About Me

Friday, January 08, 2021

SUU BALM FOR ECZEMA AND SENSITIVE SKIN

Assalamualaikum dan Hi semua ;)

Hari ni kita nak review product Suu Balm yang Kak Pilla dah guna almost 3 weeks.  Bila sebut je Suu Balm korang kena tahu yang produk ni sesuai untuk orang yang ada masalah kulit kering, ezcema, psoriasis, kulit sensitif dan mengurangkan masalah kemerahan atau kegatalan kulit.

Macam Kak Pilla memang ramai dah tau yang kulit Kak Pilla ni very sensitive dan ada masalah eczema.  Anak-anak pun ada yang eczema jugak.. Amaani tu kulit dia very dry.. bila usap tu terasa kasar je.. Apa je yang ada kat pasaran tu Kak Pilla tak try.. Semua kita cuba hahahah..

Ok ini antara rangkaian produk Suu Balm yang Kak Pilla ada..

Head to toe wash for Amaani.. Tak semestinya ada eczema baru boleh guna ni.. Kalau jenis kulit kering pun sesuai jugak... Normally kulit orang yang ada eczema ni sangat kering.. Bila kita guna sabun biasa yang banyak buih tu dia akan buat kulit lebih kering selepas mandi.  Dah jadi kerja pulak lepas mandi sentiasa nak kena tonyoh moisturizer kan.. So guna je Suu Balm Kids.  Dia boleh melindungi kulit yang sensitive supaya tak jadi kering dan gatal.  Amaani sejak guna ni dia kata kulit dia macam lembut and kurang dry dah.. 

Then Kak Pilla suruh dia apply Ceramide Moisturiser ni pulak.  Apply kat tangan, siku, betis dan kaki.  Kulit yang sensitive escpecially yang ada eczema ni korang kena ada extra effort sikit nak jaga dia.. kena rajin lah belai-belai, jangan biar dia kering.. kadang bila terlalu kering dia boleh luka dan gatal.

Suu Balm Facial Cleanser ni untuk Kak Pilla.  Kulit Kak Pilla lagi sensitive.. kadang boleh jadi sangat dry sampai peeling.. kadang berminyak kat T-zone.. kadang lepas cuci muka dia boleh jadi gatal macam kena gigit nyamuk.. Uiiiihh tetiba je jadi berbintat gatal.. Pastu tak boleh luka dia susah gila nak baik.. ambil masa berbulan-bulan dan kadang boleh jadi worse dia jadi mcm kudis (eczema).. Sebab tu kalau jerawat pun menakutkan sebab dia lambat gila luka tu nak baik.

Facial Cleanser Suu Balm ni memang sesuai untuk orang macam Kak Pilla.. No fragrance, takde buih-buih yang boleh mengeringkan kulit.. texture dia agak thick.. letak kat jari amount macam tu lah lebih kurang.. Pastu gosok dgn dua belah tapak tangan pastu gosok lembut-lembut kat muka.. Takde bau, tak berbuih.. Eh macamana nak cakap eh.. Takdelah tak berbuih tapi boleh nampak lah putih tu kat muka.. So rasa puas jugak bila cuci muka.. Paham kan? hehehe.. 

Nah.. zoom sikit.. Lepas basuh muka, terus bilas.. Pastu masa lap muka dengan towel bersih tu muka rasa bersih, lembut, tak tegang dan tak kering.. So rasa sangat selesa sebab dia takde feeling muka jadi tegang tu.  

Ni paling suka.. Lepas dah bersihkan muka, mari kita apply Facial moisturiser Suu Balm pulak.. 

Texture dia macam cream.. tapi senang guna sebab botol dia jenis pump.  Sapu rata kat kulit muka pastu immediately korang akan rasa sejuk.. Sebab tu nama dia cooling itch relief.. So kalau muka tengah merah or gatal ke apa.. Memang helok guna moisturizer Suu Balm ni.. legaaaa!!! Pastu dia takde fragrance.. Sis memang tak boleh benda yang ada bau-bau ni takut sebab kulit sangat sensitive kan.. After few minutes dah takde lah rasa menthol sejuk-sejuk tu.. Muka terus jadi lembab.. Kalau muka Kak Pilla tengah kering memang akan sapu ni lelama gosok kat muka tu rasa dia menyerap terus kat kulit.. lembab je rasa.. 

So thumbs up untuk produk Suu Balm yang sangat-sangat membantu untuk kita yang ada masalah sensitive skin, eczema, psoriasis, dry skin dan macam-macam lagi masalah kulit.  Korang boleh dapatkan Suu Balm di mana-mana WATSON yang berhampiran :)





Love, 
Filla.

No comments:

Post a Comment