About Me

Tuesday, March 18, 2014

RENEW PERMIT.

Assalamualaikum ;)

Lama sangat plak rasa tak update blog.. nak kata busy sangat tu tak lah.. tapi mood takde.. banyak sangat mengkaji misteri kehilangan MH370.. Semoga dipermudahkan untuk mendapat petunjuk..

Hari ni nak citer pasal bibik.. tapi sebelum tu jom tengok Ani dulu ;)

Pagi tadi Amaani merajuk.. sebab tak dapat ikut mama.. dia cakap dia nak ikut.. aku cakap tak boleh, sebab nak bawak bibik gi cucuk.. kalau nak ikut jugak, nanti doktor cucuk Amaani sekali.. nak? terus diam tapi muka sentap.. Sambil merajuk tu Pak Radie layan dia gi tengok mini garden depan rumah.. amboi nak jugakkkkkk mini garden.. hahah.. aku ada pokok kari, pokok pandan.. tu paling suka sebab boleh guna kalau tetiba nak buat kari ke nasi lemak ke... Amaani tabur baja dulu sambil tunggu bas sekolah datang amik.. 

Orang Sri Kembangan mesti tau klinik ni.. siapa duduk area sini, nak renew permit bibik atau nak buat x-ray bibik semua tu boleh buat kat klinik ni.. (klinik ni sebelum sampai McD) berdekatan dengan Jusco.. Bayaran FOMEMA lebih kurang RM200.. lepas dapat surat dari FOMEMA, korang boleh pegi bawak bibik untuk buat checkup (x-ray, amik darah, urine test, check pressure, check tinggi) lebih kurang camtu lah.. lagi satu, buat checkup tak boleh masa period ye.. ada syarat dia tapi tak ingat.. seeloknya 1 minggu lepas period ke apa.. kalau tak, memang ko kena buat balik semula.. Alhamdulilah dah nak genap 1 tahun dah bibik kerja ngan kitorang.. memula dulu ada lah sikit-sikit masalah.. tapi bila dah lama ni aku tengok makin ok.. 

Jiran aku, bibik dia buat hal haritu.. bibik pertama sampai, stay 1 minggu je.. tengok gaya macam tak suka nak bekerja.. umur muda sangat.. ntah lah, nak kerja salon kot? heheh... pastu hantar balik.. dapat ganti bibik berumur sikit.. aku tengok asik termenung sana, temenung sini.. pastu pernah datang tanya kat bibik kitorang, ada teksi tak masuk kawasan ni? yang bibik aku cakap tak tau.. terus lari masuk dalam.. pastu tiap-tiap pagi kalau pak radie nak gi kerja.. dia asik pandang pak radie sambil jemur kain.. bila pak radie pandang dia.. terus buat-buat tak nampak, terus sidai kain.. macam ada yang tak kena.. malas aku nak amik tau.. akhirnya jiran aku cakap maid dia dah lari.. genap sebulan kerja dia lari.. saiko.. nasib baik dia lari tu bukan tinggalkan anak-anak.. tapi dia lari sebab bertekak ngan jiran aku tu.. jiran aku tu alahai... baik sangat, lemah lembut gitu.. husband dia outstation.. so hari dia gaji tu.. jiran aku dah post kot half duit tu ke kampung maid dia.. pastu maid dia nak duit balance tu semua.. yang jiran aku tak bagi lah.. dia cakap nak buat apa? kalau kamu nak beli apa-apa, kamu cakap, nanti saya belikan.. wahhhh terus bibik dia mengamuk-ngamuk.. menengking-nengking.. yang jiran aku terus naik bilik ngan baby dia pastu kunci bilik.. pastu dengar lah bibik dia dok terpekik-pekik tanya nak bagi dia ke tak duit tu.. jiran aku diam je.. pastu bibik tu ugut nak lari kalau tak bagi duit.. sekali memang betul dia lari.. huhu ni lawak ke apa ni?

Eh aku pulak sakit hati dengar... macam bibik aku ni.. selalu aku akan tanya dia.. berapa dia nak aku pos kan ke indon? pastu lebih duit tu sukahati lah if dia nak beli apa-apa untuk dia ke apa.. tapi dia tak nak.. dia suruh aku simpan.. so aku pon simpankan.. pastu aku tulis everymonth berapa banyak duit dia aku simpan.. nanti rm50 duit dia tu, dia nak topup.. so aku memang belikan rm10 tu 5 keping.. tiap-tiap minggu aku bagi lah dia topup tu.. bibik aku anak dia ada 2 orang.. perempuan.. paling besar dah 13 tahun.. so aku takde lah nak sekat-sekat.. sukati dia lah nak call anak dia.. dia ada handphone.. aku selalu text dia petang-petang.. suruh keluarkan ikan ke.. ayam ke.. aku balik kerja nak masak.. aku malas telefon rumah, nanti Amaani kalau bercakap lama gilaaa.. pastu bila suruh pass telefon kat bibik dia tak nak pass.. hahahah.. 

Takat-takat barang harian dia, barang keperluan dia aku belikan je.. tak de nak berkira sangat, janji elok-elok je jaga budak-budak ni.. ada bibik ni orang kata nasib.. ada orang dapat yang teruk.. kaki menjawab, kaki melawan.. sib baik lah tak kaki melawan.. kalau kaki melawan memang suruh pack kain baju, gi balik.. aku kadang tiap kali balik kerja.. ada satu lorong tu.. petang je ada 2-3 orang bibik bersidai kat situ.. tiap-tiap hari ok.. sibuk sembang pastu asal kereta lalu je pandang kemain lagi.. kadang dengan baju kurung tapi kain senteng setengah betis.. ada sorang tu ngan kain batik, baju tuck in.. sorang lagi.. make up kemain.. lantak dia lah kan.. tapi aku tak suka... anak-anak majikan dia tu sibuk main kat luar tu.. kereta lalu lalang.. dia sibuk berborak.. kalau tak borak sesama dia.. sibukkkkkk bergayut handphone.. eiii geram aku tengok.. semalam petang lagi best.. aku balik lalu situ.. hujan dan rintik-rintik ni.. dia boleh duduk kat tepi tembok tu ngan anak majikan yang umur 2 tahun camtu.. wth? hujan lah wehhhh... demam budak tu nanti cemana? 

Tulah.. aku ni bersyukur jugaklah.. setakat ni.. alhamdulilah.. nak puji sangat tu tak lah.. nak kutuk pon tak.. biasa je.. janji takde lah hati aku ni sakit ke apa.. kira ok lah.. tapi bibik aku ni pelupa memang no.1.. apa aku cakap selalu dia lupa.. kadang aku siap suruh dia amik pen ngan kertas.. suruh tulis.. hahaha.. aku ni dah lah pelupa pon boleh tahan.. kadang tu aku suruh dia tulis dulu siap-siap apa barang dapur yang habis.. nanti kalau ingat benda lain tulis lagi.. aaaa macam tu.. 

Pegi klinik tu tak leh buat plak awal sangat aku sampai.. xray start pukul 9 camtu.. aku kul 8 dah terpacak kat situ.. so mari buat masa gi isi perot dulu.. eh murah nya breakfast weekdays ni.. tak sampai rm5 dapat burger seketul ngan kopi.. 

Aleesya pon angkut skali.. tak sempat cuci muka.. sauk je terus masuk kereta.. hahahaha... boleh pulak masa bibik tengah amik darah tadi dia berry plak.. dah tetonggeng-tonggeng aku kat toilet klinik tu membasuh budak nie.. dia ni bukan boleh lambat sikit.. kang habis merahhhh... 

Ok itu je cerita Kak Pilla hari ini.. penat haku membebel.. 



Love, 
Filla.

4 comments:

  1. alamak filla.. cam tau jeks bibik mane yg bersidai nih... I mmg duduk kat lorong tuh.. serius geram..

    ReplyDelete
  2. filla,

    ambikla gamba taman sekangkang kera tu..nak tgk...

    ReplyDelete
  3. 1) mini garden, waaa... bestnya..

    2) untung ada maid yg ok & blh ditegur & nak kerja & istiqamah kerja. ramai yg terkena dgn maid. ada member tu anaknya masa tu 3 org, selamba jer maid tinggalkan kat rumah. sib baik lps office hr member balik, anak2 masih ada kat rumah termasuk baby. klu budak2 kecik tu pun lari bertempiaran ke, jatuh tangga ke, kena culik ke? heeee... takpun kena bawak lari skali ke... naudzubillah... ujian Allah pd kita kan lain2... tp sbb cerita maid2 lari & tak baik ni lah yg buat saya fikir berjuta kali nak spend duit cari maid (-_-)

    3)filla, mknn McD tak elok. chef jamie dah bongkarkan ingredients dlm daging burger & kentangnya, dan kes dia menang. Ini bkn hoax. Lps ni cuba elakkan eh? sy bkn pengamal natural food & organic suiter pun, tp mna yg blh dielak/kurgkn, sy akn cuba wpun susah, sbb dulu sy peminat tegar KFC, McD, BurgerKing, PizzaHut, Subway...OMG. Now nak cuba kurangkan, especially tak sihat untuk anak... Lgpun, McD penyumbang ter-anugerah oleh Israel. Ini pun bukan hoax, sbb ada sumber yg sahih :-)

    ReplyDelete
  4. comel je si kecik buat mulut macamtu...^^

    ReplyDelete