Salam,
If korang ingat lagi entry aku pasal deko bilik Kasih dulu.. Bilik Kasih ni sempit actually.. rumah aku kan kecik je.. so kena pandai-pandai lah susun atur.. tak leh lebih muatan ;) Kasih pulak memang very particular dengan barang-barang dia.. dia nak kemas je sentiasa.. sebab tu selalu perang dengan Amaani.. hehehe..
Baru-baru ni ada orang datang untuk simen balik bahagian luar bilik Kasih tu.. so dia kene keluar ikut tingkap bilik Kasih tu.. Aku ngan bibik pon alihkan lah katil tu.. so lepas alih terus aku rasa nak tukar kedudukan katil dia.. so jom bik, kita tukar katil ke sini..
So now gini lah rupa bilik dia.. aku rasa lagi best kot sebab luas sikit.. dan yang penting dia dah tak kacau curtain tu lagi.. dulu susah nak bukak curtain tu.. sekarang dah boleh selak waktu siang.. aku pesan kat bibik, siang bukak curtain tu bagi cahaya masuk.. yang tilam pink comel kat bawah tu Amaani punya ;)
Rasanya dah 3 bulan kot Amaani tidur dengan Kasih.. Amaani dah 3 tahun 8 bulan sekarang.. Dah sampai masa dia pulak kene keluar dari bilik mak bapak dia hahahah.. Alhamdulilah Amaani ni jenis independent sikit.. semua nak buat sendiri.. cara nak ajar dia tidur asing agak senang lah jugak.. kitorang tak cakap pon "from now on, kene tidur dengan kakak sebab Amaani dah besar!" no, jangan cakap macam tu kat anak.. budak-budak ni dia lain sikit.. semua benda kita kene tackle.. kitorang (Pak Radie) yang selalu hahaha.. pegi lepak bilik Kasih, bawak Amaani lepak sekali.. baring-baring.. bentang tilam kat situ.. pastu biar dia ngantuk-ngantuk gitu.. pastu puji-puji sikit bilik kakak cantik.. tido ngan kakak best.. pastu puji dia cakap dia dah besar, kewl lah tido ngan kakak.. bilik mama tak best..
Masa memula dia tido ngan Kasih.. kang tetiba pukul 1 pagi dia seret bantal, ketuk bilik aku.. "Mama, Amaani nak tido bilik mama".. Ok fine, jom tido sini.. ada lah dekat seminggu dia berbelah-bagi nak tido bilik mama.. Tapi now alhamdulilah... dah ok.. eh tapi ada jugak dia bangun kul 2 pagi ketuk-ketuk bilik.. "Mama, teman lah Amaani".. aku terus bangun pindah bilik Kasih, tido peluk dia... Eh malam tadi pon hahahahhaha... sekali aku sedar, cis, dah pukul 5 pagi.. lama gila aku teman dia..
Pastu kadang bila aku nak kejut kasih gi sekolah pagi, aku tengok dua beradik tido atas katil.. sorang melintang sini.. sorang kepala ke sana kaki ke sini.. hahaha bila masa tah Amaani naik katil kakak.. sedih gak lah tengok.. tapi aku rasa macam comel plak hahahah.. tak lama besok, campak Leecha pulak sini.. tido lah korang belonggok kat sini.. elok gak anak aku semua pompuan.. hahahah
frame ngan stickers tu abaikan.. sebab aku bagi kebebasan kat Kasih apa dia nak buat dengan dinding bilik dia.. hahah.. tapi sekarang dia tak suka sangat dinding bertampal-tampal sebab dia kata macam budak kecik..
Meja dia kena sentiasa kemas macam tu.. kalau tak, nanti dia hangin.. eh macam mak kau dah perangai sebijik..
Ok itu je nak share.. jangan nak poyo, gambar sama tapi nak bubuh banyak-banyak.. bye.
-Ads-
Kalau minat satin shawl boleh usha kat ig @by_eda ada banyak pilihan plain satin shawl.. shawl bercorak pon ada :)
Kalau minat brooch / dokoh yang simple takde blink2 dan sesuai dipakai bersama plain shawl, atau semasa bersantai dengan seluar jeans boleh visit ig @karbootku
Love,
Filla.
banyaknye bebear die..anak pompuan camtulah gaknye..sy ni anak laki, kembang2 idung tengok car,lorry,truck,motor,bola sume bergelimpangan..kejap2 kang ade yg menjerit terpijak lego sume.kte longgok die sepahkan..huhu.baru setahun lebih camtulah..harap2 dah besar pandaila die kemas mcm kasih :)
ReplyDeletebole nnt tmbh 1 lg katil tu....sale kat ikea xsalah jd 299 dh..ehe
ReplyDeleteCermin x elok letak kat atas katil. Letak mana2 but except kepala katil / atas katil / bertentangan dgn katil. X baik. :)
ReplyDeleteSuka saya tgk bilik Kasih kak...
ReplyDeleteboleh la carik idea nak deko bilik anak-anak...
Nanti akak share lagi tau...
i like! :)