Aku mula-mula pakai handphone masa belajar kat UiTM dulu.. tu pun yang terpaling tak canggih sekali.. Aku pakai handphone supaya mak aku senang nak cari aku.. Al-maklumlah dulu duduk sendiri.. masa tu cuma boleh receive calls dan buat call je.. camera pun takde.. yang ada SMS je.. Tapi tu zaman dulu.. 15 tahun yang lalu...
Sekarang canggih.. Kasih pun ada handhone.. boleh call, boleh MMS, SMS, boleh snap picture, ada FB ada Instagram, ada whatsapp.. omg! anak aku baru 9 tahun kot? Dalam dilema.. Kalau tak belikan, kesian pulak sebab semua kawan-kawan dia ada handphone.. at least aku boleh contact dia kalau dia takde ngan aku.. Aku selalu kawal penggunaan handphone dia.. weekend aku bagi.. at least dia boleh whatsapp dengan cousins dia..
Amaani yang baru nak masuk 4 tahun memang tak berlekang dengan ipad.. pun aku kawal jugak.. dia boleh tengok ipad selepas aku balik dari kerja.. siang no ipad! kadang asyik bergaduh ngan Kasih berebutkan ipad..
Bila dapat ipad, diorang dah tak peduli apa jadi kat sekeliling.. mama ada ke takde ke, takde siapa yang kisah :(
Pak Radie???? kat rumah pun sama.. makan kat luar pun sama.. bila tegur dia tak mengaku.. padahal handphone sentiasa melekat kat tangan..
hahahah.. dari tadi membebel.. rupanya mak dia pun sama.. erk... hahahaha.. i'm a blogger. social media sangat penting bagi saya.. hahahah.. itu bukan alasan untuk mengabaikan keluarga.. Ok ok ok.. aku salah! omg, apakah yang telah berlaku kepada kita semua rakyat Malaysia ni? sebelum makan amik gambar food dulu.. dah snap gambar nak update pulak kat fb, instagram and twitter.. dah tu bila nak makan? bila nak berbual dengan ahli keluarga..
Ini yang aku rasa macam tak best.. "Together But Alone" itu lah hakikat yang mesti kita ubah. Selalunya pukul 8 malam adalah waktu aku sekeluarga berkumpul untuk makan malam.. Tapi semua diam.. sibuk melayan gadget masing-masing.. sambil makan pun kadang-kadang boleh berwhatsapp.. boleh check facebook.. omg! tak bagus ok.. family moment sangat penting bagi aku.. so kita tak boleh biarkan perkara macam ni berterusan sampai merenggangkan hubungan kekeluargaan kita.. setuju?
Kalau makan kat luar pun sama jugak.. borak sikit je.. mata masing-masing mengadap handphone.. pernah sekali handphone dah tak de battery.. wahhh masa tu best je boleh berborak-borak.. ok lepas ni kita off telefon sementara.. dah habis makan baru on ;)
Aku rasa nak buat peraturan baru untuk keluarga aku..
No gadgets at dinner table. at house or at restaurant.
Setuju? Aku rasa kita patut buat macam tu.. tak lama pun.. kita makan lama sangat ke? setengah jam je kot?
Sempena International Family Day, Oreo mempunyai satu misi hebat untuk menyatukan dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yang selama ini sering terganggu dengan masalah-masalah macam yang aku sebut tadi..
Cara-caranya:
Singgah di selected Secret Recipe outlets bermula 15-18 May. Bersetuju untuk menjauhkan diri anda dari gadget-gadget anda sehinggalah selesai menikmati hidangan. Izinkan Oreo untuk membawa keluarga anda lebih rapat dan mesra tanpa sebarang gangguan. dan yang terakhir sekali, hadiahkan diri anda dengan special surprise dari Oreo!!
Nak tahu apa dan bagaimana.. layari www.oreo.com.my untuk maklumat lanjut.
Jumpa di sana!!!!!
*terms and conditions apply*
Love,
Filla.
Hi Filla, blog awak ni la rujukan utama saya masa saya ke krabi haritu.. anyway kat sana ada ternampak satu sign dekat restoran "No WIFI here, Please Talk to each other"..hehhe
ReplyDeletecome visit my blog. I sometimes write about how I became a work at home mummy through my online Shaklee business. http://undomesticated.blogspot.com
Betul sgt kak.. Hr tu blk kg,abah sy tak byr internet.bl suh byr dia xmau.alasan?bl xde internet br dia tgk ank2 galak berborak.huhu
ReplyDeleteSalam filla.. betul tu.kadang2 rasa macam tak dipedulikan bila tengah borak2 dengan kawan.. dorang pula sibuk tengok handset dan tekan2 handset. Sambil borak sambil tengok handset macam x ikhlas saja perbualannya huhu...
ReplyDeleteMungkin fenomena ni boleh kot dikaitkan sikit dengan Zombie apocalypse.. semua jadi macam zombie bila dgn gadget. Sampai ada istilah Smart phone dumb people hihoho..
Ayah saya memang tak suka orang main telefon dekat meja makan. Kalau ada orang main, bukan anak dia pun dia tegur. Internet memang bagus, cuma jangan jadi taksub sangat sampai tak ingat tujuan buat benda sama sama tu untuk apa.
ReplyDeletePerubahan teknologi....
ReplyDeleteHai kak.. Baru first time singgah blog kak ni.. Sangat betul.. Sepanjang masa pegang hp kan.. Takde family time.. Bukan setakat kat meja makan, even masa nak tidur pun masih pegang hendphone menghadap facebook..
ReplyDeleteHi Filla,
ReplyDeleteSuami saya xtegur saya since yesterday sebab time nak mkn saya ambik gambar food & upload kat fb....Paling sentap dia kata,"masak untuk suami,makan sesame tp sibuk ngan hphone" saya dh jenuh tegur dia ajak borak tp sampai la xmau bertanye kat saya....hari nie saya plak sentap...saya tinggalkan hphone saya kat rumah...puas hati....
Yang ini mmg common, fenomena smartphone/social media..
ReplyDeleteKadang kita terlalu sibuk nak update dgn orang di luar sana, sampai we don't appreciate what we have around us, people that matters the most in our life --> family.
We communicate less sedangkan communication is the key to make ur marriage works--> happy family!
So, realizing this, I start making changes.Hubs also agree.
No hp at dinner table or while watching movies at home. No notification for group whatsapp (if not, ur hp will beep everytime, not good). I think our relationship is even better now and we appreciate each other more :)
p/s: update pic makan hanya bila yg special suda.. :p
owh saya takleh join ni..takde gajet, rasa mcm tak cukup rasa nnt food tu..hahaha
ReplyDeleteteknologi sebenarnya memisahkan kita secara realitinya tetapi bukan maya dalam tanpa kita sedar. tapi kita sebenarnya terasa 'terikat' ngan teknologi tu sendiri..... T_T
ReplyDeletekuasa teknologi ada pro n kontra.terpulang pada kita..so far my faml belum terjebak teruk..sy hanya izinkan anak sy main PS,n sy pun takde smart phone.huhu
ReplyDelete