*scroll down for new entry*
Bila sebut pasal Merdeka aku mesti terbayang iklan Hari Merdeka yang selalu keluar beberapa hari sebelum Hari Merdeka.. Yang paling lekat dihati ialah iklan ala-ala throwback yang bapak dia kejut anak dia bangun pagi.. dia mandikan anak dia.. bersiap lawa-lawa..pakaikan bedak sampai putih muka anak dia..pastu dia pikul anak dia kat bahu.. Wahhhh tersentuh.. Aku pasti remaja zaman sekarang tak dapat merasakan apa yang orang-orang dulu pernah rasakan semasa melaungkan perkataan MERDEKA dengan sepenuh hati..
Zaman aku kecik dulu, balik kampung aku suka dengar cerita Arwah Atok.. Macam-macam aku nak tau.. Salah satu cerita zaman penjajahan.. Arwah Atok kata dulu zaman negara kita dijajah memang sengsara sangat.. sembunyi dalam lubang.. buat lubang kat tanah.. kalau penjajah datang menyerang semua kelam kabut sembunyi.. Masuk dalam lubang tutup lah atas tu ngan daun ke dengan papan ke.. Zaman dulu susah, sampai dah lepas merdeka pon, ayah aku kata bukan nya senang nak makan sedap-sedap.. dapat makan ayam pon time hari raya.. pastu dia 5 beradik.. Adik bongsu dapat makan paha ayam.. Ayah aku dapat ayam sembunyi bawah nasi supaya boleh dapat ayam lagi.. rupanya arwah nenek tau taktik dia.. memang tak dapatlah.. hehehehe.. Kita? Nak makan ayam? Bila-bila masa pun boleh.. siap membazir lagi.. Huwaaa tak suka macam tu!! Sebab tu aku selalu sangat pesan kat anak-anak, jangan membazir makanan, berdosa.. Ramai lagi orang susah yang tak dapat makan :(
Negara kita dah lama Merdeka.. "Tanggal tiga puluh satu, bulan lapan, lima puluh tujuh, Merdeka, Merdeka!!! Tetaplah Merdeka!! Ia pasti menjadi sejarahhhhh!!" Meremang bulu roma kan dengar lagu Allahyarham Sudirman.. Walaupun kita lahir dari generasi selepas merdeka, namun sejarah tetap sejarah.. Atok Nenek kita pernah melalui zaman kesukaran sewaktu dijajah dan mereka ada sewaktu Hari Bersejarah Negara kita merdeka..
Sempena Hari Merdeka yang akan menjelma pada 31 Ogos 2014.. Kak Pilla nak ajak you all sama-sama menghargai hari kemerdekaan negara kita Malaysia.. Memula Kak Pilla nak ajak korang tengok short video dari Narmi yang berlatar belakangkan lagu Warisan dari Sudirman..
Bestkan???
Haaa ni lah masa yang ditunggu-tunggu hahahaha.. Kak Pilla pon join buat 3 minutes short video.. Check out version Kak Pilla tentang Hari Merdeka yang turut menggunakan lagu 'Warisan' sebagai tanda penghargaan kepada Allahyarham Sudirman.. "Di siniiiiii.. lahirnyaaa sebuah cintaaaaaaaaaaa" aaaaaaaahh meremang bulu roma dengar lagu ni.. Video ni version Kak Pilla untuk menyampaikan betapa bertuahnya Kak Pilla dan keluarga dapat menjadi anak Malaysia yang hidup dalam keadaan aman, damai dan sentiasa maju kehadapan.. Saya bangga menjadi anak Malaysia!!!!
Kak Pilla nak tengok korang pulak buat video Merdeka version you all.. boleh tak?? This is a contest yang dianjurkan oleh celcomESCAPE.. anda berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM157,000!!
Cara-cara menyertai contest:
1. Shoot video berdurasi 3 minit dengan menggunakan apa-apa device. Make sure video tu ada menggambarkan Malaysian spirit.
2. Tema video mestilah ada barisan pertama lagu Sudirman (Warisan) iaitu "Di sini Lahirnya Sebuah Cinta".. Tak kira nak masukkan lirik lagu tu di minit ke berapa pun boleh.. janji wajib ada!
3. Submit video anda through YouTube link atau DVD by
9 September 2014.
9 September 2014.
Layari www.celcomESCAPE.com untuk menyertai contest!
Semoga Berjaya!!
I LOVE MALAYSIA!!!!
Love,
Filla.
jayalah Malaysia... salam dari Indonesia :)
ReplyDeletesyukur dilahirkan sbgi anak Malaysia yg merdeka
ReplyDeleteTerbaik...la
ReplyDeleteKalau lahir 31/8/2006 ada hadia ke?
ReplyDelete