About Me

Friday, November 27, 2020

INFO FOR COFFEE LOVER

Assalamualaikum :)

Hari ni kita ada pembelajaran atau ilmu baru.. 

Mungkin ramai yang dah tau tapi mungkin juga ramai yang tak tahu.. Kak Pilla sendiri baru je tau bab-bab coffee ni..

Ramai reader dah tau yang Kak Pilla memang kena minum coffee hari-hari.. Tanpa coffee hidupku murung gitu.  So at least time breakfast tu minumlah sekali... 

Kalau ikut hati memang nak minum siang malam kan? Tapi bila minum petang or malam nanti Kak Pilla tak boleh tidur.. Kadang sampai ke subuh huwaaaaaaa... Sebab tu tiap kali Pak Radie ajak kopi-kopi rasa berat hati nak pegi sebab tau akibatnya tak leh tido nanti.

So adalah reader bagi tau yang kita boleh request Decaf.  Apa maksud decaf?  
Decaf is short for decaffeinated coffee.  It's coffee from coffee beans that have had at least 97% of their caffeine removed.


Sebelum tu mari kita tengok dulu kandungan caffeine untuk setiap jenis coffee.. Fuhhh Latte yang 150mg pon Kak Pilla tak leh tidur malam.. Agak kalau doubleshot tu dua malam ke tak tido??? hahhahahahah

Punca sesetengah orang tak leh tidur kalau minum coffee adalah disebabkan kandungan caffeine yang ada dalam coffee.  Rupa-rupanya kalau kita pegi Starbucks kita boleh request decaf untuk hot and iced drinks.  Oooooooo baru tau kahkahkah... Selama ni ingatkan cuma boleh request nak less syrup ke, taknak whipping cream ke.. Rupanya nak less caffeine pon boleh ;)

Setelah di google ini resultnya:

Can we get decaf at Starbucks:

There is always decaf espresso available, so any espresso based drink, such as lattes, cappuccinos, mochas, etc., can be ordered as decaf. And, with a change in recipe ingredients for coffee based frappuccinos, you can order them as decaf.


Contoh kalau kita order Hot Caffe Latte.. Boleh cakap nak Decaf Caffe Latte.  Hot or Iced pon boleh je request Decaf.  Cuma tak pasti pulak semua starbucks boleh buat decaf ke tidak.. Tapi tak salah kita tanya kan... At least sesiapa yang ada masalah macam Kak Pilla ni kita dah ada option minum coffee malam hahahahahaha... Happy dah hidup ni..

Nak cerita bab experience pulak masih belum ada.. Soon lah kalau pegi Starbucks malam jom kita try Decaf.

Harap ilmu hari ni dapat menyelesaikan masalah penggemar kopi yang takut minum kopi di malam hari :)



Love, 
Filla.

Wednesday, November 25, 2020

AIR FRYER. PERLU ATAU TIDAK?

Assalamualaikum ;)

Airfryer ni satu keperluan ke? Atau kita kena ada sebab mengikut trend? Berbaloi ke beli?  Sedap ke?

Eh banyak betul soalan kan hahaha.. Tapi memang patut kita soal siasat sebelum beli.. 

Kalau Kak Pilla setiap kali nak beli apa pun mesti Kak Pilla akan check dulu betul-betul samada perlu atau tak.. Setakat buat penuh kat dapur yang sekangkang kera tu pastu tak tau nak simpan mana memang takkan beli yer hahaha..  Tapi kes Air Fryer ni dari dulu memang rasa nak beli tapi asyik nantilah.. nantilah..

Akhirnya beli jugak.. eh bukan beli tapi mak Kak Pilla bagi birthday present.. dia cakap belilah apa-apa mama bagi duit birthday boleh lekatkan barang.. Lagi satu perangai aku ialah aku suka 'lekatkan' barang berfaedah kalau ada duit or kalau sesapa bagi duit hahaha.. Bila tengok barang tu terus teringat kat orang yang presentkan gitchuuuuuuuuuuuu..

Ok sambung cerita,,  Meh Kak Pilla listkan best dan tak best Air Fryer ni.. Dan kalau korang rasa point-point yang Kak Pilla bagi tu memang betul-betul kena dengan korang baru korang beli ok?

KESIHATAN
Tak dinafikan bila korang guna Air Fryer memang makanan akan jadi lebih sihat kerana hampir 100% minyak untuk menggoreng kita dah tak perlukan lagi.  Jimat duit minyak dan bagus untuk kesihatan.. Orang tanya betul ke guna Air Fryer ni boleh kurus? Boleh kurangkan kolestrol?  Jangan salah faham ye.. Kalau ko guna AF ni tak guna minyak, tapi ko masak dan makanlah segala nugget, sausage, segala processed food, pizza cheese berlayer-layer, segala jenis tok nenek kek manis-manis... Ko bagitau aku, bila kau nak kurus? Muhahahahahaha.. Pastu marah tak kurus, marah sekali Air Fyer tu.. 

MENJIMATKAN MASA DAN TENAGA
Ini memang betul sangat.. Lagi-lagi tenaga.. Masa tu tak sangat jugaklah sebab sekali ko masuk ayam untuk goreng tu dalam 30-35 minit jugaklah.. Tapi yang best ko tak yah nak bediri tegak mengadap kuali, takyah nak guna minyak, nak kena tengok-tengok ayam takut hangit.. Kan best tu? Letak je on suiz, pi baring besarkan badan lagi hahhahahahaha... Jap lagi bunyi "tinggggg" eh dah siap.. gituuuuuu.. 

SELAMAT
Korang boleh ajar anak-anak untuk guna AF ni tanpa bimbang diorang terkena minyak panas atau main api dapur.. Eh kita dulu-dulu sekolah rendah dah masak guna dapur gas kan hahaha.. Tapi still kena hati-hati sebab tray dia tu kalau bukak dia panas juga.. Nak keluarkan tray tu hati-hati. 

FUNGSI SEPERTI OVEN
Fungsi dia sama macam oven.  Cuma ni dalam bentuk lebih comel, lebih modern dan senang dikendalikan.. Sebelum guna boleh panaskan dulu dalam 3-4 minit.  Nak buat ayam panggang pun boleh jugak.. 

RASA MASAKAN
Sedap ke?? Ni terus teranglah Kak Pilla cakap, Air Fryer ni kalau korang guna untuk menggoreng rasa dia tak sesedap pakai minyak goreng pakai kuali.  Kenapa??? Eh ko gila, makanan yang menggemukkan, berminyak dah tentu sedap betul tak? hahhahahha.. Kalau goreng ayam yang gaul dengan serbuk kunyit dan garam tu, guna Air Fyer ok jugak, korang sapu sikit minyak on top of ayam tu kalau nak.. tak banyak beza dengan goreng manual pakai minyak.. Kak Pilla suka guna AF ni kalau nak goreng ayam tu untuk nak buat ayam sambal ke.. ayam berlada, ayam masak kicap.. Tapiiii tapiiii tapiiii.. kalau korang nak buat ayam goreng bersalut tepung (buat sendiri) yang celup telur pastu golek kat tepung.. TAK SESUAI.  Tak pasti kalau orang lain buat jadi.. tapi kitorang buat tak jadi hahahaha.. nanti ayam ko masak tapi still bertepung-tepung ko dah kenapaaaaaaaaaaaa??? 

Tapi kalau masak ayam yang instant tu macam Ayam Karage atau Ayamas Drumet bersalut tu elok je!!! Siap keluar minyak lagi... So itulah kelebihan beli siap tinggal goreng.. Nampak tak processed food punya hebat penangan dia hahahha.

Kalau goreng fries pakai Air Fryer ni dia macam too dry dan golden brown dia macam tak balance walaupun dah godak-godak in between dia nak masak tu.. tu sis cakap.. dia umpamanya ko makan nasi beras wangi dengan ko makan brown rice.. Ko rasa mana sedap? Tapi mana lagi sihat?  Ahhh gituuuu... \
BELI 3.5L ATAU YANG LEBIH BESAR
Kalau nak beli Air Fryer sila pilih yang at least 3.5L supaya berbaloi.. Contoh Air Fyer Kak Pilla bawah ni.. 

Ini 3.5L boleh muat ayam sekor size sedang.. 


SENANG BELAJAR
Ni pun bagus untuk orang yang slow-slow dan lems-lems hahahha.. Aku kalau yang canggih nau memang malaasssss hehe. Ni dia basic je, ada temprature, ada masa.  Kau on je suiz ko set kan temp dan masa.. campakkan makanan dalam tray tu.. Dah duk diam-diam.  Siap je bunyik "tingggg" pastu ko tarik lari tengok masak ke tak.. Kalau belum, ko tambah lagi masa, dah pi baring dulu hahhahahaha.. 

ADA BANYAK RESEPI GUNA AIRFRYER
Korang malas dengan rajin je.. Kalau korang beli tapi setakat pakai sebulan sekali SILA JANGAN BELI.. hahahaha.. Tapi kalau korang memang rasanya akan kerap guna SILA BELI.  Mana nak cari resepi ni? Adoi google je semua ada... Tapi aku ada follow FB Air Fryer Recipes Malaysia 
Kat situ bagus sebab ada banyak resepi, ada banyak tips dan ramai jugak newbies so kita belajar bersama... Aku kagum tengok orang guna Air Fryer buat macam-macam.. contoh kek pisang.. kek itu ini.. Perghhh gempak tu.. So aku ni kategori pemalas jugak sikit hahahhaha.. 



MANA NAK BELI
Aku beli kat Sen Heng Bangi.. Last piece masa beli ni.. Brand Pensonic.. Kalau ko pegi Harvey Norman harga boleh tahan mahal.. Phillips boleh tahan mahal.. Tapi kalau nak beli biarlah yang ada brand kalau barang-barang elektrik ni kita takut jugak takde brand nanti bahaya kan.. Pensonic ni aku beli ada discount kot total dia jadi RM250 - RM300.

HASIL MASAKAN




Ada banyak lagi masakan yang korang boleh guna Air Fryer.. Malas dengan rajin jer..

So tepuk dada tanya selera.. kalau rasa perlu boleh lah beli.. Kalau tak perlu tak yah beli..

Harap entry ni dapat membantu korang membuat keputusan yang bijak.

Byeeeee :)






Love, 
Filla.

Monday, November 23, 2020

SHOGUN BEST KE?

Assalamualaikum ;)

Jom borak pasal kuali periuk belanga hahahaha.. Pergh kalau tengok entry-entry dulu aku pon tak paham kenapa aku mengarut macam tu... Buat malu je hahahhaa..

Now nak karang entry pon kena jaga bahasa hahaha. Dah tua kannn.. Citer pon hal-hal periuk belanga, omg Pilla dah lanjut usia sangat ni hahaha.. 

Actually Kak Pilla baru beli Shongun Millennia ke apa nama dia ni.. Beli kat AEON Equine.  

Shogun ni antara pan / periuk yang Kak Pilla suka.. Compare harga dengan Tefal memang Shogun ni mahal sikit.. Tapi yang ni tak mahal pon dalam RM159 kalau tak silap haritu.. Yang lama punya tu shogun marble ke apa ntah dah teruk dalam dia so dah buang.. Tapi dah puas pakailah.. 

Kak Pilla pelik kenapa Tefal non stick sekarang ni pakai kejap je dah teruk dalam dia eh?  Ada tefal tiruan ke apa? Murah tu memanglah kadang x sampai RM100 pon tapi apa citer kalau baru pakai 6 bulan dah teruk.. Eihhh geram betul sebab baru je beli bulan 4 ke 5 haritu.. 

Sebab tu bila nampak Shogun ni Kak Pilla beli.. Sebab surface dia macam tu.. Nampak tak garis-garis tu dia timbul tau.. So kemungkinan dia nak peel off atau scratch tu lambat skit.. Ikut firasat aku lah kahkahkah.. Pastu ahkak suka sebab ukuran dia x besar dan x kecik.. Ni rasanya 28 kot.. tapi tak de penutup.. Penutup kaca tu Kak Pilla beli je kat AEON yang takde brand.. Cari yang 28cm jugak baru baper belas hengget je kahkah.. 

Sesuai untuk masak berkuah macam masak lomak ke, asam podeh ke, sup ayam ke.. nak goreng-goreng pon boleh jugak.

So sekarang mana yang dah rosak habis haku humbankan.. Yelah bahaya kannn... kita masak guna tu.. kang tertelan bahan-bahan yang tak sepatutnya dah haru pulekkk.. 

Sis bukan nak promote Shogun ke apa, cuma bab peralatan memasak ni takpe keluar duit sikit janji tahan lama.. Apa gunanya beli yang x berkualiti pastu 3 bulan sekali ko kena beli kuali baru.. kannnnnnn kannn??

Ok done menceceh mak-mak harini.. Nanti Kak Pilla buat entry AirFyer pulak ok? Perghhhhhhhh betul punya mak-mak ni kahkah.. #silasupportsis





Love, 
Filla.

Thursday, November 19, 2020

KERANAMU COVID-19

Assalamualaikum readers:

Pergh readers katanya heheh.. Sekadar mengisi masa lapang ni kita menulis lah sikit.. Well tahun 2020 ni banyak betul sejarah tercipta.. Baru kita kenal apa tu PKP, PKPB, PKPD.


Baru kita kenal BDR, WFH semua tu.. Gara-gara wabak Covid-19 yang langsung tak terlintas kat kepala kita akan menimpa dunia ni.  Melandanya wabak bahaya ni, maka terencatlah dan lumpuhlah hampir keseluruhan ekonomi di seluruh dunia.  Gerunkan? Tiada lagi percutian ke luar negara.. malahan dalam negara pun terbatas percutian bila ada masanya kita kena larangan merentas negeri..

Maka bercutilah di rumah sendiri, gigih laki pasangkan 'swimming pool' depan rumah.. Pastu anak Kak Pilla naik gatal-gatal pulak adoiiiilahhh.. Memasing kulit very the sensitive pulak.. Maka gigihlah aku siang malam sapukan cream, alhamdulilah dah ok.

Masa ni lah juga sekolah semua tutup dan masa ni lah nak ke tak nak ke ko kena make sure anak-anak duduk rumah siapkan homework yang cikgu bagi secara online.  Pening kepala aku wehhh.. Ada banyak nau group whatsapp kelas.. Al-maklumlah anak 3 orang yang bersekolah.. main foward-foward je kat anak.. Pastu tak leh diam.. Kena panggil balik sorang-sorang nak check siap ke tak.. Kalau tak paham dah kau kena jadi cikgu pulak.. Kalau untuk Kasih yang form 3 tu memang haku tak dapat nak tolong.. Pi tanya cikgu or kawan-kawan discuss sesama... 

Dalam pada tu banyak jugak berfikir.. tanda-tanda akhir zaman pun ya jugak.. Terus rasa takut sebab amalan pun tak sempurna gituuu.. So merangkak-rangkak kita cuba lah baiki sikit apa yang patut.  Banyak jugak sebenarnya hikmah bila berlaku benda-benda macam ni kan.. Kita tengok balik apa message yang ingin Dia sampaikan.. 

Tetiba pulak haku update blog sekarang kannn.. hahah tu hikmah ke apa? Ramai yang dm cakap suka baca blog especially entry-entry percutian untuk diorang jadikan rujukan.. Tapi ni dah Covid pulekkk.. hahahahha... Kadang orang suka tengok balik resepi-resepi yang Kak Pilla pernah share kat blog ni khennn.. Korang kalau nak cari resepi korang search je macam ni contoh:

"ayam panggang kasih aleeya"

"nasi ayam kasih aleeya"

"resepi pizza kasih aleeya"

"resepi bla bla bla kasih aleeya"

Hah gitchuuuuuuu.. InshaAllah keluar lah dia hehehe.. Aku pun dah lupa pernah share resepi apa kat sini.. Tapi orang suka sebab simple je dan senang nak masak.. Eh of course hahaha.. Kalau nama dia Filla memang semuanya ringkas dan mudah ;)

Baiklah cukuplah membebel untuk harini.. Nanti bebila kita sambung ye :)






Love, 
Filla.

Saturday, November 14, 2020

BITARA WAX

Assalamualaikum dan Hi semua...

Entry kali ni Kak Pilla nak share dengan korang tentang waxing.. Ada tak yang tak pasti apa tu body waxing? Takpe kita belajar sama-sama ok.

Actually ada macam-macam jenis waxing.. Ada face waxing, body waxing, bikini waxing, leg waxing.. full body waxing pun boleh.. Nak buat apa kita wax?  Dipendekkan cerita waxing ni kita buat untuk remove unwanted hair di wajah dan badan kita.  Kenapa kena wax? Cukur je tak boleh ke?  Bukan tak boleh tapi let the professional do it for you.. Bila cukur dikhuatiri akan menyebabkan infection pada kulit jika tak betul caranya dan takut lepas cukur nanti, bulu baru yang akan tumbuh tu akan lebih kasar bulunya.. Ahhh gituuu..

Ada orang jenis berbulu lebat dan tak syoklah kan.. So bila remove rasalah diri ini bersih, licin dan smooth je.  Bulu kaki tak heloklah lebat seperti lelaki tak gitu?  Kita ni perempuan kena licin-licin untuk siapa? Untuk suami juga ye tak? Kang tekejut pulak laki tengok kaki kita berbulu lebat.. Hahah so kita open lah discuss kat sini ya.. Benda ni sangat normal.. semua manusia pun berbulu kan.. lebat dengan tidak je..

Kak Pilla nak introduce BITARA WAX yang menyediakan service waxing.. Wax bukan hanya untuk wanita, lelaki pun boleh wax no problem.  

Tempat dia sangat cantik, bersih dan selesa.  

Anda akan dilayan oleh staff yang berpengelaman dan friendly

Disamping tu, laser machine yang digunakan adalah high-end machine dan sangat berkualiti.. Harga pun berpatutan!

Ada beberapa bilik disediakan untuk mengelakkan menunggu lama ;)  Tapi better call and set appointment terus.. so takde lah kita datang nak menunggu turn kan.. Terus je boleh buat..

Kalau datang bersama suami atau kawan pun ok.. Diorang boleh tungu sat kat kerusi ni ;)



Ok dah tengok tempat ni kan... Jom kita tengok service yang disediakan di Bitara Wax.

Ini kawasan 'face' atau wajah yang boleh di wax.  Ada orang yang berbulu banyak di wajah dan rasa tak selesa kan? Contohnya upperlips atau sideburn.. Kadang kita pakai tudung pun habis keluar-keluar rambut sebab berbulu lebat dan baby hair banyak sangat.. Bolehlah kita buat hair removal ni di Bitara Wax dengan harga yang murah dan affordable untuk semua!!

Bahagian belakang body

Ini wax paling digemari dan paling common.  Di Bitara Wax, mereka menyediakan service ni semua dan waxing yang digunakan adalah dari yang berkualiti tinggi supaya bulu senang ditarik dan bagi yang pertama kali nak cuba, jangan takut sebab wax berkualiti akan mengurangkan rasa sakit atau tak sakit langsung semasa proses hair removal / waxing dilakukan.

Bitara Wax juga menyediakan service laser untuk proses hair removal permanent.  Untuk laser memang takkan rasa sakit langsung kerana mereka menggunakan laser yang berteknologi tinggi dan mereka juga menyediakan unlimited pakej untuk 2 tahun.


Ok ni ada lagi satu package paling hot di Bitara Wax iaitu BITARA PREMIUM BRIGHTENING.  Rawatan yang disediakan untuk package ni ialah untuk mencerahkan private intimate yang gelap, ketiak, lutut dan leher.  Bestkan?  Barulah terasa seperti baby lembut bersih je gituuuu..

So bagi sesiapa yang baru nak cuba waxing boleh lah visit Bitara Wax.. Jangan risau sebab staff mereka berkemahiran tinggi dan pasti akan memberi servis yang terbaik kepada anda.. Kalau yang dah pernah berwaxing boleh lah cuba di Bitara Wax dan rasakan sendiri perbezaannya ;)




Lokasi Bitara Wax : 

No. 11-1, Jalan Kasuarina 2/K57
Bandar Botanic, Klang









Love, 
Filla.