Dalam hidup ni kita kena bersyukur.. Macam-macam yang kita rancang dalam hidup ni.. ada yang termakbul ada yang tidak.. Sesungguhnya yang merancang tu kita dan menentukan tu Allah SWT.
Bila aku renung balik perjalanan hidup aku, rasa bersyukur sangat.. Aku masih ada mama dan ayah yang sentiasa mendoakan kebahagiaan aku, mendoakan perjalanan hidup aku dipermudahkan. Aku ada keluarga mertua yang baik dari mula aku kahwin sampailah sekarang.. Walaupun aku tak sesempurna mana, especially dulu masa berkawan dengan Pak Radie sampai kawin dah beranak pun sama.. memang takde rupa perempuan lemah lembut.. dengan rambut oren, pakai baju macam baju budak 6 tahun.. hahahha.. tapi family mertua aku terima dan sayang je dengan aku.. Mama selalu cakap kita kena bersyukur, tu semua rezeki dapat keluarga baik-baik.. so jaga semua tu..
Kisah aku dengan Pak Radie pun aku rasa bersyukur.. bukanlah sebab konon laki kau jelah paling terbest dalam dunia.. No! tak ye.. aku dengan Pak Radie ni jenis hubungan mendatar dari mula kawan sampai sekarang.. bukan maksud mendatar tu hambar.. bukan macam tu.. tapi kitorang bermula dari kawan pastu jadi kawan baik.. yang stok dia tak pernah kata aku ni girlfriend dia walaupun tiap malam keluar makan sama-sama.. disebabkan dia tak mengaku aku gf dia.. so bila keluar makan sama-sama kadang aku bayar.. esok dia bayar.. cisssss!! nak cakap apa tak boleh sebab aku bukan girlfriend dia.. dia tak penah mengaku. Eksyen macam Aleesya.. Eh tetiba Aleesya hahaha.. disebabkan keegoan dua-dua terlalu tinggi, so aku kawan jugak dengan orang lain muahahaha.. masa tu bajet hot.. dia tak kawan pun dengan pompuan lain.. aku tak halang pun sapa suruh tak cari orang lain? nampak tak sebenarnya dia sayang gila tapi tak nak ngaku muahahahahhaha.. Aku bukan yang terbaik pun untuk dia, tapi still kitorang masih bersama. Kitorang bercinta pun tak macam orang lain nak loving-loving bagai.. sebab aku kasar dia pun kasar. bila kitorang bercakap orang ingat bergaduh.. sampai sekarang pun Elly dengan Peej selalu rasa kitorang borak macam bergaduh.. Aku tak pernah call dia waktu siang time kerja, dia pun tak pernah call aku.. Macam pelik, tapi dah biasa macam tu acaner?
Walaupun hubungan mendatar dan tak loving-loving macam orang lain tapi kitorang ok je bersama.. Aku rasa lagi senang tak banyak kerenah nak kena layan.. masing-masing jalankan tugas masing-masing. Now bila anak dah 3 aku rasa bersyukur sebab walaupun dia macam garang, tapi dengan aku je.. dengan anak dia kemain lagi.. Eh nyampah hahaha.. Bersyukur sebab Pak Radie memang close dengan anak-anak dan jenis rajin melayan.. harap aku? jom kita duduk kat rumah diam-diam tak yah keluar hahahaha.. nak makan? ok mama masak.. tu jelah kerja aku.. bosan kan mama? hahaha.. patut lah sayang papa lebih. nyampah lagi sekali.
Dari segi persahabatan pun aku bersyukur ada kawan-kawan yang faham aku dan terima aku seadanya. Aku appreciate kawan-kawan lama dari zaman study.. walaupun tak close dapat keluar bersama, tapi still keep in touch sebab ada FB dan IG hahahah.. Now bila umur dah meningkat dan masing-masing ada kehidupan dan kerjaya semua teruskan kehidupan masing-masing. Sekarang yang aku asyik jumpa pun Elly dengan Peej sebab kitorang sahabat dan jugak buat business bersama. So far masing-masing hormat each other.. ada masa kita gurau ada masa kita serious. Diorang pun selalu jadi tempat aku mengadu masalah (kalau ada) dan kitorang selalu selesaikan dan nasihat satu sama lain.. Peej tu apa tak pernah kena? macam-macam dia kena dengan aku and Elly sebagai kakak.. suruh dia jaga kesihatan, jaga makan hehe.. kalau gi makan kadang tak tanya dia nak minum apa, terus orderkan dia air kosong.. dia terpaksa redho hahaha.. suruh dia belajar bangun awal, suruh Peej start balik masak.. soon kan Peej?
Macam Elly dan aku pun selalu share pasal nak masak apa.. share pasal perangai anak-anak.. Kalau time serious dengan hal kerja.. kitorang akan duduk dan bincang.. marketing strategy untuk menambahbaik dan memperkenalkan produk.. sepanjang tahun punya plan dan kena fikir.. bukan mudah.. tapi alhamdulilah dah setahun Ellfie Beauty ni wujud, masing-masing tau tanggungjawab dan masing-masing dah besar dan tau cara membawa diri dalam persahabatan. Selalulah jugak kitorang remind each other supaya apa pun terjadi persahabatan kena jaga.. kita yang kawal diri dan minda, jangan ada kecilkan hati kawan, jangan ada ko lebih dia kurang.. kita sama je.. terima kelebihan dan kekurangan masing-masing. Mulut kena jaga supaya jangan sesekali melukakan hati sahabat lain.. selalu doa supaya Allah melindungi persahabatan ni.
Dari segi kerja pun alhamdulilah.. walaupun sibuk aku still manage to handle.. Kena pandai bahagi masa. Sibuk tu kadang sampai pukul 12 malam dah nak tidur tapi mengenangkan email masuk, whatsapp masuk.. untuk Ellfie dan Fame tu.. aku akan bangun balik slow-slow takut Pak Radie terbangun.. pelan-pelan aku duduk menyandar kat dinding tepi meja solek.. bersila kat situ check and reply email sebelum tidur.. aku tak suka bila orang dah buat payment pastu nak biarkan dia lama-lama menunggu.. duit orang kot? ko gila? aku takut ye pegang duit orang.. hidup kena jujur dan amanah.. walaupun 1 sen kalau bukan hak kita, tetap bukan hak kita. Tugas aku untuk Ellfie aku dipertanggungjawabkan untuk handle agent.. segala order, masalah dan apa-apa yang melibatkan agent aku kena jawab. Application untuk stokis dan agents fame pun aku handle.. Elly and Peej memang stay kat Office Ellfie untuk monitor staff dan bantu staff orders from customers dan handle postage. Macam tu lah cara kami bekerja dan setakat ni semua faham kerja masing-masing. Terima kasih buat readers yang mendoakan kejayaan kitorang..
Bersyukur badan aku masih sihat untuk jalankan tanggungjawab aku.. Apa lagi aku nak? Allah dah bagi macam-macam dalam hidup aku.. kebahagiaan, kesihatan, keluarga dan sahabat-sahabat yang baik.. Aku jadi malu sebab semua Dia dah bagi.. tak reti-reti nak bersyukur? azam nak mendekatkan lagi diri yang lemah hina ni disisiNya supaya jangan bagi aku tersasar dan jadi orang yang lemah dan melupakan Dia. Jaga solat itu yang paling penting.
Tu je, nak cakap lebih-lebih baik takyah, kita menulis ni kena hati-hati sebab kadang niat kita lain, tapi pemahaman orang lain.. so better jangan sentuh sangat. apa amalan yang kita buat kalau boleh jangan cerita kat semua orang, jangan hebah kat social media.. bimbang akan terbit sedikit riak yang kadang kita tak perasan. hati-hati ye :) untuk peringatan kat diri sendiri jugak.. kalau tetiba aku jadi lupa diri dan riak, tolong tampar muka ai... hahaha
Love,
Filla.
betul.. bab pemahaman tu. sebab tu aku dah lama tak menulis. huhuhu.
ReplyDeleteteringin nak tengok gambo kawen buk pila dgn pak radie.. buatlah entry pasal tu..
ReplyDeleteakak suka benor topik bersyukur ni pilla..sbb bile kiter bersyukor, jiwa kiter rase bahagia...
ReplyDelete