Sambutan Hari Raya bersama Nuffnang pada 23 Ogos haritu berlangsung dengan meriah.. Nak tercabut kaki Kak Pilla.. hahah.. Aku and Ceera antara yang sampai terawal. Eh? Paling awal aku rasa hahah..
Pihak Nuffnang ada sediakan macam-macam aktiviti sempena sambutan raya tu.. Antaranya demo cooking bersama Kak Pilla.. Amboi tak agak-agak nak cooking live.. Kecut perut sebenarnya.. nasib takde periuk terbalik haritu heheheh... Plan asal Kak Pilla ajak Elly jadi assistant untuk mengurangkan nervous.. Semua ok mulanya, pastu last minute boss Elly boleh pulak buat jamuan raya hari yang sama.. Huwaaa nak nangis.. So Kak Pilla akan masak secara bersendirian.. Terimalah hakikat.
Sehari sebelum majlis berlangsung, berwhatsapp dengan Ceera tanya dia pegi tak? then dia kata pegi.. Ok at least kurang rasa nervous bila kengkawan ada bersama.. Pastu masa hari kejadian aku kat rumah.. Terus datang idea nak gi amik Ceera kat rumah dia so dia jadi assistant aku.. Lagipun aku plan balik dari NNRaya ni nak gi melawat Sepet (adik Ceera) yang baru lepas bersalin tu.. Ceera pon ok je bila aku cakap nak amik.. maka haluan waze yang aku dah set ke Wanaka The Bungalow tu aku tukar ke rumah Ceera.. Thank you waze.. Banyak sangat jasa waze kat Kak Pilla..
Sempat lah amik Ceera pastu singgah kedai baby beli sikit untuk baby Sepet and Qery.. Then kelam kabut ke lokasi Nuffnang Raya kat Wanaka Jalan Dungun, Damansara. Eksyen tak tanya Pak Radie pon jalan nak ke sana.. i kan ada waze.. padahal kalau zaman takde waze.. gigih aku suruh dia lukis map.. bukan map ye, tapi siap lukis cantik-cantik gambar jalan raya, gambar traffic light semua.. pastu kene peruntukkan masa nak study dulu map dia lukis tu.. omg kerja gila sangat tu.
Sehari sebelum tu Kak Pilla dah beli barang-barang untuk masak.. Adrian dari Nuffnang tu dah tanya Kak Pilla nak masak apa? Bila fikir balik, kena lah masak menu yang bersesuaian dengan tema hari raya kan.. So Kak Pilla pilih nak masak lontong (sebab senang) hehe.. dan sambal ikan bilis.
Persiapan dan siap susun cantik-cantik dah.. Tapi masa Ceera tolong susun keluarkan barang letak atas meja.. Ceera tanya..
Ceera: Ko masak sambal guna cili padi ke?
Kak Pilla: Ye.
Ceera: Eh? Okkkkk..
Kak Pilla: Eh, lontong lah guna cili padi.. sambal guna cili kering blend la..
Ceera: Dah tu mana cili kering blend ko?
Kak Pilla: OMG takkan takde dalam bag tu????
Ceera: Takde.
Huwaaa nak nangis.. Terus panik mana pulak nak cari kedai area sini macam takde kedai.. Terus Ceera whatsapp Kathy suruh singgah kedai beli cili kering.. Sib baik Kathy still kat rumah so dia bawak cili kering dia je.. Lepas tu tengok mangkuk untuk letak sambal ikan bilis nanti takde.. So pesan gak kat Kathy suruh bawak bekas untuk letak sambal ikan bilis.. Thank you Kathy telah menjadi penyelamat hehe.. Pastu Kathy sampai rupanya dia bawak mangkuk kecik gila hahahah.. sudahnya mangkuk kecik tu buat letak sabun cuci pinggan.. Oh antara sponsor pada hari tersebut ialah AmbiPur, Febreeze, Umobile.. Sabun cuci pinggan pulak jenama Joy.. Besttttt sebab packaging kecik comel pastu berbuih banyak.. cuci pinggan kalau susun boleh sampai ke Singapore.. Kelas kau Jah.
Sempat kan hehehe..
Blogger Ceera bersama Kak Pilla.. Thank you Ceera, kalau tiada dirimu, pasti kelam kabut diri ini.. Ceera stay sampai pukul 8 sekali ngan aku.. Tolong berkemas apa semua.. Eh tapi dia cakap nasib baik naik ngan aku, kalau tak dia dah blah.. hahah nasib lah aku kene cuci pinggan sorang hehehe.. Dah lah beriya Kak Pilla ngan high heels.. last-last tukar pakai selipar jepun ke hulu ke hilir.. hahahah nasib lah org lain lelawa.. Kaki Kak Pilla rasa nak meletop berdiri kemain lama..
Abang kambing ni lah peneman kitorang.. Meja sebelah-sebelah lah katakan.. Siap pesan "Bang, nanti kambing tu reserve sikit kat kitorang ye"... Pastu dia cakap ok bolehhhhh takde hal.. tapi "Lontong tu tinggal sikit untuk kitorang ye" Amboi sistem barter nampak?
Kambing besa godang camni rugi lah tak makan.. Sedap pulak tu... letak black pepper sauce.. Nyammmm..
Aku pon tak sedar bila masa orang makin ramai dan ramai dan ramai... Yelah.. ai duduk dapur je.. tak glamour macam uolls.. *sobsobsob*
Sempat bergambar dengan few readers yang datang beraya berama Nuffnang. Ada lagi yang amik gambar tapi Kak Pilla tak sempat snap, harap phone korang je lah.. Kak Pilla tak tau henpon ke mana, camera kemana..
Ni Xing Yi from Nuffnang.. Dia comelllll sangat.. selalu Kak Pilla ni berwhatsapp je dengan Nuffies.. tengok muka diorang pon kat profile pic whatsapp tu je.. mana lah nak ingat.. So bila jumpa macam ni baru lah macam Oooohhhh ni Xingyi, ni Michelle, ni Adrian.. Ahhh Adrian tak kira.. Adrian penah datang rumah masak rancangan Maggi haritu.. kenal sangat muka hahaha..
Adrian sebagai Emcee siap baju melayu pink..
Sebelum start masak, Kak Pilla sempat pusing seround snap-snap dulu..
Kemain comel awek-awek chinese ni pakai kebaya ngan baju kurung.. Semua sporting walaupun ada yang pinjam meminjam baju hahaha..
Ok rancangan masakan dah nak start.. Si Adrian boleh announce pulak.. Hoi maluuuuuuu... siap interview apa rahsia nak bagi masakan sedap... Senang je, sebelum masak hembus sikit hahaha.. takdelah.. Dah lah Kak Pilla bawak blender kecik je.. sebab konon nak guna untuk blend bawang ngan udang kering je.. Ni dah kene blend cili kering pulak.. terpaksa bertrip-trip blend.
Tapi memang fun lah sepanjang memasak tu.. Ceera pon memang satu kepala otak so takde masalah.
Amboi ni muka serious ke stress?
Ceera pon kene interview.. Kemain confident dia menjawab hahaha
Gang2 blogger dah sampai.. Kathy and Elly.. Semua melepak kat tempat masak hehehehe.. Pastu sambil masak, semua aku suapkan suruh rasa garam untuk kuah lontong.
Tak lama lepas tu Hero Malaya sampai.. Heheheh.. Aku ajak Pak Radie.. memula dia malas nak pegi.. Dia kan boleh tahan anti social kalau aktiviti aku.. Tapi dia datang jugak singgah tengok bini dia memasak kejap.. Tapi masa dia sampai aku dah siap masak lontong.. Nak bagi makan tak leh sebab caterer yang bawak nasi impit tu lambat nau sampai.. So dia makan kambing je.. lepak jap pastu dia blah gi Shah Alam ada open house.. Aku tak dapat nak join dia walaupun semua gang-gang rapat ada kat sana.. kim salam pelok cium je lah yang mampu heheh..
Banyak aktiviti kat dalam ni.. Tapi Kak Pilla tak sempat nak join.. Rugi ok.. Hadiah dah lah best gila.. Samsung S5 ko mampu??? *sobsob* Kak Pilla kat dapur tengah sinsing lengan cemana nak main games..
First time jumpa Yana (kawan Ceera) dia selamba tapi pemalu hahah.. dengar citer kat entry Kathy kata Yana segan nak datang.. Dey apa da segan.. hari raya kaaannnnn.. seronok jumpa Yana.. nanti kite jumpa lagi yeee..
Ini tiap minggu jumpa.. kalau tak jumpa pon hari-hari whatsapp.. Tak leh miss, kang rindu.. hahahaha.. over, lempang mau? team mak-mak biasalah.. berkongsi resepi, berkongsi pengalaman, berkongsi tips besarkan anak.. macam-macam topik selalu dibincangkan.. Peej pulak tak dapat nak join coz dia ada banyak open house.. "Aku ada open houses nak kene pegi, so tak leh join".. amboi houSES ye..
Sempat lah snap satu gambar with bloggers hebat ni.. from Left: Kathy, Ceera, Namee, Nara, Elly and Kak Pilla.. Hish nape nampak tembam ni?? Padahal memang tembam.. nyampah.
Mintak tolong Pak Radie snapkan.. 10 kot sekali dia snap.. sama je posing.. dah tu 2 saat 10 gambar. Apa pon tak bleh. Ada ramai lagi bloggers tapi tak bergambar pulak.. Biasa lah.. bila dah balik tengok balik gambar, eh aku tak amik gambar ngan dia ni, dia tu.. Ada CikEpal, YuyuZulaikha dan Redmummy jugak..
Masa ditunggu pon tiba.. Menggedik kat #wowbooth.. Tak leh blah.. kelam kabut ok..
Ok dah lewat petang baru siap masak sebab gas pulok habis.. Ni lah lauk yang sempat Kak Pilla sediakan..
Lepas tu ada sesi Food Testing.. Oh Myyy kecut perot hahahaha.. Abang ni lagi best.. sudu baru kat bibir belum masuk lagi dalam mulut dah "Hhhmmmmmm dappp".. Hahah nampak nau nipunya.. pecah perot gelak..
Adik ni rasa kemain macam juri.. Seram Kak Pilla.. siap kunyah dulu, muka macam tengah fikir nak bagi berapa bintang.. heheh sib dia kata sedap cukup rasa.. amboi rasa nak terbang kak pilla..
Hahhhhh ni baru betul.. sampai pejam-pejam mata hihihihi..
Seronok sangat lah join Nuffnang Raya ni, penuh dengan aktiviti yang boleh merapatkan silaturrahim.. Ramai yang gembira sebab dapat bawak balik hadiah-hadiah dari UMobile, Febreeze, AmbiPur..
Yeayyyyy Kak Pilla pon dapat jugak.. Thank you semua yang terlibat.. Thank you kepada Nuffnang jugak.. Next year buat lagi ye ;)
Love,
Filla.
Kak pilla ni comel sgt
ReplyDeletemmg meriah kalo dpt p event nuffnang sbb dpt jmpa rmi bloggers2 yg femes2...ni kali ke2 jumpa filla ...1st #nnraya thn lps kt papajohn...tp sebenarnya 3x dh jmpa cuma yg event 1st dlu kt berjaya times square event gatsby tk sempat nk posing sama :) tk sempat nk merasa lontong tu
ReplyDeleteeh eh.. ada gambar kita la.. ^__^ suke sgt dpt bergmbr ngan kak Pilla n ceera.. lontong itu thorbaik wokey... (y)
ReplyDeletekak pila ngan ceera lebih kurang je muka... mcm adik beradik pulak.. hehe
ReplyDeletekak pilla kan masak apa2 sedap dan terliur dibuatnya tau!
ReplyDeletekak pilla makin kuruih,sobs sobs
ReplyDeletekak pilla lawa!
ReplyDeleteCeera pon lawa.. amboi pak radi macam Roy sangat nih.. hehe