About Me

Friday, April 18, 2014

JOM KITA PEGI TEST-DRIVE FORD FIESTA BERSAMA-SAMA NAK?

*scroll down for new entry*


Siapa ada experience test-drive kereta??? Memang seronok betul dapat test-drive ok.. Lepas test-drive terus berangan nak beli kereta tu.. pastu balik rumah, pecah tabung kira duit cukup ke tak.. hehehe... Kalau dah memang ada duit simpanan dan loan approve lagi lah best ;)

Hari ni Kak Pilla tak nak cerita banyak sangat.. Akak cuma nak share kegembiraan bersama readers yang setia dari dulu hingga kini.. dari dulu lagi berangan kalau dapat berjumpa dengan readers, tapi tak payah nak berangan sangat.. So bila tetiba peluang keemasan ni datang.. apa lagi? 

Kak Pilla nak ajak readers Kak Pilla untuk bersama-sama ngan akak untuk pegi test-drive Ford Fiesta!! Selama ni kita hanya berkenalan kat blog je melalui comment-comment je.. So ni lah masanya untuk kita bertentang mata gitu.. hehehe.. 

saja je test market kat FB hahahah... nasib baik ahkak ni laku lagi.. kalau tak, confirm akak bersara je dari dunia blogging ni.. amboi merajuk je bunyik ;)

Kali ni dah tiba masanya Kak Pilla revealkan kepada u olls.. Kita akan test-drive Ford Fiesta bersama-sama ok..dalam satu kereta boleh bergurau senda dan selfie kah kah kahhh.. 

Kalau ada yang masih tak pasti bagaimana rupa Ford Fiesta.. ni hah Kak Pilla tunjukkan gambar keretanya yang warna biru tu.. Comel kot kan? If i'm not mistaken, masa test-drive tu nanti ada 3 session.. rasanya setiap session ada 2 orang akan bersama Kak Pilla untuk test-drive.. Kak Pilla akan ada dalam kesemua session tu nanti.. 

Ada banyak keistimewaan tentang Ford Fiesta ni.. Paling Kak Pilla suka sebab design dia yang comel dan warna-warna Ford Fiesta ni kebabommm.. Tapi ingat ye, ini bukan setakat comel je.. ni nama dia kecik-kecik cili padi.. Engine power ok.. Kalau korang nak tau, kereta Ford ni adalah berteknologi pintar, bergaya, prestasi mantap dan penjimatan minyak berganda.. 

Ford Fiesta menggunakan 3 silinder EcoBoost engine dimana size engine lebih kecil dan ringan dari biasa namun tetap mementingkan prestasi yang mantap buat pemandu yang mementingkan kemantapan engine.  

Ford dah menang banyak awards untuk prestasi engine yang mantap.. 

Ok lah, berbalik kepada siapa nak ikut test-drive Ford Fiesta bersama Kak Pilla pada 
19 April 2014 (Sabtu).. senang je cara nya.. Sila isi form ni dulu ya.. kalau tak isi form ni cemana Ford nak ajak korang join Kak Pilla.. susah la camtu.. sikit je nak kena isi.. lepas isi terus submit ok?

Click here to fill up form.

6 Readers bertuah akan bersama-sama Kak Pilla untuk test-drive Ford Fiesta.. Yeayyyy sorak beramai-ramai.. Ada rezeki dapat lah kita berjumpa dan bergembira nanti ;)

Kalau anda teruja nak tahu kehebatan kereta pintar ini dengan lebih lanjut, jom ikut Kak Pilla test-drive!!! 

Detail adalah seperti berikut:

Venue: Sime Darby Auto Connexion Sdn. Bhd. - Lot 5, Jalan 205, 46050 Petaling Jaya

Date: 19h of April (Saturday)

Time: 11am - 3pm

 Kita akan bersama-sama memandu uji Ford Fiesta 1.5L pada hari tersebut ;)

Ok itu je laporan dari saya, semoga kita bertemu nanti ya!! 


Love, 
Filla.

2 comments:

  1. Alahai bestnya akak tp syg xdpt join that date..enjoy test drive taw bhati2 dijln raya yer sis

    ReplyDelete
  2. saya dh submit. hopefully terpilih.hehe

    ReplyDelete