*scroll down for new entry*
Seperti yang u olls sedia maklum.. pada 19 April 2014 yang lepas.. Kak Pilla telah bertemu dengan readers Kak Pilla untuk bersama-sama memandu uji Ford Fiesta 1.5L..
Rugilah u olls tak pegi.. seronok ok bawak kereta.. sikit lagi kitorang nak melencong gi Mid Valley drive Ford Fiesta.. hahahahah... Actually test drive ni diadakan di Sime Darby Auto Connexion Sdn. Bhd., Lot 5, Jalan 205, 46050 Petaling Jaya.. Alahai senang sangat ok.. dari Federal Highway tu susur je.. lagi 2 minit aku nak sampai.. aku boleh tersusur keluar balik ke Federal Highway.. Nice very nice! meredah jam dekat setengah jam sebab nak patah balik.. wow so nice.. hahahaha..
Ni lah readers Kak Pilla yang datang pada hari tu.. ada few tak dapat datang.. takpe takpe.. Kak Pilla maafkan... lain kali kalau tak datang.. Kak Pilla cubit ok..
Jom ikuti pengembaraan Kak Pilla pada hari tersebut ;)
Sampai awal sangat.. so mari berselfie dulu.. auwww putih melepak muka kak pilla. thanks 360 camera.. i lav u.. So bila dah sampai lepak jap dalam kereta.. pastu tu terus masuk showroom Ford.. ada beberapa buah kereta Ford dipamerkan kat situ.. mata Kak Pilla tertarik kat Ford biru tu.. bila tanya.. Ok, memang tu lah dia Ford Fiesta 1.5L yang jap lagi Kak Pilla nak pandu uji bersama readers.. tapi Kak Pilla tak drive yang display kat show room lah.. kita drive yang warna biru kat luar..
Baru Kak Pilla tau haritu ada video shoot..
Sebelum Kak Pilla memandu uji Ford Fiesta 1.5L nie.. mestilah ada wakil dari Ford yang akan brief tentang kereta ni terlebih dahulu.. Penerangan yang sangat jelas sampai Kak Pilla terangguk-angguk tanda faham.. walaupun bila masuk part yang canggih-canggih tu, Kak Pilla sebenarnya blur sikit.. tapi takpe.. itu kita fahamkan kemudian pon takpe..
Apa yang membuatkan Kak Pilla jatuh cinta pada Ford Fiesta ni ialah designnya yang kecik, comel tapi tetap sporty gitu.. Macam u olls semua sedia maklum, Kak Pilla kan suka yang sporty2 dan nampak ganas.. Ini kalau Kak Pilla drive sorang-sorang mesti orang ingat i bujang.. auwwww nak jugak.. hehehe
Kita pusing keliling Ford Fiesta nie.. sport rim dia pun Kak Pilla suka.. dan bahagian belakang kereta ni pun Kak Pilla suka... siapa yang sesuai drive Ford Fiesta? Pendapat Kak Pilla, kereta ni tersangat sesuai untuk wanita sporty, aktif dan comel namun tetap ingin menampilkan gaya yang feminin dan ekslusif... Namun kereta ni sesuai jugak untuk kaum lelaki.. pon yang sukakan kelainan, tampil lasak dan romeo.. eh? hahah.. ok lah, nampak ranggi kan kereta nie..
Ok paling penting ialah kereta ni jimat minyak!! itu Kak Pilla like. hahah.. siapa tak nak jimat minyak kan kan kan?
Ok time ni tengah setting go-pro kat situ.. diorang nak suruh Kak Pilla bawak kereta ni sambil racing ke apa? hahah..
Haaaa tengok nie.. rekaan dalaman pun sporty kan kan? sukeee sangat ;)
nampak tu? blur Kak Pilla sekejap sebab terlalu canggih.. Kak Pilla ni jenis kena belajar step by step.. satu jam tak cukup untuk belajar yang canggih-canggih nie..
Ni ada dua benda Kak Pilla nak tunjuk..kunci untuk Ford Fiesta ni ialah smartkey ye.. untuk start engine, just push button start and stop je.. yang yang cucuk tu USB ye.. tapi lagu dalam tu tak banyak.. ada 3 lagu je.. yang ni Kak Pilla jakun sikit.. you all kena paham.. Kak Pilla ni bukan generasi belasan tahun atau 20-an.. Ahkak dah 30-an dik.. zaman akak dulu mana ada semua ni? dulu nak bukak tingkap pon kena pusing sampai nak tecabut tangan.. dulu kereta akak pakai kaset dik.. hahahah.. kadang tesangkut-sangkut film dalam tu.. ko mampu? hahahah
Voice Commands.. tak yah nak tekan-tekan apa-apa.. waaaaaaa *ngangakejap*
So kalau kita driving.. kita just jerit je dalam kereta.. jerit nak lagu apa.. heheh over, tak yah lah jerit.. tapi cakap dengan jelas lah.. contoh Kak Pilla nak lagu Adele.. Kak Pilla cakap "Someone Like You".. gitu.. pastu terus keluar lagu tu... omg. sorry ahkak memang jakun.. so what?
Eh tapi pesanan ok.. make sure kat sebelah korang bukan lelaki.. kang korang pilih lagu yang title "I Love U".. nanti lelaki sebelah ingatkan u oll cakap kat dia macam tu.. tu memainkan perasaan orang.. tak baik ok.. tak kelaka ke? alaa gelak laaaa gelak laaaaa.. heheh
Tu, terus keluar lagu Someone Like You.. so canggih u know..
dan boleh sync dengan smartphone jugak... kelas kau Kak Pilla.. polis lalu kat sebelah, kita boleh lambai tangan je.. sebab hands free.. mana boleh saman i.. heheh.. ni pun sama.. kalau korang dah saved phonebook korang kat sini.. tak yah lah nak bagi command sebut nombor.. katalah aku saved nama Pak Radie tu sebagai Cayang.. so aku jerit je "Cayangggggg".. terus dia call kan cayang ai ok.. hukhukhuk.. tapi aku yang tak sanggup kot nak jerit "Cayanggggggg".. hahahahahha.. geli tekak aku.. hahaha
Semuanya digital.. reverse pon terasa lebih selamat dan confident.. takkan ada kejadian langgar tiang sampai roboh.. tiang selamat, kereta pon selamat ;)
S-gear kalau nak try pon boleh.. memang pickup kuat dah macam kereta racing gitu.. tapi kalau macam Kak Pilla yang lemah lembut ni kita pakai D sudah lah ye.. lelaki memang suka lah S gear nie..
So itu serba sedikit yang boleh Kak Pilla share tentang interior Ford Fiesta 1.5L
Memang nampak bergaya Kak Pilla dalam Ford Fiesta ni kan? heheh
Interview session pulak....
Pukul 2 petang, readers Kak Pilla pun sampai..
Namanya Shima dari Bukut Beruntong.. Thank you Shima sudi datang jauh-jauh untuk sama-sama Test Drive Ford Fiesta dengan Kak Pilla yer ;)
Semasa Test Drive with my reader Bob. Eh dia ni kawan Pak Radie sebenarnya.. tapi Bob memang baca blog ni.. Thank you Bob sudi datang memeriahkan suasana.. kemain dia buat corner 360darjah hahaha.. Oh lupa nak cerita tentang kehebatan Ford Fiesta punya power steering.. Aku cerita ikut pemahaman aku jelah ye.. power steering Ford adalah antara yang terbaik kerana sangat smooth, ringan dan pusingan dia lebih dari pusingan power steering kereta lain.. faham tak? hehehe.. so Bob ada try pusing power steering ni.. pusing sekali je.. cukup untuk buat pusingan kecil kat jalan raya.. memang power ah.
with my loyal reader Mr. Jamar atau lebih dikenal sebagai J.M.R. seorang blogger jugak.. kenal sejak dia belum berkahwin, now dah ada anak sorang ;) So suami isteri bergilir-gilir test-drive.. Kak Pilla tolong jaga baby kat seat belakang.. hahaha..
Hello Daddy, it's my birthday today, i don't want much from Mommy and Daddy, just buy me this car and i'll be fine...Thank you Mommy, Thank you Daddy.. i love u both... i'm so lucky to have both of you as my parents.
Ok pandai Kak Pilla buat citer.. hahahah..
Hi, this is Shima.. dia ni malu-malu nak bawak kereta.. eh bukan malu tapi takut-takut.. tak yah takut dik.. Tapi semua happy lah dapat test-drive bersama-sama .. and of course Kak Pilla pon sangat happy ;)
Selesai test drive, kitorang semua berkumpul kat dalam show room.. Kak Pilla nak tengok engine pulak.
Amboi paham ke? memang tak paham laaa.. tapi sikit-sikit tu tau lah.. Engine untuk Ford Fiesta ialah 3 silinder Eco-Boost yang diyakini dapat menjimatkan penggunaan minyak dan enginenya adalah ringan..
Pandangan belakang yang seksi.
Pandangan depan yang garang dan sporty.
Itulah pengalaman berharga Kak Pilla dengan Ford Fiesta 1.5L .. sesiapa yang sedang memburu kereta impian, boleh masukkan Ford Fiesta 1.5L dalam list ;)
To all my readers, thank you so much for your effort and time.. i really appreciate each of you.
Jom tengok video Kak Pilla..
OMG.. suara macam petir pastu laju macam keretapi.. haha..
Love,
Filla.
uwaa.. lju2 nk komen awat gmbr mmy dayyan mulut mcm tu.. haha..
ReplyDeletetq kak.. nice to meet u again.. nnti nk jmp acih, amani n leecha plk.. :)
wah bestnya. rugi x hantar borang hari tu..kalau x boleh jumpa k.pila. huwwaaa...
ReplyDeleteKo ni memang garang kan filla? cakap macam guru besar. hahaha. ganasssss. takut aku. tapi ford fiesta memang best! boleh cakap-cakap je eh bagi arahan? perrrghhhh!
ReplyDeletehahaha.kak filla cakap macam nak marah.auwwww.hihi
ReplyDeletekak pila sekali tengok macam mizz nina.....
ReplyDeletekaler biru menawan qolbu..tu blom test drive lg..mau jatoh chenta terus ni..hehehe
ReplyDeletegoogle cari resepi nasi ayam terjumpa blog ni..salam perkenalan kak pilla..btw ford fiesta mmg antara car list idaman saya jgk..mmg cun la..:)
ReplyDeleteBagus jgk laa ada video ni, sbb kekadang bila baca jaa x rasa puas.
ReplyDeleteBgi saya k.pilaa the best!
Respect sgt career women mcm k.pilla but still leh masak utk family.
Kereta ford mmg cantik.. risaukan spareparts dia je.. btw.. kak filla pn cantik.. hehe
ReplyDelete