About Me

Sunday, April 21, 2019

KERANA TOPOKKI

Kisah Amaani malam tadi..

Dalam pukul 11pagi dia cakap “mama, jomlah makan topokki kat ioi mall tu, Amaani nak makan tu”. Aku cakap tengoklah dulu Amaani... 

Pastu aku turun masak lauk.. Kita x yah keluar, kita lunch je kat rumah... Pastu masa makan dia baring kat dpn tv tanak makan.. Aku dah start hangin je ni sebab dia TAK PERNAH tak join makan.. tapi aku sabar and biarkan je..

Ni budak yang tanak lunch sama-sama tadi.. Pastu dia memerap dalam bilik aku.. Dalam pukul 3:30 tu Kak Pilla naik atas.. Dia terus cakap “mama, Amaani lapar” Turun gi makan nasik kat bawah.. Pantas je mulut dia jawab Tak Nak!  Amaani tak nak makan nasik!  

Mama: Habis nak makan apa??

Dia diam.. pusing belah sana.. 

Mama: Nak makan apa?? Mama tanya jawab! Tanak makan nasi sebab tak dapat makan topokki?”

Amaani : Amaani tak nak nasik!

Mama: Turun sekarang makan nasik. Mama masak tadi.  Amaani jangan biasa yeh, tak dapat apa Amaani nak pastu nak mogok2 tanak makan macam ni.. mama tak suka.  Jangan biasa apa kita nak main petik je terus ada dpn muka.

Apa lagi menangis lah dia.  Sebenarnya masa aku tanya nak makan apa tu pun dia dah menangis.  Sebenarnya Amaani nilah yang paling jarang kene marah sebab dia jarang buat hal.  Tapi sekali dia buat hal blh tahan gak.  Aku jerit kat bibik senduk nasik sekarang suruh Amaani makan sekarang jugak.  Sampai ke sudah aku tanya nak makan apa dia tak jawab, dia keluar bilik terus huii aku lahi angin tanya x jawab, terus jerit panggil dia balik.. huhu bengkak bijik mata.  Kalau apak dia dengar ni mmg aku yang kene ni.  Yelah, orang tua tanya ni.. keras betul hati dia taknak jawab.. sama macam aku remaja tunjuk protes kat Wan dulu muahahha.. berani kau tak jawab? Melayang segala benda kat rumah tu.. lagi dasyat hahahhahah..


Akhirnya sejuk jugak hati aku tetiba dia whatsapp cakap sorry.  Sedih plak huhu.


Malam tadi tengok muka dia tidur terus rasa sebak.  Biasalah sindrom mak-mak memang cenggini.  Esok mama masak topokki untuk Amaani ye.

Mak-mak memang garang, tapi ubat dia senang je.. Cakap SORRY je confirm akan dapat emas permata sebagai balasan :) Eh citer mesti nak over hhaha

Bye tu je nak citer.



Love, Fill

1 comment:

  1. Kan sis...hati mak2 ni halus..masa nk marah bkn main berapi2...bila tgk muka ank time tdo..mula lah sayu..sebak...nk nangis..nyesal...tp time kita dulu teruk lg kot protes..hahahaa

    ReplyDelete