About Me

Monday, January 13, 2020

KOREA TRIP - Part 5 (Everland / Dongdaemun Market / Ikan Bakar Dongdaemun)

Ok ni last entry, hempuk semua cerita dalam ni sebab dah taknak mengadap dah hahaha..

Day 7 kita ke Everland pulak.. Ini lagi satu issue masa plan itinerary.  Puas aku buat kajian samada nak pegi Everland atau Lotte World.  Masalahnya aku pergi ni musim winter so Everland tu open park takde indoor.. Aku takut terlalu sejuk nanti kesian budak-budak.. Pastu seharian pulak tu kejung keras kesejukan nanti camne.. Tapi Everland luas gila dan ada banyak benda nak explore.  Kalau pilih Lotte World pulak dia lebih selamat sebab indoor.. Tapi macam boring je sebab x besar sangat.. Kalau anak umur 6 tahun ke bawah sesuai lah kot Lotte World tu.. Bila tanya pendapat Kasih, dia cakap nak gi Everland nak naik roller coaster.

Baik kita pilih je Everland. 

Biasanya kalau esoknya Kak Pilla amik package yang ada pickup point, malam tu aku dengan Pak Radie akan jalan berdua pergi survey tempat.. esok takut sesat atau kelam kabut.  Ingat lagi ada malam tu aku keluar dari apartment Seoul tu.. Half way aku tak boleh jalan dah sebab kaki sakit gila.. Pak Radie papah sikit dudukkan kat kerusi tepi kedai.. Nak nangisssss sebab sakit sangat.. sampai cuak nak pijak.  Then kitorang slow-slow patah balik ke apartment.. Then Pak Radie keluar balik dengan Kasih... Huwaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Now dia ada Kasih untuk gantikan aku.. Terluka hatiku hahaha

Balik tu Kasih dengan Pak Radie gelak-gelak cerita ada pompuan ni jatuh tangga peluk tiang.. Kongajo diorang berdua tu.. Pompuan tu dengan tarik luggage besar, pastu sibuk video call.  Pastu dia turun tangga tarik bag.. pastu tak leh control terus peluk tiang.. Pastu Pak Radie cakap "lain kali time jalan jangan sibuk dengan phone"  Eh sound aku ke tu? hahahhaha 





EVERLAND

Aku beli online dengan Trazy.  Korang boleh click SINI untuk package.

Kak Pilla amik :

2 Q Pass Everland + Shuttle Bus (return)
3 Everland Ticket + Shuttle Bus (return)

Total 5 ticket dalam RM812.  Harga berubah-ubah sebab kena tengok currency, so harap maklum.  
Q Pass untuk Pak Radie and Kasih diorang nak naik T-Express so boleh beratur kat fast lane nanti idoklah berjam-jam nak tunggu dapat naik.  Make sure collect Q-Pass sebelum masuk Everland.  Nanti Trazy akan email kena amik kat kaunter mana.. sebab dia tak sama kaunter masuk Everland tu.. sebelah-sebelah je gitu.. 

Meeting Point kitorang pilih Seoul Station Exit 10.  Aku kan ada Pak Radie kahkah.. So malam dia pegi merayap usha kat mana.. Dia tinggalkan kitorang kejap kat Seoul Station pastu dia mulakan misi mencari.  

Esoknya kopi dulu hahahha

Eh syorga sangat aku kalau dapat Latte pepagi.

Ni bukan eksyen, ni memang minum muahahahah

Seoul Station Exit 10 tu betul-betul depan Seoul City Tower.  Dalam tu ada Coffee Bean.

Dari apartment kitorang naik taxi je sebab hujan boleh tahan lebat huhu.  Aku dah risau acaner nak jalan hujan lebat ni? Payung pon takdo.

Tips jugak nak bagi ni, korang better check weather sebelum decide nak pegi theme park yang jenis bukan indoor ni.. Sebab weather ni boleh check awal kot and selalunya TEPAT.  Dan jangan pilih weekend.. So aku selamat tak pilih weekend, orang tak ramai pon kat Everland lagi pun orang tak suka pegi Everland time winter.  Orang Malaysia je suka kahkahkah.. 

Kadang ngam, kadang hangin je.. hahaha

Bas sampai.. Jommmm!!

Perjalanan x sampai sejam kot.  Dah sampai Everland, sila turun dan bergerak ke Bus Stop No.5 untuk ke entrance Everland.

Tukar naik bas ni pulak

 Yeayyyy..

 Ni kita minta tolong orang Malaysia snap hahahaha.. Dia datang reramai dari takde keja meh tolong ahkak snapkan gambar hahah

Kat sini berpecah.. Pak Radie and Kasih gi tempat lain untuk collect Q-Pass diorang.. Kitorang bertiga masuk entrance biasa.

Oh ya Q-Pass tu one time sahaja ye.. Maksudnya kalau ko dah pilih untuk guna naik T-Express, ko dah tak boleh guna untuk ride benda lain. Eh tapi saiko lah siapa naik T-Express tu hahahah.. 

 Macam biasa, masuk je terus cari port nak makan cekodok yang aku goreng pagi tu muahahahhaah

Budak-budak ni sibuk "Mama, you're so KG"

Eh diamlah, korang jugak yang berebut-rebut habiskan cekodok tu.  Cekodok je kot hehehe.

Nah korang tengoklah apa ada kat Everland ni.. Click SINI dan atur masa korang supaya dapat explore banyak tempat.

Aku ajak diorang pegi Zootopia dulu.. Nak tengok binatang-binatang.. Tapi menghampakan jugak sebab banyak yang tutup.. Tak pasti tutup sebab hujan ke atau binatang tido lagi ke huh.. 

Tengok Panda je lah dulu.. Comel tido macam tu.


Haish naik ni best gila.. Boleh tengok Rimau, Singa, Beruang dan macam-macam lagi keliling bas je.. 

Hensem.

Bayangkan tengok Singa ramai-ramai plak keluarga singa ni berkumpul.. Macam tengok Lion King plak.

Besar gila bear ni.. Tapak tangan dia tu besar muka orang.. sekali dia tampar, mampos terus hahaha.

Kosong gila kan hahaha.. Apo takde orang pon kat Everland.


Takde orang tu baguslah akak suka, tapi aku frust sebab banyak tempat yang tutup.. Cafe-cafe tepi-tepi semuanya tutup ko dah kenapa nak tutup.  Pegi musim hujan ride pon tutup ya.



Delayed pulak T-Express tu.. Kasih dan sejuk-sejuk tangan dengan muka sebab aku paksa dia naik.. Jangan mengada ye, haritu kata nak naik, mama dah beli Q Pass tu, rugi kalau tak guna.



Ko agaklah seram ke tak hahahha.. Lepas naik ride tu, Pak Radie biasalah dia mana reti takut... Dia cakap best gila.. Dia cakap kelajuan dia tu macam ada magnet dari depan tarik kita.. Pastu punggung memang tak cecah kerusi.. Melayang dia cakap... Eh kalau aku, dah pengsan dulu sebelum benda tu bergerak hahahahaha.. Kasih pulak sempat menangis sikit sebab terlalu seram dia cakap.. Papa dia jerit-jerit je "Lek Kasihhhhh.. Lekkkkk Kasihhhh".. anak aku dah tersenyap kat situ hahahahah.. 

Pastu ko tau apa? Dia kan dok kat Fast Lane tu.. Dia berdua orang first kat Lane tu.. So dia first dapat pilih nak dok mana.. Dia ajak Kasih duduk kerusi paling depan...... PITAM aku dengar... Kasih terpaksa redho hahahah.. 

Eh sedap betul soft boil egg yang beli kat 7 Eleven sana.. Habis aku bedal hahaha.. Dah tu? Aku kan tukang jaga bag bekal... Lapar tau tak.




  

See? Closed je semua..  

 Pak Radie naik ni jugak.. Pergh dia punya swing tu nak muntah aku tengok hahaha

Naik naik cable car yang open (tak bertutup) tu pun close.. Eh hangin sis tau.


Ini masa yang ditunggu-tunggu.. Makan bekal yeaaaaayyy... Aku bangun awal gila ya nak siap-siap bekal.. Tapi Pak Radie pon bangun awal dia tolong pack-pack.  Masak nasi beriani instant tu.. Hoi sedap betul makan time sejuk-sejuk tu.. Oh ya Everland takde hal ye.. Memang boleh bawak makanan.. Siap dia bagi ko meja picnic, tapi aku tak pegi sebab jauh nak jalan.

 Kasih aku bekalkan nasi putih dengan sambal bilis.. Anak sis kan tekak lain-lain.. 







Kecik ni sayang betul dengan Ami dia.. 

Ok jom balik.. Masa korang booked dengan Trazy tu dia ada bagi option time untuk balik.. Aku pilih nak balik 9:30pm.. Tapi masa nak pergi dia tanya if ada sesiapa nak tukar, so kitorang tukar nak balik 5:30pm... Fuhhhh nasib aku tukar... Ko gila nak duduk sampai 9.00 malam kat sana???? Dengan sejuk dan dah takde apa tu.. 

Ok settle semua seronok kat Everland.. Icha pon happy sebab dia dapat naik roller coaster 6-7 kali.. Muntah apak dia teman.. Tapi lepas tu apak dia tak naik, tunggu bawah je biarkan Icha naik dengan Amaani je.

Turun dari bas kitorang pegi Myeongdong pulak muahahah.. 

Korang boleh try ni.. Kedai ni kat dalam Myeongdong Station.. 

Halal.. Pastu dia guna hammer untuk ketuk cookies bulat tu, korang lah yang ketuk.. bila dah pecah-pecah baru dia masuk dalam paperbag dia tu.. Sedap gak.. 

 Tiap kali okeh.. Masuk je Myeongdong Station mesti singgah sini.. Pening mak kau.


Geram, so beli banyak hahhahah

Pastu balik lah ke sarang... 


Nasi ada lebih memang tinggalkan je kat apartment untuk makan malam.. Banyak kot beli yang intant tu lupa nama dia.. 500grm kot beras dia.. 

Rondang

Kari dalam tin heheh..

Aku berdua je makan dengan Pak Radie.. Fuh bertambah-tambah kitorang makan.. Anak-anak dok buat video dalam bilik..

 Icha nak stoberi, so belilah.. Eh sedap betul manisssss..

Ok jom share lagi tips.

Korang boleh beli lotion ni ada jual kat caring.  Bagus untuk pakai masa winter.  Make sure lepas mandi terus pakai lotion baru pakai segala inner ke apa.. 

Pastu ni pon best.. Organiser bag ni hah.. Aku beli 3 set colour terus.. 1 set tu ada 7 pcs ke berapa pcs ntah.. So asingkan ikut kaler.. Amaani hijau, Icha pink, Kasih biru.  Satu bag ni aku letak inner, panties dgn sweater  yang wool tu.. Tak bawak banyak sebab pakai kat dalam bukan kotor pon.. boleh pakai banyak kali sebelum aku campak dalam washing machine.. So kepala sis tak pening macam dulu.. Sampai hotel keluarkan bag tu je sebab semua dalam tu.. Luggage tak yah bukak tutup dah.. Senang kerja aku.

Settle. ya.. ni nak sambung esoknya gi tempat lain.



DONGDAEMUN MARKET

Best bila relaks-relaks tak kejar apa pun.. Memula kitorang bincang dengan budak-budak, nak gi Gangnam sebab nak tengok mall yang ada banyak pasal retis-retis korea tu.. segala BTS tu... Lagipun Starfield Library pon kat situ.. Tapi tengok jalan nak ke sana dekat sejam dari Apartment..

Lupakan saja.. Apa je pon nak amik gambo kat library tu, jangan poyo ye.. Buku pon ko tak baca, ada hati gi library.

Baru keluar apartment ada mamat korea bawak anjing dia morning walk gitus.. Kelas kau jing.  


Over kaki si kecik tu

Sebab tu kamcing dengan papa dia sebab dua-dua poyo hahahhaha

Pergi Dongdaemun ni naik taxi jer.. Kat sini street jual toys.  Perghhh syurga untuk budak-budak.  Bukan setakat toys, stationaries comel-comel pon belambak.






Budak-budak ni Kak Pilla ajar suruh menabung.. So sebelum gi Korea haritu masing-masing keluarkan duit tabung sebab nak pegang sendiri untuk shopping.. Sorang bawak dalam RM300++ hahaha.. Saja nak ajar diorang menghargai duit sikit.. Tapi masalahnya aku rasa banyak je duit keluar dari envelope aku.. Duit diorang pandai diorang kepit je elok-elok.  Kejap kang kena pakai duit mama sebab takde pecah.. Sudahnya macam tak ganti-ganti pon.. buat senyap je.. 

 Geram tengok.. Comel-comel

 Ini memang kegemaran Pak Radie

 Berjam-jam tunggu dia membelek huwaaa


Dia confuse nak beli Anna ke Elsa hehehe

Ni luar kedai kot-kot kalau korang cari kann.. 

Toys Street ni memang situ je so korang memang akan lalu jalan ni.

Selama kat Korea, Hari ni paling sejuk.. Bukan setakat sejuk, dengan windy lagi.. Sampai keras jari ahkak.. Meleleh hingus. 

 Building tu panjang lebih dari 1 km kot panjang dia

Cuci mata jap

Aku dah mcm nak hangin sebab kelaparan.. Sis ni senang je nak jaga.. Bagi ai makan cukup, konppom ai baik je.. hahaha



IKAN BAKAR DONGDAEMUN

Ok kali ni nak makan ikan bakar pulak.. Boleh guna google maps or Naver Map.  Rasanya korang type je Grilled Fish Dongdaemun.

Cara nak pegi situ.. Pastikan Marriot Hotel sebelah kanan korang.. Jalan straight dalam 200m, belok kanan (first simpang) korang akan nampak tengah-tengah tu macam khemah-khemah gerai makan.. Tapi bukan yang tu tau.. Jalan lagi depan pastu belok kiri.. 

Dia celah lorong je sepanjang-panjang tu kedai ikan bakar.. Pilih je nak masuk mana.. Aku nak masuk macam eh kedai yang mana nak try.. Pastu nampak ada family melayu tgh makan.. Ok jom masuk hahaha senang je aku kan..  


Adoi dahlah tengah puasa ni.. Tengok gambar ni plak *lapairmata*  

Sedap gilaaaaa hahaha.. Side dishes dia banyak.  Kat sini korang kena order 1 main menu tu dapat 1 nasi.. So macam aku dapat 4 nasi.. Tapi aku pujuk nak 1 lagi nasik tu takyahlah order main menu.. Nasib dia ok.  Tapi last-last repeat sotong spicy tu sebab hoiii sedap sangat hahahah.. Soft Tofu pon sedap *telanairliur*

Sila try.. Nangis makan ni dengan nasi panas.. Aku dapat bawang-bawang sambal tu pon dah bahagia.. 



2 Spicy Squid
2 ikan bakar
1 soft tofu

Total : 40,000 won (lebih kurang RM140.00)

Alaaa rindu nye makanan korea.. Rasa nak fly je gi sana nak makan hahahah

Thank you Ahjumma.. Kemain dia puji Aleesya lawa dia cakap...Dia usap-usap muka Icha..  usap kening.. Pastu dia tunjuk muka aku.. dia tunjuk muka aku siap tunjuk good.. Dia tunjuk radia dia geleng kepala... Kahkahkah.. 


Ok sekian sudah gambar makanan.. Pak Radie geleng kepala tengok perangai aku dengan makanan tak habis-habis.


Panjangkan building kain baju ni.. NI baru half.. dia bersambung sampai hujung belah sana.. 

Pastu naik train nak ke Myeongdong.. Kasih nak beli knitwear.


Aku dengan dua orang ni dok kat paris baguette cafe.  Coffee-coffee sat.. Diorang memula ceria.. Pastu lapar.. Kenalah aku beli apa yang boleh makan dalam ni.. 

Kedai ni biasa je.. Tapi lepas vivy amik gambar kat sini ramai plak nak snap gambar kat sini.. Termasuklah budak tu. 

Dah jadi macam ni dah.. Kejap kang tanya "Lama lagi ke papa?" "Mama mana papa ni?"

Ko tak tau aku lagi stress.. Owner kedai tu dah usha-usha dah sebab lama sangat aku kat sini.. Dalam hati dia mesti ingat kitorang ni homeless ke apa kahkah.. 

Lepastu slowly jalan ke Shinsegae nak cari taxi..  Lama tunggu.. ada yang tak reti apartment tu.. pastu takde yang stop.. Pastu patah balik naik train je turun kat Seoul Station.



Jom balik 

Perghhh ni gak sedap... Sambal sardin dengan telur mata.

Esok pagi aku masak maggi sebab nak habiskan stok.  Haritu memang nak checkout sebab flight petang..  Aku boleh tak perasan checkout time pukul 11:00.. Mati-mati ingat kul 12:00.. Tengah masak tetiba ada orang ketuk.. Rupanya cleaner nak bersihkan rumah.. Kelam kelibut aku huwaaaa. Dengan budak-budak tak mandi lagi.. lelaju message host minta keluar lewat 1 jam.. Nasib dia ok.. Fuh lega.. 

Pastu heret bag ke Seoul Station dalam 20 minit jalan hahaha

Sampai Seoul Station dah tak risau sebab terus beli tiket AREX direct ke Incheon Airport.

Bye Seoul

Kat airport dah.. Korean Air bagi 23kg / bag.. So timbang jangan tak timbang.

Budak kecik ni kannnnn.. 

Suka nau buat muka-muka tu.. Dia bangga lah makanan tu ada nama dia hehehe


 Meal yang ni sedappppp weh.. Pulut kuning / nasi kuning dengan rendang daging.. 

 Kenyang lagi so yang ni masuk bag makan nanti je

Al kisah bag kitorang 2 pecah.

Sampai macam tu pecah dia.. Nasib tak terburai barang dalam bag tu..

Ni tercabut..

Pak Radie bengang gila.. Dahlah dia sayang bag ni banyak kenangan dia kata.. Sticker pon banyak dia tepek dah kat situ..   Nak buat macamana terus buat report.  Now dah dapat bag lain from Korean Air.. tapi check-check tali dalam tu putus... Adoiiiiii masalah betul lah.. Ni tengah tunggu dia ganti yang lain pulak

Ni yang snap.. Sekarang pemalas nak snap gambar.. hahhaha Terus agih-agih untuk family and kawan-kawan.

Ni untuk mak mertua kita.. Sebab MIL suka pakai yang besar-besar ni.. Kesayangan sangat mak mertua kita tu.. Dahlah suka bagi kita makan, suka bekal kita makanan.. See? Pilla dan makanan berpisah tiada.. MIL plak memahami sangat perot menantu dia ni.. 

Sekian saja.. 

Budget tu korang kena baca Entry 1 - Entry 5 dan collect lah info kat situ ya.

Budget makan untuk Kak Pilla sekeluarga 100,000 won sehari (kadang berlebih jugak.. tapi beli-beli kat 7E, food street semua tu yang jadi mahal tu) Kalau ada lebih boleh pindah ke sampul esoknya.

Budget transport (T-Money Card)
Takyah banyak.. Sorang RM50.00 pon cukup.. Nanti topup je kalau tak cukup.. Normally tambang dalam RM3-4 je sekali naik.  


Kak Pilla terlalu suka Korea and Japan.  Tak tau kenapa.. Both pon rasa dekat dihati.. Korea of course sebab food kahkah.. Japan sebab suka environment dan orang-orang dia yang penuh disiplin.

Jom menabung lagi.. 

Byeeee korang... 








Love, 
Filla.