Masa aku kecik-kecik dulu aku takde hobi.. Aku ada abang dan tiap-tiap petang aku mesti join Abang aku dengan kawan-kawan dia buat aktiviti lasak.. Aku cuma ada sorang kawan perempuan je neighbour depan rumah nama dia Vianna kalau tak silap. Kalau dengan dia aku selalu main anak patung, masak-masak.. Tapi biasanya aku ikut Abang aku kayuh basikal BMX turun bukit dengan kawan-kawan dia.. panjat bukit batu kat belakang rumah.. Masa tu aku duduk kat Sabah belakang rumah tu bukit bukau.. Jatuh basikal tu dah macam perkara biasa bagi aku.. bila panjat bukit batu belakang rumah tu.. nak balik budak-budak lelaki tu ikut jalan short cut.. semua turun bukit yang tinggi tu supaya dapat sampai rumah sebelum maghrib.. Aku? mestilah ikut sekali takkan nak ikut jalan lain.. orang turun bukit elok je.. aku tak pandai, so aku buat macam slide.. habis luka belakang badan, nak mandi pedih siap nangis.. tapi takut nak cakap dengan mama, nanti dia libas lagi sakit hahahah..
Itu masa kecik.. bila dah sekolah menengah, masuk form 5 aku gila main roller blade.. nasib Wan bagi jugak beli roller blade hehehe.. depan rumah tu macam turun bukit sikit.. memula tu of course lah tak reti.. lelama hebat sampai tonggang tebalik aku jatuh.. masih ada lagi parut kat siku sebab jatuh terseret atas jalan tar..
No wonder perangai macam lelaki sikit heheh.. Now bila ada anak-anak of course aku tak larang bila diorang nak menceburkan diri dalam aktiviti lasak.. Aku tak nak diorang lembik semua benda takut nak try.. Biar jatuh berdarah pun tak pe, tu semua pengalaman ;)
Baru-baru ni Pak Radie belikan Amaani dengan Kasih roller blade sorang sepasang.. Kasih oklah memula dia dah steady.. Tapi malam tu masa pegi beli dari kawan Pak Radie kat Cyberjaya.. Amaani muka dah sedih sebab dia pun nak.. Sebab tu lah Pak Radie belikan jugak.. Nasib baik ada size.. Amaani tak boleh berdiri langsung!!!!! Dia tak boleh nak balancekan badan langsung.. Aku biasalah, membebel jugak sebab membazir kot pastu nanti tak reti, terus tak nak main dah..
Tapi kitorang bagi semangat kat Amaani.. Lepas tu hari-hari Amaani berlatih.. Baru berapa hari dia dah boleh berdiri tegak dan sekarang dah hebat main roller blade tu.. Wah kagum kejap sebab kesungguhan dia tu akhirnya dia berjaya..
Roller blade ni besar sikit, tapi Amaani ok je.. Aku pulak yang risau kalau dia laju sangat heheheh..
Ini semangat Amaani. Aku nampak usaha dia hari-hari berlatih.. Mula-mula dia pegang kerusi-kerusi kat meja makan untuk bantu dia berdiri.. Pak Radie dengan aku sentiasa support bagi semangat.. Puji-puji dia supaya dia lebih yakin dengan diri dia.. Kasih pun selalu support adik dia :)
Bak kata Milo "Champions Never Give Up"
Kak Pilla nak ajak korang tengok video kat bawah ni:
Selepas tengok video ni aku rasa sedih pulak.. Kadang-kadang kita sebagai parents janganlah terlalu push dan expect anak-anak to be No.1.. Memanglah tempat pertama tu paling bagus, rasa bangga.. tapi tak bermakna tempat kedua tu tak bagus? Yang penting #nevergiveup.
Bila tengok video tu some of the kids tu rasa takut nak dapat no.2 sebab takut mak marah? takut kene tidur luar? takut ibu bapa kecewa.. majoriti anak-anak tu takut untuk gagal kerana takut ibu bapa.. Rasanya kita sebagai ibu bapa jangan terlalu mendesak dan memaksa sampai anak-anak jadi takut.. Kita kena sentiasa beri sokongan, motivate anak-anak dan sentiasa mendorong mereka supaya berusaha dan tidak cepat menyerah kalah dan putus asa.. Itu lebih baik untuk membina keyakinan diri mereka untuk menempa kejayaan. Itu yang Milo cuba terapkan kepada kita sebagai parents dan juga sokongan kepada anak-anak kita.. Lepas tengok video tu, Kak Pilla bertambah yakin dengan apa yang Kak Pilla buat untuk anak-anak.. Kak Pilla tak pernah marah atau pukul if diorang tak dapat no.1.. Especially bila benda tu melibatkan hobi anak-anak.. Just encourage je supaya diorang jadi seronok dan happy. Asalkan diorang dah cuba sedaya upaya, kedudukan tak lah penting sangat, yang penting diorang #nevergiveup - tu yang penting.
Kak Pilla percaya kepada brand MILO sebab itulah satu-satunya brand yang kita kenal dari kita di bangku sekolah.. Kadang punyalah happy kalau lori Milo datang kat sekolah yang kena beratur untuk dapatkan milo sejuk dalam cup :) Kak Pilla percaya Milo dapat memberikan tenaga tambahan kepada anak-anak, tapi paling best sebab rasa dia SEDAP heheh..
Kak Pilla nak tau apa pendapat korang sebagai ibu/bapa bila dah tengok video tu? Memang korang suka put high expectation supaya anak-anak takut untuk dapat no.2 ke? Atau korang jenis tak kisah dapat no. berapa pun takpe, janji anak tu berusaha dan tidak mengalah.. Share kat komen ni ataupun jom join coversation kat Facebook Page MILO Malaysia
Filla.
Malam2 minum milo, lena tidur
ReplyDeletekak pilla jubah tu mne beli...cantik
ReplyDeletenice sharing...
ReplyDeletehttp://jmbelog.blogspot.com/
Ani ni dah besar dah..saya baca belog akak since ani tu kecik lagi.. your blog dah jadi diary dah..nanti bila anak2 dah besar, mesti tak abes selongkar belog mak dia ni.. so sweet..
ReplyDeleteApa habit anda sebelum tidur?
Wah bagusnya Aamani,
ReplyDeleteChaiyokkkk
Jemput singgah blog sy SPORTING MUMMY
Dah anak dara da amani skrg...
ReplyDelete
ReplyDeleteBestnya main roller blade...hati hati k Amani!
betul sis..lepas tengok video tu..terus terasa macam..errr..aku ker salah sorang dr golongan itu..kadang kita push kita xsedar kan..terus up entry sebab sgt touching... http://ernyfirdaus.blogspot.my/2015/09/nevergiveup-anakku.html
ReplyDelete