Ramai yang tanya apa produk yang aku consume lately ni? Tapi aku tak jawab sebab aku nak tengok kesan dia dulu.. Takkan ko baru consume 5 hari terus nak bagi result kan? Paling cepat pon result after one month aku consume lah kan...
Jawapan dia ialah SoyLAC!! Sebelum aku consume SoyLAC ni aku check sendiri adakah ianya halal, apakah ingredients dia.. Aku pergi tengok at BMS Organics ni sebab kat sini lah jual SoyLAC tu.. Korang mesti pernah nampak outlet ni kan? Aku pergi ni kat Empire Subang.. Kalau korang pergi sini, cuba singgah dan tengok sendiri ada banyakkkkk sangat produk bagus-bagus dan berkualiti kat sini.. Tak tipu!
SoyLAC ni adalah salah satu produk of BMS Organics dari Jepun yang berasaskan tumbuh-tumbuhan (organic) Jadi korang tak perlu risau ok? Sebelum aku cerita lebih lanjut pasal SoyLAC tu jom kita tengok-tengok apa yang ada kat dalam ni dulu ;)
Eh aku suggest korang pegi BMS Organics Empire sebab Auntie tu baik dan dia tau semuanya.. Ko tanya je apa kau nak tau tentang satu-satu produk tu, mesti dia boleh explain secara detail ;)
Ohhh baru aku tau rupanya kat sini ada banyakkkk sangat food and milk for baby jugak.. Masa aku pegi sini aku ajak Anny.. Dia pregnant tapi dia tak boleh nak minum susu.. So kat sini Auntie tu bagi try minum oats which is very good untuk perempuan mengandung dan tak mengandung.. hahah yang tak mengandung tu aku lah kannnn.. Anny rasa dia cakap sedap dan dia suka sangat.. kalau susu biasa dia tak leh minum pon sebab ada satu 'bau' kat susu yang dia tak suka.. Eh aku pon rasa tau.. memang sedap.. Anny terus beli..
Hah ada gelato jugak!!! semua nya organics!
Ok cukuplah cerita pasal produk lain.. Sebab yang aku consume ialah SoyLAC so mari kita cerita.. SoyLAC ni bukan ubat.. SoyLAC ni supplement untuk maintain kesihatan kita sebab ia merawat dari dalam dan kesannya akan terlihat melalui kulit yang sihat jugak.. Kenapa pulak rawat kat dalam perut tapi kulit yang cantik? Tu nanti kita cerita.. Sekarang aku cerita bagaimana SoyLAC bertindak.
Tau tak dalam usus kita ni ada Bakteria Asid Laktik (LAB)? Seorang penyelidik bernama Kazuyoshi Masagaki membuat kajian tentang LAB semasa pengambilan yogurt.. Kita pun tau bahawa yogurt baik untuk perut sebab mengandungi bakteria baik kan? Tapi masalahnya bakteria dalam yogurt tak kekal lama dan ia daripada susu haiwan.. Berbeza dengan SoyLAC. Penyelidik ni berjaya menghasilkan bahan ekstrak daripada LAB dengan susu soya organik sebagai medium memberi kesan yang lebih baik! Bukan senang nak menapai ekstrasi LAB dari susu soya organik ye.. makan masa setahun untuk membiakkan bakteria yang bagus ni. Proses fermentasi ni amik masa 1 tahun dan dalam masa tu dikekalkan pada suhu dan kelembapan yang tetap untuk meningkatkan kualiti.
Ok tu tak yah nak cerita secara detail sebab korang bukan paham sangat pun kan?
Ok ni packaging untuk SoyLAC yang aku consume tu.. Ia memang a product of Japan dan ingredients dia ialah ekstrasi LAB yang ditapai dengan soya (tumbuhan) dan langsung tiada penggunaan haiwan. Satu kotak SoyLAC mengandungi 15 tubes. Bulan pertama aku amik 2 tubes sehari.. 1 untuk diminum semasa perut kosong (sebelum sarapan) dan 1 tube lagi diminum semasa perut kosong (sebelum makan malam).
Setiap 5 tubes di packkan dalam satu plastik macam ni.. Memula consume dulu aku macam teruja tengok packaging dia yang kemas dan sangat berkualiti setanding dengan khasiat SoyLAC ni..
Dalam tube ni ada cecair jernih... So untuk bulan pertama, kita kene minum 2 tubes ok? Bulan kedua boleh kurangkan.. Lega sikit, selamat poket hahahaha...
Pulas dan putuskan bahagian atas tube dan tuang dalam gelas.. Actually consume directly dalam mulut lagi elok.. Tapi kalau tak nak, kita boleh campur dengan 200ml air dan minum.. Rasa dia sedap ke??? Dia actually ada rasa masam macam limau tu.. dan takde bau langsung.. So senang je lah.. teguk je macam minum air, settle! Tapi semasa consume SoyLAC ni kita kene banyak minum air masak..
Ni dah campur dengan air.. Aku selalu bayangkan lepas je aku minum, terus segala bakteria baik tu berperang memusnahkan bakteria jahat yang tak perlu menyemak dalam usus aku.. Hahaha.. Korang percaya tak, usus adalah sistem imune kita yang terbesar dalam badan kita kan? So kita bertanggungjawab untuk jaga usus kita supaya berada dalam keadaan sihat.. Bila usus kita sihat, kulit akan jadi sihat, kulit akan elok, kesihatan makin baik..
Eh nak cerita, Auntie yang kat BMS Organics tu pon consume SoyLAC.. Dia beli sendiri walaupun dia kerja kat situ.. Dia beli sebab dia tahu kebaikan SoyLAC lagipun dia kata dia dah tua, dia kena jaga badan dia.. Well said Auntie.. Satu lah yang aku perasan, Chinese, Korean dan orang Jepun ni sangat menjaga kesihatan diorang... Habis duit takpe, janji tubuh badan sihat.. Aku pon kadang-kadang kedekut jugak nak beli supplement yang mahal sebab masuk dalam perut.. aku lagi sanggup beli cream muka ke apa janji muka cantik kahkahkahhhh.. Pemikiran sangat tak berkembang ok.. Actually kita lupa, dari usus yang sihat, badan sihat, baru akan nampak kulit muka makin cantik dan berseri.. Lupa yeh?
"SoyLAC does not contain any artificial preservatives, colouring agents, perfumes, sugar and animal materials. Therefore, it is recommended for vegetarians and everyone else to achieve a healthy life"
Ni ada 3 different case yang menunjukkan perubahan selepas pesakit mengambil SoyLAC.. Nampak lah ada perubahan yang lebih positif.. Aku memang suggest kan untuk sesiapa yang ada masalah bahagian usus atau masalah dalaman yang lain.. Kita cuba je siapa tau kan?
Kesan yang aku dapat lihat kat diri aku sendiri pun banyak.. First sekali yang realized perubahan aku of course lah laki sendiri.. hahahahah.. Ahkak tak dapat nak share gambar sebelum dan selepas hahahaha.. Tapi kalau cerita takpe kan? SoyLAC ni paling bagus untuk orang yang ada skin problem.. Contohnya ada eczema.. Budak-budak kecik pon boleh consume dan ada sukatan dia lah of course kan.. Macam aku pun ada masalah kulit senang berparut dan kering.. Aku senang gatal-gatal kalau kene gigit hama atau nyamuk.. Pastu jadi gatal pastu jadi parut.. Kadang bahagian belakang badan bertanda-tanda kan? i bukan supermodel kulit bersih putih melepak hahahaha.. Tapi Pak Radie cakap kulit aku dah bersih dan sekata.. Apa bikin? Amboi si gangster ni kan.. Then aku pun tengok sendiri memang nampak cerah dan sekata.. no sharing, sila beli sendiri ye.. hahahha
Kalau korang ingat aku selalu mengadu sakit badan, tak boleh salah makan sikit pun aku boleh sakit badan.. Tapi sejak sebulan ni banyak sangat kurang bab 'angin' dalam badan.. SoyLAC ni pon detox badan kita jugak.. kan kira dia cuci bahagian usus kita.. so benda yang tak elok semua keluar dari badan, yang tinggal cuma yang elok-elok je..
Ni punggung budak umur 9 tahun yeee. bukan punggung Kak Pilla yeee hahahaha.. Ok lepas 1 month intake nampak dah bersih punggung dia???? see???? dah takde red rash dah..
zoom sikit.. Hah tu aku cakap, very good untuk orang yang ada masalah kulit... siapa ada masalah kulit atau ada anak yang ada masalah kulit kita cuba.. mana tau kan?
Ini antara kebaikan SoyLAC
- Memperbaiki kompleksi kulit, terutamanya inflamasi kulit, ekzema, dan sebagainya
- Memperbaiki pergerakan usus dan ketidakseimbangan mikrob flora
- Meningkatkan mekanisme pencernaan dan penyerapan
- Memperbaiki badan alergi
- Meningkatkan metabolisme protein dalam kencing
- Membantu dalam pembersihan darah dan penyahtoksin
- Menguatkan sistem keimunan
- Membekalkan dasar yang kuat untuk kesihatan fizikal
Kalau korang pergi sendiri outlet BMS Organics atau korang dah beli SoyLAC ni, dalam kotak tu ada pamphlet yang korang boleh baca sendiri.. Memang bagus lah..
Pakar pon kata, untuk memiliki kulit yang cantik, bermula dari usus.. Kenapa usus? Sebab nutrin dalam darah diserap dari usus. ingredients dari SoyLAC ni akan membantu untuk produce healthy blood cells. Untuk maintain kulit yang cantik, usus mesti ada bacteria yang baik dan seimbang.. Bila ada bakteria baik ni hidup dalam usus kita, of course akan membantu untuk memperbaiki masalah kulit macam eczema, atopic dermatitis, kulit wajah bermasalah dan jerawat.. Kulit akan jadi cerah, sekata, bersih dan awet muda.. Sekarang faham?
Aku memang puas hati sangat dengan SoyLAC sebab aku rasa disamping aku menjaga usus aku supaya sihat, tubuh badan aku sihat, aku dapat juga benefit kulit jadi bersih, kurang allergy, kurang sakit-sakit badan dan kulit jadi sekata dan tak kering.. Lagipun aku percaya dari dulu Produk Jepun memang terbaik sebab mereka mementingkan kualiti untuk hasilkan sesuatu produk.. Ko bayar lebih sikit takpe, hasil dia memang puas hati.. Tak yah nak berkira sangat kan?
Harga sekotak SoyLAC ialah RM169 dalam dia ada 15 tubes yang kita kene consume 2 tubes a day.. Aku rasa agak mahal bagi aku, kalau korang kaya maybe rasa murah lah.. hahaha.. Tapi seriously aku puas hati dengan hasil dia.. So bulan kedua aku beli lagi.. Bulan kedua dah boleh kurangkan 1 tube per day.. So dah jimat kan? Aku cuma perlukan 2 kotak untuk sebulan (bulan kedua).. Maybe bulan ketiga aku akan start selang sehari... (1 kotak sebulan)...
Oh ya ada berita baik ye.. Buy 4 Free 1 SoyLAC package from 1 Nov - 31 Dec 2014 dan anda berpeluang memenangi Lucky Draw contest!!! Pemenang yang terpilih akan memenangi trip ke Jepun, berpeluang melawat SoyLAC factory dan menghayati keindahan bunga Sakura!!!!
Aaaaahh nak menang jugak!! Nak gi Jepun!!!!
Korang boleh visit BMS Organics outlet atau boleh beli secara online kat sini http://bit.ly/organic2u-SoyLAC
Selamat Mencuba!
Love,
Filla.
kak, filla outlet mane je yang ada?
ReplyDeleteteruja plak baca...
ReplyDeletebyk outlet dia.. empire subang, midvalley, one city mall pon ada
ReplyDeletekak filla ibu myusu bole mkn tak? sbb teruja dgr cite kak filla nie...
ReplyDeleteHALAL KA KAK PILLA????? X ADA COP HALAL PUNNNN~~
ReplyDeletewahhh. kita nak gak tryyy baca sis punye entry pon dh semangat hhihi
ReplyDeletehalal lah dik, kalau x halal takkan kak pilla nk consume :) ingredients bms organics cuma gunakan bahan organic.
ReplyDeletebila sebut SoyLac tu ingatkan macam minum air soya. eheheh sekali bukan..tulah kita nie memang kena labur duit kalau nak sihat & cantik...
ReplyDeleteSalam..thanks for sharing.Mcm teringin nk cuba. Cuma nak tanya, soylac ni berkesan tak utk org yg ade pigmentasi kt blakang badan? Harap dpt membantu.tq.
ReplyDeletewaaa..one utama poN ade
ReplyDelete