Tajuk je okayyyy... weekend baru ni Pak Radie buat benda ni.. Well dia bukan bujang ye hehehe..
Aku rasa ada dekat 2 bulan kot dia peram resepi ni dia jumpa kat FB ke apa tah.. Dia memang suka benda-benda simple western food camni.. Ahkak suka nasik ngan ayam masak lomak cili api je ngeh ngeh.
Ahad haritu haku punyalah pemalas.. Baring je kat sofa tengok tv.. layan pulak citer korea kannn.. Pagi dah gi breakfast kat mamak makan puri pergh sedap.. pastu gi giant topup groceries sikit.. by the time sampai rumah dah pukul 12 tengahari.. Mari terbongkang.. Tapi Pak Radie keluar balik beli part paip kat dapur.. Air paip sinki dapur tu asyik keluar non-stop tapi halus je lah.. but still menyumbang kepada kenaikan bil air ye.. Aku dah cakap 2 kali.. nak buat, buat.. tanak buat sila bayar je bil. *iconmatakeatas*
So masa ahkak layan citer Korea tu.. tengok dia bertukang kat dapur.. cepat-cepat Kak Pilla alih kedudukan hahaha. nanti dia nampak aku tido tebongkang tengok tv, mesti dia sakit hati hahahah.. Kitorang memang hidup saling mendengki.. Dah siap kerja dia aku jenguk dapur.. Hoi kuyup segala lantai.. tapi dia mop la, tapi tak betul-betul kering pun.. Haih lah orang lelaki buat kerja memang camtu kot..
Pastu dia cakap kat anak-anak dia "Ok harini papa nak masak fries macam yang kita tengok kat FB haritu"
Fuhhh ko tak tau aku ni menadah tangan penuh kesyukuran.. selamat mak kau tak yah masak hahahaha..
Pastu aku dengar dia jerit dari dapur..
"Bawang mana? Awak habiskan ke?"
Aku bangun ke dapur..
"Ni apa?" suakan bawang ke depan mata dia..
Pastu ai kedepan balik sambung layan Korea.
"Cheese pa beli dulu tu mana?" *sambil geledah freezer kat atas*
"Pa, orang tak letak shredded cheese kat tempat ikan atas tu.. cari belah bawah"
Pastu dia jumpa sengih je.
"Mana Prego Sauce yang gambar mushroom tu?"
Eh dia ni.. rasa nak tarik and tolak dia ke tepi.. bak sini biar aku yang masak.. dekat doplohkali aku bangun duduk nak mencari barang-barang dia nak masak..
Pastu aku nampak dia tenggek dua kuali.. Kenapa nak tenggek dua kuali?
"Satu nak buat sauce dia, satu nak goreng fries" aku jeling je tengok dia boleh handle tak.. aku datang balik tengok dia tengah masak sauce pastu kuali sebelah ada 2 batang fries sikit lagi nak hangus..
"Ni apa???"
"Eh tadi nak test minyak dah panas ke belum, tolong goreng fries"
Eishhhhh.. budget multi tasking dia ni.. kalau aku tak jenguk mau tebako dapo ni.
So Kak Pilla tolong dia goreng fries and tengok dia belagak ala-ala master chef.. kemain lagi dia letak memacam.. chilli powder lah.. oregano mende tah.. black pepper dan lain-lain.. dia pun tak tau lah aku rasa.. dah dia nampak tu je kat rack comel tu.. dia bajet la ala chef.
Kak Pilla jeling je keliling dapur tu.. becak atas meja dapur tepi sinki.. Haku diam je.. tapi tangan ai mengelap jugak.. dia nak masak tak leh complain, nanti langsung tak nak ke dapur habislah ahkak.
Proper resepi aku tak tau.. tapi kalau korang nak try rasanya senang je.. masak cincai je ni.. tuang minyak sikit then tumis bawang besar holland (bawang yang kulit orange).. bawang tu potong ala-ala hiris dadu kasar.. tu aku nampak Pak Radie yang potong camtu..
Dah tumis tu boleh masukkan minced beef kacau hingga kering air.. pastu tuang prego sauce original.. buh garam, black pepper, chilli powder dan apa-apa yang korang rasa logik nak letak hahahha.. masuk sekali sausage kalau nak bagi nampak meriah.
Goreng fries dan letak dalam loyang... tabur sedikit garam dan gaul fries bagi rata.
Tuangkan sauce atas fries... Kalau boleh jangan kering sangat sauce yang korang masak tu sebab lepas ni nak bakar lagi dalam oven.
Taburkan shredded mozarella cheese.
Bakar selama 10 - 15 minit dalam oven dengan suhu 180c.
Tengok-tengok kang rentung puler.. Pastu boleh dimakan bersama salad.. Gambar takde sebab semua gelojoh.
Korang cubalah kalau rajin.. senang, simple dan lazat.
Kembang lah tu hidung orang tu.. Neway thank you Pa.
Ma rasa awak masak sedap gilaaaa.. kalau digilap lagi bakat awak ni, ma yakin awak boleh sampai ke taraf chef-chef terkemuka antarabangsa. Kalau nak lebih confident awak kena asah bakat ni.. gilap lagi bakat ni.. every week kena turun dapur masak macam-macam..
I support U.
*Yeay selamat ai leh tebongkang tengok Korea hari Ahad. Gud luck Pa! U can do it Pa! #muahciked.
Love,
Filla.
wahhh..semua nampak sedap..tetiba rasa lapar huhu
ReplyDeletewuihhh.. ini tak macam bujang ni. rajin sgt dah ni. hehehe
ReplyDeleteBagus pujian tu Kak Pilla..
ReplyDeleteMUdah-mudahan dia lebih rajin turun ke dapur pasni..
Simbolik sangat pujian itew
cara Pilla cerita bab Radie masak tu sebijik my hsbnd la.. tapi my hsbnd tak pandai jadik tukang paip.. apa2 rosak nak tukar dia panggil plumber.. melayang seratus hengget!
ReplyDeleteLawaksss la kak pilla
ReplyDeletewah tgk pun tau sedap tu nanti nak cubelah mozarella cheese ade dah tu nak kene cari bwg holland beef dengan sosej je lagi :) nanti update lagi tau resepi2 simple camni :)
ReplyDeleteMacam sedap je..
ReplyDeleteNanti nak cuba la..
lawak cara pilla cerita
ReplyDeleteada nampak macam ni jugak kat fb. berjaya screenshot tp belum berjaya buat
ReplyDeletekena buat jugak ni demi menaikkan maruah pada pak radie
Bab fries hangus tu mmg lawak...
ReplyDeletemasuk rancangan hero dapur
ReplyDeletepernah try. tengok resepi kt facebook. memang sedap.
ReplyDeletelapaq nak makan mende ni lah pulak kak pilla oiiii...
ReplyDeletesuami yg masak utk isteri ni mmg suwiiitttt..susah nak cari spesis ni..yg ada skang, saya dan pak radie je ..dua ni pun dah tak available..
ReplyDeleteakk pilla.. mcm mna akk leh approve komen atas ni? Haha..
ReplyDeletekak pilla, nak resepi meggi grg kat ig akak.
ReplyDeletehahaha..... komen juri(kak pila) mmg win...anyway mmg nmpk sedap kena try jgk ni..
ReplyDeletehahaha..... komen juri(kak pila) mmg win...anyway mmg nmpk sedap kena try jgk ni..
ReplyDelete