About Me

Friday, January 29, 2016

SHOPPING DI RAKUTEN DAPAT 5X POINTS REWARDS!

*scroll down for new entry*

 Dah masuk tahun 2016 dah kan? So Kak Pilla nak ucapkan selamat tahun baru untuk semua readers yang setia bersama blog ni :)

So apa azam tahun baru? Kak Pilla berazam nak jadi orang yang bijak berbelanja.. tak nak boros tak tentu pasal dan semakin kuat bekerja untuk masa depan keluarga ;)  Nak kurangkan shopping kat luar, tapi shopping online takpe hahahaha..

Actually kalau korang pernah masuk website rakuten ni mesti korang tau yang Rakuten hanya menjual barang-barang yang berkualiti dan ada pelbagai kategori yang dijual kat sini.. Rakuten Online Shopping ni ada lebih dari 900 merchants yang dijual termasuklah health, beauty products, toys, barang electronics, home furniture, kasut, baju, bag eh panjang sangat list kalau nak senaraikan..

 Kenapa Kak Pilla rasa shopping kat Rakuten ni berbaloi-baloi? Sebab dia ada konsep 5x Points Rewards!! Maksudnya setiap barang yang kita beli kita akan dapat pulangan dalam bentuk 1 point = RM1.. Kita boleh gunakan point/wang terkumpul tu untuk next purchase.. Makin banyak kita shopping, makin banyak points yang kita akan collect dan gunakan untuk pembelian seterusnya ;)

Point dia tak kedekut pulak tu.. Itu Kak Pilla suka hehehe


  Kak Pilla memang suka tengok bedsheet.. Dah menjadi kebiasaan untuk tengok-tengok bedsheet yang cantik-cantik.. kalau berkenan, harga ok, terus grab.. Berkenan yang ni sebab Pak Radie suka yang stripes macam ni.. Tengok ye, harga Queen Size Fitted Sheet siap Quilt Cover ni sebelum discount harga RM200.. Now discount dia jadi RM150 dah jimat RM50.. Pastu dapat pulak 5xPoints tu 7.50.. Total penjimatan ialah RM57.50..

Points ni boleh guna untuk purchase benda lain pulak.. Best kot? Ni baru beli bedsheet.. Kalau shopping benda lain kita kumpul lagi point banyak-banyak.. (1.00 point = RM1.00)

Konsep 5x Points Reward ni memang Kak Pilla terpaling suka sebab serendah mana pun nilai yang kita beli tu tetap dapat points ;)

Apa lagi nilai yang boleh kita dapat dengan bershopping kat Rakuten nie?

Register / Daftar
Free je tak perlu bayar apa-apa untuk menjadi ahli Rakuten Malaysia.

Mastercard User
Dapatkan diskaun 5% untuk pembelian pada setiap hari Rabu bagi pengguna Mastercard.

Follow FB
Segala promosi harga murah akan diwar-warkan juga di FB Rakuten.. So sila jangan miss!

Visit Website
Bukalah website Rakuten setiap hari, kerana Rakuten juga akan mengadakan pelbagai promosi menjimatkan pada setiap hari dengan pelbagai barangan berbeza setiap hari

Weekend Coupon
Sila refresh website pada setiap hari sabtu kerana Rakuten akan berikan kupon percuma pada setiap hari Sabtu.


Jom tengok benda lain.. berlambak barang boleh beli kat sini ;)
 Le Pliage Large Travel Bag Navy ni cuma RM399 sahaja pastu dapat pulak points 19.95 untungkan? 

 Sleepwear ni pon nampak macam comfortable.. Apasal murah sangat? kain stretchable dan sangat comfortable.. boleh beli 2-3 colour kalau suka.. Dapat points lagi yeayyy!!

 Mainan untuk budak-budak pun berlambak-lambak.. Pilih je nak apa semua ada ;)  Senang shopping kat Rakuten tak yang angkut anak-anak gi mall.. Kalau bawak gi mall nanti ada kes guling-guling kat lantai kalau tak borong apa dia nak hahahaha.. ni tunggu je posmen hantar depan rumah heheh

 Siapa ada baby boleh cuci mata tengok baby shoes dia huwaaa comel.. Kak Pilla memang tak suka beli kasut baby yang mahal-mahal sebab kaki baby ni kejap je dah besar.. nanti membazir pakai sekali dah tak muat.. baby bukan selalu pun nak bawak dia keluar.. so harga kat Rakuten ni affordable.. 

Sila consider sebab ada Exlusive deals as low as RM10 + RM25 coupon untuk yang purchase more than RM100.
 Murah je.. comel pulak tu.. Baru RM20 je? dapat pulak 1 point.. Korang boleh tengok details kat gambar kasut yang korang pilih tu... memang products di Rakuten ni berkualiti..

Tapi sebelum tu korang semua kena signup dulu then baru layak shopping kat www.rakuten.com.my ni dan boleh collect points banyak-banyak. Don't worry sebab free signup takde bayaran..

Now Rakuten dan launch 5x Rakuten Super Point-back programme dan kita akan dapat 5% rebate untuk pembelian di Rakuten.  Boleh beli semua, setiap hari with no limit on the amount of rebate.. Gila best ni.. 

 Ada dua jenis Rakuten Super Points nie.. 

Regular Points ni kita akan dapat dalam setiap pembelian yang kita buat dan takkan expire kecuali selepas setahun kita tak shop kat Rakuten..

Limited Points pulak untuk special Super Point Promotions dan ada expiry date.

 Senangkan shopping di rakuten ni? Beli, kumpul dan guna atau simpan ke pembelian akan datang.. 

If korang dah pernah shopping or akan shopping kat rakuten boleh lah komen kat entry ni dan share experience ok?

Betullah tagline dia "Shopping is Entertainment" 

Tunggu apa lagi? Go and entertain yourself now heheheheh 




Love, 
Filla.

No comments:

Post a Comment