About Me

Monday, June 16, 2014

HAPPY FATHER'S DAY.

Semua sibuk celebrate Father's Day katanya.. Aku tak reti nak celebrate-celebrate sebenarnya.. Hahah.. Kalau ye pun.. just keluar makan je.. then cakap "Ok hari ni mama belanja" Selama ni pun Pak Radie memang papa terbaik untuk anak-anak aku.. Amboi over statement.. Muntoh orang baca hehehe.. 

Alhamdulilah, Pak Radie selalu ada untuk anak-anak dia.. Selalu melayan kerenah budak-budak ni.. Kalau dia takde, memang aku terasa sangat lah nak melayan budak-budak ni sorang-sorang hehe.. Aku kan tak reti nak manja-manjakan diorang nie.. Pak Radie panggil aku askar.. Takde garang pon.. cuma aku terlebih alert ke apa.. Ye lah gi jalan tengok Aleesya melasak macam tu.. Kasih dukung ingat aku tak risau? jap lagi jatuh camne? Memang dah jatuh gedebuk pon atas lantai dalam Toys ur us semalam.. benjol dahi Leecha huhu.. Aku dah panik terus peluk dia kuat-kuat.. Pak Radie pulak boleh gelak.. cakap biarlah jatuh.. rasa sikit.. Eh? boleh ke camtu? tengok ni dah benjol???? 

Yang Amaani pulak paip bocor.. tak sampai 20 minit nak kencing.. sepanjang keluar ada kot 4 kali melayan dia gi toilet.. Erghhhhh sampai aku tak bagi dia minum air lah.. masalahnya baru je gi toilet.. duduk kejap.. tetiba "Amaani rasa macam nak pegi toilet lah.. tapi takpelah.. boleh tahan sampai rumah".. Ewah sedap je cakap.. 

Semalam bawak diorang gi Empire je.. Kasih dah tembam.. muka bulat ;)

Budak gemok ni dah panjang akal.. Bakal menggantikan Amaani.. 

Semalam aku gunting fringe dia.. terus muka naughty.. The Kasihs semua aku yang guntingkan rambut.. Kasih pun aku gunting gak rambut bagi pendek.. Diorang ni peghak ke apa memang tak nak gi kedai.. nak mama je yang gunting.. sampai ke tua lah aku jadi tukang gunting kalau camni gaya..

Beli rantai ni masa keluar ngan Elly and Peej haritu.. pastu haku rasa leher macam berat.. jalan tunduk je.. kahakahakakah.. sopan sangat Kak Pilla ni jalan tunduk ke bawah.. ok jom bukak sumbat dalam handbag.. 

Classic Nachos favourite.

Kids pasta for Ani

Kids burger for Kasih.. 

Untuk Kak Pilla.. kemain lagi tekak ni.. semua nak makan.. pastu membebel tak kurus.. 

Papa's.

Thank you Pa sebab selalu ada.. Amboi Kak Pilla jiwang.. padahal bertekak no.1.. hahahah.. 

Amaani sekarang susah nak snap gambar dia.. asyik nak melarikan diri je.. 

Kenit Leecha.. masa nak keluar bibik cakap "Puan, tak payah beli broccoli lagi. Leecha tak nak makan dah.. muak dah.. Elok je aku sumbat kemain banyak dia makan broccoli.. Amboi Leecha muak ke bibik yang muak ni ;)

Tengok tu.. Aleesya mengada.. jalan nak pegang tangan.. kalau tak pegang nangis.. tapi bila kakak-kakak pegang.. dia suka hayun-hayun badan.. Amaani tu pun besar tu je nak pegang dia.. memang aku perati jeeee takut dua-dua tegolek.. 


Sian Amaani kan? hahahah.. "Mama, Aleesya ni tanak jalan betul-betul".. "Orang dah pandai jalan memang belagak, biarkan je dia Amaani"

Eh tetiba rindu kat anak-anak.. Ok lah, takde ending.. nak makan jap.

Eh ada ada.. Khas untuk para bapa di luar sana.. termasuk lah bapa saya Ibrahim Hassan dan bapa mertua saya Abd Hamid.. Selamat Hari Bapa dari anakanda.. Terima kasih kerana menjadi bapa yang terbaik buat saya.. Sayang kat kedua-dua sekali.. 



Love, 
Filla.

No comments:

Post a Comment