About Me

Wednesday, October 16, 2013

TOMMEE TIPPEE BARANG BAEKKK...

Kali ni ahkak nak share ngan u oll (my readers yang dikasihi) tentang kebaikan dua produk dari Tommee Tippee ni... Especially untuk mommy-to-be atau pon mommies kat luar sana yang tengah kebuntuan nak beli brand apa untuk sterilizer dan breast pump ;)

TOMMEE TIPPEE CLOSER TO NATURE ELECTRIC STEAM STERILIZER

Zaman moden ni letih nak rebus-rebus botol kan???? hahahha.. so mari beli sterilizer Tommee Tippee ni je.. dah lah cun.. mudah je.. (Easy as 1,2,3) aku ajar bibik sekali je.. senang je pon nak sterilize kan.. boleh sterilize apa kak filla? macam-macam boleh.. sebab ruangan dalam dia besar jugak.. kelengkapan breast pump, feeding bottle, mangkuk makan baby, sudu baby, puting botol dan semua yang kita rasa nak sterilize untuk memastikannya bersih dan bebas kuman.. semua sedia maklum, baby kan sensitif.. so kita kena sterilize lah semua tu.. especially botol susu dan puting :)

Sterilizing process cuma 5 minutes sahaja.. campak semua dalam tu.. tekan button.. 5 minit siap ;).. boleh guna terus botol tu.. atau nak sterilize awal-awal pon boleh.. guna botol tu later pon boleh.. sebab selagi kita leave the lid closed (lock) dia boleh keep them sterilized for 24 hours.. memalam sebelum tido.. switch on.. esok guna je terus.. amboi mudah sangat kan ;)

Ni lah dia sterilizer tommee tippee.. comel je dan kemas kan.. sekarang dah duduk diam-diam kat dapur i.. sebab dia cantik so sterilizer ni aku biar je kat situ.. tak yah nak simpan-simpan dalam cabinet.. kata cantikkkk kannn... meh aku ajar step-by-step nak sterilize kan cemana.. tak yah ajar pon korang mesti tau lah nak guna.. sebab senang sangat.. tapi nak ajar jugak hahahhaha

Oh ya, sebelum nak sterilize, make sure basuh botol dan accesories lain tu bersih-bersih.. make sure takde sisa-sisa susu yang tertinggal kat botol tu.. kalau boleh, lepas baby menyusu, terus basuh botol ok? kalau biar lama-lama nanti lagi susah nak basuh.. dah bersih tu lap kan sikit, make sure tangan kita pon bersih.. baru kita sterilize kan ok?

kita cuma memerlukan 80ml air sahaja

ketepikan bekas sterilizer tu.. dan tuang air tu kat sini.. 

pastu letak lah apa pon nak diletakkan kat dalam ni.. batang putih tu sukahati nak guna ke tak.. aku guna untuk letak ring bottle tu.. puting campak je dalam tu.. boleh letak dalam 6 botol dan accesories lain.. yang bestnya.. beli sterilizer tommee tippee ni.. include 3 botol 9oz dan 1 botol 5oz.. ada pengepit dan berus botol sekali ;)

kemudian letak kan alas yang berlubang-lubang tu.. 

let the lid close (lock) 

switch it on.. nanti akan appear '0'

press the button.. nanti dia akan appear 'H' pulak.. means Heating

tak lama lepas tu dia appear 'S' bermaksud Sterilizing.. lepas tu dia akan appear huruf 'C' bermaksud Cooling... 5 minute sterilizing cycle (plus 3 minutes allowance for cool down) very fast right? 

lepas tu dia akan countdown from 3 to 1.. ok yang ni lama.. so selagi ko tak bukak lock tu.. dan nombor tu still antara 3-1.. selagi tu lah dia akan keep sterilized... senang kan? 

Kalau still tak paham boleh refer gambar atas nie.. very convenient untuk ibu-ibu modern yang nak cepat tapi nak make sure kebersihan terjamin.. selamat untuk bayi ;)

Korang boleh beli kat Mothercare.. harga ialah RM399.00 sahaja.. Closer to Nature ye adik-adik... 

_______________________________________________________________________

TOMMEE TIPPEE ELECTRIC BREAST PUMP

If you all masih tercari-cari breast pump apa yang sesuai.. akak recommend kan korang beli ni.. Selain closer to nature.. akak paling suka sebab very convenient dan mudah dibawa kemana-mana.. kalau korang jenis yang tak lekat kat rumah.. asyik banyak hal kat luar.. guna je nie.. dah lah kecik, comel, boleh guna battery pulak tu ;)

ini rupa kotaknya ye.. 

semua kat atas ni included ye.. 

cenggini lah rupa dia..

aku suka sebab box yang included ni memang boleh fit dalam closer to nature electric steam sterilizer tu.. tolong jangan sterilize segala plug tu pulak yeeee... hahahahaha

Walaupon step-by-step ni pon tak perlu akak nak ajar sebab senang sangat.. tapi akak memang baik hati.. hahahahah.. nak ajar jugak *hentakhentakkaki*

soft silicone cup ni korang lekat kan dia macam tu.. lembut ok.. sebab specially designed to mimic a baby's natural feeding action ;)

lepas tu cantumkan macam tu.. 

Then kat lubang atas tu masukkan milk storage pot tu.. 

tutup dengan benda putih atas tu..

pastu tutup pulak ngan benda tu.. lock kan dia.. 

amik tube kecik tu.. cucuk kat atas tu.. 

tube hujung nya pulak cucuk kat sini pulak.. ok settle ;)

kalau korang nak guna electric boleh cucuk kat sebelah dia.. 

Oh dia ada bagi tapak dia jugak.. so masa tengah pumping tu letak je kat tapak supaya botol tak terjatuh.

once u all switch it on.. button start tu pon menyala..  

Korang boleh pilih nak low, medium or high suction.. canggih main tekan je.. 

guna battery pon best.. tak yah sibuk nak mencari plug point pulak kannnnn... nak pump dalam kereta pon senang.. kat office pon senang ;) kecik je kan.. sumbat dalam handbag pon boleh hahah

Selepas guna boleh sterilize kan ok.. sumbat je dalam box ni pon boleh.. cuma alihkan je lah batang putih tadi.. simple, mudah, bagus, practical, berbaloi.. so untuk bakal ibu atau ibu-ibu yang tengah nak mencari sterilizer and breast pump, aku recommend Tommee Tippee Electric Brast Pump..RM599.00 sahaja.. boleh didapati di Mothercare.

"Closer To Nature"

*For total reassurance, all of Tommee Tippee products are free from Bisphenol A (BPA)

9 comments:

  1. Salam, kak fila. Yang breast pump tu bpe rege dia?

    ReplyDelete
  2. bagus nih ...aku mmg hantu tommee tippee ...

    n mmg tgh usha breastpump pun neh

    ReplyDelete
  3. Salam kak fila, akak mmg bf baby ya? Bunyibising x breastpumpni?

    ReplyDelete
  4. Salam kak fila, akak mmg fully bf ya? Bunyinyer bising x breastpump Ni?

    ReplyDelete
  5. moon: beli le moon hahah
    azzehrah: tak bising..

    ReplyDelete
  6. Anonymous1:22 PM

    Salam..nk tanya yg sterilizer tu..botol trus kering ke?xde wap2 ke.. Ke kena keringkan dlu..

    ReplyDelete
  7. Tq for infoo.tgh jalan2 sevey botol utk baby 😊

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete
  8. tq kakfila untuk penerangan jelas ni.. beli ja xreti guna hahahahha

    ReplyDelete