About Me

Tuesday, October 20, 2015

KATA SEMANGAT UNTUK YANG BERNIAGA SENDIRI.

Bukak blog pastu clik New Post.. Pastu pandang je pc tak tau nak bebel pasal apa.  Belek phone takde gambar.. Ada sekeping je gambar hahaha.. sebab haritu dah copy semua picture dalam gallery tu letak kat pc.. senang tak menyemak.. iphone 5 Kak Pilla ni buat hal sebab takde pun banyak app kat dalam tu.. but still memory dah tinggal ciput.. even dah clearkan gambar semua dah empty dalam gallery pun memory still sikit je.. gila apa phone ni? Nasib baik Kak Pilla dah ada iphone6 tapi belum transfer lagi ke phone tu.. Nak buat sendiri diri adalah bebal sikit bab gadget-gadget nie.. nak gi hantar kedai suruh transfer pon takde masa.. pakai jelah sementara waktu ni..

Semalam chatting dengan Amiza pengasas Ephyra.. Banyaklah kitorang sembang pasal business.. Well Amiza antara orang yang Kak Pilla adore cara business dia.. now kebetulan kitorang berjiran sebab office Ephyra dan office Ellfie sama tingkat cuma Ephyra hujung sana Ellfie hujung sini.. Ephyra dah 4 tahun bertapak, Ellfie belum sampai setahun.. Banyak lagi yang kitorang kena belajar untuk memajukan business nie.. Bak kata Amiza dia yang dah 4 tahun masih merangkak dan tak berhenti belajar..  Kitorang share pasal marketing strategy dan banyak benda lagi.. 

Ada yang email Kak Pilla bertanya macamana nak berjaya dalam business sebab macam-macam usaha dah buat tapi still gagal.. Kak Pilla dan Ellfie pun masih terkedek-kedek untuk mengukuhkan nama.. Tapi apa yang Kak Pilla boleh share ialah kita kena tau siapa kita dan bagaimana cara untuk melebarkan lagi sayap kita.. Alhamdulilah business Ellfie ni diterajui oleh aku, Elly dan Peej.. Kami bertiga kebetulan blogger which banyak membantu untuk kenalkan produk Ellfie.  Kalau kita baru, dan takde networking agak susah sikit tapi still ramai yang berjaya pun takde orang kenal pun dia siapa sebelum ni.. So alasan "blogger boleh lah.. senang nak jual produk, orang kenal, kencing sikit dah ok dah orang boleh beli"  No!! salah tu.. tu semua ayat-ayat negatif.. Sentiasa berfikiran positif, fikir balik, orang boleh berjaya kenapa kita tak boleh? 

Kenal pasti produk sendiri.. Bagus ke? kurang bagus ke?  First sekali sebelum kita nak jual apa-apa kita kena pastikan produk kita berada di level paling bagus dan berkualiti.. Kesan kepada pengguna macamana? Macam Ellfie nie, kitorang bertiga dah test dulu sebelum kita jual produk ni kepada orang lain.. Kita tak nak produk tak berkualiti, produk tak memberi kesan positif kepada pemakai.. Sebab kita tak nak orang pakai, lepas tu rasa biasa je? takde perubahan pun kat kulit?  Kalau macam tu, memang sekali tu jelah orang beli dan benda tu stop macam tu je takkan merebak pasal kebaikan produk tu.. Kita nak, bila orang pakai, kulit jadi cantik, kawan-kawan tegur, pakai apa? pakai Ellfie.. itu yang kita nak.

Marketing kena spend jugak.. Tak boleh kedekut walaupun rasa macam omg banyak nye kena bayar sana sini.. Bila nak kayo? Tak de ya.. dalam perniagaan at least perlukan 3 tahun untuk betul-betul berjaya.. sebab tu ada peribahasa bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.. Jangan mengalah bila ada masa-masa produk tak jalan atau order sunyi sepi siap bunyi cengkerik krikk krikk krikkkk... buat sesuatu.. sebab dalam perniagaan banyak persaingan.. kalau baru datang sikit je dugaan kita dah duduk layan perasaan.. apa pun tak jadi.. Adat manusia, bila kita senyap orang akan senyap.. biar lah orang nak muntah ke.. nak terbelahak ke sebab kita asyik cerita pasal produk kita.. takde masalah.. kalau tak kita yang muntah, biar dia yang muntah pon takpe haha..

Jangan malas untuk perkenalkan produk kita kepada orang lain... Now Ellfie akan join seberapa banyak carnival dan buka booth sana sini.. Itu pun kena keluar duit.. tapak carnival bukan murah, tapi kena sabar.. jangan target bukak booth RM3K so kena make sure bawak balik at least duit sewa tapak.. Kalau tak berjaya pun takpe.. yang penting product awareness.. Kita nak orang biasa nampak produk kita sana sini.. orang familiar dengan product kita.. Itu yang penting.. Kalau feedback bagus, sales bagus syukur alhamdulilah.. 

Jangan ada perasaan hasad dan dengki bila bersaing.. Rezeki masing-masing, kau buat kerja kau, aku buat kerja aku.. jangan kacau orang sebab kita tak suka orang kacau kita.. persaingan secara sihat lebih bagus.. jangan sebut nama product lain dan kutuk product orang lain.. jaga product kita sendiri... jaga hati customers.. Kak Pilla faham bila ada yang cakap tak faham dengan customers yang asyik mintak discount.. habis tu kita ni berniaga.. dapat lah untung sikit.. tapi customer asyiklah nak murah... customer memang ada macam-macam ragam.. terima je dengan hati yang terbuka.. Cakap elok-elok supaya diorang faham.. Agent-agent Ellfie pun selalu mengadu dapat customer yang pelbagai ragam.. layankan je.. cakap elok-elok 'saya pun jual barang orang kak, untung bukan besar mana, cukuplah nak buat belanja-belanja anak sikit.. saya tak dapat nak bagi diskaun kat akak, tapi saya boleh bagi akak freegift... biasa je freegift saya ni kak, tapi ikhlas dari saya.. harap akak suka' tu contoh ye... at least takde lah tebako jiwa raga customer tu tak dapat harga murah.. kita tebako takpe.. simpan dalam hati.. janji customer sayang kita..

Sentiasa bersikap positif dan berdamping dengan orang yang positif dan kuat berusaha.. kalau kita kawan dengan orang yang cepat mengalah.. kita pun akan terikut sama.. berdamping dengan orang yang rajin dan berjaya, inshaAllah kita pun akan jadi macam tu.. sentiasa belajar dari kesilapan dan takde dengki mendengki dengan kejayaan orang lain.. minta ibu bapa doakan kejayaan kita dan kita sendiri pun sentiasa berdoa.. jangan tinggal solat sebab masa solat lah kita nak mengadu dan meminta kepada 'Nya'.. 

Dah cukup kot.. Kak Pilla bukan pakar motivasi nak pung pang sana sini cerita kejayaan yang belum tahap berjaya sangat pun.. cuma Kak Pilla boleh lah share sikit-sikit untuk naikkan semangat you all yang berniaga... Bangga tengok bangsa kita maju ke hadapan.. once kita pilih business kita, kita kena all out dan curahkan sepenuh hati kita pada business yang kita buat.. jangah hangat-hangat tahi ayam bila dilanda masalah.. mental kena kuat.. otak kena sentiasa fikirkan strategy.. what is next, what is next? Jangan mudah rasa down bila orang pandang negatif kepada kita.. Orang tak kenal kita 100% pun.. biarkan orang sentiasa bercakap, janji kerja kita jalan.. Lama-lama bosan kot orang nak cakap atau nak jatuhkan kita.. 

Kepada readers Kak Pilla yang berniaga, harap korang gigih berusaha tanpa jemu.. semoga kejayaan menjadi milik kita berkat kegigihan dan usaha kita.. 

Korang boleh visit website kita www.ellfiebeauty.com kalau nak tengok product Ellfie.. Ni pun marketing jugak ni muhahahaha... Kat website Ellfie tu ada details tentang produk Ellfie, cara nak gunakan, kebaikan product, senarai agent untuk korang nak beli.. no telefon HQ, testimoni pengguna product Ellfie semua ada kat situ.. Jangan lupa click!


Selamat Berjaya!


Love, 
Filla.

4 comments:

  1. tq for kata2 semangat pilla

    ReplyDelete
  2. Good sharing kak... Plng penting kena tahan 3 tahun ni... Berbagai onak duri ditempuhi... Dpt lepas tempoh ni insyaallah...ade rezeki utk kita

    ReplyDelete
  3. terbaik kak..best of luck

    ReplyDelete
  4. terima kasih banyak filla,sebab bagi semangat pada saya yg sdg wat bisnes kecil-kecilan ni.
    good luck Ellfie.

    ReplyDelete