About Me

Friday, September 26, 2014

CHEF WAN BAGI TIPS MENJAGA KESELAMATAN DI DAPUR

*scroll down for new entry*

Aku adalah orang yang super cerewet bab keselamatan.. Eh bukan aku je kan.. Confirm semua pun macam tu.. tak kira lelaki atau perempuan.. Aku menitik beratkan bab keselamatan especially kat rumah sebab rumah lah tempat untuk kita berehat bersama keluarga, melepaskan penat lelah, anak-anak semua ada kat rumah.. Kita kene pastikan rumah adalah tempat yang PALING SELAMAT untuk keluarga kita.. 

Memang malang tak berbau, tapi kita selaku orang yang paling bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan seisi keluarga kena selalu peka.. Jangan main-main pasal keselamatan ni.. Contoh aku takkan tadah air dalam baldi sebab aku ada anak kecik yang berumur 1 tahun 1/2 yang tengah nak explore semua benda kan.. Kalau dia main air and terjatuh dalam baldi?  Aku pastikan alarm kat rumah sentiasa on sebelum tidur sebab takut pencuri masuk.. Aku pastikan semua plug ditanggalkan selepas guna (especially extension plug) Risau takut tetiba litar pintas ke apa kan?

Untuk keselamatan di dapur pulak, aku akan pastikan gas dalam keadaan ok.. Kita guna gas untuk memasak so kita kene make sure kita selalu check keadaan gas, saluran gas tu ada kebocoran atau tidak.. Kalau bocor dan kita biarkan sangat bahaya ok.. Api boleh menyambar sebab ada gas yang keluar dari saluran hos gas tu.. 

Now Kak Pilla nak ajak u olls semua tonton video Celebrity Chef kita ni... Siapa tak kenal Chef Wan kan? Aku dulu tiap-tiap petang tengok rancangan masakan bersama Chef Wan... Dengar pengalaman Chef Wan ketika di dapur.  Chef Wan akan demonstrate dan bercerita tentang keselamatan ketika berada di dapur.



Tips keselamatan di dapur

1. Jangan tinggalkan dapur tanpa pengawasan.
2. Selalu pastikan sistem pengudaraan adalah bagus semasa sedang memasak.
3. Dapur / Stove diletakkan agak tinggi dari silinder gas.
4. Pastikan jarak antara silinder gas dan dapur sekurang-kurangnya 1.0-1.5 meter.
5. Jangan letakkan silinder gas di ruang yang tiada sistem pengudaraan yang baik.
6. Jika ada bau aneh dari silinder gas dan jika ada serangga di alat-atur (regulator) bermaksud ada kebocoran pada gas.
7. Turn off / matikan semua punca bahan api dan jangan gunakan atau kendalikan barangan elektrik jika ada bau yang keluar dari kebocoran gas.
8. Jika ada kebocoran gas, sila hubungi 
PETRONAS Mesralink 1 300 888 181.
9.  Jika ada kebakaran, sila hubungi Fire & Rescue Department of Malaysia (BOMBA) di talian 999.
10. Pastikan kedudukan silinder gas diletakkan menegak.
11. Nyalakan api sebelum menghidupkan dapur/stove.
12. Pastikan anda menggunakan gas regulator dan hos yang mendapat kelulusan Standards and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) sahaja.
13.  Anda digalakkan menukar gas regulator 5 tahun sekali dan hos setiap 2 tahun sekali.
14.  Gunakan air sabun untuk memeriksa kebocoran gas.  Jika terdapat buih, ini bermakna ada kebocoran.
15. Selalu lakukan pemeriksaan pada gas regulator dan hos dari semasa ke semasa.
16. Switch off / matikan dapur/stove dan tanggalkan gas regulator valve jika tidak digunakan.


Ingat ye, pastikan anda ikut tips kat atas tu.. Keselamatan harus diutamakan ;)



Love, 
Filla.

4 comments:

  1. Perkongsian tips dapaur yang sempurna. Nak kena tengok juga gas rumah saya macam ni.

    ReplyDelete
  2. gud info.. thanks! :)
    sng² jom sggah blog sy lak.. sharing is caring.. :)

    ReplyDelete
  3. good info sir..
    jangan lupa kunjungi juga blog saya sir :) pengetahuancepat.com

    ReplyDelete