About Me

Tuesday, September 15, 2015

BBQ TIME.

BBQ rumah Kak Nana ni dah jadi tradisi at least once a year kitorang akan berkumpul dan buat potluck.. Saja suka-suka sebab memasing sibuk communicate kat group whatsapp je.. jumpa memang tak lah.. Date yang dirancang ialah 12 September 2015 sehari sebelum birthday Pak Radie hehehe.. Selalu aku beli cake siap-siap letak rumah Kak Nana tapi kali ni tak sempat dan rasa macam tak yah lah belambak dah makanan sila jangan membazir ;)

Bila tengok balik gambar-gambar ni rasa sekejap je masa berlalu.. Aku kawan dengan gang2 Pak Radie ni dari sebelum kitorang kawin.. Especially Barai tu lah yang selalu Pak Radie angkut kalau gi dating hahaha.. Now barai dah kawin anak dah 2 comel pulak tu.. Nasib ikut muka maknye kuakakakakkaka.. sorry barai gurau ;)

Amaani with Sofea (anak Barai yang first)

Icha, Sofea and Naomi.. kemain lagi kaki silang hehehe




Yang Aleesya tengah peluk tu anak Barai yang 2nd.. 

Mak bapak kat belakang, diorang kat depan ni ntah buat apa.. Aku tengok mammee berterabur atas carpet.. geram je rasa nak capai vacum.. sorry lah kak nana sebab telah menyerabut dan menyelerakkan rumahmu heheheheh..

Tu diaaaaaaa.. ni disponsor oleh Padil dan wife dia Nana.. heheh ada dua Nana malam tu ;) suka tengok kemas je bawak dalam bekas camni.. Nora bagi 5 bintang.

Siap sos dia dan rice cooker ;)

Kak Pilla dah sign contract buat sandwich ngan coleslaw.. Padil kongajo dia cakap dia save nama aku "Pilla Coleslaw" tumbuk kang.

Kak Pilla buat sandwich telur dengan sandwich sardin.. buat dua version, satu letak cili padi, satu lagi tak letak (untuk kids)

Sorry tak dapat sediakan yang gempak-gempak sebab sabtu hari paling busy.. Adib anak Kak Tini tanya mak dia "Aunty Filla buat Olio Aglio tak?" huhu sorry aunty tak sempat.. nanti datang rumah auntie buatkan ok?

Jajan-jajan satu bag ikea disponsor oleh Kak Tini.

Pastu last minute cup takde.. Kak Nana pon gi beli kot..

Sampai je kene sound, cup bila pakai tak leh buang.. jaga cup masing-masing sebab ada nama hahahahahahahha... Nama paling win sekali nama laki aku.. hahahha

Tapi aku rasa bagus sangat idea ni.. kalau tak, ko letak belambak-lambak pon habis pakai buang, pastu amik baru.. kalau korang buat bbq party camni.. elok tulis nama hahaha tiada pembaziran..

Ni pun kelakar.. Ni nana yang bawak steamboat.. Kenapa viral, sebab status dia pernah viral kat FB haritu.. beribu kot share status pasal carik laki dia tak balik main basikal.. siapa nampak suami saya tolong sumbat dalam guni kahkahakakaka.. tapi sian dia ada yang x leh terima gurauan macam tu terus kutuk-kutuk kata melampau lah status bagi kat laki macam tu.. padahal kitorang kenal sangat Nana ni suka bergurau dan dia tak post pon status tu kat fb.. dia post kat group chat je, tapi ada orang yang post kat fb, tak pasal Nana yang kena.. tapi dia dah glamour sekarang kalau kalau ada yang tanya "Ni Nana guni ke?" hahahah syabas Nana.

Nana Viral hahahaha

Kiri tu Kak Nana tuan rumah, sakit hati aku tengok lengan dia besar tu je.. dah kurus gilaaaaaa gilaa gilaaa ok.. Kak Nana aktif zumba now dah kecik gila badan.. haku plak makin membesar.. bila rasa nak workout je tetaplah angan-angan je.. acaner tu? siapa nak tolong bagi semangat nie...



Kiri tu Barai.. dulu halus je dia besar pak radie anak tekak siap tekeluar sebab kurus sangat.. ahhaha..  kena tanya ni apa rahsia kebahagiaan dia.. Gee, Barai ni ko bagi makan apa Gee? hahahaha

Yang kanan tu pelakon.. dia ni lah yang keluar naik basikal tak balik-balik sampai jadi viral hahahahaha.. 

Amik contract tukang celup.. Siapa nak boleh makan dulu bayar kemudian ye.. RM38 per person.. Kalau tak habis kita timbang ikut kilo ye.. 

Macam tak percaya, aku makan ni je seketul.. perot kenyang lagi makan sushi sampai tahap nak muntah hahahaha..

atas ni sedap terbaik ;)

Barai bawak ice cream.. Yeay ni ahkak suka.

Ko tengok mak-mak orang ni.. dah macam kenduri ice cream hahaha..

Neway seronok sangat buat makan-makan macam ni.. Next ingat nak buat short trip.. sila jangan plan kat sini je pastu semua senyap ye.. tu dah biasa dah tu.. kali ni biar kasik jadik ok? anak-anak dah ramai, mesti diorang happy dapat kumpul sama-sama..

Semoga tradisi berkumpul bawak makanan ni akan kita teruskan lagi setiap tahun.. yang pasti tahun depan haku tak nak dah buat coleslaw and sandwich.

Tata.

visit: ellfiebeauty.com

Love, 
Filla.

6 comments:

  1. Gee jugak mantain slim dari zaman poli...hehe..tu namanya bahagia tu kak filla smpi suami naik berat. pak radie bahagia juga cuma baka begitu kot.hehe

    ReplyDelete
  2. Wah Nana Viral nama apa fb dia? Nak request friend lah hahaha

    ReplyDelete
  3. Anonymous9:29 AM

    kak pilla banyak2 camtu habes tak? mcm menarik buat gini. tgh rancang nk buat besday anak. mcm best je buat steamboat ginih

    ReplyDelete
  4. best nye sekali sekala potluck gini dgn kengkawan..

    ReplyDelete
  5. eiii geram tengok budak2 kecik tu.comey je semua

    ReplyDelete
  6. Meriah ngan makanan...

    ReplyDelete