Wow tajuk entry hahaha.. Eh mana pernah resepi kalau Kak Pilla share susah? semua senangkan? Adik-adik sekolah menengah pun boleh try ;)
Rasanya orang yang suka try masak ni orang yang suka makan hahaha.. Aku suka noodle, aku suka lauk makan dengan nasi.. agaknya sebab tu sanggup nak belajar.. tapi satu je, aku suka tengok orang buat cake, tapi aku tak makan cake sangat.. sebab tu agaknya buat cake tak menjadi??? ke dasar pemalas haha..
Ok jom tengok resepi:
Resepi Kuey Teow Kung Fu
Cara Goreng Kueyteow
3 senduk minyak masak
2-3 biji telur
1/2 sudu kecil white pepper
1 paket kueyteow dibahagikan kepada 4-5 bahagian
Panaskan minyak sehingga betul-betul panas.. pukul telur dan letakkan white pepper.. kueyteow tu basuh dan tos dulu hingga kering.. kemudian ambil 1 bahagian kecil kueyteow masukkan dalam telur yang telah dipukul.. kacau rata dan kaut dengan senduk masukkan dalam kuali.. biarkan hingga perang.. terbalikkan.. kemudian angkat dan ketepikan.. kalau boleh letak tisu masak tu bagi dia serap minyak sikit ;) kalau telur habis, boleh tambah lagi :)
Cara sediakan kuah
3 biji bawang putih diketuk
1 bahagian fillet ayam
10 ekor udang
1 batang carrot dihiris nipis-nipis
4 biji anak jagung (baby corn)
1 pokok sayur kailan (nak ganti sayur lain pon boleh)
1/2 sudu white pepper
2 sudu sos tiram
2 sudu sos tiram
sedikit garam
1/2 kiub ayam
2 sudu tepung jagung dibancuh dengan air
Panaskan 1 sudu makan minyak masak.. masukkan bawang putih kacau hingga keperangan.. masukkan 2 sudu sos tiram supaya rasa sedap dan warna tak pucat..kemudian masukkan air dan kiub ayam.. masukkan isi ayam, carrot dan anak jagung.. masak sehingga agak empuk.. kemudian masukkan udang dan sayur.. masukkan 1/2 sudu white pepper berserta sedikit garam.. Last sekali masukkan bancuhan tepung jagung.. korang boleh agak-agak kuah banyak mana.. fungsi tepung jagung untuk memekatkan kuah..
Bila dah siap, boleh curahkan kuah tadi ke atas kueyteow.. makan dengan cili padi potong.. cili padi potong Kak Pilla letak dalam kicap cair.. slurppppp :)
Jom tengok step by step:
Senang je kan bahan-bahan dia..
Rasa sepeket macam tak cukup.. tapi cukup sebenarnya kalau makan 1 family.. dewasa 3 memang ngam lah.
Bahagikan kueyteow kepada bahagian yang lebih kecil.. telur tu letakkan white pepper sikit..
Panaskan 3 senduk minyak.. Tunggu hingga betul-betul panas baru masukkan kueyteow.
celup kueyteow ke dalam telur.
dan goreng hingga perang.. boleh terbalikkan supaya perang dia sama.
macam ni rupa yang dah siap digoreng.. kalau terlalu oily serap dengan kertas tisu dapur dulu.
Cara buat kuah pulak lagi senang..
Guna 1 sudu minyak masak.. panaskan dan tumis bawang putih sampai perang, masukkan sos tiram pastu sampai naik bau.. Kemudian masukkan air, kiub ayam, lada putih, isi ayam, anak jagung dan hirisan carrot.
Dah empuk baru masukkan udang dan sayur.. letak sedikit garam..
Last sekali letakkan bancuhan tepung jagung.. Kuah tu agak-agaklah nak banyak mana ikut pada kueyteow korang tu ye..
Ok kuah siap ;)
Kemudian curahkan kuah tadi bersama bahan-bahan yang membuak-buak tu atas kueyteow kita tu.. tabur daun bawang dan bawang goreng.. cili padi pon tabur banyak-banyak..
Senang kan? Nanti boleh lah korang cuba ye ;)
Love,
Filla.
adoiii tetiba mcm nk buat kuey tiow kungfu... jahat la kak pila ni, suka goda2 dgn makanan huhu...
ReplyDeleteSuka tgk filla masak , nampak senang sbb siap bergambar lg :)
ReplyDeletenak cubalah nanti
ReplyDeleteKak nak lagi sedap cili padi potong-potong letak kicap dgn cuka sikit..Confirm pastu Pak Radie pun akak tak pandang masa tgh makan ni la
ReplyDeletekak pilla, sy dh try resepi ni semalam, sedap sgt! husband cakap kalau bukak kedai boleh jadi killer menu haha..
ReplyDeleteSenang je rupanya. Kuey teow dah ada. Sayur2 je takde. Nanti nak try buat la. Tq share resepi
ReplyDeleteNak try!!!!!
ReplyDeleteNyum nyum
ReplyDeleteNk try jugak....slurpppppp,nyam2
ReplyDeleteNk try jugak....slurpppppp,nyam2
ReplyDeleteTq resepi yg mudah ni.nk buat la ni.encik asben request..tq kak :-)
ReplyDeleteThanks for sharing
ReplyDeletetq kak pilla...nnti share lah lgi
ReplyDeleteTq share. Hrini baru nak masak untuk suami dan adek ipar
ReplyDeleteMcm senang je..mcm nak buat je..mcm sdap je...
ReplyDeleteHi..thank u tunjuk step by step!ok menjadi! π
ReplyDeleteDah try, sedappp
ReplyDeletedah cuba.. mmg sedap. tq ya share resepi..
ReplyDeletePenerangan yg ringkas dan teratur serta sample yg kemas , mudah difahami
ReplyDeleteTerima kasih, dh cuba sedap..mcm kt kedai lak..
ReplyDeletethanks kak...resepi ni lain dr yg lain yg sy google.so pilih utk follow resepi ni utk kietiaw ladna.tq..
ReplyDeleteSemalam dah cuba utk berbuka. Sedappp!!! Thanks for the recepi!
ReplyDeleteTq sis..senang dan sedapπ
ReplyDeleteini utk makan brapa org punya? kalau makan sorang kiub ayam setengah kiub juga ke?
ReplyDeleteNak try gak la
ReplyDeleteTq kak filla. Selalu mkn kat kedai ja. Ingtkan susah nk buatnya. Tp tgk resepi yg kak filla kasi ni, mcm senang ja.. so bleh la try.. (^_^)
ReplyDeletedh try buat dh.. sdp sngt smpi en somi ckp dh nk sama rse mcm kt restaurant dh..hehe
ReplyDeleteMohon share resepi ya...nak try ptg ni berbuka puasa enam
ReplyDeleteTenkiu kakk
ReplyDeleteOk ok nanti tray lah
ReplyDeletesaya dah pernah cuba buat , guna resepi akak ni . . tak sangka pulak first try dah menjadi , suami pulak duk puji bagai . . mementang kesukaan dia , bila dah bagi rasa sekali .. nak lagi lagi dan lagi , matilanak . . hahahahaa , btw thanks sis sebab sudi share resepi :*
ReplyDeletesaya pun dh try resepi ni..mmg simple n tlajak sedap..yummeh...credit to kak filla..tq kak
ReplyDeleteWow, easy n simple rupanya make Kuei teow kungfu.first time nk try Ni.tq share resepi.
ReplyDeleteThanks sis kongsi resepi..sy dah try buat berbuka td..JD...Sedap Sgt..
ReplyDeleteLook nice n very easy to cook.ll try one day.btw thanks for sharing.my kids ll love itπ
ReplyDeleteda cuba ..sgt mudah tq sgt share resepi ni
ReplyDeleteKalau tak sebab pakwe suke makan kuey teow kung fu ni kite tak de lah kenal masakkan ni�� first time makan rase pelik (maybe sebab cara org tu masak lain sikit) sec time makan sedap pulakkk thenn bermule lah asal klua mkn ngn pakwe dah boleh agak nak order apa��thank youuu kak Fillaaa bg resepi kuey teow kung fu ni��
ReplyDeleteSalam.tergoda la tengok...saya nk kongsi resepi utk menu berbuka nanti tq
ReplyDeleteHi sis...nak kongsi resepi ya..utk menu berbuka..ptg ni....terima kasih
ReplyDeleteSedap sangat guna resepi ni. Dah la senang pulak tu. Thank you sis sudi share.
ReplyDeleteRasa macam nak buat sekarang juga... π tq ππ
ReplyDelete