About Me

Tuesday, January 24, 2017

Kisah anak-anak dan sekolah.

Semalam Kak Pilla pergi sekolah budak-budak ni sebab ada taklimat for parents yang anak UPSR tahun ni.. Dalam 3 jam jugaklah taklimat tu.  So far bagus parents kena pergi dengar sendiri taklimat UPSR ni baru kita tau apa yang sekolah akan laksanakan sepanjang tahun untuk bantu anak-anak kita.

Bila dah dengar taklimat baru Kak Pilla jelas dan faham.  Tetiba diserang rasa bersalah sebab banyak jugak kecuaian Kak Pilla sebagai ibu.  Kalau zaman kita dulu, result tu lah yang paling penting.. Tapi kita tau prestasi anak masing-masing.. Macam Kasih dia lemah Matematik.  Sampai Kak Pilla rasa takpelah kita dah usaha macam-macam tapi kalau dia tak boleh jugak nak buat cemana.. Tapi Kak Pilla selalu cakap, janganlah sampai gagal.. Sebab kalau gagal satu subjek UPSR tu, akan gagal lah keseluruhan.. Kak Pilla pun dengan Pak Radie bukan jenis pandai matematik.. So nak expect tetiba anak kita pandai Maths rasa melampau sangat lah expectation tu.. Tapi bagi jelah tuition at least boleh bantu mana yang dia tak paham.  Nak harap Kak Pilla ni bila dia tunjuk je soalan maths tu berpinar terus bijik mata sebab tak paham..

Apa yang Kak Pilla faham semalam Kak Pilla cerita kat sini ya.. Mana salah tu tolong betulkan ya.. 

Untuk UPSR 2017 ni, student akan dinilai melalui 4 perkara ni:


 Kalau zaman kita dulu bawak balik slip/sijil UPSR je kan.. Sistem hari ni untuk UPSR dah lain.. Bukan sekadar akademik yang diambil kira.. Penglibatan anak-anak UPSR dalam aktiviti yang dianjurkan sekolah akan diambil kira.. Disiplin, kehadiran, tingkah laku, penglibatan sukan semua diambil kira dan ada markah yang akan dicampur dan ditolak.. Untuk masuk ke sekolah berasrama atau sekolah sukan semua faktor di atas akan diambil kira.  Kita tak nak pelajar cuma cemerlang akademik sahaja tetapi lemah dalam sukan, tidak terlibat dalam aktiviti anjuran sekolah, tak membantu kawan, tak membantu para guru.. Cemerlang bukan hanya di atas kertas.. Anak yang cemerlang ialah anak yang cemerlang juga perilaku.  Kita nak anak yang berkualiti, anak yang baik budi pekerti.. So benda-benda macam ni yang cuba diterapkan sekarang ni.

Kak Pilla rasa terpukul juga masa dengar taklimat semalam.. Sebab Kak Pilla larang Kasih dari terlibat dalam sukan bola jaring sedangkan dia aktif dalam sukan tu.. Huhuuu.. Kak Pilla tak nak dia terlibat dalam bola jaring sebab takut dia penat, takut bila badan dah penat dia tak nak fokus untuk UPSR.. Sedih bila dengar kawan Kak Pilla yang anak dia satu sekolah dengan Kasih cakap haritu nampak Kasih berdiri kat tepi kelas je bila ada meeting bola jaring dengan cikgu.. Gulp berkaca mata, tapi Kak Pilla kuatkan hati demi kebaikan dia.. Dan kawan Kak Pilla cakap haritu nampak Kasih bersorak dari tepi bagi sokongan kat kawan-kawan dia yang tengah ada latihan netball.. Siap dia pergi kat kawan dia and cakap 'u can do it' gitulah lebih kurang cerita dia.. Kadang bila Kak Pilla tunggu dia balik sekolah selalu Kak Pilla marah sebab kenapa keluar lambat sangat???? Mama dah tunggu lama dah ni, kang nak balik masak lagi, jalan jam kalau kita lambat balik.. Rupanya dia duduk tepi padang tengok kawan main netball.. 

Banyak kali dia minta nak masuk netball tapi Kak Pilla cakap tak boleh.. Cikgu pun ada panggil Kasih ajak masuk netball balik.. tapi Kasih cakap mama tak bagi.. Oiiii malunya kat cikgu huhuhu.. Bila kasih hint-hint pasal netball aku tak layan... dan dia pun dah tau Kak Pilla tak bagi so dia buat tak tau tapi aku tau dia kecewa tu.. Last year kot dia main wakil sekolah ke apa tah, sampai ke sekolah lain pun dia pergi main jugak.. berjanggut aku tunggu dia 3 jam kat bus stop sekolah hahahahha.. Dia terlalu suka netball sampai kadang bila tengok kat 'search hashtag' kat ig pun dia tengok international netball player semua pasal netball huhu.. Tapi korang tau lah kan aku jenis keras hati, bila aku cakap No memang No lah jawapan dia.

Tapi lepas dengar taklimat tu rasa kesal dalam hati.. Kenapalah aku halang-halang sangat minat dia.. So terus jumpa cikgu kat bilik guru semalam.. hahahaha.. mengadu dekat cikgu yang aku nak Kasih masuk balik netball.. aku tak tau sekarang dia masuk sukan apa.. tapi rasa ko-kurikulum dia pilih bola tampar kot.. cikgu cakap takpe, balik nanti tanya Kasih dan suruh Kasih jumpa cikgu yang incharge Netball cakap nak join je netball.. Fuh lega sikit hati..

Semalam masa amik dia balik dari sekolah aku terus cakap kat dia.. "Kasih, mama ada benda nak cakap, mama bagi permission Kasih masuk balik netball tapi kena promise, jangan abaikan study untuk UPSR ni"..

Dia terlopong terus dari seat belakang dia peluk aku sampai tercekik mak hahahaha.. Dia cium-cium satu muka cakap "Betul ke ni mama? betul ke??? Thank you mama"  Haishhh habis muka aku kena cium.. rimasss hahahahah.. ko tak belajar lepas ni siap yeeeeehhh...

So itu jelah nak cerita.. kadang dalam hidup ni kena consider jugak minat anak-anak kita.. Belajar tu belajar lah jugak.. tapi biarkan dia aktif benda-benda yang dia suka.. Kehidupan dan akademik kena balance.

Oh lepas tu masa jumpa cikgu Sains kat sekolah tu dia tanya nama anak siapa ya.. Aku cakap lah Kasih Aleeya.  Dia cakap "Ohhhhh saya ingat.. murid saya tu.. saya tak lupa sebab dia je yang buku teks ada tulis Hari"

 Hahahah now aku apply benda ni dekat Amaani pulak.. Dah confirm je jadul waktu memang aku akan buat macam ni sebab aku tak kuasa ye nak susun buku sekolah dia asyik nak refer jadul waktu sampai lunyai.. Dari zaman Kasih aku buat camni.. Nak susun senang, amik je ikut hari, as long as jadual tak berubah.. now dah cerdik sikit, tulis dengan pensil je.. nanti jadual berubah boleh padam je tulisan kat sticker tu ;)

Ni susun buku KAFA semalam.. pun banyak menyenangkan kerja aku hahahhaha.. 

So korang boleh cuba jugak cara ni ok?

Sekian, ntah bila nak update next entry pulak.. doakan sis rajin ya.



Love, 
Filla.

21 comments:

  1. Anonymous12:13 PM

    idea yg bagus ... tq kak leh guna idea nie utuk buku anak...hehe

    ReplyDelete
  2. Anonymous2:17 PM

    Sy guna kaedah fail kak pilla..semua buku & buku tulis satu subjek satu fail..nak elak dari tertinggal buku atau hilang buku..nnt dekat file tepekla jugak sticker hari..

    ReplyDelete
  3. good tips sis!..tak ada masalah buku tertinggal kat rumah nanti..hahahah

    ReplyDelete
  4. Anonymous3:55 PM

    Kena tolong cikgu... patut cikgu kena tolong anak anak murid..

    Macam ni punya assessment teruk la. kalaua anak cikgu sekolah sama sure best result. Lepas tu kalau cikgu yg sakit kepala... tak suka anak kita... kesian la kena black listed. low marks.

    Untung siapa yg masuk sekolah seri claka dan sekolah taman.. dan yg lain lain international school. sebab cikgu sure beri markah baik dan terbaik. kalau tak cikgu hilang kerja. SEKOLAH HILANG BUSINESS..
    so semua anak anak keluaran sekolah private result sure top top .. tapi perangai malas gila dan selfish aaaa..



    ReplyDelete
  5. Terkenang zaman sekolah dulu parents halang sy aktif sukan, mcm kasih lah situasi tu. Pernah jgk bila tgk kwn2 praktis sy duk tepi tgkp nangis tp cover2 la kan xnak bg kwn nmpk haha. Smp ke sudah kak parents xbg sedih tauuuuu

    ReplyDelete
  6. Anonymous4:29 PM

    wah dpt idea ni ... leh letak stiker cmni.. ank br drjah 1 thn ni,.feningggg byokk nye bku,..tq kak 4 share this tips..muahhh

    ReplyDelete
  7. saya pun pakai sticker tulis hari mcm ni.. tp amik satu huruf depan je.. mcm ada ari selasa n khamis, just tu S,K... lagi pemalas... hahaha.. x kuasa nk lekat sticker yg warna warni ikut hari tu.. tp mmg cantik la klu warna warni gitu.. ;)

    ReplyDelete
  8. bagus perkongsian ni. tq kak pilla

    ReplyDelete
  9. ka pilla. sebenarnya kanak-kanak atau teenager, atau budak univerisiti , kalau main sukan, diaorang lagi score akademik tau sebabnya otak kanan diaorang jugak berjalan. Bila otak kanan & otak kiri berjalan/bekerja, seseorang tu dapat menguasai sesuatu ilmu tu dengan cepat. and lagi satu oksigen pun cepat sampai ke otak bila kita bersukan. Saya dulu atlit sukan jugak masa skolah, saya main taekwondo sampai wakil malaysia, and yet saya pun boleh score akademik. Tengok mcm Nicol david , dia atlit yang hebat tapi spm diaorang score semua A....

    ReplyDelete
  10. Kak pila, brgenang air mata bila baca psl kakpila bg prmission kasih main net ball..
    Hehe mak2 sgt n tq for the idea tuk tag kt buku tu..

    ReplyDelete
  11. Ya kak pilla betul tu.. akademik dan minat budak kena seimbang.. baru budak2 ni semangat nak belajar.. dorang nanti taklah bosan asyik study kan.. hehe

    ReplyDelete
  12. hahaha.. kak pilla.. kisah saya kan.. masa sekolah rendah nak masuk hoki... lepas tu nak upsr mak tak bagi.. gigih call opis mak guna public phone mintak permission... hampa mak jawab tak boleh.. agaknya sebab mak kesian.. mak pi call sekolah n bagitahu dia bagi masuk hoki.. masa tu hp tak ada, so sampai call sekolah terus... cikgu terus cari kat kelas n bagitahu 'mak awak call.. boleh masuk hoki'.. hahaha.. lawak tol.. upsr dapat 5A masa tu... dapat selected school.. continue sukan hoki sampai sekolah menengah..

    ReplyDelete
  13. bijak bijak idea ni. tq Pilla!

    ReplyDelete
  14. Anonymous4:55 PM

    Salam Filla,

    anak saya tahun lepas baru ambik UPSR and satu Malaysia tahu .. tahun lepas punya results teruk gila. Alhamdullillah anak saya dapat 5A 1B dan dapat tawaran ke SBP (Seratas , Taiping) tetapi x sampai seminggu dah keluar semula.. (home sick).

    Apa yang saya buat pada anak saya ialah ... waktu siang iaitu masa persekolahan .. lantak lah kau nak buat apa.. nak masuk pertandingan sukan ke, bertandingan pantun ke wakil sekolah ke.. bagi sahaja .. jgn halang tetapi malam ..kerja sekolah wajib buat tak kira lah x sempat ke .. jgn miss kerja sekolah... cikgu akan bagi kerja sekolah byk gila.. tapi kau wajib buat dan settle kan. Walaupun byk kerja sekolah tidur tetap pukul 10 mlm. Siap tak siap 10 mlm kau kena tidur. Kalau tak siap minta anak bangun awal pukul 430 pagi ke .. sambil tu buat solat tahajud n solat hajat.Kalau x ada kerja sekolah baru lah buat latihan latih tubi.

    Latihan pula buat waktu weekend sahaja.. macam anak saya langgan full A mark. Soalan Full A mark adalah dari didik. Kasih mesti tahu pasal didik. Macam2 soalan latih tubi boleh buat. And kebetulan saya kerja UNITEN so anak saya buat latihan confirm A juga. Software yg di develop oleh pensyarah kat sini. Software tu byk latihan anak boleh buat.. kalau filla nak kaseh join pun blh... free sahaja. Cuma perlu ada computer n internet di rumah. Filla bukak google taip confirm A UNITEN. kat situ filla boleh trial dahulu. X pyh beli buku latihan kat luar. Buat Full A mark n confirm A sahaja. Tu pun nak muntah buat .. hehehehe. Lagi satu jika sekolah buat tusyen wajib pergi. Anak saya tidak mengambil tusyen dekat luar sbb apa??. Bagi saya cukup lah anak dah belajar kat sekolah, homework sekolah, latihan latih tubi lagi. Kesian kat anak... sekolah ajar lain.. cikgu tusyen ajar lain.. pening anak. Saya pernah try utk anak saya anta tusyen luar sblum ni.. results tetap macam tu .. x ada naik .. x ada turun. Lagipun diorg punya silibus kan dah lain.

    Tulah tips dari saya... if filla berminat nak kasih join confirm A UNITEN .. email pada saya nurrafizah@uniten.edu.my. Saya tolong daftar kan utk kasih.

    ReplyDelete
  15. Anonymous10:07 AM



    kak pilla kak pilla kak pilla....bila nak ada cerita baru ni.....hehehehehe..aleesya sekolah macam mana? kalau baca pasal aleesya memang saya sengih sorang2...
    baca blog kak pilla ni ibarat kalau demam baca je blog the kasihs terus sihat gituuu...

    ReplyDelete
  16. tumpah air mata akak baca bab netball tu Pilla

    ReplyDelete
  17. alahai, kesian Kasih.
    part tulis 'hari kat buku tu tips yang BEST.
    once anak2 saya start sekolah (now they are 4 yrs and 3 yrs old) , nak buat mcm Kasih buat jugak la ... hehe.

    ReplyDelete
  18. sedih citer kasih ni..semoga berjaya dalam upsr n netbalk

    ReplyDelete
  19. Ha ah la..senang kan letak hari mcm tu...gud idea....nanti nak cuba...hihi

    ReplyDelete