Hai bertemu lagi.. Dah puas dah berehat so mari kita mulakan semula ok?
Kali ni Kak Pilla keluarkan 4 warna baru yang lebih mengancam heheheh.. Harap my regular customers pon suka dengan pilihan kali nie...
Fabric masih yang sama sebab dah puas Kak Pilla tengok fabric jenis lain, tetap fabric ni jugak yang Kak Pilla suka hahahah... Siapa regular customers mesti faham kenapa Kak Pilla suka sangat chiffon jenis nie.. Lembut, sejuk, flowy dan mudah dibentuk.. Pening Kak Pilla nak pilih warna ni tau.. Sebab ramai customers nak orange lah, yellow lah.. warna natural, baby blue.. Okay, nah ni Kak Pilla serahkan kat you all..
Kalau you all order, sebut sekali warna apa yang korang nak ok
Disebabkan warna kadang tu lain bila snap dalam rumah ngan outdoor so Kak Pilla snap sekali gambar bila dah pakai ye.. Sila refer gambar kat bawah ni ;)
cantikkan warna cocoa? hahah korang pon tau kot taste Kak Pilla warna-warna macam ni kann..
Penggila warna-warna soft dan lembut boleh pilih iceberg.. memang lembut sangat warna dia..
Bricks ni warna dia lebih kepada warna orange sikit tapi dia tak menyala-nyala sangat.. Bricks ni kaler batu-bata gitu..
Jarang tengok Kak Pilla pakai warna kuning camni kan? Kuning ni pun Kak Pilla pilih yang tak menyala sangat kuning dia.. warna ni lebih kepada warna butter sikit.. Nak letak nama dia "Lemak Ketam" pastu Peej jeling je dia cakap please jangan KG sangat ye nama hahahha.. Ok lah butterscotch style gak lah nama dia.. hahahaha
Hah kan lawa tu warna dia.. siap terkembang-kembang ditiup angin hahahah... Al maklumlahTheKasihsShawl memang lembut sangat fabric dia.. ahahahahha... Kitorang jalan kat satu Mall ni, pastu singgah kat satu stall jual chiffon shawl.. Tengok harga boleh tahan, tapi material dia keras dan kasar.. Terus sound kat Peej "TheKasihsShawl 10 kali lagi lembut dan cantik"... hahahahahah matiklah sentap makcik tu kalau dengar.. Siapa TheKasihsShawl????? Ada lewwwwww hikhikhikkkkksss..
Hahahaha eh ni entry nak meniaga ke nak buat lawak? Saja je tak tau nak bagitau you all cemana lembut dan berkualiti TheKasihsShawl ni kan.. So nilailah dari gambar model kat atas nie.. spek tak tinggal.. hahaha.. Alamak kantoi pakai selipar jepun je hahaha..
Oklah serious sikit ye..
Stok semua dah ready untuk diposkan... So apa lagi? Email dan buat payment cepat.. Serious buyer only. Boleh order terus dengan my agent Peej Burhan di Ig @peachhub Boleh whatsapp Peej 0122758575 atau Email Kak Pilla di framekasih@yahoo.com.. Korang pilihlah yang mana satu lebih menyenangkan korang yer.. Tapi jangan order sana pastu order plak kat email lagi... Nanti terdouble order.. Kene pilih salah satu ye..
Lagi satu nak bagitau sebab ramai nau yang suka tanya.. TheKasihsShawl ni lebar ke? Sebab saya jenis pakai tudung labuh sikit.. Ye memang lebar 180x80cm tu lebar.. Terpulang kalau korang labuhkan so dia jadi labuh.. kalau korang pendekkan so dia jadi lah pendek ;)
CHIFFON SHAWL
High quality chiffon
Size: 180 cm x 80 cm
PRICE: RM35
(including postage)
Sabah/Sarawak: please add RM5
PROMOTION PRICE
(including postage)
Sabah/Sarawak: please add RM5
Buy 3 - RM100
Buy all 4 colours at RM130 only
Email : framekasih@yahoo.com
Title: CHIFFON SHAWL
Love,
Filla.
Series cantik color dia cuma kta xpandai pakai shawl.. almaklum muka lebor... suka semua warna dia. Pandai filla pilih warna2 shawl tu..
ReplyDeleteCantik2.. suka bila org berniaga.. semoga success yer kak filla..
ReplyDeleteLatifahFazri