About Me

Friday, May 22, 2015

BEST KE JADI SECRETARY?

Kalau zaman dulu-dulu orang suka pandang serong dengan kerja secretary.. Haku pon tak paham kenapa kene pandang serong.. Budaya masyarakat kita suka sangat buat perception sendiri dan memandai-mandai.  Secretary dulu-dulu suka pakai cutex merah, skirt pendek? Kalau tak, tak secretary lah ye? Heheheh.. zaman dulu-dulu tu tak yah lah kita cerita, zaman sekarang dah berubah.. orang dulu-dulu walaupun skirt pendek, kuku merah tapi kebanyakan akhlak elok je.. cuma zaman tu pendedahan tentang menutup aurat tu kurang, tak macam sekarang.  Kalau zaman dulu-dulu kemain susah nak cari orang bertudung.. kalau ada pon orang tua-tua yang just pakai selendang kain jarang gituh... Zaman sekarang bersepah-sepah pakai tudung tapi tak tau lah just for the sake of mak suruh ke atau ikhlas dari hati.  

Kadang tu kat mall-mall berkepit-kepit macam kan tu hari terakhir nak jumpa, esok nak mati dah takut tak dapat peluk agaknya.  Haish aku percaya yang jenis berpeluk berpekit macam takde hari esok ni semua belum kahwin.. Sebab kalau dah kahwin dah tak kuasa kot nak tekepit-kepit macam tu.. Baru-baru ni Kak Pilla gi KLCC duduk kat food court..  Almaklumlah ahkak ni dah tua, bukan remaja-remaja macam dulu, maybe tak leh nak terima perangai budak-budak sekarang.  Kat meja sebelah ni lelaki ngan pompuan couple lah kot.  Yang pompuan ni pakai tudung.. tapi macam malu-malu, first time kuar dating kot.. Makan pon malu.. tapi tekepit je ngan lelaki nie.. pastu bila bercakap tu berbisik-bisik, bila pandang memandang tu macam renung merenung.. Haku ni tengah makan sizzling noodle.. tapi ekor mata ke sana.. Takde lah nak kepochi sangat pon cumaaaa huwaaaaaaaaaaaaa tak berkenan!!!! pastu boyfriend dia hilang jap gi mana tah.. yang  pompuan ni punya resah.. tepusing sana, tepusing sini, sama macam kak pilla yang resah tunggu pak radie beli makanan tak sampai-sampai lagi kat meja hahahaha..  lama gak lah boyfriend dia hilang.

Dah siap makan, kitorang pun gerak lah dari situ.. Eh tetiba nampak couple tu duduk kat meja lain pulak, sambung lagi ko renung aku, aku renung kau.. Oh Em Gee.. serious aku dah tua, tak leh tengok benda-benda camtu hahahahah.. 

Sorry terbabas pulak cerita.. Ni nak citer pasal secretary kan? Aku rasa pekerjaan sebagai seorang secretary tu bagus selagi kita faham bidang tugas kita.  Setakat ni aku dah jaga macam-macam boss dan macam-macam ragam.. Termasuk jadi secretary masa zaman practical dulu.. Boss gatal, Boss baik gila, boss garang, boss perempuan.. Eh semua ada.. Apa pun pekerjaan kita, kita kena sentiasa kawal diri dan kene sentiasa berada di landasan yang betul.  

(source: google)

Macamana nak handle boss gatal? Alhamdulilah, boss gatal aku tak pernah dapat melainkan dulu waktu practical, tapi bukan direct sangat ngan boss tu pun.. sekali-sekali je.. Siapa kat sini boss dia gatal? Senang je nak handle orang tua macam ni.. Pertama check balik, kita pon gatal sama ke tak? Boss gatal ni senang je ubat dia... jangan layan.. Ko bagi peluang dia menggatal memang lah dia nak try.  Tak kira lah, boss ke gatal, officemate ke gatal.. kalau kita tak layan memang tak jadik.  Aku dulu adalah yang jenis miang-miang jugak.. kalau nak mintak tolong kat tempat kerja ni saja duduk rapat-rapat.. masa tu tak pakai tudung.. eh tetiba plak amik rambut i, selitkan kat telinga.. fuh tekejut aku, terus keras tebal muka.. benciiiii tak sukaaaaa!!!!!!! tapi setakat tu je sebab aku selalu buat gaya gangster dan muka garang malas nak layan.. so orang takut.. padan muka!  Eh ada kawan opis cerita dulu dia muda ada boss tetiba tepuk bontot dia.. menjerit akak tu hahahahah.. Kalau aku lah, ko tepok bontot aku, aku sepak ngan kasut tumit tajam ni.. baru padan muka. kurang ajar sangat tu perangai.

Jadi secretary semua benda kita kene amik tau pasal boss.. perangai boss macamana? so kita kene tau lah nak handle cemana.  Bila masa sesuai nak cakap sesuatu.. mood dia ok ke tak? Pastu jadi secretary jangan nak over sangat perangai.. orang nak jumpa boss kau kemain susah, ni sapa boss? ko boss ke boss kau boss? Macam aku sekarang.. semua flight dia kemana-mana aku yang uruskan.  kene check betul-betul sebab dia jenis suka tukar-tukar time last minute.. ye lah boss kan.. tetiba ada hal lain so kene tukar lagi time.. so kene sentiasa alert hal tu.  hotel pon aku selalu uruskan.. selalunya dia pilih aku book.. atau kadang-kadang dia suruh aku yang pilih.. book elok-elok, print out segala flight details, hotel details, transportation kat tempat dia nak pergi... buat satu file.. make sure bila boss nak sesuatu kita boleh beri on the spot.  

Lagi satu cara jawab call tu biar yakin dan confident.  Jangan jawab call pun takut-takut suara pon tak keluar.. Bila tanya je semua tak tau.. Kalau tak tau pun cakap je, nanti saya check, boleh tinggalkan phone no? nanti saya call balik.  Jangan jawab, mintak maaf encik, saya baru je kerja sini 2 hari.. saya tak tauuuuuu.. Kene dapat boss lemah lembut tak pelah.. kene boss kaki mengamuk dia tempik je "Apaa??? Tak tau?????????? apa yang u tau?????".. pitam, nangislah kau kat situ.

Jadi secretary kene amanah.. Bukan jenis bawak mulut sana-sini cerita hal boss.  Kalau nak cerita hal baik-baik takpelah... Kene jaga lah sikit, kalau kita ni secretary kepada dia pastu cerita semua hal peribadi boss kat staff-staff lain.. mana nak timbul rasa hormat orang kat boss kita? rasa hormat orang kat kita pun hilang sebab simply je cerita hal peribadi boss kat orang lain.  Kita kene faham, apa yang boleh cerita, apa yang tak boleh.. Yes, secretary orang paling rapat dengan boss kat office.  tapi kat office sahaja ya, jangan lebih-lebih.  Kita kene jadi orang paling dipercayai dan paling amanah.  Bukan senang nak kunci mulut ye, kadang tu geram nak share dengan kawan rapat, tapi aku selalu ingatkan diri, jangan jadi orang tak amanah dan jangan jadi mulut kepochi semua nak cerita.  Jangan ambil kesempatan sebab konon kita ni orang paling rapat, so kita jadi eksyen lupa diri.  Kita biasa je pun, yang boss tu dia, bukan kita.  

Aku tak suka tempat kerja aku jadi tempat orang datang melepak bergossip.  Kalau aku tengok jenis yang nak datang kat tempat aku tu jenis mulut bising nak borak panjang-panjang.. Aku layan kejap pastu aku akan buat-buat sibuk.. pusing sana-sini, kirai-kirai document, pastu type apa-apa, pusing-pusing mouse.. Pastu orang tu mesti tanya "Eh sibuk ke, sorry kacau".. haaa tau punnnnnnn!! hhahah.. nanti beralas lah jawab.. "Eh tak kacau, tapi sorry sangat, harini banyak pulak kerja".. Kalau tak kang.. duduk je depan muka, sat gi boss ko lalu, dia ingat kau ni kaki sembang.. orang suka-suka nak datang lepak sini.. Siapa jadi secretary to top management ni kene faham, tempat kita agak sulit sikit.. tak boleh jadi tempat lepak-lepak.. Boss tak suka ye.

Kalau adik-adik yang baru graduate amik course Office Management ke, Secretaryship ke.. normal perasaan takut tu.. takde pengalaman kan.. Tapi tak perlu nak takut sangat.. Siapa pon boss kita, apa pon jawatan dia, dia manusia biasa jugak.  Janji kita buat kerja dan ada rasa saling menghormati.. Tak tau, tanya!  Aku jenis tak reti bodek-bodek.. Dari boss dulu-dulu sampai ke boss sekarang aku memang tak reti.  Kalau aku rasa cerita dia tak kelakar aku terseksa nak pura-pura gelak.  boss aku sekarang garang, semua orang tau dia garang gila.. tapi aku tau dia tak de lah garang mana.. cuma dia strict dan berpendirian.  Kalau aku tunjuk aku ni ketakutan, suara keluar tak keluar lagi aku mampos.  So aku kene confident dan yakin.. Jangan tunjuk kelemahan kita.. Kalau kita tau boss kita jenis tak suka dengar kita menjawab, then diam.  Dah berapa orang aku tengok keluar dari bilik ni dengan deraian air mata.. aku tunduk je tanak pandang.. aku tau bila masa dia tengah hangin gila, so aku tau apa nak buat.. telinga kene alert, dia panggil berdesup aku masuk.. dia suruh buat apa, terus buat jangan delay. tu time dia tengah angin lah.. 

Kita kene selalu ingatkan diri kita.. Apa tugas kita dan sampai mana je tahap kita kalau dengan boss.  Kita boleh jadi pendengar yang baik, tapi jangan ambil kesempatan.  Boss aku garang, tapi baik.  Dulu masa arwah adik aku meninggal, aku masuk balik office lepas balik dari cuti tu.. Boss aku panggil.. Dia tanya aku ok ke tak dan macamana boleh jadi.. Aku ingat aku kuat.. Tengah cerita terus telan ailiur, suara tak boleh keluar dah, bergetar-getar suara.. last-last aku menangis depan dia macam orang gila.  Dia banyak bagi nasihat jugak sebagai boss dan sebagai seorang manusia biasa yang prihatin.  

Siapa pun boss kita, kita kena belajar mengenali diri dia dulu.  Fahamkan betul-betul apa dia suka, apa dia tak suka, cara dia bekerja macamana.  Bila kita dah betul-betul faham, inshaAllah senang nak bekerjasama dan takde timbul masalah.. Kalau boss kita lelaki dan berkeluarga, hormati isteri boss juga.  Kita kena pandai jaga diri supaya tanggapan isteri boss kepada kita sentiasa yang baik-baik je.. Kalau kau tak jealous ke? secretary lagi banyak masa dengan boss dari dengan isteri.. So kita ni lah sebagai secretary kene professional.  Kerja ialah kerja.  Nothing personal pon.

Itu saja nasihat atau tips jika ianya sedikit sebanyak dapat membantu adik-adik yang bakal bergelar secretary.

Ingat pesanan Kak Pilla, kalau boss pegang-pegang, pacak kepala dia dengan kasut tumit tinggi.

Sekian, good luck.



Nak jadi Agent Ellfie Beauty? Email : agent.ellfie@gmail.com
Nak beli Ellfie Essence? Boleh whatsapp/sms 013-2755197 atau dapatkan dari Agent sah kami :)


Love, 
Filla.

12 comments:

  1. Anonymous12:56 PM

    hai kak pilla.nak tanya.kalau kita takde background office management and secretary semua ni, boleh ke nak jadi secretary?dia macam tetiba berminat tapi takde experience langsung la sebab graduated from course yang takde kena mengena dengan management ni.kak pilla rasa boleh ke? tq.

    -yana-

    ReplyDelete
  2. Salam Pilla,

    hahahaha...garangnya ko..btw, aku pun sekretary...yang aku suka jadi sekretary ni sbb kerja tak pening kepala kan...byk masa relax...tapi klu bos bagi keje mmg aku buat right a way...tapi klu xde koje..aku baca blog je...lagi bagus dari sibuk bergossip kan..hehehe...

    aku baca blog ko dah lama..tapi jarang sgt nak komen...sekali le pakej dgn peej n elly punya blog..tapi aku baca blog peej dulu baru baca blog ko..hehehe...

    ReplyDelete
  3. Salam Pilla,

    hahahaha...garangnya ko..btw, aku pun sekretary...yang aku suka jadi sekretary ni sbb kerja tak pening kepala kan...byk masa relax...tapi klu bos bagi keje mmg aku buat right a way...tapi klu xde koje..aku baca blog je...lagi bagus dari sibuk bergossip kan..hehehe...

    aku baca blog ko dah lama..tapi jarang sgt nak komen...sekali le pakej dgn peej n elly punya blog..tapi aku baca blog peej dulu baru baca blog ko..hehehe...

    ReplyDelete
  4. Anonymous9:45 AM

    Assalamualaikum

    Abih kalo tak Pakai high heels hari tu mcm mana Kak? Hehe interesting entry.

    Nura

    ReplyDelete
  5. Anonymous9:55 AM

    kategori bos: 'bos gatal, bos garang, bos baik gila, bos perempuan'.

    ReplyDelete
  6. kak..takkan le nak pacak kepala boss dgn high heels..bahahahaaa
    jangan melayan ialah keyword yg paling tepat

    ReplyDelete
  7. genicute genny12:48 PM

    Buk pilla..wowww bukak go shop nmpk buk pilla la..cayalahhhh!!!hihihi

    ReplyDelete
  8. good one pilla...
    tapi rasanya nak jadi secretary..hatinya kena tegar..tak boleh ada taman...walaupun ada taman sebesar putrajaya tu haaaaa..tetap kena sorokkan....profesionalisme kena tinggi....walaupun tak porfessional mana..heheheh....tapi bukan hipokrit....yang ni....saya pun tak suka!!

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum fila, silent reader jer sebelum ni. tp topik agak menarik so terasa nak join. fila ada file meja ke? boleh share?

    ReplyDelete
  10. hihihi.. betul2... think positif yang penting

    ReplyDelete
  11. jom.singgah blog sy plk kawan2
    http://www.pingje.org/out/opocot-suatu-hari-di-pulau-sayak/#

    ReplyDelete
  12. Anonymous9:51 AM

    sekarang aku kena jadi PA.benciiii...

    ReplyDelete