About Me

Wednesday, November 25, 2020

AIR FRYER. PERLU ATAU TIDAK?

Assalamualaikum ;)

Airfryer ni satu keperluan ke? Atau kita kena ada sebab mengikut trend? Berbaloi ke beli?  Sedap ke?

Eh banyak betul soalan kan hahaha.. Tapi memang patut kita soal siasat sebelum beli.. 

Kalau Kak Pilla setiap kali nak beli apa pun mesti Kak Pilla akan check dulu betul-betul samada perlu atau tak.. Setakat buat penuh kat dapur yang sekangkang kera tu pastu tak tau nak simpan mana memang takkan beli yer hahaha..  Tapi kes Air Fryer ni dari dulu memang rasa nak beli tapi asyik nantilah.. nantilah..

Akhirnya beli jugak.. eh bukan beli tapi mak Kak Pilla bagi birthday present.. dia cakap belilah apa-apa mama bagi duit birthday boleh lekatkan barang.. Lagi satu perangai aku ialah aku suka 'lekatkan' barang berfaedah kalau ada duit or kalau sesapa bagi duit hahaha.. Bila tengok barang tu terus teringat kat orang yang presentkan gitchuuuuuuuuuuuu..

Ok sambung cerita,,  Meh Kak Pilla listkan best dan tak best Air Fryer ni.. Dan kalau korang rasa point-point yang Kak Pilla bagi tu memang betul-betul kena dengan korang baru korang beli ok?

KESIHATAN
Tak dinafikan bila korang guna Air Fryer memang makanan akan jadi lebih sihat kerana hampir 100% minyak untuk menggoreng kita dah tak perlukan lagi.  Jimat duit minyak dan bagus untuk kesihatan.. Orang tanya betul ke guna Air Fryer ni boleh kurus? Boleh kurangkan kolestrol?  Jangan salah faham ye.. Kalau ko guna AF ni tak guna minyak, tapi ko masak dan makanlah segala nugget, sausage, segala processed food, pizza cheese berlayer-layer, segala jenis tok nenek kek manis-manis... Ko bagitau aku, bila kau nak kurus? Muhahahahahaha.. Pastu marah tak kurus, marah sekali Air Fyer tu.. 

MENJIMATKAN MASA DAN TENAGA
Ini memang betul sangat.. Lagi-lagi tenaga.. Masa tu tak sangat jugaklah sebab sekali ko masuk ayam untuk goreng tu dalam 30-35 minit jugaklah.. Tapi yang best ko tak yah nak bediri tegak mengadap kuali, takyah nak guna minyak, nak kena tengok-tengok ayam takut hangit.. Kan best tu? Letak je on suiz, pi baring besarkan badan lagi hahhahahahaha... Jap lagi bunyi "tinggggg" eh dah siap.. gituuuuuu.. 

SELAMAT
Korang boleh ajar anak-anak untuk guna AF ni tanpa bimbang diorang terkena minyak panas atau main api dapur.. Eh kita dulu-dulu sekolah rendah dah masak guna dapur gas kan hahaha.. Tapi still kena hati-hati sebab tray dia tu kalau bukak dia panas juga.. Nak keluarkan tray tu hati-hati. 

FUNGSI SEPERTI OVEN
Fungsi dia sama macam oven.  Cuma ni dalam bentuk lebih comel, lebih modern dan senang dikendalikan.. Sebelum guna boleh panaskan dulu dalam 3-4 minit.  Nak buat ayam panggang pun boleh jugak.. 

RASA MASAKAN
Sedap ke?? Ni terus teranglah Kak Pilla cakap, Air Fryer ni kalau korang guna untuk menggoreng rasa dia tak sesedap pakai minyak goreng pakai kuali.  Kenapa??? Eh ko gila, makanan yang menggemukkan, berminyak dah tentu sedap betul tak? hahhahahha.. Kalau goreng ayam yang gaul dengan serbuk kunyit dan garam tu, guna Air Fyer ok jugak, korang sapu sikit minyak on top of ayam tu kalau nak.. tak banyak beza dengan goreng manual pakai minyak.. Kak Pilla suka guna AF ni kalau nak goreng ayam tu untuk nak buat ayam sambal ke.. ayam berlada, ayam masak kicap.. Tapiiii tapiiii tapiiii.. kalau korang nak buat ayam goreng bersalut tepung (buat sendiri) yang celup telur pastu golek kat tepung.. TAK SESUAI.  Tak pasti kalau orang lain buat jadi.. tapi kitorang buat tak jadi hahahaha.. nanti ayam ko masak tapi still bertepung-tepung ko dah kenapaaaaaaaaaaaa??? 

Tapi kalau masak ayam yang instant tu macam Ayam Karage atau Ayamas Drumet bersalut tu elok je!!! Siap keluar minyak lagi... So itulah kelebihan beli siap tinggal goreng.. Nampak tak processed food punya hebat penangan dia hahahha.

Kalau goreng fries pakai Air Fryer ni dia macam too dry dan golden brown dia macam tak balance walaupun dah godak-godak in between dia nak masak tu.. tu sis cakap.. dia umpamanya ko makan nasi beras wangi dengan ko makan brown rice.. Ko rasa mana sedap? Tapi mana lagi sihat?  Ahhh gituuuu... \
BELI 3.5L ATAU YANG LEBIH BESAR
Kalau nak beli Air Fryer sila pilih yang at least 3.5L supaya berbaloi.. Contoh Air Fyer Kak Pilla bawah ni.. 

Ini 3.5L boleh muat ayam sekor size sedang.. 


SENANG BELAJAR
Ni pun bagus untuk orang yang slow-slow dan lems-lems hahahha.. Aku kalau yang canggih nau memang malaasssss hehe. Ni dia basic je, ada temprature, ada masa.  Kau on je suiz ko set kan temp dan masa.. campakkan makanan dalam tray tu.. Dah duk diam-diam.  Siap je bunyik "tingggg" pastu ko tarik lari tengok masak ke tak.. Kalau belum, ko tambah lagi masa, dah pi baring dulu hahhahahaha.. 

ADA BANYAK RESEPI GUNA AIRFRYER
Korang malas dengan rajin je.. Kalau korang beli tapi setakat pakai sebulan sekali SILA JANGAN BELI.. hahahaha.. Tapi kalau korang memang rasanya akan kerap guna SILA BELI.  Mana nak cari resepi ni? Adoi google je semua ada... Tapi aku ada follow FB Air Fryer Recipes Malaysia 
Kat situ bagus sebab ada banyak resepi, ada banyak tips dan ramai jugak newbies so kita belajar bersama... Aku kagum tengok orang guna Air Fryer buat macam-macam.. contoh kek pisang.. kek itu ini.. Perghhh gempak tu.. So aku ni kategori pemalas jugak sikit hahahhaha.. 



MANA NAK BELI
Aku beli kat Sen Heng Bangi.. Last piece masa beli ni.. Brand Pensonic.. Kalau ko pegi Harvey Norman harga boleh tahan mahal.. Phillips boleh tahan mahal.. Tapi kalau nak beli biarlah yang ada brand kalau barang-barang elektrik ni kita takut jugak takde brand nanti bahaya kan.. Pensonic ni aku beli ada discount kot total dia jadi RM250 - RM300.

HASIL MASAKAN




Ada banyak lagi masakan yang korang boleh guna Air Fryer.. Malas dengan rajin jer..

So tepuk dada tanya selera.. kalau rasa perlu boleh lah beli.. Kalau tak perlu tak yah beli..

Harap entry ni dapat membantu korang membuat keputusan yang bijak.

Byeeeee :)






Love, 
Filla.

2 comments:

  1. so true...byk bantu menjimatkan masa la air fryer ni. and anak2 tgh nak membesar tu, leh la ajar guna masak air fryer ni..lepas perut diaorang sementara nak tunggu kita masak betul2 pun dah syukur byk dah.

    ReplyDelete
  2. Saya mmg suka air fryer ni...
    Sangat penting utk org mcm saya yang nk jimat minyak... Pastu campak2 tinggal buat reja lain😚

    ReplyDelete