Dari hari tu aku terfikir untuk buat entry ni khas untuk kita kaum wanita nie.. Cuma aku belum ada masa yang betul-betul free untuk duduk dan share sesama kita.. Tujuan aku menulis isu Kanser ni bukan berniat untuk mengaibkan sesiapa atau apa-apa niat lain.. Lebih kepada nak bagi kesedaran dan pendedahan buat kita semua..
Aku dah share tentang arwah kawan kitorang yang meninggal dunia di usia 34 tahun disebabkan kanser pangkal rahim atau kanser serviks. Ada anak 3 orang yang comel-comel.. Seriously sebak betul aku tengok husband dia kendong anak yang berumur 1 tahun tu masa kenduri tahlil haritu.. Jom lah aku cerita detail sikit kisah ni ya.. Aku tak rapat sangat dengan arwah.. tapi aku kenal lah dari diorang belum kawin lagi.. sebab suami arwah, cikgu kepada Pak Radie.. Cikgu ni aktif outdoor activity semua.. Pak Radie pon selalu keluar masuk hutan masa dulu-dulu kan..
Arwah sebaya aku.. masa aku kenal dia.. dia biasa-biasa je.. sihat.. cantik.. Last aku jumpa dia masa datang ziarah dia kat rumah.. masa tu dia boleh keluar dari hospital.. masa tu dia memang lah nampak kurus sangat.. tapi ok.. boleh berborak dengan kitorang.. nampak sihat walaupon dia kurus.. aku ingat lagi aku cakap kat arwah masa tu.. 'cuba paksa diri jugak untuk makan.. sikit pon jadilah'.. pastu arwah agak marah sikit lah.. katanya beratus orang cakap benda yang sama.. aku tertelan ailio jugak time tu.. tapi aku faham sangat apa yang dia rasa.. kalau semua orang jumpa dia.. semua suruh dia makan.. takkan lah dia tak nak makan? betul kan? tapi dia tak boleh makan.. dah paksa, tapi tak boleh.. maksud aku bukan lah suruh makan supaya boleh kembali ceria ke apa.. at least bertenaga sikit untuk bangun.. at least berdaya untuk jalan ke toilet.. tapi benda ni kita yang tak rasa, sumpah tak tau..
Lepas tu arwah kat hospital.. Pak Radie ngan aku sempat datang melawat masa arwah nazak.. Dalam dua jam aku duduk disisi arwah.. aku genggam jari arwah.. ada tindak balas masa tu.. aku renung dalam mata arwah.. berkaca-kaca mata aku nie.. walaupon aku langsung tak rapat dengan arwah.. tapi bila berada disisi orang yang sedang nazak.. perasaan sebak tu sangatlah tebal.. aku usap dahi arwah.. berbisik di telinga arwah untuk ucapkan La ila ha ilallah.. kita juga akan melalui saat-saat macam tu.. cuma keadaan mungkin berbeza atau sama.. kita tak tau.. Aku ngan Pak Radie balik pukul 2 pagi.. Dan mendapat berita sedih arwah telah pergi mengadap ilahi pada pukul 5 pagi.. kira-kira 3 jam selepas kami pergi..
Esoknya, sepanjang hari aku terbayang muka arwah.. terbayang masa aku datang melawat kat rumah dia.. Aku ingat lagi arwah ada tanya kat aku, Kak Nana, Kak Tini, Nana.. "Korang buat Paps Smear tak?".. Ada yang angguk, ada yang geleng.. Arwah dapat tahu dia ada kanser serviks, lepas dia lahirkan anak ketiga.. anak tu sekarang berumur 1 tahun.. Masa doktor check bukaan untuk bersalin, doktor dan detect ada something wrong.. pastu arwah bersalin secara c-sect.. balik rumah.. tak lama lepas tu.. Doktor call mintak arwah datang ke hospital.. urgent.
Masa tu doktor bagi tau yang arwah ada kanser stage 2.. Ya Allah gelapnya dunia.. anak baru dalam hari.. tapi arwah sangat tabah.. dia kewl sangat masa kitorang datang melawat.. aku tak reti nak communicate apa.. aku takut nak tanya2.. takut dia sensitif.. tapi dia banyak bercerita.. aku angguk je.. aku ingat pesanan arwah suruh kitorang semua buat paps smear.. Alhamdulilah aku dah buat masa Aleesya 1 bulan.. itu pertama kali aku buat ok.. punya lah cetek pemikiran aku ni.. *malu kat diri sendiri* aku tak tau kenapalah aku ni amik remeh sangat benda-benda macam nie.. Aku percaya ramai gila kat luar sana pon macam aku.. amik remeh.
Aku mula google tentang Kanser Serviks. Baru aku tau hanya 26% je wanita yang tahu dan sedar kepentingan paps smear nie.. what? 26% jeee???? Kenapa kita kena buat pap smear test nie??? Dan aku baru tau lepas aku baca.. kanser pangkal rahim tak serang kita macam tu je.. untuk membentuk sel-sel kanser tu.. makan masa jugak.. hanya dengan pap smear test yang boleh detect pre-canser.. Ohhhh baru aku tau.. cancer ni siap ada pre-pre pulak.. kesedaran tu penting.. kanser ni semua orang tau akan bahaya dia.. tapi tak ramai pon yang nak ambik langkah awal.. Aku rasa kesedaran tu akan datang bila korang tengok sendiri depan mata, tengok macamana pesakit-pesakit kanser kat hospital sana..
Masa aku datang HKL malam tu.. dah tengah malam.. gelap sangat.. aku takut gila kot.. Pak Radie pulak time tu lah nak tekencing lah apa lah.. haih hangin aku.. pastu masuk kat satu tempat tu gelap.. ada lampu toilet je.. aku siap ikut dia masuk toilet.. pastu pusing ngadap dia.. sambil tutup mata.. pastu kitorang salah building.. cari nama arwah takde.. bila tanya nurse.. "kawan awak ni kanser apa?". then aku jawab "kanser pangkal rahim".. dia cakap "ooooh.. itu kat bangunan sebelah.. kat sini semua kanser otak".. omaigod.. ramai ok... penuh katil semua.. aku telan airliur je sambil tarik tangan pak radie kitorang berlalu pergi..
kat bilik arwah masa tu ada 4 katil termasuk katil arwah.. husband arwah kata.. 3 katil lagi tu kanser lain-lain.. ada kanser hidung, kanser itu ini.. siapa yang keluar masuk hospital untuk rawatan.. memang dah terbiasa dengan keadaan tu.. untuk aku yang jarang-jarang pegi hospital.. bila tengok keadaan tu.. terus berdebar-debar.. Ye, kita tak boleh tolak takdir.. ajal maut di tangan tuhan.. tapi kita mesti berusaha.. kita mesti jaga kesihatan kita.. itu tugas kita untuk jaga tubuh badan supaya kita sihat dan boleh jaga anak-anak.. tapi kalau ditakdirkan Allah, kesihatan kita akan jadi merosot.. kesihatan kita sampai takat tu je.. barulah kita redho..
Aku tak nak cerita lebih details.. Aku tak nak mengguris hati sesiapa yang baca entry nie.. tapi sesiapa yang ada ahli keluarga yang menghidap kanser dan penyakit-penyakit lain.. baru lah faham betapa sakitnya kalau tetiba dia datang menyerang...
Doktor cuma nak amik tissue pangkal rahim tu je.. dia guna berus khas..
Jom lah kita buat Pap Smear Test nie.. Kenapa nak takut??? Siapa cakap sakit??? Tak sakit! aku dah buat last year... Malu sikit je... Lagipun yang buat tu doktor perempuan.. Dah beribu kot dia tengok.. dah memang kerja dia.. so buat bodoh sudah.. Now hospital kerajaan pon boleh buat.. kawan aku pegi tak yah buat appointment pon.. walk in je.. Memula buat every year selama 3 tahun kot.. selepas tu boleh lah gap 2 tahun sekali.. Yang dah kahwin dan berumur 30-40 tahun dah boleh start buat ye... Jangan lah nak dengar sangat cakap-cakap negatif yang kata buat pap smear tu sakit.. 5 saat je kot buat tu.. so jom kita buat ;)
Kalau korang degil jugak.. nah gi baca nie Barah Pangkal Rahim aku jumpa masa google2 haritu..
Love,
Filla.
saya selepas beranak mesti pegi buat kt lppkn sbb diorg dah set date.. nak tak nak, mmg kena pegi. berani kan diri. utk kebaikan kita jugakan. sakit kejap je. beranak lagi sakit kot kak filla.. takut bila dgr kisah kanser ni. minta kita semua dijauhkan daripadanya.. amiin...
ReplyDeleteSalam Kak Filla,
ReplyDeleteSaya baru kehilangan makcik sebab kanser darah...saya ingat lagi mula-mula arwah dikesan penyakit tu..langsung dia tak bagi tau kami...sukar nak gambarkan dengan perkataan bila saya temankan arwah buat rawatan dihospital dimana penghuninya dah tak berambut...penghuninya pulak tak kira usia...dari semuda adik yang baru habis spm sampailah yang dah berkeluarga..memang takdir tertulis setiap hambaNya pergi dengan pelbagai cara...kita yang sihat ni jika ada peluang..jagalah kesihatan..cegahlah selagi boleh...Al_fatihah untuk mereka-mereka yang telah tiada...
ye kak Filla..
ReplyDeletekesedaran awal penting..jgn takut buat pap smear..sekejap je sakit..kalau bertenang dan tarik nafas tak sakit langsung.umo sy br 30 tahun tp dah 2 kali buat Pap smear sejak anak pertama..result ok so tunggu 3 tahun baru buat balik..tp apa salahnya buat tiap-tiap tahun..tap takdir Allah siapa boleh halang..cuma kita ikhtiar yanng terbaik..
Thanks for sharing. Saya buat. Puas saya suruh kawan2 opis buat. Mereka kata mereka takut.
ReplyDeleteSkrng ada vaccine untuk mencegah cervical cancer, HPV vaccine. Its recommended utk org yg belum sexually active, boleh amek dr umur 12 thn - 26 thn, kalah dlm lingkungan umur ni kira lagi effective la vaccine tu. Tapi kalau yg dh kawen pun boleh ja try, no harm in preventing.
ReplyDeleteinjection ni dia ada 3 kali dalam masa 6 bln, and mesti complete all the 3 injections. for more info bleh layari http://www.lppkn.gov.my
Assalam filla.. macam kenal je ngan arwah ni. Ex student sekolah menengah cheras ke?
ReplyDeleteSalam. Sy pun br je buat test last week. Anak dh 2 br tergerak hati nk buat. Before this ada terfikir tp biasalah ambik mudah. Alhamdulillah, bila kesedaran tu ada terus gi buat dan Alhamdulillah result ok.
ReplyDeleteSalam filla..
ReplyDeleteSy baru baca dkt fb. Kwn tu bidan.. ada satu teknik utk membersihkan miss v kita dipanggil rawatan meruang.. mmg elok utk org lepas bersalin. Kebaikannya utk elak oenyakit cyst, fibroid dgn kanser pangkal rahim..
Maybe filla boleh buat entry ttg ni.. utk bg kesedaran pd wanita lain.. selain dr buat pap smear.. kita jaga dgn kaedah tradisional..
Fb bidan tu - siti aishah confinement..
Klinik kesihatan kerajaan mmg ada buat pap smear ni.. selalu bawa anak monthly check up..staff nurse tu yg offer suruh buat pap smear... mungkin ada yg igt sakit pasal nk kena masuk mulut itik tu..tp x sakit pon..
ReplyDeleteterima kasih kak.. sy akan buat ujian ni... klu ada geng buat sm2 sure lg ok n xneves sgt..so ajak kwn2 skali
ReplyDeletegynae saya mmg dah pesan siap siap anak masuk 2 bln terus buat pap smear.
ReplyDeleteagak cuak memula .. tapi ntah bila doc buat tau tau dia kata. "ok done munirah" (tp sblm tu dia suh rileks n kangkang la kan.. :p)
as salam kak filla..silent reader je sy..tp bile bc entry akak yg ni sy teringat kisah sy..sbb arwah mak sy salah sorg yg meninggal disbbkan kanser pangkal rahim ni..masa arwah mak meninggal sy baru abih SPM adik sy yg bongsu baru nk masuk 2 thn..bila kita dh tahu penyakit ni merbahaya xslh kita as peremuan beringat dah jaga kesihatan..xsakit la masuk mulut itik tu nk buat pap smear..
ReplyDeletetakit nak buat ujian dan takut nak mendengar hasil ujian jika ada apa2 berlku pada kita...
ReplyDeleteitu yg dilemanya
gud info kak. kalo boleh sy share info jabatan kat cni.
ReplyDeleteAssalamualaikum w.b.t
YBhg. Dato'/Datin/Prof/Tuan/Puan,
Adalah dimaklumkan bahawa satu Pameran yang bertajuk "Cancer : The Silent Killers" Sempena Sambutan Hari Kanser Sedunia kini sedang berlangsung di Galeri PTAR, UiTM, Shah Alam.
Sebanyak 98 buah buku berkaitan dengan tajuk kanser di dalam koleksi PTAR Utama sedang dipamerkan di Galeri tersebut.
YBhg. Dato'/Datin/Prof/Tuan/Puan yang berminat untuk mendapatkan maklumat buku berkaitan kanser bolehlah mengunjungi ke pameran tersebut yang akan berakhir pada 3 Mac 2014 ini.
Semoga pameran ini dapat meningkatkan kesedaran maklumat dan ilmu pengetahuan berkaitan dengan kanser yang dianggap sebagai penyakit merbahaya dan boleh meragut nyawa.
Untuk makluman YBhg. Dato'/Datin/Prof/Tuan/Puan, bahan-bahan yang dipamerkan adalah koleksi buku di PTAR Utama sahaja. Buku-buku yang dipamerkan meliputi pelbagai jenis maklumat penyakit kanser, kaedah rawatan dan pencegahannya.
Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan sila berhubung dengan Puan Nor Azwani Mohamad, Pustakawan, Unit Promosi Perkhidmatan, Bahagian Perkhidmatan Rujukan, PTAR, UiTM di talian 03 - 55211707 atau emel azwani8102@salam.uitm.edu.my.
Di atas perhatian dan kerjasama YBhg. Dato'/Datin/Prof/Tuan/Puan di dalam perkara ini diucapkan ribuan terima kasih. Sekian.
belum kawin leh buat k kak??al fatihah untuk arwah
ReplyDeletetakut nak menghadapi hari yang macam tu
tatap mata orang yang kita sayang
dan dia tengah nazak kena tarik nyawa dgn malaikat maut
sebak~haish
Assalamualaykum,
ReplyDeleteTerima kasih kerana beri link ke artikel saya diblog,semoga dengan bantuan Filla bertambah ramai lagi wanita yang mula sedar tentang kanser serviks dan menerima hakikat bahawa tiada penawar buat masa ini.Papsmear hanya satu-satunya cara untuk mengesan sel-sel abnormal,dari itu jangan lah kita mempertaruhkan pada nasib sahaja selagi ada cara yang boleh mengesan dan mengawal kanser.Sudi-sudikan ke blog saya untuk membaca banyak lagi artikel-artikel tentang penjagaan dan kesihatan yang bermanfaat untuk wanita .Terima kasih sekali lagi pada Filla,semoga Allah swt memberi ganjaran yang setimpal dengan usaha yang dilakukan.
http://www.klinikkeputihan.bblogspot.com
Terima kasih Filla,share.
ReplyDeleteMemeng meremang terus baca. Sebelum ni tahu dan pernah buat test sekali. Sekali tu ja la. Trauma skt sebab sakit tapi tak apalah sakit sikit ja dari merana terukkan. Mencegah lebih baik..
Ni pula, kisah kanser ovari.