About Me

Thursday, November 13, 2014

RESEPI SAMBAL IKAN BILIS

Hari ni Kak Pilla tetiba rajin nak share resepi sempoi :)

Sambal ikan bilis ni biasanya ada 2 jenis.. 1 sambal tumis ikan bilis tu biasanya yang terus terjun je ikan bilis tu.. ala-ala sambal nasi lemak tu.. Tapi Pak Radie tak suka ikan bilis lembik.. Dia suka sambal yang kering so ikan bilis tu kene rangup.

Hari ni kita share Sambal Ikan Bilis Kering kegemaran Pak Radie ok..

Masa nak masak ni tengok kepala ikan bilis tak buang.. Nak buang memang tak sempat.. Ilek laaa apa ada hal? tak Fear Factor laa takat kepala ikan pon tak makan..... muahahahah..

SAMBAL IKAN BILIS KERING
2 genggam ikan bilis
1 senduk minyak masak
1 sudu besar bawang merah blend
1/2 sudu bawang putih blend
1 senduk cili kering blend
1 keping asam keping
sedikit gula
sedikit garam

Dah itu je pun bahan-bahan dia.. Mula-mula panaskan minyak.. basuh ikan bilis dan toskan.. pastu terus goreng.. make sure goreng hingga garing.. then angkat dan ketepikan.

Keluarkan lebihan minyak tadi.. Tinggalkan agak-agak 1 senduk je dalam kuali.. tumis bawang merah, bawang putih dan cili kering blend.. Kecilkan api dan masak hingga cili tadi betul-betul masak.. masukkan asam keping, gula dan garam.. (gula just untuk balance kan rasa, jangan sampai jadi manis ye) garam pon sikit je sebab ikan bilis selalunya dah masin.. agak-agak cili tadi dah betul-betul masak, masukkan ikan bilis dan kacau rata.. angkat dan letak kat pinggan.. sedia untuk dimakan bersama nasik panas-panas.. 

Gila senang, kalau tak reti jugak tak dapek lah Kak Pilla nak tolong hahaha.. 

"Selamat Mencuba"

p/s: esok Kak Pilla dah gi holiday.. rasanya confirm tak berupdate lah blog ni.. tapi kalau nak tengok live update sila follow ig @fillanie 



Love, 
Filla.

11 comments:

  1. satu lg tips.
    masa nak gaul ikan bilis n sambal tu. biarkan sambal tu sejuk dulu. sbb if panas2 ikan bilis senang lemau. kalau tunggu sejuk br gaul tahan lama ikan bilis tu ranggup. :D

    ReplyDelete
  2. salam..

    betul mak saya biasa campak je bilis x goreng buat sambal bilis tapi mak mertua goreng dulu.. hehe

    ReplyDelete
  3. sedapp nyeeeee., makan gn roti pon sodap

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak pilla.... slalu baca blog akak but ni firts time nk komen hehehe suka tgk akak tau! sedapnya sambal akak ni... mmg peberet sy ni... tp kan kak blacan mana blacan hahahaha.

    ReplyDelete
  5. Owh ,gaul masa last tu .selalu saya buat dah goreng pastu p masukkan dalam kuali kacau2.no wonder cam tak berapa rangup.esok leh try lah.
    FAD

    ReplyDelete
  6. terliur nengoknya. Esok nak buat :-)

    ReplyDelete
  7. Anonymous12:32 PM

    Tips Peej bagi tu betul. Kalau tak memang kan liat la kejadiannya ikan bilis tu nanti.

    Kalau nak buat stok dlm balang then kena make sure dua2 sambal n ikan bilis sejuk dulu (jgn ko pegi sejukkan dlm freezer bersuhu alaska ko pulek) baru gaulkan dia. Nanti dia akan remain rangup n tahan lama. Daappppp hehe

    ReplyDelete
  8. sllu iols msk sambal ikan bilis ni letak kacang pas2 ubilah..tempelah hahaha..tp mmg sedap giler kan uols

    ReplyDelete
  9. Anonymous5:44 PM

    Ye sy setuju ngn cara kak peej..kalau wt smbal ikan keli pn gitu gak..tggu smbal dh betul2 sejuk, baru gaul ngn ikan kalau nk maintain rangup

    ReplyDelete
  10. yes..nampak sedap..lebih kurang sama dengan resepi mak sy cuma mak sy punya letak belacan dan tak letak gula dgn asam..tp sedap giler leh mkn dengan roti jg. sy nak try resipi akak nie.thanks for sharing.
    SalinaHafis

    ReplyDelete
  11. sedapnyer...resipi kter sama tapi tak serupa..hehehe

    ReplyDelete