About Me

Monday, March 30, 2015

IBU BERANAK 3.

 Amboi tajuk entry tolong laaaa hehe.. Siapa tu ibu beranak tiga? Macam tak sangka anak aku 3 dah rupanya.. Macam tak sangka anak aku perempuan semua rupanya.. Siapa ada anak perempuan berderet macam ni tau lah cemana kan.. Bergaduh sesama diorang tu dah biasa... Bergaduh tampar menampar, tolak menolak.. terpekik-pekik tu perkara biasa.. Tapi anak-anak perempuan ni paling tak tahan diorang memang kaki mengadu.. Aku tak tau lah kalau semua anak lelaki pon sama jugak kaki mengadu ke tak..

Aku ni jenis cepat stress.. Bingit kadang telinga bila dengar diorang bergaduh pastu mengadu.. Pastu pandai pulak sentap amik hati, tu yang tak tahan tu.. Kadang Kasih mengadu "Mama, mama tau tak ni Amaani ni, dia tolak kepala Kasih".. pastu Amaani jerit "Mana ada????? Amani tolak cekak rambut kakak je? bukan tolak kepala pun"... Pastu kakak jawab "Amaani ingat kakak tak tau? mama nampakkan tadi????"

Terus aku jerit "Diammmmmmmmmmmmmmmmmmmm!!! korang ni asyik bergaduh je dah kenapa?".. pastu sambung lagi bebel.. malas nak sambung sini.. pastu dengar Kasih pulak cakap slow je "amaani yang salah, mama bukan nak marah dia pun"..

*telanailio*

Tu kalau Amaani pulak gaduh ngan Aleesya sama jugak.. kita selalu akan marah yang besar sebab yang kecik biasanya blom paham.. so yang dah besar lebih faham.. tu Amaani pulak merajuk.. "semua Amaani salah, Aleesya tu tak salah pun"

*telanailio*

Haritu baru lepas marah Amaani.. Pastu gi dapur tetiba Aleesya lari tergedik-gedik peluk kaki.. terus angkat dia cium pipi dia.. Rupanya Amaani tengok je dari jauh.. Sambil dia jeling, berpeluk tubuh paling badan.. "Mama bukan nak peluk Amaani, mama bukan nak cium Amaani, mama tak sayang Amaani pun kan? Sayang Aleesya je kan?" pastu dia berlalu pergi dengan muka monyok.. Omg! diserang rasa bersalah.. terus lari tangkap Amaani.. dia meronta-ronta.. tapi peluk jugak dia pastu cium satu muka sampai dia lemas pastu dia terkekeh-kekeh ketawa.. Fuhhhhhhhhhh lega..

Ini kecik lagi semua The Kasihs nie.. Boleh bayangkan cemana nak jaga hati 3 orang ni kalau diorang dah remaja?  Ei menakutkan hahahaha.. mesti ada rasa kecik hati.. cemburu... Sebab 3 orang ni semua character lain-lain.

Kasih Aleeya

Dah 10 tahun, semakin chubby.. sebelum tuition kul 8malam dah bagi makan.. kang balik rumah kul 10 malam mengadu lapar.. rasa nak pitam tak tau nak bagi makan apa lagi hahaha.. Tapi dia dah membesar sekarang kan.. kalau orang panggil dia gemok atau terbaca kat instagram Kak Pilla orang kata dia gemok ke apa.. boleh nampak lah muka dia berubah.. sian dia.. takpe, mama pun dulu masa form 1 chubby gak.. pastu slim melim.. tapi sekarang dah tembam hahahah.. hari ahad bangun awal kejut dia "Mok, jom jogging mok.. kita sama-sama dah mok ni.. kene bakar lemak sikit".. terus dia bangun "Ok jom".. nak jogging??? kenit pon terus bangun nak join jogging.. adoi laaaa.. cemana mak kau nak kurus? 

Kasih dah besar sekarang dia semakin ok.. dia dah kurang merajuk.. dulu tiap kali amik dia balik sekolah.. Ada je nak sentap.. takde makanan pon sentap.. belikan makanan pastu dia tak suka pon sentap.. dia lapar pon dia sentap.. sekarang balik sekolah je ceria.. masuk kereta "Hi mama".. kalau lapar pun dia kata takpe.. Pastu dia tak pernah merungut kene gi tuition malam.. kene gi tuition setiap hari sabtu.. dia suka tuition :)

Kasih hati dia lembut.. dia suka orang baik-baik dengan dia.. nanti dia sayangggg lah sangat kat orang tu.. haritu dia gi tuition sejarah, takde murid.. so dia berdua je dengan teacher tu.. teacher offer nak buatkan Kasih air.. hahaha.. sampai hari ni dia puji teacher sejarah dia baik.. "Mama, teacher sejarah kasih tu baik gilaaaaaaaaaaa.. Kasih sukaa sangat.. dia nak buatkan Kasih air, tapi kasih cakap takpe teacher.. saya tak nak".. buat air je ponnnnnnnnnnnnnnnn hahaha.. terus dia sayang gila kat teacher tu ;)

Kasih dah besar ni jarang nak ikut kitorang keluar breakfast pagi-pagi.. Dia suka duduk rumah je.. dia cakap malas nak salin baju nak pakai tudung.. hahaha.. Kasih ni manja mungkin anak first memang manja.. dia dapat adik pon lepas dia dah umur 5 tahun.. so korang paham lah kan tahap kemanjaan dia tu.. Semua orang buatkan.. Kadang amik lauk, kopekkan ikan, potongkan ayam, cedok kuah letak kat pinggan pon kekok.. Aku ni sabarrrr je tengok hahah.. mak kau bukan boleh orang slow-slow buat kerja terhegeh-hegeh ni.. gerammmmm je.. Kadang Pak Radie cedokkan aku sound "biar dia amik sendiri, kang sampai besar tak reti cedok lauk".. mak tiri sangat perangai hahaha.. 

Kasih Amaani

Anak kedua.. Dah 5 tahun sekarang.. Dulu perangai lain, sekarang dah besar dah lain sikit.. Dia sorang je suka cakap memekik-mekik sikit.. bergegar gegendang aku ni kalau dia jerit.. Dulu dia gangster.. sekarang masih gangster, tapi gangster cengeng nama dia.. Gaduh dengan Aleesya mesti dia yang nangis.. Aleesya relax je.. Dia kuat merajuk lately ni sebab dia rasa orang semua bagi perhatian kat Aleesya je.. padahal tak pon?  Dia ada pendirian sikit.. dan independent.. Kalau suruh mandi, dia tak nak mandi dia akan jawab.. "Sekejap mama, nanti Amaani mandi, kejap, kejap, kejap!".. lepas 5 minit aku jerit "Amaaaaniiii mandi cepat!" Terus dia cakap "Mama asyik nak marah je kan? Amaani nak mandi la ni".. terus capai towel masuk bilik air.. 

Kalau makan pon sama.. kalau dia nak, dia memang nak.. kalau tak nak sila jangan paksa.  Gi makan kat luar pon dia tau apa nak makan.. tak yah pening-pening.. memang takdelah dia nak cakap "makan lah apa-apa, amaani tak tau".. memang tak! hhahahah.. Tapi dia ni ada satu perangai tak nak mengalah... diakan tido ngan Kasih satu bilik.. tapi dia tidur kat tilam bawah.. Pastu ada satu malam dia merayu "Mama, sleep lah dengan Amaani".. aku malas nak layan "Amaani tido ngan kakak kan? apa nak takut, kakak ada tu, dah pegi tido"  pastu dia jawab "Please lah mama, malam ni je.. kalau tak mama takkan tidur dah dengan Amaani sampai bila-bila".. 

Hoi gila seram ayat dia.. kelam kabut aku gi teman dia tido.. hahahaha.. drama swasta sangat perangai.. pandai saiko orang ni... 

Tapi Amaani tetap penghibur hati semua orang.. Atok Braim kemain sayang dengan Amaani.. sebab Amaani jenis senang bangun pagi.. Kalau kat umah Atok, mesti dia bangun awal teman atok siram pokok bunga, cuci kereta.. dia mengekor je bontot Atok ;)

Kasih Aleesya

Anak bongsu.  Sekarang bagi chance lah dia paling kecik, so dia paling mengada.  Dia confirm menanglah kalau bergaduh.. Lasak boleh tahan tonggang tebalik dia jatuh kat rumah.. takde nangis pon ye.. Haritu Pak Radie cakap dia duduk kat sofa.. dia meniarap nak amik barang apa tah jatuh kat lantai..pastu hamekkk.. jatuh gedebuk kat lantai.. terus bangun panjat sofa duduk relaks je.. Haritu bibik citer dia duduk kat kerusi malas yang baby punya tu.. dia dok swing-swing pastu tetiba kerusi tu tebalik.. dengan dia telangkup bersama kerusi tu.. terus bangun duduk balik kat kerusi macam takde apa berlaku hahaha.. 

Pastu apa kat tangan jangan amik.. Atau apa dia nak buat biarkan je.. Sekarang train dia lepas makan nasi, angkat pinggan bagi kat bibik kat dapur.. haritu sampai je kat dapur tersadung kaki.. habis melambung pinggan dengan nasi atas lantai.. dia takkan bagi orang angkat pinggan dia.. kadang dia join solat, pastu telekung dia tu, orang lain tak leh gantung balik kat tempat sangkut telekung tu.. dah lah pendek.. lompat-lompat nak sangkut.. aku nak tolong dia melalak mcm orang histeria.. sukati lah dik.. buatlah apa ko nak buat.. 

Aleesya ni tak suka sempit-sempit.. Now dia tido ngan aku ngan pak radie.. dia tengah-tengah.. tapi dia tak suka nanti dia jerit "papa mpit mpit mpit".. sempit lah tu.. pastu dia memang akan tidur kat hujung kaki kitorang.. tapi dia tak pernah lagi jatuh katil hahahah... tidur hujung katil pon tak jatuh.. memang hebat ;)


Ni lah seronoknya kengkadang.. meriah je ada budak-budak.. walaupon suka bertempik kalau bergaduh.. suka tampar menampar.. tapi ku pekakkan telinga.. kalau dah tak tahan baru join tempik sekali ;)

Tengok tu.. kenit ni bukan boleh orang lain rapat dengan Papa dia.

Ni lagi satu perangai dia.. suka memerhati.. apa Amaani buat mesti dia tiru.. sampai Amaani hangin "Aleesya ni semua nak tiru Amaani kan?????"

Inilah 3 buah hati saya.. Mama sayang semua anak-anak mama.. Jadi anak yang baik, belajar rajin-rajin, jadi anak solehah yang membanggakan mama ngan papa ok?



Love, 
Filla.

Friday, March 27, 2015

KERETA BARU?

 Beberapa bulan kebelakangan ni Kak Pilla and Pak Radie memang tengah mencari-cari kereta.. Bukan apa, family dah bertambah besar, anak dah ramai so rasa kereta yang ada sekarang macam muat-muat untuk 5 orang.. Aku ni jenis tak kisah.. sumbat lah korang macam sardin, ada aku kesah? Tapi sebab memang plan nak beli 2nd car so better cari yang 7 seater terus.. sebab kalau ada 2 kereta pun tapi 5 seater jugak, sama jugak lah citer dia... kalau nak jalan bawak bibik dah tersempit-sempt berpangku-pangku.. tu Leecha kecik lagi boleh lah pangku.. sok dah besar camne plak..

1st car memang aku akan lenjan jugak walaupun dah ada kereta baru.. yang selalu bergaduh Kasih dengan Amaani.. diorang kalau tido kat belakang memang bertekak tak nak mengalah.. dia ingat katil ke apa nak tidur selesa sangat.. tido duduk je laaaa!!! Mula lah Kak Pilla membebel non-stop.

"Mama dulu kecik-kecik, elok je duduk bertiga ngan arwah busu ngan Pak Long.. tak pernah pon nak bergaduh sapa nak baring.. semua kene duduk elok-elok.. nak tidur sandar je kepala kat cermin tu, tido diam-diam situ.. korang ni banyak lemak sangat nie.. sempit tak boleh, tersentuh terlanggar sikit tak boleh.. lain kali tak yah naik kereta.. naik bas je.. cuba belajar bersyukur sikit"

Pak Radie muka dah monyok sebab orang sebelah dia membebel ulang-ulang lapanplohkali hahaha.. mak-mak memang camtu what?????

Plan nak beli kereta baru ni bukan apa.. selain dari nak selesa sikit sebab anak dah ramai, salah satu sebab ialah sebab kereta lama ni dah nak habis bayar... Gila ok, sedar tak sedar dah dekat 9 tahun dah.. Kitorang ni bukan jenis boros.. kalau takde kepentingan buat apa nak beli? biarlah orang ada 7-8 biji kereta.. dulu masa baru kawin aku pakai kelisa, Pak Radie pakai Fiat.. Lepas tu kitorang jual amik Honda City.. Pak Radie beli motor sebijik.. Pak Radie jenis tak suka bawak kereta, dia prefer motor sebab tak suka jalan jam.. So aku gi kerja bawak kereta tu.. dia bawak motor.. Even aku cuti masa pantang pon dia tak nak drive gi kerja.. nak jugak naik motor.. Hah sukati kau lah labu...

Aku sayang sangat Honda City yang ada ni.. sebab tu takde plan nak jual.. Biarlah kereta ni jugak yang aku pakai ke hulu ke hilir.. dah banyak berjasa kot kereta nie.. banyak kenangan bersama.. lagipun kalau jual berapa sangat lah dapat kan? Banyak jugak yang aku suka, nak Harrier tapi sama jugak lah macam kereta, 5 orang je muat.. Pastu berkenan Mazda CX5 pon sama jugak konsepnya.. So bila tanya Pak Long pasal Odyssey ni dia kata bagus.. Pak Long tu pakar kereta so dia suka lah kitorang amik Odyssey.. so keputusan pun dah muktamad.

Ni masa test drive haritu.. Pak Radie suruh aku bawak.. eh tak nak.. takutttt... hahaha.. Aku memang jenis tak leh drive kalau orang ada kat sebelah, terus jadi bongok macam orang tak reti bawak kereta.. lagi-lagi kalau orang sebelah tu Pak Radie.. Haishhh dengan muka dia tu kan.. dari pandai terus jadi tak reti.. biar aku duduk belakang je.

Welcome to the family.. Haishhh terbantut project nak cantikkan rumah.. takpelah, ni pun rezeki jugak.. kene berusaha untuk dapatkan sesuatu.. Kitorang bukan jenis kaya raya pun nak bersenang lenang macam orang lain.. Nak sesuatu kene usahalah.. lagi satu, kita kene ikut kemampuan diri, bukan ikut orang..

Ok dah lah pasal kereta tak nak cakap banyak-banyak.. Masa test drive tu aku dah nak meroyan sebab lapar gila.. Aku memang tak leh lapar.. kalau lapar rasa nak tampar orang.. ko letak la kereta apa pun kat depan aku.. tak bernafsu langsung.. Pastu salesman tanya dah makan ke belum? Laju je Kak Pilla jawab BELUM! terus dia ajak makan kat warung.. lama gila kot tak makan kat warung.. So park kat tepi turun jalan kaki sikit.. kat mana tah.. area bukit dukong ke Sg. Long..mana yek?

Sedapnyeeee!! nangis ok.. Ada nasik lemak RM1.50.

 Pak Radie makan ni 2 bungkus.. Kak Pilla pon makan jugak sebab sedap ;)

 Tapi ni paling win laaa.. cucuq udang, popiah goreng dengan tempe goreng.. tempe tu siap ada cicah cili kicap pedas tu.. Hoi peluh-peluh makan bawah payung.. Huwaaa mana nak carik gerai sedap macam ni kat sini?

So itu je nak citer.. Jom tengok entry bawah ni.. teruja tauuuuu!!!

______________________________________________________________________________
 -sponsored post-

 Bila dah jadi mak, segala priority atau kepentingan anak akan didahulukan.. Terus-terang Kak Pilla bukan jenis yang manjakan anak-anak.. Tapi tak de lah sampai tak manja-manja langsung.. Kak Pilla ni jenis ibu yang lebih mementingkan keperluan anak-anak semua ada dan teratur.. Selalunya aktiviti bersama anak-anak ni papa dia yang rajin sebab Kak Pilla selalu busy.  Bagi Kak Pilla, spend time dengan anak ialah pegi vacation, pegi hotel yang ada swimming pool so budak-budak akan happy.. Tapi selalu ke pegi? Setahun mungkin 2 kali je kot?

Actually sekejap je masa yang kita peruntukkan sehari pun sangat berharga dan boleh bagi anak-anak happy.. Kadang-kadang, papa dia bawak round naik motor 5 minit pun muka masing-masing dah bercahaya keriangan.. Lepas tengok video ni, Kak Pilla baru sedar sebenarnya anak-anak tak minta banyak pun... yang penting spend masa walaupun sedikit manapun dengan mereka diorang akan happy... "Small things can be the most powerful" I promise i will at least spend 15 minutes sehari untuk buat aktiviti bersama anak-anak.





Sekarang mencuci pinggan mangkuk bukan satu masalah lagi.. Laju je dah siap, dan suka basuh pinggan sebab dapat tengok Joy bottle yang Kak Pilla create sendiri hahah.. terus bersemangat nak basuh pinggan laju-laju pastu nak spend time dengan The Kasihs.

 Semua happy sebab ada nama masing-masing bersama janji-janji mama tertera kat botol masing-masing!

Tak yah gi hotel mandi swimming pool.. kita spend time buat aktviti kesukaan anak-anak pun dah buat anak-anak happy!


 Senang je nak create your own customized bottle of Joy macam Kak Pilla tu..

1. Design your moment of joy label at www.joydishcare.my
2. Share customized label dan nominate friends on Facebook untuk dapatkan coupon to redeem Scotch Brite secara percuma

Akhir sekali beli 250ml customized label bottle Joy dengan harga cuma RM2.95 di participating outlet seperti yang tertera kat bawah ni.

Senang je kan.  Jangan lupa hash tag #momentsofjoy


Refer Store Name and Activation Date ok!

Selamat meluangkan masa bersama anak-anak :)


Love, 
Filla.

Wednesday, March 25, 2015

CHUROS SEDAP KAT PAVI.

 Belek gambar dalam phone ternampak gambar ni.. Nak post kat ig tak jadi lah ni hahahah.. ok kita post kat sini pulak.. Ni masa ada kerja kena buat dengan Elly.. hari sabtu masa ni.. Awal pagi dah bangun.. Subuh terus mandi dan siap-siap.. jumpa Elly untuk uruskan pasal Ellfie..

 Terasa macam gadis desa sopan santun hahaha.. nak jugekkk gadis konon hahah.. dah makncik dah pillaaaa... ye tau, tapi sukatilah nak jiwa gadis-gadis khennnnn...

Habis je kerja terus gi opis baru MG Movers tengok Pak Radie and Win berbincang pasal design office baru.. kitorang kaki sibuk.. duduk bersila je atas lantai pastu amik gambar.. hahaha.. dah lama sangat, haku pun dah lupa lepas tu buat apa hahahah.. ok gerak ke gambar seterusnya ;)

Ini pun gambar zaman Tok Kaduk jugak.. Lama tak makan sama.. asyik buat kerja Ellfie je kat rumah Peej.. dah stok nak muntah dah hahaha.. so mari lah kita makan-makan sikit.. 

 Tengok tu gambar makanan pun dah tak kuasa nak snap.. lepas makan Popo Elly mesti minum hot tea.. memang popo-popo sangat..

 Aku dari dulu teringin makan churos ni.. Elly ajak makan churos kat Pavi.. dulu makan kat Gold Coast tak sedap!  Tapi yang kat Pavi ni sedap la pulak.. Eh sambil type ni meleleh ailio.. Alaaaaa teringin nak churos lagi camno nie? 

Sekian Bye.

*lap ailio*


Love, 
Filla.

Tuesday, March 24, 2015

AGENT ELLFIE ESSENCE DIBUKA SEKARANG!!

Assalamualaikum ;)

Akhirnya team Ellfie dah bersedia untuk mengambil agent bermula hari ini.. Meh lah Kak Pilla cerita sikit bab kerja kitorang ye ;)

Setiap apa yang kitorang lakukan, semuanya bermula dengan perbincangan dan diakhiri dengan persetujuan atau bangkangan.  Dari hari pertama cuba product lagi.. Dalam perniagaan, perbincangan penting kerana keputusan yang akan diambil tu nanti adalah muktamad.  

Bagi Kak Pilla sendiri, paling penting sekali ialah how good is your product?? Adakah produk ini mampu membantu masalah orang lain? Kak Pilla tak nak sekadar kompang je lebih, tapi produk tak sebagus mana dan tak mampu menyelesaikan masalah orang lain.. dan paling tak nak sekali ialah jika produk Ellfie ni akan mendatangkan kesan buruk kepada pemakai.. Ini bukan kerja main-main ye, ini melibatkan wajah orang, ko gila ke apa kalau apa-apa jadi camne?  So fikir masak-masak sebelum berkecimpung dalam bidang ni.. Alhamdulilah produk Ellfie Essence ada kelulusan KKM.

Sebab tu masa yang diambil untuk mengeluarkan produk Ellfie ni agak lama.. kita nak test lagi.. biarlah muka kitorang akan menjadi buruk ke apa.. janji bukan muka orang lain.. hahaha.. semasa kita test produk ni, of course Kak Peej, Kak Elly and Kak Pilla sendiri yang mula-mula test.. selepas tu kita pass few sample sets kepada kawan-kawan rapat dan saudara-mara.. tu pun dah kira amik masa jugak tu.. bila semua yang dirancang berlalu dengan teratur baru kita decide untuk keluarkan set Ellfie.. Sebab dah terbukti berkesan kat orang-orang yang pakai sample set ni..  

Tapi tetap risau lagi sebab the first feedback from customers lah yang paling kitorang rasa berdebar-debar macam nak meletop jantung.. Alhamdulilah selepas sorang, sorang lagi yang bagi feedback.. bersyukur dan happy sangat bila pengguna pon sama macam kitorang dapat lihat sendiri perubahan pada kulit wajah.. korang boleh tengok sendiri testimonial pengguna di ig @ellfiebeauty

Cuma ramai jugak yang malu nak tunjuk muka sebelum dan selepas.. Ye, kitorang faham, kalau Kak Pilla pon segan kot nak tunjuk, especially yang BEFORE hahaha.. Ada jugak yang send picture tapi dah pesan siap-siap jangan keluarkan kat mana-mana sebab segan.. ok faham ;)  Eh tapi kalau ada customer yang nak share gambar before and after tu adalah dialu-alukan tau.. kalau malu, kita boleh blurkan kat bahagian mata supaya anda tak dikenali heheheh... kalau nak share testimoni tanpa gambar pun takpe.. whatsapp je apa perubahan yang you all rasa setelah menggunakan set Ellfie Essence ni ;)

Sebenarnya set Ellfie Essence ni murah je.. Untuk Semenanjung cuma RM120 dan Sabah/Sarawak cuma RM130.. dan free postage tau.. 

Banyak gila kot orang tanya satu set boleh tahan berapa lama? Meh Kak Pilla bagi tau terus kat sini.. Cleanser and Toner 30ml dalam set ni boleh tahan 1 bulan.. Tapi Day Cream dan Night Cream dalam set ni boleh bertahan 2 bulan.. rasanya yang Day Cream tu lebih kot 2 bulan pon boleh tahan.. hahah cemana nak untung kalau camni hehehehe.. 

Day cream tu texture dia lebih kurang macam concealer sebab tu ramai yang suka termasuk Kak Pilla sendiri.. ramai yang komen suka concealer sebab lepas pakai satu muka, terus pakai bedak rasa macam cover plak kekurangan / scar di wajah.. dan dalam masa yang sama merawat wajah.. 2 in 1 sapa tak nak kan? 

Jangan risau, buat macam Kak Pilla ni.. kalau pakai set Ellfie ni, confirm cleanser and toner akan habis dulu berbanding cream kan? So beli je loose cleanser and toner yang 50ml tu..

CLEANSER 50ml = RM55
TONER 50ml = RM55
BUY BOTH = RM100

Harini kita dah bersetuju untuk ambil Agen.. Biasanya soalan yang akan bermain di minda ialah 

"Kenapa saya perlu jadi Agen produk Ellfie?"

Untuk menambahkan pendapatan.  InshaAllah sebagai agen produk Ellfie, anda boleh menjana pendapatan sendiri.. Kita tolong menolong sesama kita :)  Apa salahnya rezeki yang ada kita kongsi bersama.. Agen di seluruh negara sangat dialu-alukan sebab Team Ellfie dah tak cukup tangan nak handle.. Dengan adanya agen di setiap negeri, boleh memudahkan customer untuk beli terus dari anda sebagai agen.

Team Ellfie sendiri akan bantu semua agen-agen ini untuk siarkan contact mereka di blog, fb, instagram dan twitter.. Ini adalah marketing untuk anda secara percuma :) Kalau you all ada effort untuk buat COD untuk customer, lebih digalakkan.

Syarat untuk menjadi agen ialah dengan membeli 12 set Ellfie Essence sahaja (harga agen).  Kita akan bekerja sebagai satu team dan anda tidak akan dibiarkan terkapai-kapai so no worries ;) 

Untuk pengguna yang sedang menggunakan produk Ellfie Essence lebih dialu-alukan sebab dah tau kesan terhadap kulit kan? Sebab most of our customers memang repeat order, kadang repeat terus order 2-3 set, mungkin sebab kawan-kawan dah tengok keberkesanan dia.. so lebih untung jadi agent.. 

Ok itu je pengumuman hari ini.. Jom bekerjasama dengan Team Ellfie.. Inilah masanya untuk menjana pendapatan dan menaikkan taraf hidup kita disamping membawa produk tempatan ke tahap yang lebih tinggi ;)

Untuk menjadi agent sila email

agent.ellfie@gmail.com




Love, 
Filla.

Monday, March 23, 2015

WEDDING RECEPTION NONOY DAN ARIF.

Sebelum berkubur tak update, elok lah kita update cepat-cepat ye.. Lepas akad nikah tu, malam tu jugak reception dia kat Bora Ombak.. So kitorang dah siap-siap bawak baju letak rumah Pak Long.. Nanti bertolak dari sana je senang.. 

Kak Pilla takde baju nak pakai.. haritu jalan kat Wangsa Walk ternampak baju ni, dia actually cardigan, so hentam jelah janji ada lip lap kat tangan sikit hehehe..

Bersama kekanda beta gitu.  


Why Kak Pilla terkejut hehehe
Datang saing dengan Elly and Win.. kita snap pulak gambar pasangan sehati sejiwa ni ;)

Tak sangka pulak aku ngan elly kene duduk kat vip table gitu.. tak kisah pon sebenarnya duduk kat mana-mana, tapi dah dapat duduk kat meja vip, wah kemain suka lagi ;)

sementara tunggu pengantin sampai jom snap gambar dulu.

dan kemudian pengantin pun sampai.. merpati dua sejoli betul.. macam tuan puteri ;)


Ben dia macam biasalah.. photographer of the day katanya.. ke hulu ke hilir snap gambar ;)

Pengantin tak bersanding.. so naik terus sesi bersalaman dan berpelukan dengan kedua ibu dan bapa..

Kalau bab Noy peluk papa dia memang sedih :(

mohon restu dari kedua ibu dan bapa..  

cantik betul Noy malam tu.. berseri-seri macam tuan puteri.. pakai Ellfie Essence memang camtu.. *panglempangsatukali*

Acara memotong cake.


Tengok balik gambar atas ni macam kelaka pulak.. Noy tu nak elak Arif calit cake kot.. dah macam kene penampar plak hahahahahaha.. tapi comel kan.. 

Amboi Kak Pilla lebar dulang muka hahah.. Jonet sorry kene shadow hahahah.. 

Ok nasib ada gambar proper satu.. Azlin, Dr. Jonet, Elly, Pilla and Peej.. 

Olololooooo anjer angat muka Peej tu.. 

sampai demam lah Ben lepas kenduri.. 

Amboi gambar ni ramai cakap Pak Radie lebih menyerlah.. macam professor lah apa lah.. kemain korang kan.. sentap i olls.

Eh lupa nak cakap, thekasihsshawl masih ada tau.. Cuma sekarang ni busy melampau dengan Ellfie dan lain-lain hal.. Shawl yang Kak Pilla pakai ni belum release lagi kat you alls.. ada 5 kaler semuanya.. of course semuanya warna favourite korang ;) shawl ni plain tapi ada printed sebenarnya.. sebab warna dia sama so tak nampak sangat.. Ntah bila nak photoshoot baru jual kat korang hheheheh.. "Ya Allah jadikanlah aku orang yang rajin" *berdoadidalamhati*

Tapi kalau korang still nak warna lama, ada lagi, terus boleh pos heheh. nanti kat end of entry Kak Pilla letak link.

Ok kat sini boleh tengok siapa yang kecoh hahah.. semua kot hehehe


Sempat lah jugak amik satu gambar bertiga sebelum balik.. Thank you Peej, Ben, Arif, Noy, Uncle, Auntie sebab menjemput kitorang ye.. makanan pon lazat.. siap suruh letak nasi banyak-banyak nanti segan nak tambah heheh.. 

Masa tengah pose ni, Win call Elly.. dia cakap diorang tunggu kat depan.. ok tak kisah ;)

Rupanya ini kerja diorang kat photobooth.. Pitam aku ngan Elly tengok perangai diorang ni.

Ini lagi laaaa.. pastu siap tulis kat guest book tu.. ucapan untuk pengantin, pastu from Ferhad and Chaps.. konpiden je.. 

Itu je update untuk majlis Noy and Arif.. Selamat Pengantin Baru buat Noy dan Arif, cepat-cepat sikit dapat baby.. heheheh 

UPDATE THEKASIHSSHAWL

Nak check apa lagi shawl-shawl menarik yang available boleh click kat link bawah ni yer..

Rainbow Printed Shawl : Click HERE
Printed Shawl : Click HERE
Plain Chiffon Shawl : Click HERE
Satin Silk Shawl : Click HERE
New collection : (soon)

Love, 
Filla.