Baked Macaroni dah lama aku teringin nak belajar buat ni.. Tapi kemalasan menguasai diri.. Makan tak pernah plak malas haihhhh..
Sampailah haritu (agak lama dah) Wan share resepi kat FB, tengok macam eh senang sangat ni.. boleh try :) Aku kan memang pemalas kalau resepi yang banyak bahan dah susah-susah ni.. So bila tengok ni senang mari kita beli bahan dan buat.. Wan tu rajin share resepi.. Lagi satu Wan rajin share resepi buat cake kat wife abang aku.. Dia pulak memang rajin baking aku tengok.. telan-telan ailio tengok dia buat cookies lah, cake lah, salmon lah..
Aku buat ni untuk 2 bekas corningware yang 1 size sedang 1 besar sikit tu..
Resepi Baked Macaroni
Bahan-bahan:
3/4 paket macaroni
1 paket daging cincang ramly (ada 2 keping dalam tu)
3 sudu rempah kari
2 sudu besar bawang merah (blend)*
1 sudu bawang putih (blend)*
1 sudu sudu kecil penuh lada hitam (tumbuk)*
1/2 inci halia (tumbuk)*
1 tin susu cair
1 tin air
cincang kasar daun sup dan daun bawang
bawang goreng
4 biji telur - dipukul
garam secukup rasa
parutan mozarella
cheddar cheese (slice)
1 senduk minyak dan 2 sudu butter untuk menumis.
Cara-cara
1. Panaskan minyak dan butter kemudian tumis bahan bertanda (*) sehingga wangi.. kemudian masukkan rempah kari dan kacau hingga naik bau..perasakan dengan garam.
2. masukkan daging kisar dan goreng hingga masak.
3. Masukkan susu cair, air dan bawang goreng.. kemudian masukkan daun bawang dan daun sup.. masak sebentar dan tutup api.
4. Makaroni yang telah direbus, toskan dan letak terus ke dalam bekas untuk dibakar.
5. Kemudian tuangkan ke dalam loyang atau bekas berisi makaroni tadi.. (saya buat 2 bekas, so saya bahagi dua semua adunan) kacau rata.
6. koyakkan cheddar cheese slice tu kecil-kecil dan kacau rata.. kemudian pecahkan 3 biji telur dalam mangkuk lain dan pukul.. tuangkan ke atas macaroni dan kacau sebati.
7. Tabur mozarella cheese di atas permukaan macaroni sehingga menutupi keseluruhan permukaan.
8. Bakar sehingga 45 minit dengan suhu 170c. Kalau still tak perang, boleh bakar lama lagi sehingga bahagian atas kelihatan perang dan cantik.
Tak daya tulis resepi ni skema nau hahaha.. Senangkan bahan pun basic je.. kalau suka ada tomato or capsicum warna-warni boleh lah potong dadu dan campak sekali masa masak daging tu :)
gambar takde dari mula hehehe.. so ni masa masak/keringkan daging tu..
susu cair ni yang buatkan rasa dia lemak dan gemok. eh? lepas tuang susu, terus tuang air 1 tin tu jugak.
tabur bawang goreng banyak-banyak lagi sedap! Aku selalu belikan bawang mintak tolong bibik buat bawang goreng so sentiasa ada stok ;)
Ni agak confuse, tak tau nak masak sampai kering cemana.. Actually tak yah kering sangat.. cukup setakat dia pekat sikit dan mendidih tu tutup api.
Campurkan semua bagi rata.. pastu koyakkan cheddar cheese slice tu gaul rata.. masukkan daun bawang dan daun sup kacau rata jugak.
Last sekali tabur mozarella cheese atas dia.
Bakar selama 45 minit suhu 170c.
Ni pun tak cukup perang.. boleh perangkan sikit lagi.. Orang kat rumah dah mengaum kelaparan hahahahah..
Rasa dia? Sedappp creamyyyy cheesyyy berlemak ada rasa aroma kari dan terasa pedas-pedas lada hitam.. boleh dimakan bersama sos cili atau telan begitu sahaja ;)
Selamat mencuba resepi ringkas tapi sedap dan mok :)
*Actually masak ni sebab nak kene bawak gi office ada jamuan raya potluck.. berani mati masak benda yang tak pernah masak seumur hidup hahahha.. mampos dah lah kene paksa ni.. takkan ko nak bawak perot je kan.. agak-agak sikit...
Filla.
salah satu menu kegemaran Farah juga ni...
ReplyDeletenpk sedap..saya jarang masak western..i is takuiiiiitttttttt!!!hhhaaaaa
ReplyDeletelgpun kt umah ni mostly tekak kampung, kalo segala mak nenek makaroni ke, spageti ke semua tak lalu telan..kalo fast food laju je depa hhuhh!!
Sedapnya! Sy suka makaroni ni...tp nk buat pk byk bahan asyik tangguh je nk buat
ReplyDeleteSedapppp tuuu
ReplyDeletehmmm. kayanya enak nih, saya ijin simpan resepnya ya pak
ReplyDeleteSedapnyaaa :D
ReplyDeletesy kalau macaroni bakar memang suka yang jenis tumis dengan rempah kari malaysian style instead of resipi western yang guna tomato or pasta sauce. lagi sedap kan! ^^
ReplyDeletewaaa senang nya nak try jugak lah...
ReplyDeleteCorningware kita sama. hehehe
ReplyDeletedapnyeee kak oiiii..harini pon saya masak macaroni.
ReplyDeletehttp://thecikaann.blogspot.com/2015/08/macaroni-carbonara.html
yummehhh... memang akan di cuba. dah pin pun TQ darlss
ReplyDeleteCara mudah hilangkan selulit
klu bakar mcm ni biasanya guna api bawah ke api atas..
ReplyDelete#sayabarubelajarnakgunaoven :D
Anon: guna api atas dan bawah
ReplyDelete