About Me

Sunday, July 13, 2014

PEMINAT BOLA SEPAK JOM TENGOK BOLA JOM!!

*scroll down for new entry*

Dulu masa bujang kalau borak tentang future plan mesti akan ada soalan "kalau kawin, ko rasa anak ko berapa orang?" Haishh mengada sangat, still study tapi dah fikir pasal kahwin.. Aku plak memang dari family yang tak ramai.. So memang aku plan nak anak sikit.. Maybe sorang? or dua cukuplah.. 

Bila dah ada anak sorang.. dah rasa sendiri pengalaman mengandung dan melahirkan anak.. phewwww.. serik kot nak beranak lagi.. hahahah.. tapi ni semua rezeki.. Tak sangka anak Kak Pilla dah 3 orang dah.. Girls plak tu semua.. heheheeeee.. 

Sebagai seorang ibu dah tentu aku nak yang terbaik untuk anak-anak.. Walaupun aku ni mak yang garang, tapi tak semestinya aku kejam sangat haha.. Aku happy bila tengok anak-anak happy.. Aku masak supaya diorang dapat makan hasil air tangan ibu sendiri.  Bagi aku as a mom, semua ibu sanggup berkorban untuk anak... contoh lah, kalau masak, dah tak fikir tekak sendiri.. mesti masak lauk kegemaran anak-anak.. Anak first suka asam pedas, anak 2nd suka spaghetti, anak third kena masakkan yang tak pedas.. suami lagi.. Haaaa tu dia kan? penat memang lah penat, dengan kerja lagi.. balik laju-laju sinsing lengan baju nak berperang ke dapur lagi sediakan makanan untuk keluarga.. Tak, aku tak merungut, malah aku happy bila tengok muka anak-anak happy.. 

Aku happy bila dapat tau KIA turut concern tentang kasih sayang ni.. Aku bertambah terharu dan happy bila dapat tau Grand Prize Winner untuk contest Fuleco Friend Search yang dianjurkan oleh KIA tu dimenangi oleh ibu dan anak!!

Ingat lagi tak aku cerita Grand Prize Winner the first Malaysian kid Deshshiv Darshaan yang berpeluang turun ke padang mengiringi Fuleco Mascot semasa Semi Final World Cup yang berlangsung di Brazil? 


Tengok video ni.. OMG! sebak kot aku tengok masa ibu dan anak ni diisytiharkan sebagai Winner!!! Naluri seorang ibu ni lain.. dia sanggup buat apa sahaja demi menggembirakan hati anaknya.. memang berbaloi bila menang.. KIA telah menganjurkan contest ini dan ianya mampu membuka mata masyarakat tentang kasih sayang dan nilai kekeluargaan.  Menyesal pulak aku tak dapat datang join contest ni haritu..Bangga sangat jadi ibu dia kan? heheh.. 

Tapi takpe, KIA masih prihatin dengan menganjurkan viewing party untuk peminat-peminat bola sepak.. Sekarang kan tengah demam World Cup.. dapat tengok kat Malaysia pon dah bersyukur hahaha.. Tapi boring lah tengok bola kat rumah.. tak happening langsung!  So kali ni KIA ajak kita beramai-ramai tengok bola.. 

Sebelum ni KIA dah organized beberapa viewing party for 1st and 2nd Quarter Final di empat lokasi berbeza iaitu Penang, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan dimana kita telah melihat Malaysian kid berjalan mengiringi Fuleco onto the 2nd semi final pitch. 

Jom tengok viewing party masa quarter final haritu..

Viewing party yang berlangsung di Restoran Nasi Vanggey, Ipoh.

Semangat Bolaaaaa!!!!

Yang ni pulak kat Penang haritu.. 

Memang syok habis lah tengok bola ramai-ramai camni :)

Hoi belum pergi lagi dah rasa betapa meriahnya event tu nanti.. confirm ramai yang terpekik-pekik sokong team masing-masing.. hahaha mesti fun punya lah.  KIA juga akan sediakan Q&A games session, Scoresheet lucky draw dan teka score..anda mungkin berpeluang untuk menang KIA World Cup ball.  Huwaaaaaaaaa.. Kak Pilla nak menang.. Kak Pilla nak hadiahkan untuk Kasih Aleeya... jangan ingat anak perempuan tak suka bola ye.. dia kumpul ok patung bear pakai jersi sempena World Cup 2014 ni. 

Jeng Jeng Jengggg.. KIA akan menganjurkan viewing party for the finals game di mana???? di Rasta TTDI Kuala Lumpurrr!!! So orang-orang KL jom serbu tengok finals sesama..Rasta tu besar, confirm gempak punyaaaaaa!!! Datang awal masa event tu nanti sebab event ni open to public and it's a first come first serve basis.. Lambat, bye-bye.  KIA juga akan menyediakan free flow drinks untuk 50 orang pertama yang attend event tu nanti.. Nanti, jangan nak happy sangat.. sebab KIA nak bagi lebih lagi nie.. dari 50 orang terawal tu nanti, kalau team pilihan mereka menang, KIA akan bagi free meals jugak untuk mereka!! Apa lagi yang best? Haaaaa ada celebrities yang akan join event tu nanti.. Siapa? Diana Danielle, Elfira Loy dan Beautiful Nara akan bersama-sama tengok bola dengan kita.. Jommmm!!!!

Follow Kia FBpage https://www.facebook.com/kiamalaysia sebagai penaja Champs to Rio.  Pemenang telah participate di dalam global futsal tournament dan berpeluang menonton quarter final match.  Paling membanggakan ialah mereka juga telah memenangi tempat kedua against all the other global teams!!

Terbaekkkk lah abang-abang futsal ni.. Tahniah dari Kak Pilla!! Syabas KIA kerana berjaya menganjurkan pelbagai aktiviti yang super BEST sempena World Cup 2014!!! 

Jangan lupa turun Rasta TTDI untuk menonton final game World Cup 2014!! 




Love, 
Filla.

No comments:

Post a Comment