About Me

Wednesday, June 03, 2015

NESCAFÉ Blend & Brew wajib minum setiap hari.

*scroll down for new entry*

Hari ni Kak Pilla nak cerita tentang minuman wajib setiap kali breakfast.. Tak kira lah kat rumah ke atau pon kat office ;)

Siapa yang dah follow Kak Pilla lama, korang mesti dah tau Kak Pilla paling susah nak skip coffee kan? Hahahah terseksa jiwa batinku hehehe... Kawan-kawan kat office pon semua dah faham dengan Kak Pilla, hari-hari without fail mesti kene ada NESCAFÉ Blend & Brew ni.. Kat office pon ada jual kat pantry, so makin menjadi-jadilah Kak Pilla minum hari-hari.. Orang yang addicted to coffee sahaja yang faham apa rasanya kalau tak dapat NESCAFÉ Blend &Brew ni at least sekali sehari.. Rasa tak tenang je nak buat kerja..

Korang dah try ke belum NESCAFÉ Blend & Brew ni?  Sedap oiii ketagih dibuatnya hahahah... Ada 3 jenis semuanya iaitu Original, Mild and Rich.. Ketiga-tiga jenis NESCAFÉ Blend & Brew ni diolah untuk mendapatkan rasa coffee yang dikisar bersama susu.. Tak perlu nak tambah-tambah susu atau gula lagi.. bancuhan tu akan membuatkan rasa NESCAFÉ Blend & Brew tadi cukup perfect dan lengkap!

Jom Kak Pilla cerita lebih detail tentang rasa bagi setiap jenis ni so korang boleh lah try ikut citarasa masing-masing nanti ;)

 Siapa peminum tegar NESCAFÉ Blend & Brew Original?  Saya angkat tangan.. Inilah yang Kak Pilla minum setiap pagi sejak berzaman lamanya hahaha.. Tapi tunggu Kak Pilla tak habis cerita lagi nie.. Bagi range Original, ianya sangat unik kerana dikisar bersama susu dan gula.  Ianya akan menghasilkan buih-buih halus yang sangat smooth, beraroma dan seimbang. Tak perlu ke cafe untuk menikmati secawan coffee sebab NESCAFÉ Blend & Brew Original ni mencapai tahap piawan Kak Pilla :)

Range Mild ni Kak Pilla tak pernah rasa lagi sebelum ni.. sebab setia dengan yang Original hehehe.. So selepas cuba yang Mild ni OMG terus jatuh cinta.. Rasanya lebih milky dan creamy dengan rasa light-roasted coffee dan on top tu ada layer buih-buih (foam) yang sangat smooth.. dapat minum seteguk terus terpejam mata sebab menikmati rasa NESCAFÉ Blend & Brew sebenar.. Siapa yang tak berapa suka rasa coffee yang agak 'strong' korang patut pilih Mild ni ok? 

Ok yang packaging dia warna hijau ni ialah Rich.  Ini kegemaran Pak Radie.. dan rasanya mostly kaum lelaki suka Rich ni sebab rasa coffee dia agak 'strong' dari Original dan Mild.  Kira siapa minum range Rich ni boleh rasa 'kick' lah coffee dia.. 

See? Apa pun breakfast Kak Pilla kat office mesti disertakan dengan NESCAFÉ Blend & Brew.. Now selang seli, harini Original, esok tukar amik Mild pulak.. 

Tengok ni pun dah terbau-bau dah aroma dia..

Selfie dulu sebelum minum hehehe

Sebab apa Kak Pilla jatuh cinta dengan NESCAFÉ Blend & Brew ni selain rasanya yang lazat? Salah satu sebab ialah cara penyediaannya mudah sangat. Koyakkan sachet dan tuang dalam mug.

Kemudian tuang air panas je.. Nampak tak foam yang smooth tu terbentuk kat situ.. 

Mudah dan yang penting dah ketagih dah ni.. Hari-hari kene minum ni... Kak Pilla tak kuasa kene bancuh-bancuh yang leceh-leceh ni.. susu lain, gula lain.. kang silap bancuh rasa pulak tak sedap.. so Kak Pilla memang puji lah bila ada benda yang mudah dan sedap macam ni.. sesuai untuk orang pemalas macam kita.. Eh? tetiba kita hehehe.. tanak lah nampak pemalas sorang-sorang.

Ni breakfast weekend haritu.. Kak Pilla sediakan cekodok udang dan matchkan dengan NESCAFÉ Blend & Brew ni.. Pak Radie punya range Rich, Kak Pilla punya Mild.  No sharing sorry! NESCAFÉ ni brand yang dah lama bertapak di Malaysia sebab tu ianya sangat dekat di hati Kak Pilla dan family.  Rasa bangga apabila NESCAFE Malaysia dipilih sebagai negara pertama didunia memperkenalkan produk ni.. susu yang digunakan untuk menghasilkan NESCAFÉ Blend & Brew ini ialah dari high quality New Zealand milk.

 Selalunya hari Sabtu dan Ahad, Kak Pilla akan sediakan simple breakfast kat rumah sebab malas nak keluar makan kat luar hehehe.. kata sekarang ni musim berjimat cermat.. Lagipun rasa NESCAFÉ Blend & Brew adalah setanding dengan coffee kat high end coffee stalls, malah lebih sedap kot, so kenapa nak membazir kan? Pak Radie pun lagi suka breakfast kat rumah dari kat kedai mamak hahahahah.. yelaaa yelaaaa kene rajin lah lepas ni..

Jom layari:



Love, 
Filla.

7 comments:

  1. kite pun suke gak nescafe.. lagi kuat baunya lagi buat hati tak menentu... hahahahahaa

    ReplyDelete
  2. kak pilla.yang nescafe caramel latte pun sedapppp.ehehe

    FAD

    ReplyDelete
  3. kak pilla.. leh bgtau akk pkai lipstik kaler n brand apo? cantik bangat!! pastu akak pakai lip liner nk bagi cntik cmtu?
    wahhh xde kaitan sangat dengan neskepe =P

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan,

    Bau nescafe di pagi Isnin dalam ofis paling meruntun kalbu...kalau tengah marathon puasa ganti memang hati jadi tak menentu, hihi.
    Tapi saya kalau minum kopi atau teh siaplah malamnya...terkebil2 sampai ke pagi takleh nak tidur. Mampu amik bau je lah..huhu.

    Kalau sudi jemput singgah ke kedai saya pula ye.

    ReplyDelete
  5. Pernah try masa g cherating..pihak hotel sediakan..sedap rupanya..

    ReplyDelete
  6. Rasenye.... Mantap... Buat goyang2 lidah awak....

    ReplyDelete
  7. Filla, saya juga penggemar Nescafe tegar. Tapi yg dibancuh sndiri, bukan 3 in 1. Cuma nak berkongsi dgn Filla je la kan, minum too much of 3 in 1 drink ni is not advisable sbnrnya. Takut memudaratkan di kemudian hari. Too much sugar. Tapi, apa-apa pun terpulanglah. Pilihan masing-masing. Saya sekadar berkongsi sahaja.
    Ok keep on enjoying our coffee.

    ReplyDelete