About Me

Friday, February 07, 2014

GEJALA SOSIAL REMAJA BAWAH UMUR.

Assalamualaikum..

Hari ni just nak share cerita sikit... Semalam ada group chat ngan Elly and Peej.. Macam Elly, dia pon ada anak dara 2 orang.. Aku anak dara 3 orang.. Peej walaupon belum ada anak.. tapi Peej pon selalu share apa yang dia baca dan apa-apa info yang berguna untuk aku dan Elly..

Semalam Peej share satu twitter budak sekolah umur 13 tahun.. Aku sibuk nak teman Amaani tidur.. so bila aku baca chat diorang pon dah tengah malam.. Peej letak sekali link budak tu.. OMG menakutkan budak-budak sekarang.. Cantik budak tu bertudung badan kecik-kecik je.. yelah budak 13 tahun kannnn... 

Aku nak share dengan ayat yang paling molek untuk korang baca.. Bak kata Elly, kita ni nak bercakap pasal anak orang pon susah.. takutttt sebab kita pon ada anak dara.. mintak2 anak2 kita dijauhkan lah dari berperangai menakutkan macam tu.. Aku terkejut jugak lah bahasa budak-budak sekarang.. konon sempoi? konon kewl? konon up to date? apa yang diorang nak tunjukkan pon aku tak paham.. ketinggalan zaman sangat ke aku ni?  Tapi aku yakin budak-budak yang berperangai macam ni, confirm mak bapak tak tau langsung.. 

Aku rasa budak tu tak bodoh pon.. Bukan dia tak tau kalau post kat twitter, semua orang boleh baca? itu dia post gambar dan ayat yang public which semua orang boleh baca.. cukup lah lucah dia semua.. kalau private message dengan partner???? Aku faham, budak baru nak melangkah alam remaja ni dia ada dia punya getik yang tak leh blah tu.. kau baru form 1 dan panggil mama-papa??? come on lah... aku dulu pon panggil pa and ma jugak.. memang zaman getik kot.. so bila ingat sekarang rasa nak lempang muka sendiri.. tapi aku start bagi suggestion kat Pak Radie (laki aku sekarang) untuk panggil pa and ma tu lagi setahun dua sebelum nak kawin kot? maknanya aku dah 22 tahun kot????? tu pon Pak Radie menyampah melayan getik aku.. tak pernah kot dia nak panggil aku "Maaaaa ohhhh Maaaaaaa".. aku je tehegeh-hegeh nak panggil dia Pa.. 

Budak tu bukan setakat panggil Papa ngan Mama.. siap pulak tulis "Mama sayang Papa sangat-sangat" "Papa jangan tinggalkan mama tauuuu".. "Jangan suka perempuan lain selain mama" ada banyak lagi, tak suka aku nak type kat sini.. siap yang lucah-lucah.. yang tak tahan siap post gambar!! gambar apa, haih malas nak cerita.. kat private message ntah gambar lagi dasyat kot nak share? 

Aku tak boleh terima budak hingusan nak tulis ayat macam sempoi sangat.. segala maki hamun yang konon sempoi.. malu lah aku baca.. Macam tu ke budak-budak zaman sekarang kalau berborak or bergurau? aku dulu sekolah rendah, baru guna perkataan 'aku' ngan 'kau' mak aku dah cili mulut aku.. sampai sekolah menengah aku still guna perkataan 'awak-kita'.. tak caya tanya Natra tu hah.. Hari tu aku gi antar Kasih gi tuition kat Setiawangsa.. aku lepak ngan Pak Radie kat mamak.. kat situ memang ramai budak-budak sekolah menengah sebab banyak pusat tuition.. pastu datang sorang budak lelaki.. dia pegi kat budak perempuan ni kebetulan bediri tepi meja kitorang.. pastu tetiba macam salam yang bersilang-silang tangan bagai tu... omaigod poyo nak mam.. nak tebeliak biji mata aku tengok.. aku pandang pak radie, pak radie pandang aku.. Pak Radie cakap, kat area office dia kat Hartamas lagi lah macam-macam.. well, budak-budak hartamas kan majoriti anak orang kaya-kaya.. kalau bersalam tu siap bersilang-silang.. takat kiss-kiss pipi tu selamba je.. 

Baru ni member aku whatsapp gambar budak sekolah darjah 3 ke 4 macam tu.. amik gambar tengah kiss, peluk semua.. DARJAH 3???? hmmmmm.. menakutkan? yes sangat menakutkan.. Aku rasa teknologi terlampau canggih.. mana diorang belajar ni semua? aku rasa dari gadget-gadget lah ni.. youtube sekarang semua orang install kat ipad.. one click je you olls.. di hujung jari je.. dulu aku bodoh jugak.. mana aku reti bukak youtube2 nie.. bila dah pandai aku kadang layan tengok video clip.. pastu yang related ngan lagu kita tengok tu link bersepah-sepah bawah tu.. kalau kita ni gatal tangan jugak nak click next clip tu.. budak-budak???? bukan susah pon.. touch je screen terus keluar.. kalau keluar benda elok takpe lah? kalau keluar benda-benda yang tak sesuai untuk anak-anak tengok???? 

Kang kalau tak bagi ipad semua tu, anak memberontak.. ketinggalan zaman katanya.. dulu aku tak kisah.. aku bagi je ipad kat Amaani sebab dia suka tengok upin ipin.. pastu haritu ntah apa dia buat ngan ipad ni retak plak.. so aku bagi reason tak boleh tengok dah.. lagipon siapa dah sekolah, no more ipad.. weekdays tak boleh.. kalau nak tengok, weekend je aku bagi.. asal Amaani mintak, aku cakap tak charge sebab ipad dah retak so tak leh charge.. hehehe.. Kasih dia kurang sikit.. aku perasan kalau dia tengok ipad pon dia search lagu-lagu Najwa Latip je.. aku monitor ok.. takutt.. malam kat bilik dia sorang-sorang or berdua ngan Amaani memang aku tak bagi.. nak tengok boleh, tapi aku ada sekali.. 

As parents, aku rasa memang dengan zaman yang dah macam nie.. kita kena pantau habis-habisan.. pedulikkan lah orang nak kata jadi mak bapak tak modern ke.. mak bapak mengongkong ke.. aku tak kisah.. esok jadi apa-apa kau nak kata apa? Bayangkan zaman kita dulu, nak tengok internet kene pegi cybercafe.. pastu cybercafe kan tempat public.. ko gila nak tengok benda-benda lucah ni? memang tak laa.. handphone? memang ada, tapi boleh call ngan sms je.. wifi mana ada.. Ada anak yang meningkat remaja ni pening.. aku tak nak jadi parent yang mengongkong sebab biasanya budak dikongkong ni dia akan memberontak dalam diam.. depan kita dia baikkkkk je.. belakang dia lah penyangak.. terpulang kat parents macamana nak membesarkan anak masing-masing.. aku rasa apa Elly cakap ada betulnya jugak.. anak-anak Elly sekolah kat KL.. lagi senang terdedah ngan kemodenan ni.. so anak dia nak gi tengok wayang ngan kawan-kawan.. ok boleh.. tapi Elly yang belikan tiket utk anak dan kawan-kawan anak.. hantar sampai depan pintu wayang.. wayang dah nak habis.. Elly dah standby depan pintu.. nak lepak minum ngan kengkawan? boleh, pegilah duduk kat meja sini.. Elly duduk meja hujung belah sini.. at least anak tu depan mata.. 

Ye nampak macam mengongkong.. tapi aku rasa ok je.. dari tak bagi langsung budak tu nak keluar.. lagi dia memberontak kang.. kawan office aku ni anak dia dah remaja dah.. memang kemana nak pegi mak or bapak yang hantar, tunggu.. takkan dia lepaskan.. anak dia sendiri suka mak bapak buat macam tu.. aku takut nak biar Kasih tu.. tiap kali aku hantar dia pegi sekolah aku pesan... Jangan sekali-kali keluar dari gate sekolah nie.. "Nampak tu gate? jangan keluar dari gate tu.. kalau mama tau, siap yeh!".. "Alaahhh longkang tepi gate tu boleh tak mama?".. "Longkang??? No, tak boleh".. terus muka monyok.. ada ke longkang ko nak main? Eiiii dalam surat khabar, berita semua aku tak sanggup nak baca.. budak kene rogol.. bunuh..kene tangkap.. budak hilang.. berleluasa... aku nak bayangkan pon tak sanggup.. aku boleh gila kot.. Wan kata dunia akhir zaman :(

So apa yang kita boleh buat lagi sebagai parents? Kita usahalah buat yang terbaik untuk anak-anak.. nasihatkan selalu... bagi didikan agama.. kalau sekolah ada KAFA, hantar je.. kita kawal.. aku tengok bersepah-sepah budak sekolah rendah balik rumah jalan kaki.. melintas jalan besar ok.. aku paham tak semua parents boleh keluar utk amik anak waktu lunch.. tapi sekolah tu ada bilik persalinan.. tak yah lah suruh anak tu balik sendiri tengahari? aku selalu bayangkan budak tengah jalan kaki,, kereta berenti, tarik je masuk dalam.. aaaaaaaaaaaaaarrr... takut.. macam aku kerja.. tengahari lunch break pon 1 jam je.. memang tak sempat.. sebab tu aku bekalkan baju siap-siap.. salin je kat sekolah.. kantin ada, duit mama dah bagi.. pegi salin baju sendiri.. pastu gi kantin makan.. pastu terus masuk kafa.. berdikari sikit.. petang mama amik.. jangan keluar dari gate.. 

Now Wan ajar aku.. kadang kita ni tak tahu.. Wan kata lepas solat.. masa berdoa.. selain kita sentiasa minta anak-anak dilindungi walau dimana pon diorang berada.. jauhkan dari benda-benda yang tak elok.. kita boleh sedekahkan Al-Fatihah untuk anak-anak kita.. sebut nama anak-anak yang kita nak sedekahkan Al-Fatihah.. tak semestinya Al-Fatihah untuk orang yang dah tak de.. orang yang hidup pon elok kita amalkan sedekahkan Al-Fatihah.. mohon perlindungan Allah.. Aku percaya pada doa.. lambat atau cepat pasti dimakbulkan Allah.... Buat yang terbaik, doa yang terbaik, selebihnya kita serah kepada Allah S.W.T.






Love, 
Filla.

21 comments:

  1. Anonymous8:32 AM

    tula filla, sy pun cuak jugak bila memikirkan zaman yg macam mana anak sy akan alami, sekrg diorg baru 3 y and 2 mo.sekolah kat kg pun xketinggalan, dasat. just imagine, budak darjah satu (boy) tanggal pakaian budak tadika (girl). haihhh..

    ReplyDelete
  2. Anonymous8:43 AM

    hai kak filla.

    memang zaman sekrang sgt mencabar. pasal budak2 sekrg jd mcm tu, tengokla cikgu kat sekolah sekarang dah x ada hak nak pukul, nak rotan bila budak2 buat kesalahan. for me, parents nowadays terlalu sayangkan anak sampai x boleh jentik. kalau dr kecik x boleh nak jentiklangsung, bila dah besar jd apa pun, kena terima la...

    and lagi satu yg buat bdk2 sekrg x fhm the meaning of life is, mereka DIMEWAHKAN. x salah nak mewahkan anak2 kalau mampu, tapi bila dia dah terbiasa mewah, dia dah x faham knapa dia perlu ke sekolah. bg anak2 yg keluarga sederhana atau miskin, mereka faham sebab mereka tengok sendiri mcm mana ayah dan ibu bersusah payah cari duit untuk mereka sekolah. perkara yang kita experience sendiri, akan terus lekat dalam hati. so, budak2 ni tahu la, kena ke sekolah, kena belajar pandai, nak bantu keluarga.

    kalau macam saya, masa kecik2, nak pergi holiday tu jauh sekali la. balik2 p berkelah kat pantai merdeka @ lata hijau. tu pon dah rasa syokkkk melampau. bila dah kerja, baru faham makna holiday. tp sy tak rasa pon nak salahkan parents saya sebab x mampu bawa saya holiday. saya ni pemalas. sy bersyukur Allah bagi kehidupan yg x mewah masa saya kecil, sebab saya belajar sungguh2 , bukan untuk saya compete ngn sape2 pon, tp saya nekad nak bagi kehidupan yg selesa untuk mak ayah saya.

    boleh je kalau kak filla, ajar anak2, HOW TO SURVIVE IN YOUR LIFE. benda tu perkara basic, yg lama2 akan membentuk kita pada masa akan datang.
    ok , semoga 3 dara pingitan kak filla jadi anak2 yang menyenangkan hati kedua ibu banaya di dunia, dan menjadi laluan mudah untuk kak fila dan pak radie ke syurga. amin...

    peace filla!

    ReplyDelete
  3. nicely wrote filla... :)

    ReplyDelete
  4. btul ckp wan..

    saya slalu bacakan alfatihah kat baby saya bila on the way nak hantar g pengasuh. minta pengasuh sng nak mengasuh dia. minta dia behave ngan pengasuh..

    insyaALLAH semoga kita semua di permudahkan urusan di dunia ni

    ReplyDelete
  5. setuju dgn entry ni. mmg ngeri bila ingat apa yg berlaku skang ni. takut wohh. kita dlu muda belia jugak, tapi takda la over exposed mcm skang. now anak kecik lagi, nnt dah besar ntah mcm mana pulak dunia diorg. blh doa je lah kan?

    ReplyDelete
  6. akak buat la link yg boleh share dengan facebook or twitter.. seriously saya rasa nak share tulisan akak ni pada org ramai.. especially parents. Mereka perlu sedar perkara ni..
    Saya selaku kakak sulung dalam keluarga amat titik beratkan benda ni..

    ReplyDelete
  7. mmg bdk2 remaja skrg ni sgt advance. prnh tangkap kt sklh bdk umur 13thn dah pandai lukis benda lucah bila tanya katanya prnh nmpk dlm video lucah.tu blm lagi yg hp kena rampas bila godek byk pic2 lucah dlm tu....menakutkan sangat2.

    ReplyDelete
  8. Mcm sepupu sy pun buat mcm kak elly. Nak keluar p jenjalan shopping complek ngan kawan boleh. Dorg jln kat depan ibu ayah jalan selang 1 kedai dari dorg. Mula2 pikir mcm kelakar plak yelah zaman saya dulu xde pun parents saya buat mcm tu. Tp bila ada anak sendiri baru risau n pikir mcm2. Anak saya dah la dua2 perempuan. Nampaknyer nnt saya pun akan jadi mcm sepupu saya tu. Hehehe...

    ReplyDelete
  9. Thanks atas perkongsian filla. Memang takut tgk bebudak zaman skang. Macam mana lah anak² dara kita akan datang dalam zaman yg serba canggih ni. Didikan agama sangat penting.

    Al-fatihah juga boleh di baca kalau kita tetiba teringat kat anak²/suami & org tersayang. Tak semestinya baca selepas solat ☺

    ReplyDelete
  10. ini mmg isu yg patut di bawa ke tgh oleh pihak yg sepatutnya..

    hp/gadget mmg xsesuai utk bdk bwh umur.dkt playstore tu pon pelbagai app. lucah / kamasutra etc ada...
    kalo dorang xlanggan pon dorang boleh klik review tu pon dh leh tgk pelbagai aksi..

    nauzubillahiminzalik..sama2 kita kembali kepada ajaran Islam..

    ReplyDelete
  11. Moga anak anak kita dijauhkan dr perkara2 yg tak elok & moga Allah lindungi anak anak kita...

    Serius takut dgn keadaan skrg

    ReplyDelete
  12. menakutkan kan.
    aku yang takda anak ni berdebar2 baca entry kau.
    aku rasa aku membesar parents aku sporting. tapi ada batasan, so masing2 tau.
    dan selalu berangan aku pun if ada anak nak jadi macam tu.
    tapi dengan apa yang ada kat sekeliling ni. aku rasa aku akan jadi sorang emak yang saiko n tak bg anak buat apa. sbb yes sangat scary.

    betul cakap kau.
    aku if nampak budak jalan kaki pergi kedai ke apa sorang2 aku pikir tak takut ke parents dorang ni. macam2 kes sekarang. Nauzubillah.

    ReplyDelete
  13. betul kak.
    mmg kesian anak2 skang xdpt bebas mcm kita dulu.
    tp nk buat mcm mana. demi keselamatan derang jgk.

    sy penah naik lrt ada budak2 pompuan berdua rasanya dlm menengah rendah la

    bahasanya alahai
    kita yg dgr pon malu

    "BILA MASA ABG AKU RAMAS T***K AWEK KAU?"
    byk kali tah apa dia ckp dok ulang2 word tu

    geram jek dgr
    mmg advance btol!

    ReplyDelete
  14. doakan yg terbaik untuk anak2 kita :)

    ReplyDelete
  15. Kanak2 dan remaja yang tengok benda2 lucah macam tu sebab diorang curious. Saya rasa tak ada salahnya kalau mereka diajar pendidikan seks. Mulakan dari rumah. Jangan bahasakan kemaluan dengan 'anu', 'burung', atau apa apalah sebab nak sebut benda betul malu. Ajar diorang term yang betul; lelaki penis, perempuan vagina. Makin kita cuba lari dari topik ni, makin diorang nak tahu. Bukan lah maksud saya berbincang secara terbuka tentang seks, tapi sekurang kurangnya diorang tahu dari mana datangnya bayi, apa perbezaan anggota lelaki dan perempuan. Bila mereka dah biasa dengan subjek ni dari segi sains, mereka membesar dalam keadaan yang informed, dan lebih bertanggungjawab terhadap apa yang diorang search di Internet. Seks tu memang naluri manusia, dan memang manusia perlu keinginan seks untuk terus procreate, itu teori evolusi. Cuma yang jadi masalahnya ialah bila mereka terjebak dalam aktiviti seksual yang tak terkawal - sebab diorang ingin tahu apa itu seks. Di rumah, di sekolah tak ada sesiapa yang nak bagitahu, jadi, mereka carilah sendiri. Jangan buatkan subjek ni sebagai taboo, sebab lumrah remaja, bila diorang buat sesuatu yang dilarang, yang 'kontroversi', diorang nampak cool. Jadikan ia satu perkara yang natural, kerana perasaan seksual itu sendiri natural. Pantau anak2 itu perlu, tapi dalam pemantauan tu, jangan jadikan subjek seks sesuatu yang taboo.

    ReplyDelete
  16. Anonymous12:01 AM

    Yup..mmpu doakn yg trbaik je tuk dorg..kak filla oot,k.filla nmpak suweet sgt kt mjlh pa&ma..

    ReplyDelete
  17. Anonymous4:33 PM

    The kids dressing must be kids..dont over dress them beyond that. Otherwise it will sexualised them early..they become and adult nefore time. ...but they are still lack of maturity.

    ReplyDelete
  18. betul sangat kak filla
    seram tengok bebudak sekarang
    beza btul dengan zaman dulu

    nak lepak kedai makan lepas sekolah memang jangan haraplah
    sumpah ibu tak bagi
    dulu memang lah rase, ish nak letak kedai makan pun x boleh

    tapi bila dah jadi ibu nie
    tengok budak sekolah kat kedai makan
    rase berbulu je
    memang kene strict masa anak nak membesar

    ikut 7 tahun pertama kasih sayang
    7 tahun berikutnya arahan2
    7 tahun seterusnya sebagai kawan

    http://welovesusuibu.blogspot.com/2014/02/jadi-ahli-shaklee-bonus-rm2000-tak.html

    ReplyDelete
  19. ye, betul..sedekahkan al fatihah untuk anak2..

    ReplyDelete
  20. thanks for the post. i sendiri pun takut & risau macam mana lah nak membesarkan anak dalam keadaan zaman yang serba mencabar nih walaupun anak baru nak masuk 3 tahun.

    ReplyDelete
  21. Anonymous3:38 AM

    Instead of sedekah..better setiap kali nk baca alfatihah tu kita ckp..aku hadiahkan fatihah ini untuk......

    Wallahualam..

    ReplyDelete