About Me

Thursday, December 18, 2014

KEKALKAN GAYA HIDUP AKTIF.

*scroll down for new entry*

Rutin harian Kak Pilla bila balik kerja ialah bawak anak-anak beriadah kat depan rumah.. Selalu berdoa agar tak hujan petang-petang.. Especially sekarang ni tengah cuti sekolah, so dah boleh bayangkan diorang terperap je dalam rumah seharian.. Confirm bosan duduk dalam rumah.. So bila Kak Pilla sampai je rumah diorang mesti lompat-lompat seronok sebab dapat main basikal kat luar rumah..

Kak Pilla sebagai ibu memang sangat mementingkan kesihatan anak-anak.. Selain sihat, Kak Pilla juga pastikan anak-anak sentiasa aktif dan bertenaga.  Bila mereka mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat, ini dapat membantu tumbesaran, perkembangan dan tahap fizikal yang kuat.  Selain dari tu, anak-anak boleh mencapai berat dan tinggi yang seimbang.. Apa caranya? Minum Susu MARIGOLD UHT!  Entry yang lepas Kak Pilla ada mention yang Susu MARIGOLD UHT mengandungi Kalsium, Protein, Vitamin D dan formulasi unik BonePlus yang bagus untuk tumbesaran anak-anak. 

Setiap kali anak-anak beriadah kat luar, Kak Pilla akan bawak biskut-biskut dan minuman.. The Kasihs sekarang ni memang Kak Pilla pastikan minum minuman berkhasiat seperti Susu MARIGOLD UHT.. 

Ada perisa coklat, strawberry, Full Cream milk dan Low Fat milk.. So diorang just pilih je nak minum perisa apa, semua pun diorang suka sebab sedap..

  Entry yang lepas Kak Pilla ada mention yang Susu MARIGOLD UHT mengandungi Kalsium, Protein, Vitamin D dan formulasi unik BonePlus yang bagus untuk tumbesaran anak-anak. Inilah yang diperlukan oleh tubuh badan mereka untuk kekal sihat dan aktif..


Susu MARIGOLD UHT dah tentu minuman berkhasiat dan memberi pelbagai kebaikan untuk anak-anak.. Kak Pilla tak suka bancuhkan air manis-manis dengan kandungan gula yang tinggi untuk hidangkan buat anak-anak.. Kak Pilla selalu mention yang kita mesti minum air kosong banyak-banyak dan minum Susu MARIGOLD UHT supaya sihat ;) Elakkan minuman yang tinggi kandungan gula, especially untuk anak-anak.. Maybe Kak Pilla dah didik diorang dari kecik lagi supaya tak minum air yang mengandungi gula yang tinggi, so diorang pon tak suka sangat minuman manis.. fuhh lega hehe

Bila diorang beriadah, Kak Pilla akan perhatikan gerak-geri anak-anak.. Risau kalau terjatuh, tapi kalau terjatuh jugak, tu biasalah kan? Anak nak membesar memang macam tu.. kalau jatuh, muka macam nak nangis, cepat-cepat Kak Pilla pandang tempat lain.. tak nak manjakan sangat, nanti lembik tak aktif hehee.. Eh tapi kalau teruk memang laju-laju dukung laaa..

 Bila anak-anak bersukan, sometimes Kak Pilla akan join sama-sama supaya diorang happy.. Bila anak-anak tengok parents dia aktif, ini sedikit sebanyak akan mendorong anak-anak untuk turut bersemangat mengamalkan gaya hidup yang aktif dan sihat.  Pak Radie pun selalu melayan anak-anak dia bersukan.. Kalau Pak Radie balik rumah awal, kadang diorang main bola kat depan rumah, kalau diorang main bola, Kak Pilla tengok dari tepi je sambil tepuk-tepuk tangan hahaha...

 Kasih dengan Amaani selalu main sama-sama.. kadang tu bergaduh jugak, tapi sekarang nampak macam dah kurang bergaduh.. sebab petang-petang diorang boleh berbasikal happy je..

Aleesya tu dia kecik lagi, so Kak Pilla akan monitor dan melayan Aleesya je kat tepi tu sambil hulur biskut dan minum Susu MARIGOLD UHT.. Aleesya ok je, full cream, strawberry, low fat milk or chocolate semua pon dia suka.. 

Dah tinggi, dah besar, dah anak dara dah Amaani kan?  Sedar tak sedar dah tinggi dah dia.. Huhu sedihnya bila tengok anak-anak cepat membesar macam ni.. Eh anak tinggi pun sedih.. sepatutnya happy hahaha.. Ingat ye, jangan berhenti memberi anak-anak minum susu.. susu mengandungi kalsium yang tinggi, kalsium kan baik untuk tulang dan gigi.. So jangan ragu-ragu untuk pilih Susu MARIGOLD UHT sebab Kak Pilla ni walaupun dah tua tapi masih minum susu.. Nak sihat kita kena jaga badan kita.. dari kecil kita pastikan kita consume food and drinks yang healthy.. 

Sebab tu dalam masakan pon Kak Pilla akan pastikan ada ayam, ikan, sayuran, kekacang dan buah-buahan supaya mendapat nutrisi yang seimbang.  Nasib baik anak-anak Kak Pilla tak de masalah minum susu.. I'm a happy mama u know..  

 Kalau pergi kedai, perhatikan Susu MARIGOLD UHT yang gambar lembu ni ya.. Budak-budak mesti excited sebab comel sangat kotak dia.. Yang penting tinggi khasiat dan sedap ;)

Susu MARIGOLD UHT boleh dibeli di semua leading supermarkets, hypermarts, convenience stores, petrol marts, minimarts and provision stores.  Layari www.marigold.com.my/uht.html untuk maklumat lanjut.

 

Love, 
Filla.

1 comment: