Hari Ahad lepas tak plan sangat nak keluar pun.. Tapi kesian pulak kat budak-budak ni.. Pagi tu aku breakfast dengan Kasih.. Dia cakap jomlah mama Kasih nak main ice skating.. haritu papa dah janji lepas raya nak pegi..
Call Wan tanya nak gi IOI Mall Putrajaya tak.. Sebab Wan tak reti nak jalan gi sana.. Oklah plan sekali Wan nak ajak Auntie Rabitah dengan Uncle Rosli.. Diorang jiran mama dan selalu keluar berempat.. Seronok jugak bila mama ada gang kat sana.. Kalau bosan diorang selalu calling2 lepak KLIA lah, lepak kopi-kopi lah.. kadang gi jalan sampai Alamanda.. kadang gi bercuti sama-sama.. haritu diorang gi Lombok sesama.. pastu dulu gi Chiang Mai ke mana tah bersama hehehe..
Tengahari tu suruh datang rumah aku dulu.. aku masak ikan berlada dengan goreng telur dadar.. hahaha sibuk ajak diorang makan padahal tu je lauk.. keluarkan sekali Sambal Hitam Raub tu.. sedap pulak terus Auntie Rabitah nak order ;)
Lepas jalan-jalan kat IOI Mall Putrajaya tu.. kitorang berpecah sebab nak bawak budak-budak main ice skating jap..
Untuk yang tak pernah try dan nak try sila lah ke sini.. Aktiviti dengan keluarga yang agak best jugak..
Weekend RM30
Weekdays RM25
kalau tak silap hahaha
Kalau nak datang sila bawak glove dan socks sendiri.. Kalau tak memang kene beli kat sini.. Untuk yang tak main, tapi nak masuk duduk tepi-tepi tu RM5 sorang.. tapi boleh keluar masuk.. Kalau yang main kat dalam tu tak leh keluar masuk..
ukur kaki dulu
muka excited kasih tu
Leecha carik pasal.. pakai socks Amaani kat tangan pastu tak nak bagi.. gerammmm je amaani kat dia hehehehe
Next time nak bawak Leecha main jugak lah.. ada je budak besar dia main.. tapi pegang penguin..
sibuk jugak nak try ;)
Memula Amaani kata tak nak main.. dah lah pakai baju camtu je.. sejuk gila kat dalam tu..
Sweet je rasa kakak-adik ni :)
Amboi macam buat show sendiri pulak..
Best kan? siapa biasa main roller blade mesti pandai main ice skating ni.. Peej jom ice skating hahahaha.. haritu borak dengan peej zaman muda mudi.. aku dulu memang main roller blade.. Peej pon zaman belajar main jugak, kira paling gempak lah budak key ell ler katerkan hahahah.. tak 'in' lah takde roller blade hehehehe
Kat dalam tu ada photographer.. nanti boleh beli gambar kat luar.. sekeping RM30. Beli jugak lah sekeping buat kenangan..
Kasih bab jaga adik memang boleh diharap lah.. kejap-kejap dia datang kat Amaani.. orang ramai Amaani takut-takut sikit asyik melekap tepi cermin ahhahahaha
Leecha tengok dari luar jer lah. sian dia hehe
Pastu aku dengan Pak Radie bawak Leecha jalan jap..
Tepi tempat ice skating tu ada tempat makan.. lupa pulak nama dia.. tapi kat belakang Leecha tu yang dinding merah tu.. kat situ.. tak yah pegi, tak sedap.
Pak Radie dah lah tak makan kat rumah.. So dia lapar order ni, Nasi Ulam.. tak sedap sampai tahap tak leh makan.. Nasi dia manis gila kot.. adoi aku memang tak leh manis.. Nasi manis ko dah kenapa? tu satu hal pastu segala ulam dia tu kasar gila dia hiris.. Aku kunyah ada daun limau purut kemain kasar boleh tersengkang kat tekak.. dengan kelapa dia belambak-lambak sampah dia tak leh telan.. sangat mendukacitakan.
Aku makan mee kari dia.. Ok lah.. Tapi ayam tu ayam BBQ dah kenapa?
Ni je ok hahaha.. tak habis pack bawak masuk dalam sumbat mulut Amaani ;)
Pastu jumpa balik Wan and the gang. Diorang makan kat M.A.D eh betul ke tu nama dia? Sedap boleh tahan..
Icha memang dari mula suka sangat ngan Atok Rosli nie.. hehehe.. asyik berkepit je dia duduk berpangku makan bersuap.. Masa Pak Long kawin dulu pun dia melekat jugak dengan Uncle Rosli.. suap apa je semua dia telan.
Pak Radie order ni.. apa platter tah.. ni sedap..
Kasih share dengan Amaani makan fish and chips.
Pastu Pak Radie bawak diorang gi naik train.. IOI Mall Putrajaya ni macam sesuai jugak jalan bawak budak-budak sebab banyak aktiviti boleh buat..
Ni kalau tengah ngam.
Best Friend Wan ngan Atok
Aku pun suka lepak ngan Auntie Rabitah and Uncle Rosli sebab diorang best dan sporting.. Borak pasal macam-macam benda pun ok.. Dah lah kaki travel dah habis round the world kot.. ni mintak tips sikit haritu diorang gi London 6 minggu ada kot?
Tapi paling happy sebab Wan dengan Atok at least tak sunyi sangat kat sana.. ada kawan-kawan nak lepak makan, minum and shopping.. Auntie Rabitah pon baca blog ni hahaha.. Hai Auntie, thanks ye belanja haritu.. makan kat rumah kalau tak sedap pon kene cakap sedap hahahahahah... nanti free kita lepak lagi ok..
Itulah weekend saya yang sangat berharga :) dah lama tak dapat berjalan macam ni asyik sibuk je huhuhu.. dapat jalan kejap macam ni rasa macam burung terlepas sangkar.. hehehehe
Love,
Filla.
sedapnya main skate
ReplyDeleteJOM FOLLOW SAYA
Auntie Rabitah pun baca blog nie? wah wah kelasss untie hahaha.. memang sporting habis !
ReplyDeleteemg syok pnh main dgn hubby kt situ.. nice..
ReplyDeleteTak pernah sampai lagi ioi putrajaya wlupun tak berapa jauh..
ReplyDeletekalau skater 4 tayar pun blom tentu saya boleh berdiri stabil. apetah lagi yang jenis mcm ni kompem tgelincir. huhu
ReplyDeleteSame la kite kak nasi manis dah kenape kan?ingat bubur sumsum ke?
ReplyDeleteDaripada hari tu plan nak mkn nc ulam tu...sebab nmpk maveles kat dlm gambo...x sedap ea ruper2nya..dh la harga >20.00...baik mkn nc kerabu kat tepi uniten tu...rm4 sajoooo...sayur byk...nc sedap..kapok ikan..yumehhhhh :D
ReplyDeletebestnya..tp budak2 ni x pandai main ice skate plak...roller blade pun x juga
ReplyDeletetingal larat ngan tak jer kan nak tawaf ioi tu.punya la luas.
ReplyDeleteeh,pic bawah tu nampak kak pilla floles giller kot. :)
anak ila sibuk nak pegi sini gak
ReplyDeletenanti2la ye
Seronoknyaa ada aktiviti best dengan family tu. Btw kak, kita ada kawan yang mak ayah dia memang kaki travel, lebih-lebih lagi bila dah pencen! memang awesome and sweet!
ReplyDeleteSeronoknya main ice skating..
ReplyDeletesedapnya nasi ulam tu...keliur bila tengok pagi pagi ni,dengan belum sarapan lagi....aduhh
ReplyDeletesedapnya nasi ulam tu...keliur bila tengok pagi pagi ni,dengan belum sarapan lagi....aduhh
ReplyDeleteKak Filla, rental benda kasut skating tu bape? ke include skali dlm price tu? :)
ReplyDeletetak pernah try lagi ice skating kat sini...
ReplyDeletelain la amani ni bila da besaq...da tak bam2...rindu amani yg bam2
ReplyDelete