Projek melenjan oven baru diteruskan.. Actually ayam panggang ni aku dah biasa buat.. Resepi ni tutup mata pon boleh buat hahaha.. tapi dulu aku takde oven.. dulu masak guna microwave je.. Tapi tak sesedap guna oven.. Bila panggang kat oven, kulit ayam tu akan masak sempurna cantik je.. Kalau microwave ayam tu macam tak berapa nak kering.. so kurang best..
Oven ni boleh buat ayam golek.. Tapi tak kuasa lah nak golek-golek.. kita campak je dalam tray tu.. Memula aku letak dalam pyrex macam tu lambat sangat masak... So aku pindah letak je kat tray oven tu..
Kalau korang nak prepare hidangan ni sangat sesuai.. sebab senang gila dan nampak macam terror je.. hahahahahhahaha...
Resepi ni memang sesuai untuk budak-budak sebab lazat, berkhasiat dan tak pedas :)
Kak Pilla guna 1/2 ekor ayam je.. Sayuran tu masukkan kemudian.. Celur dulu kat luar siap-siap.. dah nak masak ayam tu baru campak dalam oven..
Nyammmmsss..
Ada orang makan camtu je.. Kalau nak makan dengan nasi pon boleh..
RESEPI AYAM PANGGANG FILLANIE
1/2 ekor ayam (kerat dua)
1 biji bawang besar dibelah-belah
100gram butter (atau agak-agak sendiri)
BAHAN PERAP
kicap manis
kicap pekat
sedikit garam
1 sudu serbuk lada hitam
1 sudu serbuk lada putih
1 sudu besar madu
BAHAN CELUR
Lobak merah
2 biji kentang
broccoli
button mushroom (tak perlu celur)
CARA-CARA
Panaskan oven 200c selama 10minit.. Letak ayam dalam tray atau loyang.. Taburkan bawang dan tepek-tepekkan butter kat badan ayam.. Kalau korang guna ayam seekor.. boleh sumbat bawang besar yang dibelah jangan putus tu dalam perot ayam.. Lumur bahan perap tu rata-rata kat ayam.. Make sure bila lumur bahan perap, ayam tu kering tak berair.. pepandailah toskan ke lap ngan tisu masak ke sebelum lumur..
Masukkan ayam dalam oven dan masak hingga 25-30 minit dengan suhu 200c.. Sambil tu jenguk-jenguklah jugak.. kang rentung jangan salahkan Kak Pilla pulak.. nak tau ayam dah masak ke belum, cucuk ngn pisau ke garfu ke.. kalau still berair tu maksudnya belum masak ye.. dah dekat nak masak, taburkan bahan celur tu supaya boleh meresap ngan kuah ayam tu..
Hidang ayam lawa-lawa dan susun sayuran tu cantik-cantik.. pastu curahkan kuah dari ayam tu kat badan ayam..
Sedap dan sesuai untuk kanak-kanak! kalau gemok sila tanggung sendiri hahahahha
Love,
Filla.
250 gram butter tu bkn seketul ka..mmg lemak berkrim disukai ramai hihi..
ReplyDeleteAnon: Ooopss thanks inform.. silap tu.. 250grm pengsan sampai seketul hahahahah
ReplyDeleteKak Pilla..nk tnaye oven brand ape ni huhu..pastu dia guna api bwh tak ?
ReplyDeleteaaaaa sedapnyeeee..nk beli oven jgk lah haha
ReplyDeleteWahhh...resepi simple dan sedap nampaknya...boleh dicuba nanti nih
ReplyDeleteCelur tu ap kak haha
ReplyDeleteCelur tu ap kak haha
ReplyDeleteSimple tapi sedapnya...
ReplyDelete