Ramai yang dah maklum Papa kepada Peej Burhan telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat 28 Ogos 2015 yang lalu.
Aku dapat tau berita ni bila Elly whatsapp, terkejut jugak masa tu baca banyak kali whatsapp tu.. Rupanya Jumaat tu Peej keluar makan dengan Jonet dekat-dekat dengan area office jugak.. Elly ada kat office bila Peej naik dan bagitau kot..
Kenangan aku dengan arwah Papa Peej ada juga sikit.. Dulu masa mak Peej (Auntie Nani) menunaikan ibadah haji, Peej yang jaga papa.. memula papa kat rumah Setiawangsa, tapi at last Peej bawa duduk dengan Peej.. at least Peej selalu ada kat rumah dan boleh tengok-tengokkan makan minum semua.. Masa tu lah aku selalu jumpa arwah Papa Peej.. Masa tu Peej kata arwah kurang sikit makan nasi.. dia suka makan benda-benda lain.. So tiap kali ada kelapangan aku ke rumah Peej aku mesti singgah belikan Burger King.
Bila bagi burger aku akan cakap "Burger untuk uncle, air gas untuk saya, Uncle tak leh minum manis".. Senyum je dia.. Mesti habis selalunya sebab arwah suka kot makan burger.. Kadang belikan capati ke tosai.. Ben pun jaga arwah Uncle baik je.. selalu tengok Ben bawak balik nasi dan lauk untuk arwah masa tu.. Tapi uncle tak banyak sangat borak mungkin tak berapa sihat.. Tapi selalu arwah uncle tanya "Filla keja mana? rasa dah pernah tanya hehe.. tapi kadang lupa kot.. tanya lagi sekali ;)
Paling tak leh lupa masa aku gi kursus kat Terengganu ada beli Satar.. then aku, Elly and Peej ke Setiawangsa (masa tu papa peej belum stay dengan Peej).. ada 5 ketul kot satar.. so hidanglah satar, Peej bancuhkan air.. aku risau sebab satar tu pedas ada cili padi.. elok habis arwah uncle makan..
Tak banyak sangat kenangan, sebab biasanya kalau gi rumah mama Peej, kitorang akan lepak sembang ngan Mama Peej, Uncle duduk tepi dengan phone or ipad...
Tulah sikit kenangan yang ada.. Tapi paling terasa pemergian ni of course lah Auntie, Peej, Nonoy and seluruh keluarga.. Sebab aku tau lah how close diorang with Uncle.. Peej selalu sangat cerita pasal arwah kat aku and Elly.. Macamana arwah Papa Peej tak pernah marah langsung dengan anak-anak.. Peej selalu lah dapat macam-macam dari arwah sebab Peej memang terror membodek hahah..
Hari Jumaat tu, aku keluar dari office awal terus amik Kasih, drop kat rumah.. aku salin baju and terus pergi Setiawangsa.. Jumpa Elly kat sana.. then terus bergerak ke Surau kat Batu Caves kalau tak silap untuk urusan mandikan jenazah.. lepas Isya' kalau tak silap terus dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.. Pak Radie terus ke Surau tu.. sebelum tu, siangnya Pak Radie ada whatsapp cakap rasa macam nak demam.. tapi dia datang jugaklah, tapi lepas solat jenazah Pak Radie terus balik naik motor.. aku sampai rumah malam tu dia demam teruk jugak.. panas sampai meracau-racau.
Esoknya Sabtu aku macam biasa akan hantar Kasih gi tuition kat Setiawangsa.. Peej pon ada kat Setiawangsa so belikan nasi ayam sikit sebab faham kalau dalam keadaan berdukacita macam tu mana nak ingat makan apa semua.. aku tak leh tengok Auntie sedih-sedih, terus rasa sedih sebab Auntie bukannya kuat sangat.. tanak lah dia berterusan sedih sampai tak makan.. bila peluk Auntie rasa macam peluk mak sendiri, pegang pipi auntie kiri kanan, mengalir air mata auntie, lapkan sebak rasa hati. Sebab tau betapa lovingnya Auntie dan Uncle.. Ingat lagi dulu Auntie pernah cerita kisah cinta dia kat aku and Elly.. Semoga Auntie sekeluarga terus tabah menghadapi dugaan ini.. 'Kehilangan' orang yang kita sayang bukan mudah, sebab aku pernah melaluinya.. seminggu ni ok lagi.. Tapi lepas tu nanti akan ada harinya yang bagai disentap jantung ni dan menangislah sepuasnya masa tu..
Tahlil hari terakhir semalam.. Pak Radie still demam so aku drive sendiri ke sana.. Masa baca yassin aku perasan Peej nangis kat sebelah.. tapi aku terus je baca sebab aku tak reti nak buat apa.. aku tak pandai pujuk.. lepas habis semua aku tanya "Peej ko ok?" then dia kata ok.. aku cakap ingat nak pegang lutut ko tadi nak pujuk jangan sedih tapi aku tak pandai pujuk.. Peej kata "Bagus, aku tak leh orang peluk-peluk, orang pujuk-pujuk nanti aku lagi nangis".. heheh comel la peej ni.. garang dan peej tak dapat dipisahkan.
Ni je sekeping gambar yang ada...
Peej orangnya tabah aku tau tu.. Tapi Peej selalunya nampak ok luaran je.. dalaman dia lembut. nampak je kasar tapi hati tak sampai.. kalau orang lain semua sedih, dia nampak sangat tough dan nampak relax je.. Tapi bila semua orang ok, dia boleh nangis sampai pagi.. tu lah dia Peej.. kitorang risaukan dia.. Elly pun risau.. cakap nanti tengok-tengokkan Peej tu kat office..
Kitorang harap Peej tabah mengharungi dugaan ini.. Setahun ni Peej kehilangan 3 orang sekali.. Bapa Mertua, Ibu Mertua dan Papa Peej.. Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya, jaga kesihatan tu Peej.. Klinik punya appointment jangan skip.. ubat makan ikut yang doctor suruh. Jangan melawan yeh. Ni kalau kita marah nanti dia buat muka, mata dia naik ke atas mulut kumat-kamit..
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Arwah Burhanuddin Bin Che Dah.
*hugs*
Love,
Filla.
Takziah buat peej sekeluarga... Semoga arwah di tempat dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah...
ReplyDeleteal fatihah untuk arwah papa peej..mmg peej selalu cerita pasal arwah dalam blog...
ReplyDeletesemoga arwah tenang disana..semoga peej sekeluarga bertabah
Al-Fatihah utk ayah peej... br tau tgk IG kak ely mlm td...
ReplyDeleteAl fatihah dan takziah buat keluarga peej.
ReplyDeleteFila as salam
ReplyDeletebin che dah or alimin?
Betulla k.pilla tulis tu..kan kena bin/binti nama ibu.
DeleteTak perasan nama che dah ni laki ke ppuan.
DeleteSbb ada sedarq nama che da noo
Innalillahiwainnalillahirojiun
ReplyDeleteMoga Peej sekeluarga tabah. Aku pun sedey baca entry nih. Hugs Peej
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara :
sedekah jariah,
atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau
anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya) "http://pakatan09.blogspot.com/2012/05/assalamualaikum-dari-abu-hurairah-r.html"
Sama sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah, semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yg beramal soleh.
al fatihah...
ReplyDeleteInnalillahiwainnalillahirojiun....salam takziah pada seluruh keluarga peej moga terus tabah hati dalam mengharungi kehilangan ini....
ReplyDeleteAl~Fatihah utk uncle bob..
ReplyDeleteaku penah jumpa sekali je masa peej kawen.
Al-fatihah untuk uncle bob...sedih pulak bula baca ni ...
ReplyDeleteSalam takziah peej dan keluarga..
ReplyDeletesy salah seorg silent readers uolls bertiga...
salam takziah buat peej dan keluarga..
ReplyDeleteSalam takziah peej, akak kehilangan ibu tersayang one day after,29.8.15..semoga papa peej ditempatkan di kalangan owg beriman..begitu jg arwah ibu akak...amiinn...alfatihah..rinduuu yg tidak terperi pd arwah ibu..
ReplyDeletealfatihah. semoga di tempatkan di samping mereka yang beriman.
ReplyDeleteSalam takziah pada keluarga