Assalamualaikum..
Apa khabar hari ni? semua sihat? bagusss alhamdulilah ;)
Kak Pilla tau, readers blog ni banyak peringkat umur.. dari budak sekolah, remaja, dewasa dan warga emas hehehehehe... Kalau korang nak tau Kak Pilla sekarang dah 36 tahun.. Fuyo lagi 4 tahun dah 40 tahun.. ni kene tutup blog ke apa? hahahaha..
So bila umur dah meningkat ni hobi pon dah bertukar.. Tapi betullah kan, tak kira umur kita berapa, macam tu lah diri kita.. cuma lebih matang lah sebab anak pon dah ramai, takkan nak pentingkan diri sendiri lagi macam orang bujang pulak kan.. kiranya fasa tu beralih dari satu tahap ke satu tahap yang lain.. Dulu zaman sekolah lain, zaman masuk IPT lagi lain.. pastu kerja dan dah rasa pegang duit sendiri.. pastu kawin.. lain lagi perangai dia.. now anak dah 3, memang lagi lain lah.
Dulu masa muda Kak Pilla jenis tak ambil peduli hal orang.. Sampai teruk sangat perangai tak suka ambil tahu tu.. dari segi positif baguslah tak suka amik tau hal orang.. tapi dari sudut negatif pon banyak.. Kak Pilla jenis 'buat' je.. tapi malas nak fikir.. kira otak tu tak digunakan 100% hahahaha.. pemalas la tu.. jadual kelas tanak pikir.. esok ada kelas apa tak nak tau.. orang pegi kita pegi.. orang amik exam kita gi amik jugak.. kelas cancel pon pegi jugak sebab tak tau pon cancel hahaha.. kelas ada kadang tak pegi sebab malas.. muhahahhaha dasyat betul perangai. Pastu muka derk je macam tak bersalah.. ko blur ke, ko tak paham ke.. aku pon tak leh paham dengan diri sendiri.
Pastu ada satu perangai tak boleh risau atau panik.. Kalau ada masalah aku jadi tak boleh buat kerja satu apa pon.. Otak tak focus langsung sebab asyik fikirkan masalah tu.. Pastu mintak pertolongan orang lain.. tanya pendapat tapi bila orang bagi pendapat tak ikut jugak.. hahahaha.. kalau ada masalah aku dah tau apa nak jawab, jalan nak selesaikan.. bertanya kat kawan-kawan just nak releasekan perasaan panik tu je.. Peej dengan Elly memang dah biasa sampai diorang kata "kenapa ko tanya pastu ko yang jawab?"
Lagi satu aku ada masalah kesian kat orang.. Kalau orang whatsapp aku biarkan lama pon aku dah susah hati.. padahal aku tengah driving ni.. gila kan? orang boleh tunggu kot? I cannoooottt hahahha..
Tapi satu perangai aku dari dulu sampai sekarang ialah aku suka berdiam diri kalau kene 'attack'.. Nak kata aku ni penyabar? tak kot.. sebab Wan selalu kata aku garang.. Aku macam je garang, tapi tak! Mungkin kalau aku nak terangkan sesuatu tu aku bersungguh-sungguh so nampak macam aku tengah marah heheh.. Aku ada perangai suka perhati je apa orang buat kat aku.. nampak macam aku tak tau dan tak paham atau jenis tak ambil pedulik.. tapi TAK ye.. Aku jenis biarkannnn je.. Tapi satu perangai buruk aku, bila aku rasa apa orang buat kat aku tu dah too much, masa tu aku dah tak pedulik.. kau siapa ke, kau apa ke.. memang aku bagi je.. bahaya gak macam ni.. tapi mungkin sebab aku rasa kesabaran ada limit.. tapi ni dah 36 tahun aku dah malas.. lantak lah orang nak buat apa.. nak sindir ke nak mengumpat aku ke.. suka hati la janji dia puas hati.. aku malas dan tak de masa nak amik tau atau nak ambik kisah.
Dulu masa muda aku selalu gak lah gaduh ngan Pak Radie tu.. semua orang tau aku bukan jenis merajuk-merajuk ni.. eh geli la.. aku jenis macam tu lah.. aku biar je sampai satu tahap aku dah tak tahan tetiba jadi orang gila.. Pak Radie pon jenis garang jugak.. Dulu masa baru kawin kot.. eh ke bujang lagi tah.. bergaduh stok tolak kepala melekat kat cermin kereta.. tah apa tah punca masa tu hahaha.. menjawab-jawab dalam kereta pastu pak radie tertolak kepala aku melekat kat cermin kereta.. Waaaaaaaaaaaaa masa tu macam taiko.. berani lu tolak kepala gua?????? lu ingat lu siapa? nasib aku tak tolak dia balik.. cuma aku histeria kejap sambil menangis menjerit-jerit.. Aku rasa tu first time dia tengok aku jadi gila macam tu.. terdiam kejap dia hahahaha... sebab aku tak kisah apa pon kau nak buat kat aku, tapi jangan naik tangan kat aku.. tapi bukan dia pukul pon.. sebab bergaduh masa tu dalam kereta kat highway.. pastu mulut aku pon jenis boleh tahan.. mulut dia pon boleh tahan.. nak bagi aku diam dia tolak je..
Eh gila betul lah perangai.. Sampai hari ni, garang macamana pon dia, tak pernah lah dia jentik aku.. sebab kepantangan aku lelaki pukul perempuan.. nak pukul???? gila apa.. ko jentik aku pon aku boleh tebalikkan rumah.. amboi eksyen.. hahah.. tapi yelah, perempuan kan insan yang lemah, kenapa nak pukul? tak paham.. Aku paham bila darah muda tu kita jadi 'macam bagus' dan rasa kita je betul, orang lain semua salah.. tapi selalunya bila meningkat usia kita akan lebih calm dan tenang.. Especially bila dah ada anak, tahap penyabar tu makin tinggi dan tahap 'selfish' akan berkurang sedikit demi sedikit.. faham tak? keluarga dan besar, kau nak kene fikir perot suami, perot anak-anak.. nak makan apa.. anak no. 1 suka makan apa.. no.2 no.3, bapak dia lagi.. so bila masa kau nak fikir pasal diri sendiri? tapi aku suka.. sebab itu maknanya akan merubah kita menjadi lebih baik.. sayangkan orang lain lebih dari diri sendiri.. kan elok tu? tu namanya pengorbanan untuk orang lain.. secara tak langsung kita ubah diri kita sedikit demi sedikit.. yang penting pastikan apa kita buat tu ikhlas ok?
Kepada sesiapa yang sedang menempuh alam masing-masing, tempuhi dengan baik.. sebab apa kita lakukan akan menjadi sejarah.. jangan sampai tersilap langkah kerana sejarah tak boleh dipadam.. pilih jalan yang elok supaya kita tak tersasar ke jalan yang tak elok.. takdir memang dah tertulis, tapi kita yang menentukan haluan hidup..
Salam Jumaat :)
Love,
Filla.
Salam Kak Pilla.
ReplyDeleteThe last paragraph is very inspired. Thank you sis. Salam Jumaat too. :)
betul filla..
ReplyDeletesy ingat lagi masa kat kelas 5 melati arg's dulu...
awak dngn bekalan roti letak cheesdale awk tu...
mmg sgt2 membuat derk je ngan keadaan keliling
thanx for sharing this... =) betul sgt ape u ckp.. semakin kita dewasa,kita akan semakin matang dan boleh mengawal emosi..
ReplyDeleteehhh selama ni berkak2 pila.. rupanya sebaya kita yer hehe...
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteNice entry kak filla. Tenang baca entry ni. Walaupun Ada dua Anak ni and mengandung skr, Ada kala mcm nk spend time with kawan2 pompan. Mcm hilang tension sekejap. Itu perangai selfish ke? Ntah eh hehe May Allah protect u and ur family from any harm or evil. Suka sgt visit ur blog occupy time Nura. Take good care Kak. Tak mu la close blog surely ramai ti sedih hehe.
Nura
kadang-kadang give up..down n etc
ReplyDeleteentah nak keluarkan otak jab nak relax pon tak boleh
Bila baca entri ni terbayang2 plk hakak filla kenyit mata kat iklan goshop tu...rock gitu...kehkehkeh
ReplyDeleteSalam kak filla,
ReplyDeleteAda orang pergunakan lesen memandu akak. Dia tuduh akak mak baby y nak bagi baby kat orang. Tapi akak penipu. Dlm group mencari anak angkat dekat facebook. Sy silent reader akak n juga dlm group tu.. sy ada screenshoot .
kak filla... he h ehe h
ReplyDeletecheck PM kat page Fillanie (FB)
zana ada PM akk something...
urgent