About Me

Friday, March 21, 2014

KIA ROADSHOW AND TEST DRIVE

Siapa ada peluang pergi Concourse Level, The Curve dari 13 Mac - 16 Mac 2014 haritu mesti nampak Kia Road Show nie kan?  Bukan setakat boleh tengok-tengok je, boleh test-drive sekali ok.. 

So Kak Pilla pon mengambil kesempatan dan peluang yang jarang-jarang sangat muncul ni.. Selalunya confirm Pak Radie yang test-drive.. macam tak percaya kat wife je? Heh, aku hari-hari drive kot.. so mesti yakin diri sikit.. heheh.. cuma bila kereta sendiri tu confident lah sikit.. bila nak test-drive ni agak berdebar sikit ;)


KIA Road Show at The Curve, Damansara.


Ok kene amik lah details sikit sebelum dibenarkan untuk test-drive kereta Kia pilihan akak.. 

Meh Kak Pilla tunjuk kat korang semua.. ada 4 buah KIA yang dipamerkan kat sini.. dan Kak Pilla boleh pilih nak test-drive yang mana satu.. 

Ikutkan hati nak Optima.. sebab hari tu kan Kak Pilla ada buat entry pasal KIA Optima tapi macam nak try kereta lain.. amboi tamak.

 
Macam berkenan CERATO ni.. 

Sebenarnya nak cakap nak drive New Sportage nie.. diorang ok je kalau nak test-drive ni.. tapi masalahnya Kak Pilla macam nervous plak sebab dia macam tinggi sikit dan besar.. hahaha.. pengecut rupanya hehehe

picanto ni comel dan sweet je.. memang senang sangat nak drive.. 

Cer teka Kak Pilla drive yang mana satu?

Tadaaaaaaa!!! i pilih KIA CERATO.. majlis penyerahan kunci.. amboi berangan no.1.. penyerahan kunci sementara je ye.. test-drive only. hehehe

Smart Key.  Terpaling suka sebab ia adalah smart key.. tak perlu terhegeh-hegeh nak meraba-raba dalam handbag yang penuh barang.. zaman sekarang ni kalau drive sorang-sorang agak bahaya.. lagi-lagi kat tempat agak sunyi.. kita ni pulak suka terhegeh-hegeh.. dah sampai kat kereta baru sibuk nak seluk-seluk dalam handbag nak cari kunci.. dengan adanya smart key ni tak perlu buat macam tu lagi.. 

pergi je kat kereta, push button tu.. dah kereta akan terus unlock secara automatik.. aku kan jakun.. aku pon tanya, "tak payah guna alarm?".. then sales person jawab "tak kak, smart key tu akak tak perlu keluarkan dari bag.. bila akak dekat dengan kereta, dia boleh detect".. Ohhhh terus ternganga mulut Kak Pilla. heheh

Lupa pulak nama Encik ni.. banyak yang dia terangkan.. akak memang terblur-blur sikit.. tapi tak nak tunjuk akak ni blur.. so angguk-angguk macam paham je.. cuma bila part yang aku kagum, aku banyak tanya ;)
Smart key tu, dah masuk dalam kereta pon tak payah start engine guna key.. push start/stop je.. gituuu...

antara lain yang buat Kak Pilla kagum ialah seat dia yang boleh automatically slides.. off engine pon dia akan slides ke belakang so that kita boleh turun dari kereta dengan mudah dan bergaya.. hahah.. i mean tak tersangkut-sangkut ngan handbag lagi.. barang-barang lagi.. nak keluar kereta kemain susah kan.. ni turun je luassss gitu..

rasanya KIA CERATO ni amat sesuai untuk husband and wife yang suka bertekak berebut aircond.. muahahaha... (aku lettew) sebab ada Dual A/C.. 

nampak tu? kira korang boleh adjust aircond ikut kehendak masing-masing.. driver amik aircond dia.. co-pilot boleh amik aircond dia sendiri.. aku ngan Pak Radie pelik sikit.. dia tak tahan sejuk.. yang aku pulak selalu kepanasan je memanjang.. so memang best lah kosep Dual A/C ni.. 

Nanti dulu... belum habis cerita lagi part kuat bergaduh.. masuk je kereta kelam-kabut pasang charger phone masing-masing.. selalunya Pak Radie yang menang.. menyampah.  Nah, KIA CERATO ada dua.. tak moh gaduh-gaduh dah, amik sorang satu.. dah boleh charge handphone masing-masing dan duduk diam-diam ;)

Ada banyak functions yang aku tak habis belajar lagi.. canggih sangat.. kalau guna waze, siap ada speaker kat bahagian atas (roof) tu.. so dia tak keluar suara kat phone kita.. tapi keluar suara kat speaker.. gituh.. kalau KIA CERATO 2.0 siap ada GPS.. boleh download lagu dan ntah macam-macam lagi yang aku tak reti.. semua touch screen je.. 

Steering pulak ada 3 mode yang berbeza.. ada Normal, Comfort and Sport.. masa aku test-drive aku just pakai Normal Mode.. contohnya nak parking... boleh tukar ke Comfort Mode untuk bagi steering dia lagi smooth gitu.. tapi aku rasa dah smooth gila dah in Normal Mode pon.. hahahah.. bila reverse siap ada Rear View Camera Display lagi kat screen.. tak payah lah sibuk nak terjenguk-jenguk kat belakang lagi.. hehehe..

Ada 6-Airbag Systems untuk CERATO ni.. selain mementingkan gaya, ia juga dicipta seiring dengan tahap keselamatan yang tinggi.. 

Ada chiller dalam dashboard.. so boleh ler kita letak air dalam ni.. haus je, nah amik sorang satu ;)

Overhead Sunglasses Case.  Tak payah nak bersesak dalam handbag lagi hahaha..

Time and Temprature.

Spacious Trunk.. Dah beranak pinak, memang sesuai.. nak sumbat stroller dan bag balik kampung.

spare tyre bukan yang biasa-biasa je.. beli CERATO ni.. terus dapat tayar kat bonet.. kalau tayar bocor.. terus tukar yang ni.. boleh jalan macam biasa ;)

cantik kan?

Ok lah.. Kak Pilla nak tunjuk video masa tengah test-drive KIA CERATO 1.6 ni.. 



Selesai je test-drive, kita masuk balik dalam The Curve.. Ada sesuatu menanti Kak Pilla di sana..


Apa yang korang perasan dengan gambar-gambar kat atas tu? hehehe.. Yes, World Cup Rocks with KIA.

Siapa yang test-drive KIA boleh dapat 1 lucky draw coupon.. dan kalau bernasib baik, boleh menang tiket menonton World Cup Final di Brazil.. Woooooohaaaa antara impian Kak Pilla tu.. hahah.. Kalau book mana-mana kereta KIA, boleh dapat 2 coupons.. so chances untuk menang lebih tinggi.. takpe takpe, kalau dah tertulis i yang menang.. menangis lah korang.. hahahah

Ok coupon Kak Pilla dah campak dalam tu.. siap hembus mudah-mudahan bertuah ;)

Oh ya, kepada sesiapa yang tak berpeluang untuk participate dalam lucky draw Kia Roadshow kat The Curve ni, jangan risau.. korang masih berpeluang ke Kia Roadshow yang seterusnya di:

 KSL City Johor Bahru 
4th - 6th April 2014

KLCC
16th-21st April 2014

Sesiapa yang ingin memandu uji kereta selepas KIA roadshow ni, boleh lah memandu uji kereta KIA di mana-mana KIA showroom di seluruh Malaysia

Sekian saja laporan terperinci dari saya.. untuk maklumat lebih lanjut boleh layari:






Love, 
Filla.

5 comments:

  1. mmg pilihan yg bijak ler kak kia cerato tu..
    design dia mmg superb..
    sporty n elegan.

    ReplyDelete
  2. Anonymous3:55 PM

    Canggih nye smart key tu..

    ReplyDelete
  3. Anonymous1:43 PM

    cool..smart and elegance..
    mmg sesuai utk semua golongan.
    teknologi KIA makin jauh kedepan.
    keselesaan pengguna diutamakn.
    bolehla ad rezeki teringin nk agkat satu kn kak Pilla..Cerato la plak..abg da angkat Optima tahun lepas.tp rasanya Cerato ni lg gempak dr Optima..hehee

    ReplyDelete
  4. ohooi mmg best kereta tu !!! nk jgk g test drive

    ReplyDelete