
Direction ke Pla Pla Seafood:
Kalau korang dari jalan besar tu.. pasar borong sebelah kanan.. jalan straight lagi.. Jusco sebelah kiri.. jalan straight lagi.. depan tu ada Petronas yang ada KFC tu kan (menuju ke arah pekan sri kembangan tu).. nampak je Petronas tu.. slow sikit.. nanti ada simpang kiri betul-betul lepas Petronas tu.. masuk situ.. nanti kiri korang ada Maybank besar seketul tu.. kanan tu ada shoplots baru yang ada Hong Leong bank tak silap aku.. ye kat situ lah tempat dia ye adik-adik..
Pla Pla Seafood ni memang pilihan terbaik kalau bertandang ke Equine Sri Kembangan.. Amboi macam Jalan-Jalan Cari Makan plak dah muahahahha...
Nah details:
Restaurant Pla Pla Seafood
Lot 17G Jalan Equine 1A,
Persiaran Lim Ah Soo
43300 Seri Kembangan
Selangor Darul Ehsan
GPS Coordinates: 2.998295,101.678798 Seri Kembangan
Operation Hour: 11.30 am - 11.30 pm (Everyday)
Tel: 013-3288787 / 013-2876614 (sila call untuk reservation)
Love,
Filla.
sy pun selalu makan sini, ikan siakap dia mmg terbaik, sy suka masak sweet sour goreng garing2..sedap.. adoii teringin pulak, weekend ni i sampai.. cuma satu je, portion makanan lain kecik sgt, maybe u can consider besarkan sikit portion makanan..
ReplyDeletenmpak cam sedap je... tp iols lg prefer siakap stim limau alissara... tp boleh la nanti nak cuba nak pla pla seafood ni..tgk cam murah je... alissara skrg dah mahal..
ReplyDeleteWow, Kak bestnya.. Dah lama tk makan western, next time kalau I turun Seri Kembangan rumah cousin I, boleh mintak dia bawak I ke sana... Lamb chop ada tk dlm menu dia... ? ; )
ReplyDeletetgk gambar..terus terliur..lagi2 ahkak pilla yg cerita..dr kenyang jadi lapar.pasni bolehla serbu kesana.org2 sri kembangan untung ler..kak pilla,belanja. :D
ReplyDeletegambo pak radie no 5 dari bawah skali tgok mcm adiputra.ke mata aku rabun nihhh..wakakaka;p
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMemang sedap..siakap 3 rasa mantop!!
ReplyDeleteKailan ikan masin dan tomyam campur memang terangkat