Aku ni memang jenis kurang suka pergi kursus.. Lagi-lagi kursus yang kena duduk dalam kelas sebab confirm akan terlelap hehe.. Tapi paling jarang aku miss ialah kursus Team Building sebab aktiviti semua outdoor.. Last aku pergi pon dah berapa tahun lepas ntah.. So kali ni aku pergilah sebab dekat je pun kat Kalumpang.
Plan asal bas disediakan.. Tapi last minute dapat info bas yang nak bawak peserta tu engine tak leh start... Ok terus ke plan B.. Tong-tong naik kereta member. Bagus jugak boleh keluar carik durian ngeh ngeh
Kitorang sebilik 5 orang ni. Memacam ragam hahah
Kalumpang Resort and Training Centre ni konsepnya macam ni.. Ada duduk bilik berdua.. Ada yang berlima (ada loteng).. ada yang rumah tepi sungai stok bukak pintu terus terjun ke sungai hahaha.. tapi ramai DM cakap banyak katak.. hahaha pitam yer.
Kitorang perserta pertama yang sampai.. sorang ahli bilik kitorang ialah urusetia.. Lagi sempoi kahkah.. Urusetia pulak hari pertama dah kecederaan tumit sebab balik dari makan.. lalu kat pangkin area resort ni tetiba kelepuk ada benda jatuh dari atas.. elok je park kat pangkin tu.. Aku siap besarkan bijik mata "Apa tu?" Rupanya KATAK.. ingat kan daun kering.. Melompat 3 orang ke depan, 2 orang kebelakang.. Urusetia tumit dia terlanggar batu.. Berdarah pulerrrr.. Sian nak pakai kasut pun hazab..
Ni bilik kitorang.. Jangan expect bilik gempak-gempak yer..
See? Macam nilah keadaan bilik dia.. Depan kaki katil tu ada tangga menjunam gila untuk naik ke atas.. Atas tu ada 3 tilam.. So aku tido bawah dengan urusetia.. Yang tido bawah ni kecik je orang dia tapi katil besar and tengah malam pergh sejuk gila.. Boleh pulak kitorang bukak aircond.. Bila orang atas turun pukul 3 pagi dia tengok kitorang tido dah melekat kahkah.. belakang bertemu belakang rapattttt macam belangkas hahaha.. padahal kesejukan.. Selimut pun legend gila hahaha.. kat atas lagi kelakar.. ada bantal sorang satu and tilam je.. selimut takde muahahha.. Aku cakap kat dorang.. nak tido korang pakai telekung je.. Kalau turun dengan telekung kul 3 pagi, orang bawah dikhuatiri akan sawan terkejut.
Dah letak barang kat bilik kitorang keluar naik kereta nak carik durian pulak.. Dahlah ada sorang Apek naik motor bawah durian dalam bakul.. Budak-budak ni cakap "Kita ikut Apek ni, mesti dia ada kedai tepi jalan jual durian".. Aku pon ngok setuju jer.. sekali terlepas apek tu dah tak kelihatan..
Keluar kat jalan besar nampak Apek tu.. Lelaju aku bukak tingkap "Uncleeeee, uncle jual durian ke?" Uncle tengok aku and jawab "Tak juaiiiiiiii"
Ok fineeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.. eksyen Uncle.
Takpe kedai tepi jalan banyak jer.. mari singgah.
Kitorang berlima tu, Urusetia je tak makan durian.. Nasib ko lah Iera hahahaha... Terpaksa dia hadap je kitorang.. Lagi 4 orang memang hantu durian. Murah giler makan durian kat Kalumpang ni.. Berbiji-biji kitorang bedal total dalam RM50 jer heheheh
Sis suka sangat sebab lauk dia simple-simple je tiap hari.. Tapi sooo sedap and rasa macam lauk orang kampung (mak-mak) masak..
Malam ada aktiviti hiking. Takde satu gambar pun sepanjang 1 jam 1/2 masuk hutan and panjat bukit.. Dalam gelap yer... Perghhh menggigil lutut masa turun curam dalam gelap.. Paham tak? Turun bukit ko tetiba jadi laju.. Tapi berlopak-lopak dan jalan gelap harapkan lampu handphone orang sebelah.. Dengan ko nak menahan supaya tak terlaju sangat.. Kawan aku tetiba potong kat sebelah laju macam kuda dia turun.. Dia cakap tak leh berhenti.. nasib tak tersungkur sbb berlopak.. Ada yang muntah, ada yang patah balik pon ado..
Sampai je diorang buat unggun api besar gila..
Gambar sis bersama kawan yang turun bukit tanpa brake tu.. macam kuda hahahha
Masa ni aku rasa dah macam orang minyak.. Dengan letih, melekit, berlengas, berminyak.. Fuhhhh mandi kene tenyeh lebih skit ni hehhehe..
Pagi esoknya ada senam robik.. Huh ni aku menyampah sikit hahaha tapi kena buat gak..
Lepas tu ada game masukkan bola dalam tube tu.. dari hujung sini ke hujung sana/. Team aku ada lelaki gak.. Menipu sikit lah orang kata bohong sunat hahahahha.. sebab asyik gagal je sebab bola terkeluar dari tube tu.. Last-last kepit bola bawak lari sekali dengan tube ke depan..
Bersama Team
Eh joget ke tu..
Main ni best.. Sambil jalan setiap orang kena bawak 1 gelas air..
Ni pulak kena sambungkan semua batang2 tu ke atas..
Ye macam tu.. Ada disediakan tali dan ko kena balancekan supaya tiang tegak dan tak tumbang.. Pun jenuh betul benda ni.. Nampak je senang tapi asik jatuh je..
Gila murah kan??? Ni jual kat dalam resort je.. besar pun RM10...
Oh dalam resort ada banyak pokok rambutan, durian, manggis.. dan kita dibenarkan makan buah-buah tu semua.. Relax je dpn bilik pokok manggis.. nanti kawan aku kutip manggis pastu kitorang makan berjemaah.. Durian pon orang sebelah dapat sebijik..
Ni sungai kat Resort.
Sedap gila asam pedas dia..
Lepas lunch ada aktiviti kat sungai.. So mari..
Setiap orang kena bawak pelampung tu sampai kat atas sana tu.. pastu duduk and belayarlah ko ke bawah untuk pass kepada ahli pasukan.. Seram sebab aku terbalik dekat batu-batu besar yang air deras tu.. Rasa lemas berapa saat.. kepala terhantuk kiri kanan.. Kalau takde helmet dah pecah kepala aku ni hahahahhahaha.. Dah lah terbalik rasa lemas.. pelampung tu kat atas ko acaner nak timbul.. panik sis sekejap hahaha.. tertelan-telan air masuk kat hidung..
Ok dah settle aktiviti kat sungai.. Ada aktiviti 4x4 puler..
Kat depan ni je baru sis dapat line sikit.. Huh kat Resort ni cuma line Celcom je dapat rasanya..
Ni duduk dalam ni kejap jer..
Ini baru kenderaan yang sebenar.. Dia bawak turun kat lurah and tepi-tepi semak and hutan tu.. Kitorang kat belakang ni dah macam orang utan bersenggayut kat tiang atas tu.. member aku sampai terduduk bawah lantai tu kah kah.. Penderaan betul. Tapi memang adventerous and fun betul.. kepala ko dengan orang sebelah memang asyik terhantuk je..
Settle aktiviti ni kitorang boleh balik bilik.. Takde buat apa sampai pukul 8:30 malam ada BBQ dinner.. Boleh pulak budak-budak ni ajak mandi sungai.. Ok jomlah mandi sungai..
Balik tu dorang mandi dan tidur.. Oiii aku memang bukan jenis tidur petang.. So aku lepak makan manggis dengan Chacha.. pastu sambung borak lagi.. Pukul 7:30 memasing menggelupur kelaparan.. Oii lambat lagi dinner.... Rasa macam nak makan orang je.. huwaaaa
Sis lapar.. Hambik kau penuh pinggan. Budak-budak tu semua tak leh terima aku memang jenis makan banyak.. Sebab kat opis bila breakfast sopan je dengan roti wholemeal 2 keping kan.. Baru ko tau haku jenis makan pinggan membukit muahahahha..
Dahlah Team Building ni ada surprise.. Malam dinner tu ada karaoke dan pesta durian berbakul-bakul.. Muahahahah gila babis ktorang melantak durian.. kawan aku Lolin tu gila durian pun dah tak sanggup.. dia tengok kitorang masih teruskan makan durian dia hampir termuntah hahahahaha
Esoknya last aktiviti.. Aktiviti ni susah sebab kena berlayar dengan pelampung secara individu.. pastu berkumpul dengan ahli kumpulan.. sepanjang aktiviti ni tak boleh langsung turun dari pelampung.. pastu kena cantum 9 pelampung tu jadi 4 segi.. dan kena ikat buluh tu jadikan rakit.. sepanjang aktiviti setiap kumpulan dibekalkan dengan seekor ayam hidup.. Pepandailah kau nak jaga ayam tu..
Buat rakit tanpa turun dari pelampung.. Masa akak pegang ayam tu sampai teberak-berak ayam tu.. muahahahha..
Pastu kena sembelih ayam and masak atas rakit.. Setiap kumpulan dibekalkan dengan bahan masakan dan 1 pisau kecik.. Aku pulak ditugaskan siang ayam.
Depan aku tu tolong aku cabut bulu ayam hahaha.. Siaplah sup ayam kitorang.. Kumpulan kitorang menang sup tersedap kot hahahhah... Ada akak dalam team ni memang terkenal terror masak.. Caiyok lahhhh lunch makan sup ayam... Settle lunch, balik bilik and mandi and pack barang untuk check out.
Sekian saja pengalaman Team Building 2019 kali ini.. Panjang umur bertemu lagi di Team Building tahun depan..
Love,
Filla.
pehhhh.. matilanakkk kalau akk yg dah remaja purba ni kena htr team building macam ni, sumpah aku tanakkkk
ReplyDeletebest nya aktiviti outdoor macam ni ....
ReplyDeletebestnye aktiviti camni..
ReplyDeletelast join ms blaja dlu2..
haha.. skrg keje xde plak kursus teambuilding.. uhuhu