Hehehehe terskip dari day 22 terus ke day 26.. memory card tidak dapat dikesan.. nanti baru carik.. i is pemalas sekarang nie..
Tapi nak share lauk buka semalam ;)
Semalam terbayang-bayang steamboat macam kat Johnny's maybe sebab muak makan nasi je hari-hari kan..
Call Kasih kat rumah.. dia ok tak buka puasa ala Johnny's.. Dia cakap nakkkk! Tapi kasih nak masukkan maggi yang kerinting tu.
Balik semalam aku gigih singgah Giant cari bahan.. Pak Radie pulak tak suka sup2 ni.. dia nak kuah yong tou foo yang warna coklat tu.. Eh tak kuasa.. aku tak reti yeh nak buat sos tu.. Nasib dia pon gigih start motor gi cari kat area pasar borong.. sana ada kedai frozen food besar gila.. so dia sorang je makan ala-ala yong tou foo dengan kuah coklat dia tu..
Siapa suka cili yang ala-ala Johnys tu? Kak Pilla buat semalam jadik! Yeayyy sebijik macam makan kat Johnys tu.. kembang-kembang hidung semalam hahahahah
Rice cooker atas meja makan pon boleh.. pedehal?
Kalau korang teringin nak buat makan-makan steamboat ni Kak Pilla suggest biar ramai-ramai sikit.. Kalau setakat anak beranak je memang tak habis lah..
Meh Kak Pilla ajar buat kuah dia dulu.. Kak Pilla buat sup dia banyak penuh satu rice cooker tu..
Sup Steamboat
1 cawan ikan bilis
1 biji bawang besar (potong dadu/hiris)
5 biji bawang putih (diketuk)
1 kiub ayam knorr
Cara-cara
Guna periuk besar tu panaskan, masukkan 1/2 senduk minyak.. Masukkan bawang putih dan tumis hingga coklat dan naik bau.. kemudian masukkan bawang merah.. masak hingga layu dan kemudian masukkan air.. terjunkan ikan bilis, kiub knorr.. Letakkan garam. Biarkan mendidih hingga lebih kurang 1 jam.. Setelah siap, transfer ke periuk nasi, make sure guna penapis dan ambil sup nya sahaja.. yang lain dah tak guna ;)
Sos Cili Ala Johnny's
10 biji lada merah
4 ulas bawang putih (kalau dah siap blend, cedok 1 sudu)
5 sudu makan minyak bijan
5 sudu makan sos ikan
5 sudu makan cuka makan
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan pati sunquick
1/2 sudu kecil tepung jagung
1 cawan air
garam dan gula secukup rasa
2 sudu bear bijan yang di sangai tanpa minyak.
sedikit daun ketumbar dihiris halus-halus
Cara-cara
Actually aku silap semalam hahaha.. Aku campak semua bahan pastu aku blend.. kecuali tepung jagung dgn bijan salai tu je tak masuk.. Muahahha.. Rupanya blend lada merah dengan bawang putih je.. pastu panaskan kuali dan kacau semua tu hehehehe.. Eh tapi ok je campur semua blend? hahaha.. so ikut korang lah.. kalau pemalas macam Kak Pilla, boleh ikut style Kak Pilla.. pastu masukkan kat kuali kacau last sekali masukkan bancuhan tepung jagung dengan hirisan daun ketumbar..
Masa makan steamboat tu.. letak cili tu kat kuah.. Perghhhhhhhhhh lazat :)
Eh tapi guna rice cooker sakit je hati.. lembap nak mam dia nak masak.. Semalam ada usha gak yang ala-ala tempat masak steamboat tu.. Dalam RM200 lah.. tapi malas nak beli nanti masak steamboat setahun sekali.. hehehehe.. Semalam kul 7:25 baru sibuk nak celup segala frozen food tu.. sayur pon oiii kemain lama nak empuk.. semua termenung je sambil jeling Kak Pilla yang comel nie.. Muahhaha.. terus aku buat muka tak bersalah.. Eh sabar sikit boleh.. ni bulan puasa, kan kene banyak bersabar T______T
Filla.
sedapnya.. beli multipurpose cooker pun ok kak filla. boleh masak mcm2 lagi..
ReplyDeleteNampak dah akak up ni kat facebook semalam lagi..Eh nampak mcm best pulak
ReplyDeletefilla..lawa nye corak meja makan ko...beli mana ek? sgt cantik
ReplyDeletebli kain curtain kat ikea jadikan alas meja :)
DeleteKak Pila beli portable gas stove jer.. murah. x silap baru rm50.. portable gas stove ini senang. nk bawa berkelah sambil main masak2 pun boleh...
ReplyDeleteahh ..sedap tu..
ReplyDeletebt aku terliur je filla wei..
hehehe
nasib lagi 2 hari nak raya..
lepas raya serbu johnnys lahhh
terbaik share resipi
ReplyDelete